Bab 17 : Mimpi ngeri
"Ahh... D-dia..." Dia cuba untuk memberitahuku sesuatu namun penuh waspada.
"Kau boleh beritahu beta. Beta tak kan apa-apakan dia" balasku meyakinkannya.
"Baik... Sebenarnya. Hamba datang ke sini dan Kira sememangnya dalam perjalanan keluar tapi hamba cukup yakin dia ada meletakkan sesuatu bawah bantal tuanku cuma hamba belum memeriksanya lagi memandangkan tuanku tiba terlebih dahulu"
"Hmm... Sesuatu ha?" Soalku sendirian lalu menghampiri bantalku. Sebaik sahaja aku mengangkatnya, satu letupan yang mengeluarkan keping-kepingan nipis sisa perak terjadi sehingga memenuhi ruangan tersebut.
Aku dan Shin terbatuk teruk apabila kepingan perak itu memasuki ruang pernafasan kami. Memandangkan aku berada di hadapan dan terdekat pada bantal, kepingan itu terkena padaku lebih banyak berbanding pada Shin.
"Uhuk! Uhuk! Heh! Dasar perempuan..." Ucapku sendirian sambil tersenyum senget bercampur dengan rasa kagum. Aku mengesat hidungku yang berdarah kesan daripada serbuk perak tersebut.
......................................................................
"Aaaauuuuuuuuu!!!!" aku melolong sepuasnya merasai kemenangan mengalahkan ayahanda. Aku memandang mayat Hanran dan Kira yang telah terkulai tak jauh dari aku. Aku menghampiri mereka secara perlahan-lahan sambil menjilat bibir.
"Daging... Darah... Sluurpp.." kataku sambil menjilat bibir lagi. Air liur meleleh keluar. Aku merentap tangan Kira sehingga terputus. Darah tak mengalir keluar sebab kekeringan. Aku memakan tangannya dengan lahapnya.
"Ini sememangnya memuaskan, " kataku puas. Aku menggunakan kuku runcingku melibas tangannya yang lain menjadi cebisan. Aku memegang satu demi satu ketulan daging dan menggunakan kuasa apiku lalu membakarnya menjadi daging panggang. Aku menyuap daging panggang tersebut ke dalam mulutku.
Mukaku dihiasi dengan raut nikmat merasai daging Kira sehingga kepalaku terdongak. Aku menyambung memotong hidanganku. Aku menggigit kepala Kira kasar tak ubah seperti binatang buas. Aku menggelengkan kepalaku sehingga lehernya tercerai dari badan. Aku mengunyah kepalanya rakus. Dengan perubahanku kepada demon aku dengan mudah menghancurkan tengkoraknya menggunakan gigi geraham.
Spreet.. Grak.. Krukk.. Grak..
Bunyi tengkorak bersama otak dan organ lain menghiasi bunyi kunyahanku menjadikan aku lebih berselera. Aku makan hidanganku sehingga tiada sedikit pun cebisan daging Kira yang tertinggal.
Aku mengalih pandanganku ke Hanran. Aku menggigit lehernya dan menghancurkan tulang lehernya sehingga darah memercik keluar. Badan Hanran aku kunyah sedikit demi sedikit. Darahnya aku jilat hingga kering. Aku meratah hatinya dengan lahap. Bunyi kunyahan daging mentah yang amat membangkitkan selera.
Tiba-tiba kawasan sekitar menjadi gelap tanpa bulan dan bintang. Hanya ruangan yang kosong. Aku berhenti meratah. Mayat Hanran seolah-olah ditelan bumi perlahan-lahan. Aku mengecilkan mata cuba menghadam apa yang terjadi. Darah Hanran tiba-tiba menjadi semakin banyak membanjiri ruang itu secara memenuhi tempatku berdiri. Darah Hanran menenggelamkan aku.
Aku cuba berenang ke permukaan namun kakiku seolah-olah ditarik ke bawah. Aku memandang ke bawah. Aku terkejut. Mataku membulat. Mangsa-mangsa yang aku bunuh sebelum ini sedang menarik aku dengan muka yang mengerikan sambil senyuman mereka yang melebar. Makin lama semakin ramai yang muncul dari dasar dan bersama menarik kakiku. Aku cuba berlawan namun aku tiada tenaga kerana tak dapat menyedut udara.
"Graaahhhh!!!!" jeritanku di dalam banjiran darah tidak dipedulikan sesiapa. Aku tenggelam bersama mayat hidup yang menghurungiku. Keadaan menjadi gelap.
Tiba-tiba aku terasa seolah dapat bernafas semula. Aku membuka mata. Aku berada dalam ruang yang putih. Hanya ruangan kosong. Rupaku kembali seperti asal. Aku melihat sekeliling mencari kemungkinan jalan keluar.
Tiba-tiba mataku menangkap seorang wanita yang jauh di hadapanku. Aku memerhati dan mengecilkan mata cuba menangkap gerangan wanita itu. Aku dikejutkan lagi.
"Ibunda!!" aku berlari ke arahnya sepenuh tenagaku dengan senyuman. Apabila aku hampir dengannya secara tiba-tiba larianku dihalang dengan cermin halimunan. Aku terhantuk kasar ke cermin itu. Aku bangun sambil memegang dahi. Aku melihat semula ibundaku dihadapan tak terlalu jauh namun tak juga dekat. Aku memegang cermin itu.
"Ibunda..." aku memanggilnya. Tiba-tiba air mata keluar dari mata ibunda seolah-olah tangisan.
"Ibunda?" aku tertanya-tanya dalam keadaan keliru.
Ibunda mendepakan tangannya ke arahku. Aku cuba pergi namun cermin ini menghalang langkahku. Aku terdengar bunyi kanak-kanak ketawa. Aku memandang ke belakang. Terlihat aku semasa berumur tujuh tahun berlari laju bersama ketawa dan senyuman. Dia menembusi aku dan terus menuju ke arah ibunda. Aku melihat dengan riak terkejut. Budak itu dan ibunda berpelukan. Ibunda memimpin tangan budak itu lalu berlalu pergi meninggalkan aku.
"Ibunda?!" aku cuba memanggilnya namun suaraku tak didengari.
"Ibunda!!" jeritku lagi sambil cuba melepasi cermin yang tak dapat aku lihat melalui mata kasar. Aku menumbuk-numbuk cermin itu mengharapkan ia pecah sambil mulutku terus menjerit memanggil ibunda. Air mataku mengalir deras.
"Ibunda!!! Oi! Anakanda di sini! Oi! Ibunda! Pandang sini!" Jeritku separuh mati sambil terus menumbuk cermin itu dengan sekuat tenagaku. Aku masih mengharapkan ibunda memandangku walaupun dia berjalan semakin jauh.
"Ibunda!!! Jangan tinggalkan anakanda!!! Ibunda!!" aku menjerit sekuat hati. Namun jeritanku seolah-olah tak didengari ibunda. Dia terus melangkah pergi sambil memimpin aku di masa kecil yang tersenyum puas.
"Tak... Tak mungkin. Mustahil." aku memandang langkah ibunda yang semakin jauh. Tiba-tiba budak itu berhenti dan memandang aku. Ibunda memandang budak itu dan turut menghentikan langkahnya. Aku terkejut. Budak itu memandang mukaku tanpa perasaan. Tiba-tiba dia tersenyum sinis dan teruskan melangkah membawa ibunda. Mataku terbeliak terkejut. Wajah sinisnya meyakinkan aku bahawa dia mengejekku.
"Tak guna! Oi penipu! Pulangkan ibunda pada aku! Ibunda! Anakanda di sini! Ibunda!" aku menjerit lagi. Aku ke belakang beberapa tapak lalu memecut melanggar cermin itu. Namun cermin itu seolah-olah tembok. Langsung tak terkesan. Aku menumbuk-numbuk lagi dengan harapan dapat melepasi cermin itu.
Aku hanya dapat melihat langkah ibunda yang semakin jauh meninggalkan aku. Mataku mula mengalir dengan air mata deras. Aku menangis dan mataku terpejam. Dahiku dirapatkan ke cermin. Tanganku digenggam dan menggigil. Aku terduduk kerana kecewa yang terlalu dalam. Sakit melihat ibunda tak menghiraukan aku.
"Hahaahha..." aku terdengar suara seseorang ketawa di belakangku. Aku membuka mata lalu memandang ke belakang. Aku bangun dari dudukku dan memandangnya dengan penuh benci.
"Aku tahu siapa kau." Ucapku sambil mengesat mataku. Tanduk runcing menghiasi dahinya. Sayap naga tersergam gah di belakangnya. Matanya sepenuhnya hitam dihiasi dengan anak mata yang bercahaya merah ibarat permata.
"Hahhahahhah!!" lelaki itu ketawa lagi. Taringnya empat menghiasi giginya. Taring kecil empat di bawah juga tersusun rapi. Lidahnya bercabang terbentuk seperti lidah naga.
"Aku sememangnya rasa seperti aku bertemu kembar aku" balasnya bangga dan turut mendekati aku.
"Kita bukan saudara. Kau tu cuma parasit." Balasku masih memandangnya dengan penuh benci.
"Kau tak setuju ke kalau aku adalah kau dan kau adalah aku... Hahahhaha" sambungnya lagi bersama gelakan sinis.
"Mustahil... Ini tubuh aku seorang. Tak ada ruang untuk kau" balasku lalu mengeluarkan kuku runcing untuk bersedia untuk berlawan.
"Kita... Mempunyai matlamat yang sama. Biarkan aku capai matlamat tu dengan lebih cepat. Aku akan berikan kau lihat masa depan yang kau inginkan" katanya lagi dengan senyuman lebar.
"Aku dah pun lihat masa depan bila kau yang mengawal. Ia jauh berbeza dan tak kan berlaku kali ni" balasku.
"Kau adalah aku, aku adalah kau" sebutnya lagi ibarat radio yang berulang.
"Heh! Mari kita lihat sendiri." kataku lagi dengan yakin sambil melonggarkan kepalaku tanda bersedia.
"Hisssss... Haaaa" dia menayangkan lidah bercabangnya dan gigi taringnya dengan wajah mengerikan.
"Hisss! Haaaaarh!" Balasku dengan bunyi seolah haiwan yang memprovok lawannya.
Kami mula berlawan dengan sengit. Namun ia tidak sekuat yang aku lihat di masa depan. Ia hanya mempunyai tubuh kelihatan besar namun kekuatannya hanyalah seperti seekor anak anjing. Sebaik sahaja aku mengalahkannya, ia bertukar menjadi satu kepingan merah ibarat bahagian puzzle.
"Aku hampir serius tapi kau selemah ni?" Soalku sendiri sambil memegang kepingan merah tersebut. Ia kemudiannya bertukar menjadi debu dan meresap ke tubuhku. Aku masih tidak memahami maksud di sebaliknya tapi aku cuma berharap ia membawa maksud yang baik. Tiba-tiba tangan seseorang menyentuh bahuku membuatkan aku berpaling untuk melihat pemiliknya.
"Teruskan amanah ibunda... Untuk menyatukan manusia dengan kita..." kata-kata terakhir itu diucap lagi. Mataku mengalirkan air lagi tanpa sedar.
"Ibunda..." bibirku pantas menyebut namanya. Aku terus memeluk tubuhnya sambil memejam mata yang dari tadi aku cuba dapatkan.
"Anakanda tak tahu kalau anakanda dapat tunaikannya ibunda. Maafkan anakanda" jawabku sambil terus memeluk.
"Hahahhahah.." suara seseorang ketawa bergema. Aku membuka mata.
"Hahhahha.. Kau dah tunaikan impian aku!!! HAHAHHAHAHAH!!" wajah ibunda bertukar menjadi ayahanda yang ketawa gila. Akibat terkejut, aku menolak kasar tubuh itu jauh. Tubuh itu bergolek ke tengah ruang kosong itu. Tubuh itu tak bergerak seperti mayat.
Namun tiba-tiba, ia bergerak secara mengejut dan kepalanya menghadap aku. Matanya terbuka luas dan memandangku dengan penuh dendam. Aku membutangkan mataku lagi.
"Pembalasan" sebut satu suara.
"Kenapa, Red?" suara itu datang semula. Aku memandang ke belakang arah dimana datangnya suara itu. Dark Red.
"Kenapa? Kau teringin nak jumpa bonda kau ke? Hehe... Kau tau tu mustahil kan?" katanya sinis kepadaku. Aku menutup telinga tak mahu mendengar katanya yang mengguris hati.
"Hhahaha... Ibunda kau pasti menyesal dapat anak macam kau hahahhaha! Lemah! Membebankan!" sambungnya lagi sinis. Walaupun aku sudah menutup telinga namun suaranya jelas kedengaran seolah-olah dia berkata dalam minda.
"Diam..." kataku sambil mengetap gigiku dengan kuat.
"Heh... Kau perlu terima Red. Tempat tinggal kita hanya di Vamperhell. Ibunda kau pun tak mahu tengok kau yang mengecewakan ni." katanya lagi sinis.
"Diam!!" aku menutup telinga dengan lebih rapat. Tidak mahu mendengar kata-katanya. Mataku terus mengalir air mata dengan derasnya.
"Ibunda..." suara budak jelas kedengaran. Suara aku di masa kecil. Aku terus membuka mataku untuk melihat apa yang sedang terjadi.
"Ibunda... Kenapa vampire suka bunuh manusia? Manusia ni... Jahat ke?" soal suara itu kepada ibunda. Aku mengetap gigi. Air mataku mengalir lagi.
"Ibunda tak tahu... Manusia tak jahat tapi mereka selalu mahu sakiti manusia. Mungkin mereka rasa mereka tu berkuasa apabila menindas makhluk yang lemah." kata ibunda. Aku menutup telinga sambil badanku membongkok menghadap lantai. Air mataku terus menjadi semakin deras. Kata-kata itu sesungguhnya amat menyakitkan hati apabila ia datang dari ibunda.
"Red... Janji dengan ibunda kamu jadi budak baik ye... Kamu jangan sakiti manusia. Ibunda tak suka seseorang menindas makhluk yang lemah. Sepatutnya kita melindungi mereka bukannya sakiti mereka. Hihi... Betulkan Red?" suara itu masih didengari dengan jelas walaupun aku menutup telingaku rapat. Suara yang pada mulanya lembut dihiasi dengan suara ibunda serta merta bertukar kasar dengan suara garau DarkRed.
"HAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!! DIAMMMMMLAAAA!!!!!" aku menjerit sepuasnya dan sekuat hati sambil mataku terpejam dan tanganku masih di telinga.
.............................................................
"Tuanku! Tuanku! Bangun!" suara seseorang memanggilku. Aku membuka mata bersama tangisan. Shin mengejutkanku dengan riak risau.
"Mimpi? Ibunda?" aku menyebutnya sambil mataku masih mengalirkan air mata. Shin memandangku dengan wajah serius.
"Tuanku tak apa-apa ke?" Soalnya risau.
"Tak ada apa-apa... Ia cuma mimpi buruk. Sangat sangat buruk." balasku terus duduk dari baringku dan meraup wajahku. Aku tak kan mahu lagi mimpi begitu.
Sambung...
......................................................................
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top