Bab 12 :Kematian

"Bukan ke itu lebih baik?" Soalku dengan wajah tidak bersalah.

"Arghh!!! Stress aku bercakap dengan kau. Kau memang nak mati ke?" Soalnya geram.

"Aku serius. Untuk apa kau biarkan aku hidup kalau kau tahu ia cuma bawa kemusnahan? Sekurangnya kau boleh hentikan aku sebelum perkara macam ni berlaku. Lagipun kau pilih untuk biarkan aku hanya sekadar kerana perasaan yang tak guna tu kan?" soalku dengan selamba.

"Ia bukan sekadar persahabatan kita tapi... Demon ha? Ayahanda aku pun mengaku yang demon terlepas dari hell mengambil masa untuk dia mencarinya semula. Lagipun rambut merah... Walaupun melihat kau dalam keadaan macam ni, aku masih nak percaya yang kau masih ada di dalam sana dan kembali seperti kau yang aku kenal. " Ujarnya sambil memandangku di masa depan.

"Kita diwujudkan di dunia ni hanya untuk malapetaka. Walaupun bukan kau, aku pasti ada yang lain menjatuhkan aku sebab itu mungkin... Aku di masa depan hanya tenggelam dalam bayang-bayang sendiri." Balasku sambil terus melihat aku yang di masa depan cuba mencari cara yang lain untuk membunuh.

"Apa yang kau cakapkan ni? Sepanjang kita hidup tiada siapa yang lawan kita. Satu-satunya yang boleh bunuh kau hanya aku," ujarnya yakin dan aku memandangnya lama.

"Kemudian, siapa yang boleh hentikan kau? Daripada kejahatan mula diwujudkan ia cuma berakhir dengan kekalahan dan tak kan pernah menang dan aku sudah bersedia dari dulu untuk seseorang tamatkan nyawa aku." Ujarku tanpa rasa gentar.

"Aku tak suka kau yang macam ni rambut merah" ujarnya sambil memandangku dengan kening berkerut.

"Kau boleh lihat masa depan dan masa lalu malah kau hidup lebih lama dari aku jadi Yumi, kenapa kau tak pernah ceritakan penamat riwayat kau pada aku?" soalku membuatkan dia turut mendekatkan dirinya padaku dan membalas renunganku.

"Sebab ia tak wujud," balasnya serius.

"Ia tak wujud atau kau yang tak mahu melihatnya?" Balasku membuatkan dia terus merenungku dan hanya berdiam.

"Nampaknya kau dah bencikan aku sedikit. Mungkin lebih mudah untuk kau bunuh aku lepas ni." Ujarku dengan senyum sinis. Dia membalas senyumanku dengan senyuman senget.

"Kau tahu yang aku tak kan terkesan dengan provokasi kau yang kebuda-budakan tu lagipun aku tak berminat nak jadi wira untuk manusia. Aku benci mereka macam kau benci mereka." balas Yumi sambil menumbuk perlahan bahuku.

"Mari berhenti. Aku nak tengok pula apa jadi pada Kira" pintaku.

"Heh! Buat apa~ kan aku kata kau dah bunuh dia. Sama je macam kau buat pada yang lain. Tiada istimewanya," balasnya tanpa memandang ke arahku.

"Kau sorokkan sesuatu pada aku?" Soalku dan dia terus berpeluh dingin.

"Sebenarnya... Errkk... Aku pun join kau bunuh Kira jugak. Erkk... Lebih kurang la," Katanya dengan muka memuncung sambil kakinya menguis lantai. Aku membeliakkan mata.

"Tap- Tapi aku tak makan die ehh.. Kau yang makan!" katanya lagi segera. Aku mengetuk kepala Yumi. Bengang dengannya.

"Adoiiii! Hhuhuhhu... Sakitnya..." kata Yumi sambil menggosok kepalanya namun aku tahu dia sengaja berkata begitu sebab dia tiada rasa sakit. Tempat dia gosok pun jauh daripada tempat yang aku ketuk.

"Tunjukkan saja" arahku dengan tenang.

"Haihhh... Yelah...yelah..." balas Yumi. Dia memetik jarinya. Masa ke belakang seketika dan sehinggalah saat aku di masa depan berhadapan dengan seorang perempuan yang tak dikenali di luar istana di atas jambatan pada waktu senja.

Kira berada di sebelahnya menghulurkan pisau perak kepada perempuan itu. Yumi di masa hadapan juga berada di sebelah aku di masa depan.

"Jadi 'kebetulan' kau ada di tempat kejadian?" soalku.

"Ya... Semuanya kebetulan hehe." Balasnya sambil mengaru pipinya dengan wajah gementar.

"Nampaknya dia ingin berlawan bersama rakannya ha?" Soalku.

"Ya... Semua ni bermula sebab kau yang bunuh semua rakan dan saudara dia. Kau ingat apa jadi sebelum ke sini? Itulah punca dia" terang Yumi membuatkan aku membisu seketika.

"Gila! Dengan hanya seorang manusia. Dia seakan hidangkan diri sendiri kepada aku. Nampaknya dia dah tak kisah apa akan jadi pada Shin." Balasku tenang.

"Shin dah mati. Ayahanda kau menyerang dia sebab dia tak puas hati kau tak dapat bertukar dengan sempurna jadi dia sasarkan pada Shin." Balasnya lagi.

"Dia dan baran dia tu sememangnya berpisah tiada" balasku tenang.

"Masih sempat untuk kau halang benda tu dari berlaku. Kalau Shin tak mati mungkin semua ni takkan berlaku" ujarnya.

"Aku ragu kalau mereka ni tak ada langsung rancangan untuk menjatuhkan aku. Ia cuma bergantung pada masa dan keadaan." balasku sambil terus memerhati.

Aku memandang semula adegan di depanku. Perempuan yang tak dikenali itu menghunuskan pisau peraknya menuju ke arah aku di masa depan namun dihalang Yumi di masa depan. Yumi memegang pergelangan tangan perempuan itu sambil menunjukkan muka menyeramkan dan tersengih menunjukkan gigi.

"Bunuh..." katanya sambil menonjolkan gigi. Mata perempuan itu membutang. Yumi mencengkam pergelangan tangan perempuan itu sehingga pisau perak di tangannya terlepas lalu mencekik leher perempuan itu sehingga kakinya tidak menjejak tanah. Yumi mengeluarkan Skru driver daripada poket seluarnya.

"Korose... Heheheh..." Kata Yumi lagi dengan nafsu membunuhnya sedang membuak-buak. Perempuan itu sedang bertarung untuk hidup dan cuba menarik nafas.

"Ram!!!" Jerit Kira sambil berlari ke arah Yumi. Aku menghalang laluan Kira dengan memunculkan diri di depannya.

"Kau hanya perlu patuh dan hidup bersama beta. Sukar ke untuk kau penuhi permintaan beta yang sangat mudah tu?" soalku di masa depan.

"Makhluk seperti kau tak patut wujud di muka bumi ni! Pergi mati!!!" Jerit Kira lalu cuba menyerangku dengan pisau peraknya. Aku mengelak serangannya dengan mudah.

"Aku mula percayakan kau... Aku ingat kau boleh berubah tapi... Semua vampire!! Memang mustahil boleh berubah!" Jerit Kira dan terus cuba untuk menyerangku.

"Yang sangka aku boleh berubah cuma kau Kira dan kau sememangnya salah tentang tu" balasku dengan wajah tidak berperasaan.

"Aku tahu... Jadi hari ni. Aku akan jatuhkan kau demi tebus balik kesilapan aku." ujarnya sambil mengesat matanya yang berair.

"Kau tahu ia mustahil bila kau dah tercungap sedangkan beta belum mula menyerang." Balasku tenang membuatkannya mengetap gigi.

Melihatku yang di masa depan tidak mahu menghapuskan perempuan itu dengan segera membuatkan aku yang sedang memerhati mula rasa pelik. Adakah ia sudah sejauh tu? Perasaan aku terhadap dia... Masih lagi sekadar peliharaan ke?

To be contina...
......................................................................

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top