Bab 13 : Kematian II

Sementara itu...

"Korose.... Heheheh.." Yumi mengeluarkan skru drivernya lalu menikam bahu perempuan itu. Darah perempuan itu memancut deras. Perempuan itu menghayunkan kakinya menuju ke pinggang Yumi.
Yumi melepaskan pegangannya.

"Waw! Beraninye kau... Boleh tak kau kenalkan diri kau sbelum aku bunuh kau..? Aku rasa kau boleh jadi koleksi aku paling berharga." Kata Yumi sambil tersengih.

"Aku Han Ran!! Pembunuh vampire tapi ia tak penting untuk kau yang bakal mati dalam tangan aku." Hanran berlari menuju ke Yumi dan cuba menghadiahkan tendangan kaki ke mukanya. Yumi menepis mudah menggunakan tangannya lalu dia mencengkam kaki Hanran dan mencucuk terus kakinya menggunakan skru drivernya. Hanran menjerit kesakitan.

Hanran menjerit kuat lagi apabila kakinya dipatahkan oleh Yumi. Yumi melepaskan kaki Hanran. Hanran terundur ke belakang sambil memegang kakinya.

"Ini ke pembunuh vampire?.. Lemahnya.." kata Yumi sinis. Darah yang melekat pada skru driver dijilat dengan muka menyeramkan.

"Hehe... Patutla vampire sukakan darah manusia rupanya darah manusia. Memang sedap..." Kata Yumi lagi sinis. Hanran mengetap gigi. Dia mengeluarkan keychain berbentuk pedang berwarna silver daripada poket seluarnya. Hanran mencium keychain itu. Tiba-tiba keychain itu bercahaya lalu menjadi pedang yang panjang dan bercorak lingkaran. Yumi hanya tersengih.

Hanran menghayunkan pedangnya terus mengenai kepala Yumi. Namun pedangnya seakan-akan menembusi Yumi dan tidak memberi apa-apa kesan. Mata Hanran terbeliak kerana terkejut. Yumi mencucuk terus skru drivernya terus ke mata Hanran.

"Aarrrhhhh!!!" Hanran menjerit kesakitan sambil tangannya memegang matanya yang masih terlekat skru driver Yumi bersama darahnya mengalir laju membasahkan bajunya yang kian memerah disebabkan darahnya.

"Ahahahhahahha... Bunuh... Bunuh... Bunuh..." Yumi mula menggila. Nafsu membunuh mengawal badannya.

Dengan matanya yang masih berdarah dan skru driver yang tenggelam dalam matanya, Hanran tetap cuba melawan dengan pedangnya yang bercahaya. Sekali lagi libasan pedangnya tidak memberi kesan pada Yumi.

"Hey.. Pembunuh vampire.. Aku ni ghost.. Serangan manusia dan senjata menyedihkan kau ni memang takkan ada kesan pada aku... Hehehe..." Yumi berkata dengan sengihan yang tak pernah lekang dari bibirnya. Hanran masih mencuba nasib dengan terus menghayunkan pedangnya bertubi-tubi. Namun serangannya tetap tiada guna. Yumi mencabut skru drivernya daripada mata Hanran dengan kasar. Mata Hanran juga tercabut keluar bersama skru driver itu.

"Arrrhhhhh!!" Hanran menjerit kesakitan merasai matanya dicabut keluar tanpa belas kasihan. Yumi hanya tergelak apabila darah Hanran memancut keluar mengenai mukanya. Yumi mencucuk lagi skru drivernya ke bawah dagu Hanran sehingga lidah Hanran terjelir keluar lalu diangkat dan dicampak badannya ke tanah. Pedangnya terjatuh ke tanah dan menjadi keychain semula. Darah terus keluar sehingga menjadi sebuah kolam darah.

"Bunuh.. Bunuh.. Bunuh.. Lalallalaalaa...." Nyanyi Yumi sambil skru-drivernya mencucuk kasar perut Hanran bertubi-tubi lalu dirobek sehingga menampakkan usus perutnya yang hampir hancur. Darah memancut keluar dari mulut Hanran. Matanya tertutup rapat menanti ajal. Yumi meneruskan hobinya menyeksa badan yang akan menjadi mayat.

"Mati...! Mati..! Mati...!" Yumi menyanyi lagi seakan-akan budak kecil sambil tangannya mencucuk bertubi-tubi buah pinggang Hanran sehingga lumat.

"Masa untuk kematian!!! Miaaahahhahahah!!" Galak Yumi ketawa dengan tangannya yang memegang skru driver tinggi ke udara lalu dihunus kasar ke perut Hanran.

"Aku sumpahkan kau akan lesap suatu hari nanti. Di sini mungkin kau terlepas tapi kau tak kan terlepas selamanya" ucap Hanran dalam keadaan berlumuran darah tanpa ada sedikit pun rasa gentar walaupun tubuhnya sudah kritikal. Walaupun mulutnya sukar untuk mengucapkan ayat itu, dia tetap menghabiskan ayat itu selengkapnya.

"Heh! Itu tak kan berlaku hahahhahaha" ucap Yumi dengan sengihan lebar. Yumi membuat serangan terakhir dengan mencucuk lehernya terus membuatkan Hanran memejam mata tanpa bernafas. Jantung berhenti berdegup dan darah berhenti mengalir dalam badannya dan terus mengalir keluar. Kematian Hanran disambut dengan gelakan kejam Yumi.

.............................................................

Kembali pada Red...

Aku di masa depan hanya terus mengelak dari serangan Kira. Aku tahu manusia mudah untuk hilang tenaga. Aku cuma perlu mengelak sehingga dia kepenatan.

"Kira... Tiada sedikit pun ke rasa untuk kau maafkan beta? Bagaimana kalau kau mengahwini beta dan beta akan berhenti memburu manusia?" Balasku membuatkan aku yang memerhati dari jauh terkejut.

"Untuk fikirkan kau jadi suami aku, walaupun sekadar di dalam mimpi ia mustahil untuk aku terima!" Ujarnya dan tanpa berhenti tetap cuba untuk menikamku dengan pisau perak itu. Aku terus menahan tangannya dan memandangnya tepat ke matanya.

"Bukan ke kau serang aku untuk orang-orang kau? Aku berikan satu penyelesaian yang mudah. Tinggal dengan aku dan semua ni akan tamat" ujarku dengan serius.

"Aku takkan percaya lagi pada kau. Semua yang pernah berada di dalam tangan kau. Tiada seorang pun yang masih hidup. Abang aku, saudara aku, orang-orang tahanan kau yang kau janjikan tak kan diapa-apakan, mana mereka semua? Mereka semua mati dalam tangan kau sendiri." Ucapnya turut serius sambil memandang tajam mataku. Dia merentap tangannya kasar untuk melepaskan diri dari genggamanku dan cuba mengelar leherku. Namun aku segera dapat mengelak.

"Semua tu kemalangan. Percaya atau tidak. Beta tak berniat untuk bunuh mereka" balasku cuba meyakinkannya.

"Betul ke ia cuma kemalangan?" Soalnya mula kelihatan ragu. Melihatnya yang kembali tenang membuatkan aku mendekatkan diri.

"Ya... Beta bersumpah dengan nyawa beta" ucapku cuba mendekatinya dan menenangkannya.

"Jadi... Pergi mati!" ucapnya bermula dengan wajah menenangkan lalu terus menikam dadaku secara tiba-tiba. Tipu daya wanita... aku tak sangka yang aku turut jatuh ke dalam penipuannya. Aku terus menolaknya sehingga dia terduduk di tanah dan aku berundur sambil memegang dadaku yang deras mengalirkan darah. Tubuhku mula menjadi debu apabila pisau itu tepat mengenai jantungku.

"Arghhh!!!!" Jeritku sebelum tubuhku sempat menjadi debu sepenuhnya. Secara tiba-tiba bahagian tubuhku yang bertukar debu tadi kembali pulih dengan bahagian yang baru namun ia jauh berbeza.

"Raaaaaaaghhhh!!" Raungku dengan suara raksasa yang berbeza. Kepalaku mula menumbuhkan tanduk tajam. Melihatku yang tidak melakukan apa-apa serangan, Kira mengambil peluang itu untuk menyerangku lagi. Dia menikamku dengan pisau belati peraknya bertubi-tubi ke tubuhku.

Aku terus menepisnya kasar dengan lengan besarku membuatkan dia terpelanting ke dinding jambatan dan jambatan itu pecah kerana impak tersebut. Namun, dia tetap cuba berdiri dan mengeluarkan sesuatu dari poketnya yang kelihatan seolah senjata tembakan yang kecil dengan panah perak.

Belum sempat Kira melepaskan tembakan, satu skru tiba-tiba terbenam ke dalam kepalanya sehingga menembus ke belakang kepalanya membuatkannya terus rebah. Yumi segera muncul sambil memeriksa mayat Kira.

"Haihhhh... Awalnya mati..." Katanya apabila Kira tidak memberi sebarang respon.

"Nampaknya aku selamatkan kau rambut merah. Sekarang, pujilah a-" belum sempat dia menghabiskan kata-katanya aku cuba menyerangnya membuatkannya terus mengelak sebelum seranganku mengenainya.

"Hoit Red!! Apa kena dengan ko ni?!" Yumi di masa depan menjerit ke arahku yang di masa depan. Aku yang sebenar memandang Yumi yang sekarang. Yumi hanya menunjukkan muka serius memerhati situasi itu. Aku kembali menoleh melihat adegan itu semula.

Aku hanya tersengih dengan tubuh yang jauh berbeza tidak lagi menyerupai seekor vampire yang normal. Ia ibarat satu raksasa yang sedang mengamuk. Aku di masa depan terus mengeluarkan kuku yang runcing dan menyerang Yumi. Yumi mengelak dan terbang ke udara. Aku di masa depan terus tersenyum dengan mata yang bercahaya merah dan mata putih yang telah menjadi hitam. Secara tiba-tiba belakangku bergerak seakan-akan sesuatu yang ingin keluar dari belakangku. Aku di masa depan mengoyakkan bajuku sendiri lalu menundukkan badan. Kulitku terus bergolak seperti ombak seakan-akan sesuatu sedang berlumba untuk keluar dari belakangku.

Zapppp!!

Darahku memercik merata-rata. Sepasang sayap naga yang berwarna hitam keluar di sebalik kulitku yang terkoyak. Namun aku di masa depan terus tersenyum. Dengan sayap yang baru aku gah terbang ke udara menuju ke arah Yumi. Yumi mengeluarkan Yoyonya lalu menyerang aku di masa depan. Aku terus menepis lalu mencakar pipinya. Kami berdua mendarat pantas ke tanah. Darah biru mengalir dari pipi Yumi dan sebahagian pipinya lesap.

"Aku tak tahu yang hari ini akan tiba di mana aku kena lawan kau dengan serius. Red," balasnya lalu mengesat pipinya lalu melihat darahnya sendiri di jari.

To be contina...

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top