Bab 9
"MAWAR!"
Mawar terkejut bila bahunya disentuh seseorang hingga dia dengan sendiri jadi terbangun dari duduk.
DI hadapannya kini, ada seorang wanita yang Mawar percaya umurnya dalam lingkungan awal 30-an.
Tapi Mawar tak kenal.
"Ya Allah! Memang betul Mawar!" Mata wanita itu sudah bulat apabila dia dapat melihat muka Mawar dengan jelas.
Kakinya dengan sendiri mengundur selangkah ke belakang bila wanita itu seperti ada ura-ura untuk mendekati dia. "Awak siapa?"
"Mawar, ni akaklah. Mawar tak kenal ke?"
Lambat-lambat Mawar gelengkan kepala dia. Wanita ini kenal dia?
Mawar nampak wanita itu seperti terkejut tengok Mawar menggeleng. Lihatlah tangan itu sudah menekup mulut.
"Awak siapa?"
"Kak Anne."
"Kita kenal?"
Laju-laju wanita yang mendakwa dirinya sebagai Kak Anne itu mengangguk. "Lebih dari kenal. Takkan Mawar tak ingat? Macam mana Mawar boleh ada dekat sini? Red tahu?"
Sekarang giliran Mawar untuk membulatkan mata.
"Awak sebut apa tadi? Red?"
Mereka silih berganti bertukar reaksi terkejut. "Mawar tak kenal Red?"
Bibir Mawar dah kering, mata dia dah terasa berpinar. Kakinya yang tadi teguh terpasak di bumi kini mula terasa lemah hingga dia jadi terhuyung-hayang.
"Red..."
"Red!!"
"My red rose."
"I'm red and you are rose. You are mine and I am yours."
Mawar pejamkan mata sambil pekup telinga. Dia tak tahu dari mana punca suara itu datang, tapi dalam kepala dia sekarang sedang bergema dengan bisikan-bisikan itu.
"Mawar! Mawar!"
Mawar tak sedar apa yang berlaku, yang dia tahu badannya seperti dipaut seseorang sebelum dia ditarik pergi dari kawasan itu dengan mata yang terpejam cuba melawan suara asing dalam kepalanya.
Siapa dan ke mana, Mawar tak tahu.
***
"Sayang, sayang! Are you okay?"
Mawar buka mata perlahan-lahan, tangan yang menekap telinga dia jatuhkan ke riba. Suara itu sudah hilang.
Dia bukan lagi berada di bangku di tepi kolam dan taman permainan, sebaliknya di atas sofa di rumah. Raid sudahpun duduk melutut di depan dia dengan muka yang kerisauan.
"Raid?"
"Ya Mawar, Raid ni. Mawar okey?"
"Macam mana Raid boleh ada dekat sini?"
"Tu tak penting, yang Raid nak tahu, Mawar okey ke tak? Sakit dekat mana-mana? Dia ada buat apa-apa dekat Mawar?"
Geleng.
"Tak, saya okey. Tak luka, tak ada apa-apa."
"Betul?"
"Betul."
Daripada melutut, kini Raid dah terduduk di atas lantai sambil meraup muka. Bahu itu jatuh.
"Thanks god... Mawar, jangan buat macam tu lagi, please? I swear you make my heart skip a beat."
Daripada risau kini muka Raid sudah bertukar serius. Tajam mata itu pandang Mawar sambil bercakap dengan suara yang tertahan-tahan.
"Saya bosan." Mawar cuba pertahankan dirinya.
"Rumah ni luas, macam-macam Raid dah belikan, sediakan untuk Mawar. Mawar boleh buat apa-apa je, Raid tak kisah."
"Mana sama. Saya cuma nak turun tengok orang main, bukan pergi jauh pun."
"Tapi bahaya Mawar..." Suara Raid sudah bertukar dalam.
Mawar tak peduli, dia jadi hendak marah tiba-tiba, seolah Raid sedang tidak pedulikan perasaan dia yang dihambat kebosanan yang teramat di rumah ini.
Memang rumah Raid besar, dua tingkat, macam-macam dia belikan untuk Mawar, tapi mana sama?
Apa je Mawar boleh buat dengan semua benda tu? Berapa lama sangat benda-benda tu boleh hiburkan dia?
Mawar tak kisah kalau Raid tak bawa dia keluar, atas faktor keselamatan, tapi sekurang-kurang ke bawah? Takkan itu pun tak boleh?
"Saya cuma turun bawah, ramai orang dekat situ. No one can do harm to me publicly, I'm grown up!"
Mawar masih bertegas hingga buatkan Raid mencerlung mata melihat dia yang sudah meninggi suaranya.
Beberapa saat kemudian Mawar terdiam. Dia juga terkejut dengan diri sendiri. Tak pernah dia berbicara begini, menjawab apatah lagi dengan Raid selama ini. Adakah personalitinya yang lama kini sudah beransur kembali?
Seperti inikah Mawar dahulu? Tegas? Berpendirian?
"No one can do harm to you, publicly? Really? Just because you are a grown up?" Badan Raid dah tegak, walaupun kedudukan dia lebih rendah di atas lantai dari Mawar yang duduk di atas sofa, tetap saja Mawar dapat rasa aura lelaki itu yang luar biasa buatkan dia menelan liur tanpa dia sedar.
"Of course!" Dalam takut-takut Mawar beranikan diri untuk menjawab hingga buatkan Raid sepantas kilat kembali ke posisi melututnya, betul-betul depan Mawar.
Rapat, hingga terasa hembusan nafas itu mengena pucuk hidungnya.
Muka bertentang muka.
"No one can do harm on you publicly, but can you... tell me... what the hell, is happening to you in public... tadi, Mawar?"
Sepatah-sepatah perkataan Raid tuturkan sambil mata tak lepas menikam mata Mawar.
Liurnya yang terkumpul di dalam mulut cuba ditelan, tapi payah. Mawar sedaya upaya kekalkan muka tenangnya, tak mahu dilihat lemah lagi di hadapan Raid. Cukup-cukuplah dia lari dari memori silamnya selama ini, Mawar sudah nekad, dia mahu ingat.
Mawar mahu tahu apa yang sebenar-benarnya terjadi kepada dia dahulu.
"Kak Anne."
Kening Raid ternaik sedikit bila Mawar sebut sepotong nama wanita yang dia jumpa tadi.
"Kak Anne?"
"Perempuan yang saya jumpa tadi, nama dia Kak Anne." Mawar balas renungan Raid, mata itu tidak lagi garang seperti tadi.
"Mana Mawar tahu?"
"Dia beritahu saya, nama dia Kak Anne. Dan dia tahu nama saya, Mawar. Raid kenal dia?"
Lama Raid terdiam, cuma memandang mata Mawar dalam-dalam buatkan dia ternanti-nanti. Baru Mawar nak buka mulutnya, Raid dah jawab terlebih dulu.
"Tak. Raid tak kenal dia."
"Tapi dia cakap dia kenal saya? She sound like we are very close before."
Raid dah bangun dan duduk sebelah Mawar, lekas-lekas Mawar pusingkan badannya menghadap Raid. "Tapi Raid tak kenal dia, tadi first time Raid jumpa dia."
"Tak mustahil yang dia tu kawan saya, kan?"
"Trust me Mawar, I know almost all of your friends, and she is not one of it. I never met her before. Sebab ni saya tak bagi keluar. Mawar tak kenal sesiapa, bila-bila masa benda macam tadi boleh jadi. Orang entah siapa-siapa boleh datang dan claim dia kenal Mawar, and you even didn't know it, okay? Bahaya, nak pula penculik Mawar masih terlepas dekat luar tu." Kata Raid sambil meraih jari-jemari Mawar, cuba pujuk dengan cara yang lembut.
Mawar masih tak puas hati, tapi Raid letakkan jarinya di bibir Mawar meminta dia untuk tidak bercakap yang bukan-bukan.
"Raid bukan sengaja nak kurung Mawar, Raid buat sebab Raid sayang Mawar. Selagi polis tak beritahu yang dia orang dah dapat tangkap penculik Mawar, dan selagi Mawar tak ingat apa-apa yang jadi, Raid tak akan ambil risiko untuk biarkan Mawar dalam bahaya lagi sekali. Biar Mawar benci Raid, itu lagi bagus dari you put me in terror when I have to wait and search for you everywhere macam dulu."
Terkatup semula bibir Mawar bila mendengarkan bicara Raid yang nampak sungguh ikhlas.
Rasa bersalah mula menghuni hati Mawar.
"Sorry, Raid." Perlahan dia meminta maaf buatkan bibir Raid lambat-lambat melebar nipis.
Senyum sudah tertampal di situ, sekejap, badannya sudah diraih masuk ke dalam pelukan.
"I'm not gonna lose you again, sayang."
Mawar balas pelukan Raid, tapi rasa ingin tahunya tidak berhenti di situ. Dia tidak akan berhenti, sehingga dia tahu apa yang dia cuba sembunyikan dalam kotak memori.
Ni first time saya tulis cerita camni, entah papelah saya tulis, tapi semalam tanya you guys kata okey, wah syukur! And, kalau ada tersama dengan mana-mana cerita, do inform me okey? Jangan segan-segan. I'm hoping for you untuk jadi mata-mata saya hoho
Thank you for reading!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top