Bab 10:Dendam II
Aku bagaikan kembali ke zaman silamku di mana semasa ibundaku dibunuh. Sekelilingku tiba-tiba menjadi merah tiada lagi warna yang lain. Ruang takhta itu bertukar menjadi penempatan di mana ibundaku dibunuh di mataku. Mataku memerah dilinangi air mata mengingati peristiwa itu. Rupa banduan yang dikumpul itu pula bertukar rupa menjadi penduduk yang membunuh ibundaku. Mereka memandangku dengan senyuman sinis. Kebencianku datang kembali.
Aku berlari kepada seorang lelaki tak jauh dariku. Aku melibas rantai bercangkukku membelah tubuhnya. Badannya terbelah dua. Aku menyambung libasanku terus ke kanan mengenai dua orang penduduk yang berdiri di sebelah lelaki itu.
Langkah kakiku terheret kerana larian tadi. Aku terus melangkah pantas menikam perut seorang lagi penduduk dengan kuku. Aku kemudiannya menarik tanganku ke sisi sehingga sebahagian perutnya hancur dan terkeluar usus perutnya.
Aku melompat tinggi ke udara bersama rantai bercangkukku lalu melibas rantaiku itu mengenai belakang tengkuk seorang penduduk lalu aku menarik kasar menyebabkan kepalanya tercerai dari badan.
Aku mendarat perlahan. Aku menggunakan elemen kilat. Badanku dipenuhi kilat lalu aku berlari mendekati 5 orang penduduk. Hanya sedikit sentuhan kilat mengenai mereka terus menyebabkan mereka direnjat dan terbakar. Aku memandang 10 penduduk yang menunjukkan muka sinis mereka. Kebencian mula menyelubungi aku. Tanpa disangka aku mendapat kuasa baru hari ini. Kuasa kegelapan. Asap tebal hitam berkumpul di sekelilingku membentuk lingkaran pada badanku. Asap itu membentuk awan hitam. Api kebencian mula membara.
"Kau semua... Yang sebenarnya... Tak ada perasaan!!! Haaaaa!!!" Api dan awan hitam itu bergabung lalu menembusi terus 10 orang penduduk tadi. Mereka semua menjerit kerana badan mereka terbakar. Mereka hanya berguling-guling cuba untuk memadam api tersebut daripada badan mereka. Mereka akhirnya berhenti menjerit. Badan mereka semua hangus terbakar. Darah likat mengalir di sebalik kulit mereka melecur hangus. Aku tersenyum kepuasan. Tiba-tiba sahaja kepalaku berdenyut. Aku terduduk sambil memegang kepalaku.
"Nampaknya... Tak sia-sia ayahanda memilih kau sebagai penerus takhta beta. Ya... Red jangan pernah lupakan apa yang kau rasa waktu tu. Apabila bonda kau sendiri dibelot dengan kata-katanya sendiri. Ianya mustahil untuk mengubah pandangan manusia kepada vampire." kata ayahandaku gembira. Kepalaku masih lagi sakit dan berdenyut seakan-akan ada sesuatu yang meronta-ronta ingin keluar di sebalik kepalaku. Aku memegang kepalaku dan menjerit kesakitan. Aku dapat merasakan aliran deras darah daripada kepalaku dan dua bonjolan di dahiku.
Dua tanduk naga muncul di dahiku. Taringku juga memanjang. Dua taring kecil yang baru juga muncul mewujudkan empat taring atas. Aku tersenyum. Aku mencapai tahap yang lain. Tahap kegelapan yang tinggi. Aku berlari kepada salah seorang penduduk. Tanganku menembusi dadanya. Jantungnya aku rentap keluar. Aku menarik semula tanganku bersama dengan jantungnya. Dia jatuh dengan linangan darah yang menjadi kolam. Aku terus menghancurkan jantungnya sehingga berkecai. Awan hitam tebal membentuk 20 kepala anak panah lalu terus menembusi badan mereka. Badan mereka perlahan-lahan bertukar menjadi hitam seolah-olah racun merebak ke seluruh badan mereka sehingga kulit mereka mencair lalu hanya meninggalkan tengkorak dan tulang yang kian menghakis. Darah memenuhi ruang itu. Bau darah melekat di bajuku. Aku puas.
Aku menghampiri seorang remaja lelaki yang sedang meratapi ibunya. Aku mengenggam bajunya sehingga terangkat.
"Kau.... Kawan perempuan tu kan?" Soalku dengan senyum sinis. Aku terus menembus empat taringku ke lehernya. Setelah puas darahnya mengalir deras melalui tekakku, aku menarik kasar taringku bersama daging dan urat nadinya sekali. Sebahagian lehernya hancur. Darah memancut-mancut keluar.
Kepulan asap hitam tadi hampir membentuk sepasang sayap sehinggalah tiba-tiba...
Bang!!!
"Hello....... Istana Vampure!! Apa khabar?!!" Suara Yumi memecah keheningan istana itu bersama bunyi pintu istana dibuka kuat. Ayahandaku memandang ke arahnya dengan muka bengis.
"Wow!! Banyaknya darah... Tak ajak pun nak buat parti bunuh aku pun nak join gak... Kau nie rambut merah selalu lupa kawan la..." Ayahandaku memandang tajam ke arahnya. Rupaku yang hampir berubah tadi kembali ke rupa yang asal. Aku terduduk memandang lantai sambil mencungap laju.
'Apa aku dah buat?' Soalku dalam hati.
"Errrkk.. Maaf tuan besar... Saya ada buat sesuatu yang salah ke?" Yumi menyoal dengan nada tidak serius.
"Kau patut sedar yang peluang ni sukar untuk datang kembali. Kau beruntung yang kau anak angkat kawan beta. Kau sedang biadab di sini." Ujar ayahanda bengis.
"Hehehhehe... Maaf... Saya cuma datang sebab Red kata saya boleh datang bila-bila masa." Kata Yumi pendek. Ayahandaku berdengus kasar lalu berlalu pergi meninggalkan kami. Yumi mendekatiku dengan muka serius.
"Kau okey ke?" Kata Yumi.
"Aku dari tadi perhatikan kau.. Memang niat aku nak halang kau dari capai kuasa penuh. Orang tua tu bukan nak berikan takhtanya pada kau pun." Katanya tanpa serba salah. Aku memandang dia dengan riak curiga dan keliru.
"Kau nak tau kenapa kan? Kau kena ikut aku tengok masa depan. Apa akan jadi sebaik sahaja kau dapat capai puncak kuasa kau."
Sekali lagi aku membuat muka pelik. Yumi hanya membalas riakku dengan muka serius. Aku mengikut langkahnya. Sampai di pintu aku memandang ke belakang semula melihat kesan kemarahan ku tadi. Aku membesarkan mata. Darah memercik merata-rata. Dinding dipenuhi dengan corak libasan darah. Mayat yang tidak sempurna bergelimpangan merata-rata. Tempat itu bertukar menjadi kolam darah segar.
"Pada masa depan lebih teruk dari ni..." Kata Yumi serius. Aku memandangnya semula.
"Apa yang boleh jadi lebih teruk dari ni. Haaa... Aku sendiri tak tahu samada ini realiti ataupun imaginasi aku." Balasku sambil meraup muka. Yumi hanya terdiam dan wajahnya serius.
To be contino...
.............................................................
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top