Bab 19 : Pertarungan
Ruang takhta itu kini dipenuhi api yang membara kesan daripada magikku. Semua pengikutnya cuba menyerangku secara serentak dan menahanku dari bergerak.
"Ayahanda jadikan mereka sebagai permainan baru anakanda ke? Patutkah anakanda berterima kasih?" Soalku dengan sinis lalu dapat menangkap kepala seekor vampire yang ingin menyerang. Aku terus menekan kepalanya sehingga berkecai sambil terus memandang ayahanda yang hanya memerhati.
"Kau semakin derhaka semakin kau membesar"
"Anggap saja anakanda dalam fasa memberontak. Memandangkan ayahanda cuma mengajar cara untuk membunuh selama ni. Ayahanda patut lihat ayahanda sendiri yang juga boleh jadi sasaran" ucapku sambil terus membunuh pengikutnya dengan mudah. Seorang demi seorang menjadi debu tanpa aku menggunakan sebarang senjata.
"Ya... Maksudnya kali ini ayahanda perlu mengajar kau untuk turut tunduk pada ayahanda kan? Kau patut sedar bahawa kau sedang membunuh bakal pengikut kau kelak" balasnya. Namun aku terus menerus menghapuskan semua yang mendekatiku sehingga membuatkan yang lain berwaspada untuk membuat serangan.
"Untuk fikir pengikut yang lemah ni menjadi pengikut anakanda... Haha. Lebih baik anakanda mewujudkan askar anakanda sendiri" balasku sinis. Kata-kataku mungkin menghiris hatinya sehingga membuatkan dia terdiam.
"Yutaf" panggil ayahanda dan segera seekor vampire berbadan tegap muncul di sebelahnya.
"Hahhaaha... Ayahanda. Ayahanda panggil dia? Heh, jadi... Ayahanda takut ke?" Soalku sinis. Yutaf, merupakan mentor aku waktu aku masih kecil. Dia yang berlatih bersama aku jadi dia adalah pengikut ayahanda yang paling tahu pergerakan dan kebolehan yang ada pada aku. Dia terwujud semenjak nenek moyangku lagi. Dia diturunkan di setiap generasi sehingga sekarang. Dia dikatakan mempunyai kuasa perisai yang tak pernah dapat dimusnahkan oleh sesiapa.
Dia sendiri datang dan setuju untuk menjadi vampire hanya untuk hidup abadi. Aku rasa dia agak bodoh, dia dapat hidup abadi tapi hidup di bawah pengawalan sepanjang dia hidup. Apa yang dia jangka daripada semua tu? Dia fikir dia akan jadi yang terkuat?
"Kau boleh miliki dia kalau kau terus ikut apa yang ayahanda mahukan. Jangan sia-siakan harta turun temurun kita" katanya sambil menepuk bahu sasa lelaki itu seolah mengenalkan aku pada produk yang sukar untuk didapati.
"Ayahanda terlalu tua untuk ini. Ayahanda sudahpun tenat apa salahnya kalau anakanda cuma cepatkannya. Sementara ayahanda masih hidup, apa kata ayahanda berikan takhta tu segera" balasku sinis. Takhta itu tidak boleh diterima dengan cara paksa. Ia perlu persetujuan dari kedua belah pihak malah kami sebagai vampire berketurunan suci sangat imun pada racun jadi racun bukan pilihan untuk melemahkan ayahanda.
Kini tubuh ayahanda cuma dapat menerima darah daripada keturunan diraja. Semakin vampire tua, semakin tinggi kualiti konsumsi darah yang perlu diambil. Memandangkan manusia berketurunan diraja semakin sukar untuk ditemui, tubuhnya menjadi semakin lemah. Selalunya apabila kami menyerang bandar, keturunan diraja dan berpangkat akan dimilikinya. Sisa penduduknya pula akan diberikan pada aku, dasar hipokrit.
Malah sebab itu juga, vampire lebih pentingkan pengikut daripada keturunan asli berdarah suci. Semakin ramai keturunan berdarah suci, semakin sukar untuk mereka mendapatkan darah yang berkualiti. Mereka cuma akan berakhir dengan perebutan sumber darah yang menjadi makanan utama kami.
Melihat dari wajah Yutaf, dia sudah kelihatan tidak dapat lagi berfikir sendiri. Fikirannya sudah dicemari dan tak ubah seperti boneka. Aku tak dapat meracuni fikiran dia macam yang aku buat pada Shin. Membunuh ayahanda sangat mudah tapi Yutaf adalah masalah utama. Aku masih tak dapat mencari cara untuk musnahkan perisai dia.
"Beta yang ambil keputusan bila untuk tamatkan nyawa beta dan kau... Masih tak dapat membuktikan pada beta yang kau mampu menakluk selepas kemangkatan beta" ujarnya dengan bongkak. Aku terus cuba menyerangnya namun Yutaf segera melindungi ayahanda dengan kuasa perisainya.
"Itukah yang sepatutnya dikatakan oleh seorang tua yang cuma bersembunyi di belakang hambanya?" Soalku lalu cuba mendekati dan menyerangnya namun Yutaf mewujudkan perisai lalu menolakku jauh ke siling istana. Aku mendarat dengan tenang dengan tubuhku dalam keadaan terbalik seolah kelawar. Aku mendongakkan kepala memandang ayahanda di bawah.
"Kau kelihatan sangat lemah Red. Kau tak makan ke?" soalnya sambil tergelak sinis. Ya, aku sendiri dapat rasakan tubuh aku tak dapat bertahan lama. Aku perlu makan sesuatu tapi... Pengikut ayahanda bukan pilihan aku. Dia boleh jadikan darah mereka untuk mengawal aku. Aku hanya mendiamkan diri dan membentukkan busur panah menggunakan kuasa aisku.
"Kau fikir dengan kuasa tu kau dapat menembus Yutaf? Berapa banyak kali sehingga kau faham yang serangan tu tak kan berhasil?" Soalnya. Aku memandang ke sisiku di mana vampire yang lain mula menghampiri aku sambil mendesis.
"Menyusahkan" balasku lalu melompat jauh sebelum pengikut ayahanda melompat ke arahku. Aku perlu hapuskan pengikut ayahanda yang lain supaya serangan aku tak diganggu. Aku menghasilkan serangan api untuk terus membakar mereka yang lain. Tenagaku banyak dihabiskan melawan pengikutnya yang ramai. Jika mereka berjaya menyedut darah aku, permainan terus berakhir.
......................................................................
Sementara itu,
"Kira" panggil seseorang bersama kumpulan memakai jubah berhood yang lain.
"Abang? Kenapa masuk ke sini?" Soal Kira penuh risau.
"Aku dapat bau dia ni vampire" kata Hanran penuh waspada dan cuba ingin menyerangnya.
"Nanti! Dia abang saya" kata Kira sambil menahan Hanran.
"Kira. Abang perlu kata sesuatu. Kamu perlu berhenti sasarkan Tuanku Red" kata Shin.
"Apa y-"
"Dia dah bukan lagi manusia. Kita perlu bunuh dia!" Kata Hanran lagi dan mula mengeluarkan senjata peraknya namun Kira segera menghalang dengan menahan tangannya sehingga dia tidak dapat teruskan melangkah.
"Biar aku jelaskan. Kami ke sini bukan untuk bertarung. Mula-mula, kau perlu lindungi kampung ni... Kumpulan vampire akan datang menyerang sini. Kita tak ada banyak waktu" ujar Shin.
"Kami keluarkan semua mangsa dan bawa ke sini untuk berlindung. Percayakan kami. Kami bukan musuh. Kami berpihak pada kau" sambung vampire yang mengekori Shin. Manusia yang lain kelihatan berwaspada dan teragak-agak untuk mempercayai mereka.
"Berapa ramai yang akan datang?" Soal Hanran serius.
"Jangkaan lebih kurang 200 atau lebih. Tuanku Red sedang bertarung dengan Maharaja jadi kebanyakan mereka akan berkumpul untuk melindungi maharaja. Hanya sebahagian dari mereka akan datang ke sini mengejar kalian" balas Shin.
"Kau semua yang bawa mereka ke sini" balas Hanran bengis.
"Maafkan kami... Tapi kami tiada pilihan. Tahanan manusia yang lain tak ada tempat lain untuk berlindung dan tak dapat teruskan perjalanan yang lebih jauh bersama kami." balas Shin dan mereka masing-masing melihat mangsa tahanan yang kini lemah dan kurus kering. Hanran mengambil nafas dan menghembus berat.
"Yang tak boleh bertarung, sembunyikan diri di bawah tanah! Utamakan wanita mengandung, kanak-kanak dan orang tua! Yang boleh bertarung angkat semua senjata perak dan lawan!" Arah Hanran bersemangat namun tiada siapa yang menyambut.
"Mustahil untuk kita lawan mereka. Mereka terlalu ramai dan melebihi bilangan kita. Lagipun mereka..." Ujar salah seorang penduduk yang kelihatan risau. Mereka memandang Shin dengan mata berwaspada dan tidak percaya.
"Saya tahu sukar untuk percayakan mereka memandangkan dia adalah vampire tapi dia juga abang saya dan dia juga pernah jadi salah seorang penduduk manusia" kata Kira cuba menyokong Shin.
"Itu tak membuktikan yang dia bukan dalam kawalan vampire. Lihat mereka! Mereka bermata merah! Dia akan tikam belakang kita bila-bila masa dan membelot!" Kata salah seorang dari penduduk lalu disambut dengan yang lain.
"Senyap! Kita bukan berada di dalam posisi dan keadaan untuk merungut!" Jerit Hanran terus membuatkan yang lain terdiam.
"Mereka dah hampir" ujar salah seorang pengikut berhud sambil melihat langit yang mula mendung dan kumpulan kelawar sedang terbang menuju ke arah mereka.
"Kita tiada pilihan. Untuk fikirkan vampire akan memihak kepada kita sudah cukup mustahil. Ini saja cara untuk melawan semula musuh. Selagi mereka ni boleh digunakan, kita akan menggunakan mereka!" kata Hanran sambil melaraskan senapang peraknya. Mereka mula memandang sesama sendiri dan membuat keputusan untuk turut serta.
"Pastikan kalian tak salah sasaran. Kami pengikut tuan muda Red mempunyai bulu coklat kemerahan apabila bertukar kelawar. Hanya kami memakai hud ni dalam bentuk manusia manakala musuh mempunyai bulu hitam pekat dalam bentuk kelawar. Mereka semua ada benjolan kecil pada dahi mereka menandakan mereka sudah hidup lama manakala kami semua vampire yang baru" terang Shin.
"Bagaimana kami nak bezakannya di langit?"
"Langit terlalu gelap sukar untuk kami bezakannya" rungut mereka keliru.
"Sudah! Serang sahaja mereka yang menghampiri! Vampire yang berada di pihak kita akan uruskan vampire di langit. Kita akan dapat bezakan mereka bila mereka mula menyerang!" Kata Hanran lagi tegas.
"Kami akan beri sokongan yang diperlukan. Kami juga akan lindungi kampung ni dan tak kan sia-siakan usaha tuanku Red" balas Shin dan vampire yang lain menyambutnya dengan anggukan.
"Kesepakatan dah tercapai. Kita lindungi sesama sendiri. Kira, lindungi mereka yang tak boleh bertarung di bawah tanah. Nyawa mereka bergantung pada kau. Kau pertahanan terakhir" arah Hanran dan Kira mengangguk penuh yakin.
"Jangan mati. Selepas semua ni berakhir, abang perlu buat penjelasan" kata Kira kepada Shin.
"Abang janji" balas Shin sambil memberi senyuman. Dengan segera, Kira membawa yang lain untuk bersembunyi dan yang boleh bertarung bersedia untuk membuat serangan.
"Hari ini... Aku pastikan akan hapuskan setiap satu dari kau vampire" kata Hanran sambil membidik pada kelawar yang semakin hampir.
"Jangan kata begitu... Ia buat saya takut. Saya pun vampire" balas Shin bersama peluh dingin.
"Oh! Aku lupa tapi... Aku tak kan minta maaf untuk tu" balas Hanran selamba.
"Bukan ke ni macam bertarung dengan senior?" Soal salah seekor vampire.
"Ya... Aku tak nak tiba-tiba bertukar debu. Ini sangat tak adil. Mereka lebih berpengalaman dari kita semua" kata seekor lagi dengan perlahan.
"Jangan risau tentang tu... Aku yakin darah tuanku Red yang dia berikan pada kita lebih kuat berbanding mereka. Aku boleh syorkannya, aku pernah jadi hamba maharaja jadi aku yakin" ucap Shin menaikkan semula semangat pengikut muda yang lain.
Sambung...
......................................................................
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top