Bab 11 : Masa depan
Aku mengikut Yumi ke dunia Ghostwhite dengan menaiki Grif. Grif terbang dengan gagahnya di angkasa. Semasa aku menunggangnya, Grif seakan-akan sangat berhati-hati dan takut kepada aku. Ia tak seperti keadaan semasa mula-mula aku menunggangnya sebelum ini. Mungkin aura kegelapan pada diri aku makin kuat.
Sampai di istana Yumi, aku mengikuti Yumi ke ruang di dalam istananya. Kami berhenti di hadapan dinding yang dicorakkan dengan lukisan indah di mataku. Sebuah istana gah di belakang sana yang diwarnakan hitam bersama bulan penuh di belakang istana itu. Di depanku pula tersergam indah sebuah jambatan yang menuju ke istana itu. Aku terpegun seketika.
"Kita akan melihat masa depan bukan?" Soalku pelik.
"Yep!" Jawab Yumi pendek.
"Habistu kenapa kita ke sini?" Soalku lagi.
"Ni la mesin ke masa depan..." Katanya sambil mendepakan tangannya ke lukisan itu. Aku memandang pelik.
"Dah... Tak perlu nak wat muka cam tu sangat... Pegang bahu aku." Arah Yumi. Aku pantas memegang bahunya. Yumi menyentuh lukisan itu. Kami seakan-akan ditarik ke dalam sebaik sahaja Yumi menyentuh lukisan itu.
Kami tiba ke destinasi yang langsung tak pernah aku kenali. Pokok langsung tidak kelihatan dan langsung tiada tumbuhan hijau. Tanahnya tandus tiada lagi kehidupan. Suasana di situ seolah-olah selepas peperangan dan kelam. Bangkai manusia dihurungi lalat dan ulat berenga merata-rata. Baunya amat menusuk hidung. Aku menutup hidung tidak tahan dengan bau di situ. Terdapat struktur seolah-olah rumah dibakar hangus hanya meninggalkan sisa kayu.
"Jom... Kita ke istana kau." Ajak Yumi. Aku mengikut langkahnya ke istana melalui tempat yang musnah itu. Semasa melalui laluan itu, aku ternampak mayat seorang budak yang keadaannya amat mengerikan. Aku berhenti dan terkejut. Budak itu ternganga dengan lidahnya dipotong. Matanya dicungkil keluar. Kulit kepalanya disiat. Perutnya dibelah dan dikeluarkan usus perutnya. Dalam mulutnya pula terdapat usus perutnya sendiri. Aku terkejut. Yumi menghampiri aku dan turut melihat mayat budak itu.
"Tentu kau tak percaya apa yang aku cakap.. Tapi apa yang terjadi kat kampung ni.. Semuanya kau punya kerja.." Katanya sambil terus memandang mayat budak itu.
"Aku tak sangka... Semua ni berlaku bukan hanya di dalam istana. Ini bukan apa yang orang tua tu buat?" Soalku sendirian.
"Hmm... Jom! Aku kena tunjukkan kau macam mana kau pada masa depan.." Ajak Yumi lagi. Aku hanya mengikut langkahnya.
'Selama ni sekejam mana pun aku, aku tak kan menyentuh budak sehingga dia capai usia yang matang buat aku. Adakah ada sebab lainnya pada aku di masa depan melakukan pembunuhan begini'
Sampai sahaja di depan istanaku, aku berhenti menapak. Sunyi dan dingin. Hanya itu sahaja yang boleh aku gambarkan. Dinding di luar istanaku juga kelam dan dipenuhi dengan pancutan darah yang kering. Dari atas sehingga ke tanah penuh dengan sisa daging manusia. Tangan yang separa isi tercampak merata-rata. Aku terkejut melihat istana yang selama ini bersih kini kotor dengan bangkai manusia.
Mayat yang tidak sempurna juga menghiasi dinding istana. Ada yang kepalanya hilang. Ada yang separa mukanya ditoreh sehingga hancur. Ada yang lehernya dikerat separa dan dibiarkan tergantung. Hanya burung gagak yang meriuhkan suasana di situ. Mereka datang hanya untuk memakan bangkai yang ditinggalkan dan juga ulat berengga yang menghiasi mayat yang kian rapuh dan membusuk.
"Macam mana? Cantik kan luar rumah kau ni pada masa hadapan?" Soal Yumi padaku dengan muka sinis. Aku hanya mendiamkan diri kerana aku sendiri tak sangka aku boleh jadi kejam sampai macam ni sekali. Patutkah aku rasa bangga tapi kenapa perasaan yang hadir cuma rasa jijik?
Aku memasuki istana kediamanku. Mataku terbeliak besar. Terkejut dengan keadaan di dalam istanaku sendiri. Mayat yang darahnya masih segar digantung ke siling seolah-olah dijadikan hiasan dengan gantungan aisku yang bercahaya. Di kiri dan kananku pula dipenuhi dengan manusia yang keadaan mereka tidak sempurna dan dibekukan. Pengawalku juga langsung tidak muncul walaupun seorang ataupun hanya sekadar untuk lalu. Sangat sunyi seakan-akan istana ini langsung tidak berpenghuni.
Aku terus melangkah ke dalam istana itu dan Yumi hanya membiarkan aku menghayati keadaan dalam itu dengan mulut terbuka. Sampai di ruang yang luas aku dikejutkankan lagi dengan mayat yang bergelimpangan merata-rata tanpa organ dan mata. Di tengah-tengah ruangan itu pula manusia dengan darah yang sudah kering malah hampir menjadi bangkai dihimpun sehingga menjadi bukit yang tinggi. Darah pula mengalir sehingga aku sendiri pun terpijak kerana sudahpun menjadi kolam. Mereka semua dalam keadaan yang tidak sempurna. Di tengah-tengah himpunan itu usus perut telah diikat mengelilingi mayat mereka dan diikat reben di depannya seolah-olah hiasan untuk dijadikan hadiah.
'Dalam sehari... Berapa ramai yang telah aku bunuh dan seksa?'
Krak.... Krak... Krak...
Bunyi pelik datang daripada ruang takhtaku. Aku terus menuju ke sana dengan berhati-hati. Yumi hanya mengikut langkahku dan memerhatikan aku. Aku membuka pintu utama menuju ke ruang itu.
Sebaik sahaja aku menolak pintu itu kelihatan satu entiti bersayap naga dan berekor musang berwarna merah membelakangi aku.
"Ngaaa.. aumm.. Nyap.. Nyap.." Itu aku di masa hadapan sedang menikmati hidangan daging manusia yang masih separa hidup dengan matanya masih berkelip duduk di hadapannya. Malah mulutnya disuap oleh manusia itu.
"Aku nak mata kau..." Manusia itu terus mencungkil matanya menggunakan garfu di tangannya. Dia terus mencucuk terus ke anak mata dan merentap keluar. Darah menyimbah keluar dari soketnya. Aku di masa hadapan menadah mulut untuk disuapkan. Manusia itu terus memasukkan biji matanya ke dalam mulutku di masa depan itu.
"Ermmmm.. Sedapnya... Kau tak nak rasa?" Soalku dengan muka sinis. Aku melihat lebih dekat ke sebelahnya. Muka aku sungguh berlainan. Terdapat empat taring yang panjang di bahagian atas dan empat taring kecil di bahagian bawah. Mata putihku telah berubah menjadi hitam. Anak mataku pula berwarna merah cahaya. Dua tandukku juga meruncing tajam. Aku menelan liur.
'Ini... Aku ke??' Soalku sendirian.
"Kau bukan sahaja jadi raja vampire Red." Kata Yumi secara tiba-tiba yang muncul di sebelahku. Aku memandangnya dengan ekor mataku. Memanggilku dengan namaku sememangnya dia mula serius.
"Tapi kau dah jadi raja demon. Ayahanda kau sendiri pun kau bunuh. Sejujurnya pembunuhan manusia ni kau boleh berbangga tapi kau... seolah dah hilang siapa kau sebenarnya." Sambungnya lagi. Aku memandang aku di masa depan semula. Aku di masa depan sedang mencungkil keluar mata manusia itu dengan kukuku sendiri yang panjang dan dikeluarkan mata manusia tersebut.
"Buka mulut... Aaa..." Arahku di masa depan pada manusia itu. Manusia seakan-akan dipukau dan hanya menurut. Aku di masa depan menyuapkan biji mata itu ke dalam mulutnya dan mengarahkannya mengunyah. Linangan air mata manusia itu digantikan dengan linangan darah. Pakaian manusia itu basah dengan darahnya. Aku hanya memandang dengan riak tidak percaya. Aku di masa depan mencubit-cubit manja pipi manusia itu.
"Rambut ni... Tak cantik la..." Kata Aku di masa depan lalu dia menghiris kulit kepala manusia itu dengan kukunya sehingga rambutnya gugur ke tanah. Kemudian aku di masa depan merobek kepalanya terus sehingga ke kulit muka menampakkan bentuk tengkorak. Manusia itu masih bernyawa dan hanya mendiamkan diri seolah-olah rohnya dihalang keluar. Aku hanya melihat teliti dan kehadiranku tidak disedari oleh aku di masa depan.
"Dia... Tak perasan kita kat sini ke?" Soalku pada Yumi.
"Tak... Sebab kita hanya mampu melihat ke masa depan tapi bukan terus ke masa depan. So... Kehadiran kita seolah-olah halimunan dan kau tak boleh sentuh mereka" Kata Yumi.
Aku mendiamkan diri dan hanya menyaksikan kekejamanku. Aku di masa depan membelah dada manusia itu dengan kukuku. Kukuku tajam ibarat pedang. Hanya sedikit torehan meninggalkan kesan yang dalam. Aku di masa depan menyeluk kasar ke dalam dada manusia itu mencari jantung. Manusia itu kelihatan tersentak namun dia tetap duduk dengan kakinya ke belakang dan tidak melawan. Aku di masa depan mengeluarkan jantung manusia itu perlahan-lahan keluar daripada dadanya lalu menjilat lembut.
"Seperti yang aku cakap, ayahanda kau takkan turunkan takhtanya pada kau sebab dia tak dapat kawal kau pun. Dia hanya sasarkan manusia tapi kau sasarkan pada semua makhluk termasuk pengikut kau sendiri dan-"
"Ahhhh.. Kegemaran aku.. Tentu kau pun nak rasa kan?" Aku di masa depan mencubit sedikit jantung itu dan disuap lembut ke dalam mulut perempuan itu. Ya, manusia itu adalah perempuan. Remaja perempuan. Aku tak tahu apa yang aku rasa setelah aku lihat adegan ini. Aku tidak percaya aku akan menjadi kanibal dan bukan hanya mencari darah namun dengan dagingnya sekali aku akan telan. Aku menusuk taringku kasar ke dalam jantung yang masih berdegup itu. Perempuan itu tersentak lagi.
"-aku. Red" balas Yumi membuatkan aku tersentak dan memandangnya dengan wajah tidak percaya.
"Ahhhhh.. Sedapnya..." Aku di masa hadapan menikmati darah yang segar dan terkumpul di dalam jantung itu. Jantung itu berdegup laju. Aku di masa depan terus memakan jantung itu seolah-olah memakan ayam.
"Nyum... Ahh... Terima kasih.. Hidangan ni.... Amat menyelerakan.." Aku di masa depan menjilat bibirku yang lencun dengan aliran darah yang deras. Semasa aku di masa hadapan menjilat bibirnya aku terperasan sesuatu. Lidahku di masa hadapan bercabang. Satu lagi perubahan yang akan aku lalui. Kemudian aku teringat sesuatu.
"Jadi... Kau tak dapat nak hentikan aku?" Soalku ingin tahu.
"Aku nak hentikan kau Red, sebab tu aku beritahu kau sekarang tapi melihat masa depan yang tak berubah walaupun aku halang kau tadi cuma bermakna yang akan ada lagi waktu yang membuatkan kau bertukar sepenuhnya nanti. Aku tak kisah sekejam mana pun kau nak jadi cuma... Aku tak nak kau lupakan aku." Katanya serius.
"Jadi Kira semua tu... Mereka yang lain." kataku kepada Yumi menunggu jawapan.
"Kira? Ya, kau dah bunuh dan kerat dia jadi cebisan kecil. Kemudian kau masak dia jadi bbq kau dengan menggunakan kuasa api kau tu. Errkk... Maksud aku kau yang di masa depan." Kata Yumi lagi. Satu lagi kejutan yang aku terima.
'Tak... Tak... Aku tak boleh jadi benda ni. Kalau aku jadi benda ni, aku akan bunuh Kira dan aku tak nak itu terjadi...' Kataku cemas di dalam hati. Aku memandang ke arah aku di masa depan semula.
"Dah lah... Kau boleh pergi. Dah tak ada apa-apa yang boleh kau rasa sekarang" Kataku di masa depan lalu menjentik dahi perempuan itu. Sebaik sahaja dijentik dahinya perempuan itu terus rebah ke lantai tanpa nyawa. Dia sudah mati.
Aku di masa depan mengerat tengkoraknya sehingga menampakkan otaknya. Aku mengeluarkan otaknya dengan berhati-hati.
"Haa... Ni sedap ni kalau dibuat sup. Hehe..." Kata aku di masa depan dengan sengihan lalu otak itu dibekukan. Aku hanya mengetap gigi. Adegan seksaan itu telah tamat.
"Aku sememangnya tak mahu lihat kau dalam keadaan macam ni Red. Aku nak kita kekal kawan sampai salah seorang dari kita mati dalam keadaan normal." Kata Yumi kepadaku secara tiba-tiba.
"Walau macam mana pun cara aku mati... Aku tetap akan pergi ke tempat tu tapi macam kau juga aku tak nak mati dalam keadaan macam ni," ujarku sambil memandang Yumi serius.
"Aku boleh tolong kau jumpa nenek moyang kau di Vamphell. Mungkin mereka ada cara untuk kau dapat mengawal kuasa tu. Walaupun kalau boleh aku tak nak kau lihat tempat tu tapi tengok kau dalam keadaan macam ni... Aku rasa kau perlukan bantuan mereka." Kata Yumi dengan tenang.
"Jadi maknanya mungkin aku akan berjumpa dengan saudara aku yang lain yang aku bunuh?" Balasku sambil memandang tanah.
"Kau sendiri tahu kau bunuh mereka untuk pertahankan diri. Semuanya bermula disebabkan ayahanda kau. Aku tahu mereka akan faham situasi kau." Balasnya.
"Mereka takkan. Apa pun alasannya. Mereka mati di tangan aku. Kau ingat reaksi mangsa aku di negara Rohe sebelum ni? Aku yakin reaksi saudara aku akan lebih teruk dari tu." Balasku tenang.
"Jadi apa kau nak buat untuk halang semua ni jadi?" Soal Yumi kepadaku.
"Bukankah jawapannya jelas? Cuma kau dapat hentikan aku kalau kau tak kisahkan perasaan yang membebankan tu." balasku dengan selamba.
"Ahhh... Sedihnya~ Kau ambil ringan pasal perasaan aku~ Pergi mati!" Balasnya dan memandangku geram. Melihat reaksinya membuatkan aku tergelak kecil.
"Daripada kau biarkan aku begini dan kau sendiri tahu tak ada jalan lain lagi. Kau tentu tahu yang cuma kematian pilihannya kan?" Soalku dengan bersahaja.
"Kau tahu bagaimana demon boleh hidup dalam badan kau rambut merah? Kau tahu demon ni dari mana?" Soalnya.
"Dari nenek moyang aku belah bonda," balasku selamba. Dia menepuk dahinya.
"Permulaan demon ni... Dia hadir dari hell jadi datangnya dia ke bumi hanya sekadar lawatan bagi dia. Kau keturunan demon tu... Kau fikir kalau aku bunuh kau sekalipun dan hantar kau ke negara Rohe. Kau sebagai demon akan anggap apa di sana?" Soalnya lagi.
"Hanya sekadar pulang ke rumah?" balasku.
"Tak, ia ibarat pulang ke penjara" balas Yumi.
"Bukankah itu lebih baik?" Soalku.
To be contina...
.............................................................
#jangan percaya hanya rekaan semata-mata.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top