Bab 14 : Tamatkan Tali Persahabatan
"Aku tak tahu yang hari ini akan tiba di mana aku kena lawan kau dengan serius. Red," balasnya lalu mengesat darah di pipinya. Dark Red cuba menyerangnya lagi namun Yumi segera menghilang dari pandangan.
Dark Red, itu yang aku gelarkan untuk diriku yang berada di masa depan. Dia tidak lagi seperti vampire yang biasa. Luka di dadanya menyembuh dengan pantas. Keadaan dia berdiri pun tidak normal. Dia membongkok dengan tangannya tergantung dengan senyuman yang masih terlakar di bibirnya. Aku pada masa depan sememangnya sudah tak sedarkan diri.
"Badan ni... Badan ni dah jadi milik aku!! Ahahahhahah! Tiada siapa yang boleh tumpaskan aku! Tiada siapa!" Kata Dark Red dengan senyumannya yang masih belum hilang sambil mendarat ke kepala Kira sehingga ia berkecai.
Hidung Dark Red bergerak seolah-olah ada sesuatu yang dia bau. Dia berpaling ke belakang melihat ke langit dengan keadaan bongkoknya. Yumi muncul bersama skru yang terapung di sekelilingnya malah dia turut mengumam beberapa biji skru di dalam mulutnya. Nampaknya dia bersedia untuk menyerang secara serius.
Yumi melepaskan skrunya ke tubuh Dark Red namun ia menghalang serangan itu dengan lengan besarnya. Skru itu menusuk masuk ke dalam lengannya. Tanpa menunggu, Yumi membuat pergerakan agar lengan Dark Red bergerak ke sisi melalui skru yang terbenam di dalam lengannya. Yumi terus cuba menyerang secara dekat dan ingin cuba menyentuh simbol kurungan yang berada di belakang tengkuk Dark Red.
Namun lengan Dark Red, boleh memanjang sehingga beberapa kaki dan dia menyerang dari jarak jauh. Yumi tersentak dan cuba untuk mengelak namun tangan itu fleksible di atas udara dan bertumbuh di bahagian yang lain dan terus menangkap Yumi yang sepatutnya berada di titik buta serangannya.
"Nampaknya kau lebih menakutkan dari dulu Red," kata Yumi seakan ingin memuji dan lantas terus menerjah awan dan tiba-tiba muncul betul-betul tepat di hadapan wajah Dark Red.
"Tapi... Masih perlahan." Balasnya lalu seakan terkejut dan aku di masa depan terus menangkapnya di dalam genggamanku.
"Apa yang kau buat?" Soalku yang asli pelik kepada Yumi.
"Sumpahan Hanran jadi kenyataan tapi kejadian ini tak kan terjadi lagi. Lepas ni aku akan tutup mulut dia sebelum dia habis menyumpah." Balasnya dengan muka seakan merajuk.
"Ah... Ya... Kau tak dapat rasa sakit jadi kau tak sedar yang kau dah kehilangan sebelah tangan masa serangan tadi." balasku memahami.
"Aku siasat keturunan Hanran. Keturunan dia dapat berkat dari phoenix dan mereka menggelarnya sebagai 'The Will of Phoenix'. Ia cuma boleh digunakan sekali seumur hidup. Walaupun agak lemah tapi sumpahan dari tubuh yang dalam keadaan nazak sememangnya bagi kesan yang besar." Terang Yumi sambil mengeluh. Melakukan sumpahan tu sebagai jalan terakhir. Aku pasti bayarannya juga nyawa memandangkan dia cuma gunakan sumpahan tu apabila dia tahu yang dia tak kan terlepas dari kematian.
Yumi segera melepaskan diri dengan menembus dari genggamannya dan kembali terapung di udara. Dia melihat tangannya yang tidak dapat digunakan untuk menumbuk tadi. Baru dia perasan bahawa tangan itu hilang dan tak dapat ditemui di mana-mana.
"Darah biru? Hihihi... Aku tak pernah melihat darah biru~ Ia mungkin sedap juga~" kata Dark Red sambil tersenyum lebar dan terbang ke udara mendekati Yumi. Yumi membuat pergerakan untuk skrunya dari jarak jauh. Skru yang tertanam dalam lengan Dark Red tadi terus mengawal lengan Red untuk menumbuk wajahnya sendiri.
Yumi mengawal lengan Dark Red untuk menumbuk dirinya sendiri bertubi-tubi sehingga ia terjatuh kembali ke tanah sehingga mewujudkan kepulan asap. Beberapa saat kemudian, kepulan asap itu hilang dan Dark Red bangun semula masih dengan senyuman menonjolkan gigi taringnya yang kini lebih mengerikan.
Tanpa disangka, Dark Red menarik bahunya seolah cuba mencabut keluar lengannya. Ia turut membuatkan aku yang perhatikannya terkejut. Ia terus mencampakkan lengannya ke tanah dan ia segera menjadi debu. Skru yang berada di dalam lengan itu terus terjatuh ke tanah.
Lengan yang terputus tadi digantikan dengan lengan yang baru yang lebih besar. Aku tak sukakan tubuh tu. Ia sememangnya kelihatan hodoh dan menjijikkan. Dark Red terus lagi cuba menyerang namun kali ini ia lebih agresif dari sebelumnya. Yumi mula berwaspada dan menembus setiap serangan Dark Red. Namun Dark Red secara tiba-tiba muncul di belakang Yumi sewaktu Yumi sibuk menepis setiap serangan Dark Red.
Dark Red terus membenamkan taringnya ke dalam sisi Yumi yang tak dipertahankan melalui tangannya yang hilang. Yumi terus membenamkan skrunya yang lain ke dalam tubuh Dark Red sebagai serangan balas dan menjatuhkannya dengan kasar ke tanah.
"Nampaknya... Aku memang tak ada pilihan kan Red?" Kata Yumi sambil memegang lehernya yang berdarah. Dark Red menjilat bibirnya dengan senyuman puas. Malah dia tersenyum seolah memprovok Yumi membuatkan Yumi kegeraman. Separa leher Yumi mula pudar dan mula lesap.
"Chains of hell." Ucap Yumi lalu skru-skru yang terbenam di dalam tubuh Dark Red tadi terus mengeluarkan aura membentuk rantai yang mengikat seluruh tubuh Dark Red. Ia tidak lagi dapat bergerak dan memaksa DarkRed untuk terus terduduk.
"Aku hantar kau balik ke tempat asal kau." Balas Yumi namun wajahnya tak menunjukkan riak gembira seperti selalu yang dia lakukan pada mangsanya yang lain. Dia memegang rantai bersedia untuk menarik roh keluar dari tubuh itu. Yumi dalam keadaan ragu seketika sehingga dia kelihatan ingin mengambil keputusan untuk menarik keluar roh aku yang berada di masa hadapan.
"Yumi..." Sebut DarkRed dengan suara perlahan membuatkan langkah Yumi terhenti.
"Yumi..." panggilnya lagi namun pada pandangan Yumi, ia seolah memandang aku yang sebenar. Matanya tiba-tiba mengalirkan air mata.
"Diam! Kau cuma... Perlu ikut aku. Ka- kau bukan lagi Red" kata Yumi sambil menutup matanya dan mengenggam rantainya itu.
"Yumi... Kawan baik aku... Yumi kita kawan baik kan?" Kata lagi Dark Red namun dengan suara kasarnya. Yumi hanya mendiamkan diri dan memandang DarkRed semula dengan wajah nekad. Dia terus merentap rantai yang digenggamnya itu yang bersambung kepada roh asal milik Red.
Roh Red mula keluar mengekori rantai yang diikat Yumi namun ada sesuatu yang lain menangkapnya sebelum ia dapat ditarik sepenuhnya oleh Yumi membuatkan Yumi tergamam.
"Dia akan tinggal dengan aku selamanya~" ujar makhluk misteri di belakangnya. Demon yang sebenar, tubuh Red hanya medium untuknya menguasai bumi namun roh miliknya mustahil untuk ditangkap dengan hanya sekadar kekuatan.
"Yu-Yumi... Tolong aku..." ujar roh aku dengan mata membutang. Roh aku yang sebenar kembali masuk ke dalam tubuh itu bersama entiti lain dan rantai yang dipegang Yumi berkecai serta-merta. Yumi segera mewujudkan skru yang lebih besar bersedia untuk melakukan serangan yang lebih kuat.
"Haha... Kau betul-betul fikir kau boleh jatuhkan aku dengan sebelah tangan? Hihihi... Aku tahu pergerakan tu. Kau anak 'dia' kan?" Balas DarkRed dengan sinis membuatkan Yumi mula kelihatan gelisah.
"Budak ni sangat bising... Dia tak mahu aku sakiti kau. Ahhh... Pergelutan yang sia-sia. Dia cuma perlu duduk diam dan lihat impiannya aku dapat capai dengan mudah. Kemusnahan manusia... Hehehee rancangan yang menarik" kata DarkRed sambil menyegetkan kepalanya.
"Kau mula was-was. Kau cuma perlu bunuh aku tanpa ada perasaan tu. Perasaan tu cuma melemahkan kau" ujarku yang asli kepada Yumi yang hanya berdiam di sebelahku.
"Macam mana aku nak teruskan pertarungan? Bila muka kau..." Kami terus melihat Yumi di masa depan yang hanya mendiamkan diri.
"Mengingatkan aku pada aku yang kau selamatkan semasa aku kehilangan mak aku dulu" balasnya sambil menatap lama dirinya di masa depan. Walaupun dia tahu ini akan terjadi, dia masih tak dapat lepaskan memori tu ha?
"Perasaan yang membebankan" balasku sambil menghembus berat dan kami kembali senyap.
"Cuma kali ni... Dan lepas ni aku tak kan lepaskan kau lagi" balas Yumi lalu melepaskan rantai yang mengikat tubuh DarkRed yang sebenar dan menghilangkan diri sebelum sempat DarkRed menyerangnya.
"Jadi... kau sebenarnya punca aku tak dapat dihentikan?" Kataku yang asli kepada Yumi.
"Kenapa kau tuduh aku? Yang jadi punca kau jadi macam ni cuma peliharaan kau tu. Dia yang patut aku hapuskan dulu sebelum kau tapi ya... Ada saja alasan kau halang aku dari sentuh dia." balas Yumi selamba membuatkan aku terdiam.
To be contina...
......................................................................
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top