Bab 15 : Keluarga atau musuh?
Aku melihat diriku yang terus menyeksa, membunuh dan meratah darah tanpa henti. Dengan tubuhku yang hodoh, ia sememangnya menjijikkan dan aku tak mahu mengaku ia adalah diriku sendiri.
Malah aku membunuh ayahanda dengan mudah. Tanpa ada sekumit rasa simpati atau rasa kekeluargaan. Memandangkan pengikutnya merupakan aset darinya, kematiannya mematikan semua askar dan vampire yang berada di bawah pengaruhnya. Semua yang berada di bawah kawalannya menjadi debu. Kini yang tinggal hanya aku keseorangan.
"Ia nampak sunyi..." Kataku membuatkan Yumi memandangku.
"Aku tak pernah fikir perkataan tu keluar dari kau." Katanya lalu mengeliat.
"Macam mana sekarang? Kau nak ke Vampahell?" Soal Yumi ingin tahu.
"Aku tak patut ada kat sana. Daripada aku terus kunci kuasa ni lebih baik aku hapuskannya. Lagipun risikonya lebih tinggi untuk aku berbanding aku ke negara Rohe." Balasku sambil melihat tanganku.
"Kau tahu ke caranya?" Tanya Yumi.
"Tak tapi... Sekurangnya sekarang aku tahu punca demon tu keluar. Aku cuma perlu halang Kira dan aku tahu yang tahu segalanya tentang demon adalah ayahanda kau. Jadi Yumi... Bawa aku jumpa dengan ayahanda kau," pintaku. Yumi memandangku dengan ragu.
"Aku tak boleh." Balas Yumi sambil mengerutkan keningnya.
"Apa maksud kau?" Soalku ingin tahu. Dia kelihatan ragu untuk mengatakannya.
"Red... Macam aku juga. Kau pun bahan eksperimen dia. Cuma kali ni ayahanda kau bekerjasama dengan dia." Balasnya dengan wajah bersalah.
"Maksud kau... Dia tahu yang demon ada pada aku?" Soal aku terkejut.
"Bukan setakat tahu Red. Dia yang biarkan demon dibawa masuk ke dalam tubuh manusia dan melahirkan generasi yang membawa benih demon. Ayahanda kau mengambil bonda kau sebagai isteri sebab dia pembawa benih tu. Selepas kau anak ketujuhnya, yang dia dapat tahu kau ada benih tu. Dia buatkan kau bunuh produk gagal yang lain." Terangnya.
"Produk gagal yang kau maksudkan?"
"Ya... Saudara kau" balas Yumi membuatkan aku sukar untuk mempercayainya.
"Kau tahu semua ni dari awal... Tapi kau tak halang bila semua tu terjadi." Balasku kecewa.
"Aku tak boleh buat apa-apa okey?! Ayahanda kau dan ayahanda aku dah bersepakat untuk halang aku. Mereka tak beri aku ruang sedikit pun untuk aku jumpa kau waktu tu. Bila aku sampai pun semuanya dah terlambat. Apa yang aku boleh beritahu kau cuma kebenaran. Mereka sendiri tak sangka mereka tak dapat kawal kau. Mereka fikir bila mereka kekalkan benih tu dalam setiap generasi, demon akan mengikut perintah mereka macam itik yang baru menetas tapi apa yang sebenarnya terjadi dirahsiakan dari ayahanda kau. Ayahanda aku mula menukar rancangan tanpa pengetahuan ayahanda kau. Dia nak lihat apa akan terjadi pada bumi bila makhluk macam demon menguasai bumi. Bagi dia, manusia akan berubah seiring waktu begitu juga dengan malapetaka dan kekuatan. Dia nak lihat kalau manusia yang boleh menjatuhkan kau juga wujud. Ada batasan masa untuk kami lihat ke hadapan jadi kami tak dapat lihat dengan lebih jauh." Balasnya lagi.
"Apa lagi yang kau tahu?" Soalku. Sekali lagi dia kelihatan ragu.
"Kematian bonda kau... Juga satu rancangan dari ayahanda kau." Ujarnya membuatkan aku terus membutangkan mata.
"Memandangkan benih tu sudah berada di dalam tubuh kau dan kini kau pembawanya. Dia anggap bonda kau bahan buangan jadi dia biarkan bonda kau terbunuh dengan tuduhan." Terangnya dan aku berpaling darinya dengan hati yang rasa sesak. Aku terus melutut di dalam kolam darah yang berlecak.
"Aku gunakan tangan ni untuk membunuh dan percaya yang aku balas dendam untuk bonda aku tapi yang sepatutnya aku bunuh adalah ayahanda aku?" soalku sendirian. Yumi memandang kembali ke belakang melihat sekelilingnya yang mula berubah.
"Kejujuran sentiasa jawapannya ha? Masa depan dah mula berubah dari sekarang." Kata Yumi lagi dan kelihatan kesal. Dia terus duduk di batu berdekatan seakan memberi aku masa untuk menenangkan diri.
"Walaupun ia rancangan ayahanda kau Red. Ia tak bermaksud manusia tak bersalah. Macam mak aku waktu aku dalam jagaan dia, manusia juga bunuh mak aku macam mana mereka bunuh bonda kau. Mereka hanya perlu ditipu sedikit dan kesemua mereka akan bertukar kejam. Dendam kita yang buatkan aku percaya kita sama dan aku tak nak kau tahu semua ni sehingga kau dapat takhta ayahanda kau. Tapi bukan ke ini kelakar? Kau bencikan ayahanda kau sama macam aku bencikan ayahanda aku. Persamaan kita bertambah." Katanya lagi sambil tersenyum pahit membuatkan aku mengenggam tangan kegeraman.
"AKU BERSUMPAH! AKU AKAN BUNUH DIA! AKU AKAN HAPUSKAN KUASA YANG DIA HARAPKAN NI DEPAN MATANYA SENDIRI! AKU TAK KAN BIARKAN DIA TERUS MENGAWAL AKU! ARGHHHHH!!!" Jeritku dengan mata berair dan penuh amarah. Yumi hanya mendiamkan diri untuk memberikan aku ruang.
......................................................................
Selepas aku mula bertenang, aku bangun semula dan menarik nafas sedalamnya. Dendam yang baru mula terwujud dalam diri aku.
"Lepas ni mungkin musuh kau bukan sahaja ayahanda kau tapi juga ayahanda aku. Aku akan cuba sedaya aku untuk halang dia daripada dekati kau" katanya dengan tenang.
"Kau tahu cara untuk hapuskan kuasa ni?" Soalku.
"Tak tapi... Aku yakin ada sebab untuk demon beralih dari setiap generasi" balasnya lagi.
"Beralih tubuh dari setiap generasi. Macam mencari tubuh yang sesuai untuk dia." Jawabku sendirian. Aku terus memandang Yumi seakan dapat menjawab soalan teka teki.
"Ayahanda aku kata. Demon yang sebenar tak boleh menyentuh apa-apa di bumi. Dia dianggap berbahaya sebab suka memakan roh dalam dunia Underworld tapi di bumi apa yang mereka boleh buat cuma melihat macam mana aku dan kau sekarang tapi dia ada kebolehan untuk menumpang dalam tubuh makhluk bumi cuma... Bukan semua makhluk bumi dapat menampung kuasa dari dia. Kebanyakan mereka mati selepas 2 minit dirasuk demon. Dari situ ayahanda dapat idea untuk tanamkan telur/benih demon di dalam manusia sehingga ia dapat membiasakan diri dan mencari tubuh yang dapat tampung tenaganya." Terang Yumi dan wajahnya seakan mengantuk apabila menerangkannya.
"Kalau aku tak boleh hapuskan dia... Macam mana kalau aku sendiri yang kawal dia?" Soalku sambil menyentuh simbol kurungan di belakang tengkukku.
"Kami tak pernah nak fikir begitu tapi ia tak mustahil" sambut Yumi.
"Jadi mari kita pergi. Aku tak nak bazirkan waktu lagi" balasku dan bersedia untuk pergi dengan memegang bahu Yumi. Yumi hanya membalas dengan senyuman senget dan keluar dari mesin masa.
To be contina...
......................................................................
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top