Bab 16 : Kisah sebenar
Aku pulang ke istana dengan wajah yang dingin. Yumi kembali istananya untuk menganggu ayahandanya dan mengawasi ayahandanya daripada menggunakan mesin masa untuk melihat ke masa depan sementara aku cuba menghentikan ayahandaku sendiri.
Hampir tiba ke kamarku, aku terdengar suara seseorang yang sedang bertengkar dari dalam kamarku. Aku sangat pasti suara itu milik Kira dan abangnya.
"Abang gila!!! Abang tak sedar ke yang dia dah bunuh Kay dengan Aunty Mia!! Kawan-kawan kita!! Abang nak biarkan je ke?!!" Jerit Kira pada abangnya.
"Kira-chan! Abang nampak apa dah jadi. Tu bukan Red yang sebenar. Dia dikawal dengan masa silam dia. Dia cuba untuk lindungi kita." Pujuk abangnya.
"Tak!! Kira tak percaya!! Dia tu pembunuh!! Vampire sememangnya tak kan berubah!! Memang sifat vampire tu membunuh!! Semua orang yang Kira sayang. Semua dia bunuh!!" Jerit Kira lagi bersama tangisan.
"Kira..." Abangnya cuba berkata sesuatu namun kata-katanya terus dipotong.
"Ke... Sebab abang dah jadi salah seorang dari mereka? Sebab tu abang pertahankan dia? Atau sebab Kira ni cuma anak angkat dalam keluarga abang? Sebab tu abang tak nak dengar cakap Kira!!" Jerit Kira lagi.
"Kira!! tak pernah terlintas dalam fikiran abang anggap Kira ni cuma adik angkat. Ya... Abang mungkin dah jadi salah seorang dari mereka tapi tak semestinya abang jadi kejam macam mereka. Abang cakap macam ni sebab abang nampak dia teragak-agak nak bunuh sehinggalah... Ayahanda dia yang masuk campur" Shin berkata tegas.
"Dia tengah berusaha hentikan kekejaman dia Kira... Abang tengok dalam mata dia sendiri. Semuanya untuk kamu." Shin memujuk lagi sambil tangannya memegang bahu Kira dan berkata perlahan.
Aku tak sangka. Shin yang pernah aku bunuh sebelum ini sedang mempertahankan aku. Aku hanya kaku dan teruskan mendengar disebalik dinding di sudut lorong ke kamar.
"Mengarut! Abang pertahankan dia sebab fikiran abang dah dikotori dengan apa yang mereka buat. Dengan jadi salah seorang dari mereka tekak abang pun laparkan darah kan? " Kata Kira lalu menepis tangan Shin di bahunya dan terus berlari pergi.
"Akira Hiroshi!!" Jerit Shin namun tak disambut Kira. Kami bertembung di muka pintu membuatkan langkah Kira terhenti dan memandangku dengan tajam.
"Ah! Tuanku..." Sambutnya gelabah dan segera meletakkan tangan kanan ke dada kirinya dan menunduk.
"Berani kau tunjukkan muka kau di sini lepas kau bunuh keluarga aku" ucapnya dengan mata berair menahan marah.
"Ini istana beta, kamar beta. Beta boleh buat apa saja yang beta mahu." Balasku dengan wajah tanpa perasaan. Dia mengetap giginya dan mengenggam tangannya dengan kuat lalu melangkah pergi dari situ dan melepasiku.
"Miko... Awasi dia." Arahku lalu Miko muncul secara tiba-tiba di bahuku dengan mencicit seakan menerima arahan. Dia kembali menghilang dan bersatu dengan bayang milik Kira untuk mengawasinya.
"Tuanku..." Panggil Shin apabila aku memandangnya.
"Kau kena lebih berhati-hati lepas ni. Ayahanda sedang sasarkan kau. Jangan sampai dia dapat jumpa bayang kau pun." Balasku selamba.
"Menurut perintah tuanku tapi tuanku, tentang apa yang baru terjadi tadi sejujurnya hamba tak dapat nak maafkan tuanku walaupun hamba pasti ia bukan sepenuhnya salah tuanku" katanya dengan kening berkerut.
"Beta tahu dan beta bukan ke sini untuk memohon maaf. Satu hari nanti beta akan bertanggungjawab dengan semua kebencian tu sendiri." Balasku dengan wajah tanpa perasaan.
"Ambil ni. Ia mungkin sakit tapi cara ni sahaja untuk putuskan kau dari kawalan orang tua tu. Kau tak kan perlu lagi menurut arahan dia." Kataku sambil menghulurkan tanganku yang aku cederakan untuk dia mengambil darahku. Dia agak ragu namun tetap juga mengambil tanganku untuk menghisap keluar darahku dari luka.
"Arhhh!!" Jeritnya sebaik sahaja titisan darah melalui rongga tekaknya. Dia terus terduduk dan urat-urat di tubuhnya semua kelihatan timbul dengan jelas di sebalik kulitnya yang pucat tidak berdarah.
"Ia mengambil dalam beberapa minit. Teruskan bertahan dan dia tak kan sesuka hati dapat sentuh kau. Sejujurnya Shin. Aku nak kau kembali hidup masih dalam bentuk manusia." Sambungku sambil mengelap tanganku yang digigitnya dengan sapu tangan yang biasaku bawa.
Aku kembali duduk di hujung katilku sambil menunggu Shin terus melawan rasa sakitnya dan bertarung dengan darah kawalan milik ayahanda. Untuk musnahkan ayahanda, aku perlu selamatkan mereka yang tak patut berada di bawah kawalan dia. Melihat Shin yang dalam keadaan itu, aku mula terlihat keadaan aku di waktu selepas kematian bonda.
"Mereka kaum yang lemah... Macam mana kau dan bonda boleh terperangkap dalam perangkap mereka? Kau ni bodoh ke?" soal salah seorang abangku yang cuba membunuhku yang di dalam keadaan masih tidak dapat melupakan apa yang terjadi sewaktu aku diseksa. Tubuhku juga masih terbalut dengan luka yang masih segar. Mendengar hinaannya yang berkali-kali, aku sendiri tak sedar bagaimana ia berakhir dengan kematian abangku.
"Maafkan kakak Red. Kakak tak nak buat semua ni. Kakak sayang kamu tapi kakak tak nak takhta diberikan kepada kamu yang mudah dibodohkan oleh manusia" kata kakakku sambil merapatkan pisau istimewa dengan corak unik pada pemegangnya ke mulutnya. Ia menegakkan pisau itu membuatkan aku dapat melihat diriku pada permukaan pisau tu. Namun, dia juga berakhir dengan kematian.
"Manusia makanan kita dan akan kekal menjadi makanan kita. Kau setuju untuk pergi bersama bonda cuma menunjukkan yang kau ni memalukan sama macam dia" ucap abangku yang lain. Mereka semua aku bunuh dalam keadaan tidak sedar. Sedar sahaja, aku sudahpun di dalam kolam darah dengan mayat mereka yang bersepah di lantai.
Melihat dari mereka yang masing-masing merancang untuk menamatkan nyawa aku, aku menyerang mereka semua termasuklah abang sulungku yang digelar sebagai bakal takhta. Semuanya bermula semenjak ayahanda mengatakan hanya putera tunggal akan mewarisinya. Pernyataannya itu ibarat perang yang dimulakan khas untuk anak-anaknya membunuh sesama sendiri demi takhta.
Aku tak terfikir untuk mewarisi takhta. Aku cuma ingin hidup dan membalas dendam untuk apa yang manusia lakukan pada aku dan bonda. Kata-kata saudaraku membuatkan aku hanya memandang manusia sebagai sesuatu yang remeh. Aku cuma perlu menghapuskan semua manusia yang wujud.
Walaupun dengan tubuh yang penuh dengan kecederaan dan darah dari saudaraku dan tubuhku sendiri. Aku menjadi yang terakhir berdiri di dalam peperangan saudara tu. Aku memandang ke atas seolah meminta jawapan samada apa yang aku lakukan adalah betul atau salah? Namun aku tak pernah menjumpai jawapannya. Hanya dendam membutakan mataku dari mana-mana perasaan yang lain.
Muntah darah mengalir keluar. Dia menunduk lalu terduduk dengan tikaman itu. Aku dengan wajah kosong memandang abang sulungku masih cuba bertahan daripada kecederaannya. Aku tak tahu sejauh mana kekuatan aku hingga dapat memegang kepala abang sulung yang semakin lemah sementara aku berdiri di hadapannya dengan tubuh seorang kanak-kanak yang hanya berumur 10 tahun.
Aku memandangnya semula dengan wajah kosong. Perasaan simpati sudahpun lenyap. Dengan kuku yang meruncing aku mengelar leher abang sulungku dan dia terus bertukar menjadi debu. Melalui memoriku yang masih jelas, aku mula sedar bahawa ayahanda melatihku untuk menghapuskan semua perasaan yang tak patut ada untuk seorang pembunuh. Peperangan antara saudara yang berlangsung hampir 4 tahun berakhir dengan kemenangan aku.
Sedikit demi sedikit, pembunuhan yang hanya untuk mempertahankan diri menjadi kepada pembunuhan untuk memburu. Lama-kelamaan, pemburuan bertukar kepada hilangnya perasaan simpati dan perlahan-lahan pembunuhan hanya dijadikan sebagai hobi buatku.
Aku menoreh kulit kepala seorang manusia perlahan-lahan. Darah mengalir menutup warna putih mukanya dan digantikan dengan warna merah likat. Bentuk tengkoraknya mula menonjol. Rambut bersama kulit kepalanya jatuh ke lantai membasahkan lantai istana itu perlahan-lahan. Ia sekadar rutin buatku tanpa sedar aku betul-betul bermain di dalam perancangan ayahanda.
Perlahan-lahan senyuman gila mula terukir apabila aku dapat membunuh lebih ramai manusia dan menyeksa mereka melalui pelbagai cara. Aku rasa seolah aku dapat membalas dendam atas kematian bonda. Aku tak pernah rasa ia cukup sehingga aku ingin mencapai impianku untuk melenyapkan semua sisa manusia yang pernah wujud. Aku sememangnya bodoh. Selama ini aku langsung tak sedar ayahanda sedang mempergunakan aku.
Aku menumbuk bahagian dadaku sendiri. Aku terasa bodoh. Sasaran yang sebenar berada di depan mataku sendiri namun aku tak menyentuhnya malah membiarkan dia terus mempergunakan aku. Macam mana aku boleh jadi bodoh macam ni? Aku sepatutnya teruskan amanah bonda walaupun ia gagal, aku sekurangnya tak patut menyakiti manusia seperti mana yang bonda mahu.
Bonda seperti dah lihat sifat sebenar ayahanda. Dia seolah ingin melarikan diri dari kawalan ayahanda dengan hidup di kalangan manusia namun ia gagal dan berakhir kematian. Adakah itu impian yang dimiliki untuk seorang yang polos? Bagaimana bonda boleh terfikir bahawa manusia dan vampire dapat hidup bersama sedangkan makanan kami hanya darah dari mereka? Aku benci tapi mungkin aku setuju dengan apa yang abang aku katakan.
"Tuanku!" Jerit Shin tiba-tiba sambil memegang kuat tanganku. Wajahnya kelihatan panik.
"Oh? Kau dah selesai? Bagus, sekarang kau dah boleh larikan diri dari arahan orang tua tu kan? Kau boleh berlawan di sisi beta" balasku dengan bangga. Tiba-tiba aku dapat rasa dadaku sakit.
"Beta cuma tumbuk sekali. Badan beta yang terlalu lemah atau tumbukan beta yang terlalu kuat?" Soalku sendirian apabila merasakan rusuk di bahagian dadaku berkecai namun ia segera sembuh kembali.
"Apa maksud tuanku sekali? Tuanku tumbuk bertalu-talu sehingga merisaukan hamba. Tuanku tak dengar pun hamba panggil" kata Shin dengan wajah cemas.
"Iya kah? Ahhh... Beta tak sedar tentang tu. Nampaknya fikiran beta melayang jauh" balasku bersahaja.
"Tuanku... Tak apa-apakah?" Soalnya resah. Aku memandangnya lama. Keadaannya yang lebih teruk dari aku namun dia menujukan soalan itu pada aku.
"Ia soalan yang mengarut untuk beta" jawabku.
"Maaf tuanku" balasnya kesal.
"Apa yang dia buat pada kamar beta?" Soalku ingin tahu bermaksudkan pada Kira yang tiba-tiba berada di dalam kamarku.
"Ah! D-dia..." Dia mula ragu untuk memberitahu memberiku satu petunjuk bahawa Kira mungkin merancang untuk melakukan sesuatu yang tak sepatutnya padaku.
To be contina..
......................................................................
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top