Bab 1:Darah

Arrgghhhh!!!!

'Ya... Jeritan tu memang menenangkan... Aku suka dengan jeritan tu.. Ahhhh.... Darah... Ya... Aku inginkannya...'

Gigi taring aku mula meruncing, menghauskan darah yang aku idamkan, aku Red Kagero, Putera ketujuh dalam keturunan vampire. Kegelapan sudah sebati dalam diri aku. Aku sangat sukakan jeritan manusia. Aku suka bermain dengan nyawa. Aku sukakan darah manusia. Adik beradikku yang lain semuanya dibunuh untuk takhta. Kini hanya aku yang tinggal untuk mewarisi takhta ayahandaku.

Jeritan wanita itu masih berterusan. Matanya jelas menunjukkan ketakutan. Aku memang suka keadaan macam ni. Merayulah kepada aku untuk hidup wahai manusia. Aku memegang leher wanita itu dan menujukan soalan kepadanya.

"Hidup sebagai hamba aku... Atau mati di tangan aku.." Soalan yang sering aku tanya sebelum gigi taringku menusuk ke daging kenyal mereka.

"Aku nak hidup.. Tolongla jangan bunuh aku..." Rayu wanita itu bersama tangisan. Aku suka. Ya, aku suka dirayu simpati begini. Aku senyum sinis.

"Baiklah.. Apa yang kau minta aku akan tunaikan.." Aku dah tak sabar lagi merasai darah yang akan memasuki tekak aku. Mataku memerah tanda untuk aku mengawal minda miliknya agak menurut apa yang aku inginkan. Aku menggigit kasar leher wanita itu, wanita itu menjerit dengan serak sebelum jeritannya mula hilang berikutan darahnya yang melalui tekakku.

'Ah~~~ sedapnya... Nikmatnya... Slurrpp...' Aku menjilat baki darah yang terdapat pada leher wanita itu. Wanita itu tidak lagi menyedarkan diri. Aku mengelap sisa darah pada mulutku dengan tanganku lalu menjilatnya. Aku kemudiannya menggigit jariku lalu menitiskan setitik titisan darahku ke dalam mulutnya. Cukup hanya setitis darahku, ia akan menukarkan seorang manusia biasa menjadi hambaku yang hidup abadi bersamaku.

"Bawa makhluk ni ke kamarnya," arahku pada seorang orang suruhanku. Dia hanya mematuh. Aku melangkah dengan hati yang puas. Aku senyum seiring dengan langkahku. Bekalan darah semakin banyak. Manusia sentiasa lemah, mereka sanggup menjadi hamba seumur hidup mereka daripada mati.

Aku duduk pada takhta yang akan menjadi milikku. Aku menongkatkan daguku dengan tangan kananku. Seekor musang hitam bermata merah duduk di atas bahuku.

"Hai Miko, indah sungguh hari ini bukan?" Kataku sinis kepada musang kesayanganku. Dia hanya menjawab dengan bunyi mencicit. Dengan rasa puas, aku memetik jari kiriku untuk memangil hambaku yang lain. 20 orang manusia keluar dari gelap dan terus menuju ke arahku dan mendongakkan kepala mereka seakan memintaku untuk merasai darah mereka.

Aku menghisap rakus darah mereka dengan penuh nikmat, mereka semua sanggup menggadaikan darah mereka asalkan dapat hidup walaupun sebagai hamba membuatkan aku rasa mereka makhluk yang paling menyedihkan. Apabila seorang tumbang seorang lagi datang menyuakan lehernya untuk dihisap.

"Sangat nikmat..."

"Hei.. Red..." Tegur seorang lelaki pucat dengan mata hitam penuh.

"Ya, ayahanda..." Jawabku dengan lelehan darah pada mulutku. Mataku memandangnya tajam rasa terganggu dengan kemunculannya sewaktu aku yang sedang menikmati hariku dengan sumber yang baru.

"Kau dah kotorkan takhta beta dengan darah mereka... Kau terlalu yakin beta akan berikan takhta beta pada kau," ayahandaku mengataku dengan tenang.

"Hahaha... Takhta ni tetap akan jadi milik anakanda dan ayahanda tiada pilihan lain lagi selain anakanda," Kataku sinis. Ayahandaku hanya tersenyum sinis. Dia mendekati salah seorang hambaku dan merentap kasar tangannya lalu menghisapnya.

"Hmp! Merampas bahan yang sepatutnya untuk beta. Ayahanda sememangnya melanggar batas," kataku tidak puas hati. Ayahandaku hanya menyambut dengan senyuman puas.

"Jangan risau... Ayahanda jumpa sarang manusia yang sedang membiak. Kamu pasti lebih menyukai mereka berbanding stok lama yang tidak berkualiti ini," balasnya dengan yakin. Tiba-tiba sahaja dia terbatuk-batuk sehingga memuntahkan darah yang diminumnya tadi.

"Semua ini sia-sia apabila ayahanda yang merampasnya. Mengapa ayahanda tidak mati sahaja? Bukannya anakanda tidak boleh mencari mereka sendiri," ujarku dengan bongkak.

"Walaupun kamu tidak menyetujui dengan peraturan beta tapi kamu tetap anakanda beta dan beta menyayangi kamu. Beta cuma mahu menyediakan sebuah hadiah sebelum beta pergi," ucapnya lagi.

"Berhenti berkata sesuatu yang menjijikkan. Kau yang buatkan aku membunuh mereka yang lain," ujarku lalu terus berlalu dari ruang takhta. Kehadiran dia sememangnya mencemarkan keseronokanku.

Sambung...
............................................................

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top