Bab 8
"RAID."
Mawar seru sepotong nama itu ketika mereka sedang duduk santai menonton TV. Dia jilat bibir yang terasa kering.
Dari siang tadi dia dah terfikir nak tanya tentang mimpinya dekat Raid, tapi ada sahaja halangannya.
Malam ini, Mawar tak kira. Dia perlukan kepastian.
"Ya, sayang?" Raid menyahut, tapi cuma sekejap dia pandang Mawar sebelum kepala itu kembali mengadap TV semula.
"Erm, boleh saya nak tanya sesuatu?"
Raid angguk. "Tanyalah."
"Erm... siang tadi kan, saya ada mimpi."
Mawar nampak bibir merah jambu itu sudah melebar, nipis dia tersenyum. Raid senyum dekat Mawar sekilas, kemudian dia cuit hidung itu sekejap dan sambung menonton filem. "Sayang mimpi apa?"
"Saya mimpi saya duduk dekat bilik gelap."
Ayat dari Mawar berjaya mematikan senyuman Raid dengan serta-merta. Sepantas kilat tangan itu capai alat kawalan jauh dan tutup TV dan duduk menghadap dia.
Mukanya dah serius. "Mawar cakap apa?"
"Saya mimpi, saya duduk dalam bilik gelap."
Muka Raid serius. "Bilik gelap macam mana?"
Lambat-lambat Mawar gelengkan kepala dia. "Tak tahu, saya tak nampak apa-apa. Gelap sangat. Tak ada beza langsung buka mata atau pejam. Dua-dua sama."
"Bila Mawar mimpi macam tu?" Raid dah paut bahunya, terasa kuat dia mencengkam di situ buatkan Mawar terkejut.
"Ta, tadi." Jawab Mawar dengan suara yang sedikit tergagap.
"Mawar ada nampak apa-apa lagi tak?"
Geleng.
"Betul?"
Angguk.
"Ada sesiapa lagi dekat situ?"
Mata Mawar terkebil-kebil sendiri. Perlu ke dia cerita dekat Raid?
"Erm, ada."
Mata Raid mencerlung luas. "Ada? Siapa? Mawar nampak tak muka dia?!"
Mawar menyeringai bila terasa bahunya pedih bila Raid cengkam terlalu kuat hingga terasa ke tulang.
Sedar mungkin perlakuan dia membuatkan Mawar kesakitan, cepat-cepat Raid jatukan tangannya ke atas Riba. Pantas dia meminta maaf. "Sorry, sorry sayang."
Dia usap bahunya yang terasa sedikit sengal. Sah, melihatkan reaksi suaminya itu Mawar dah boleh teka pasti ada sesuatu yang tak kena dengan mimpinya.
Mawar yakin, dia bukan bermimpi biasa-biasa. Pasti ada cerita lain yang terkambus dalam telaga memori dia.
"Raid tahu pasal mimpi ni?"
Lambat-lambat lelaki itu mengangguk. "Tahu."
"Saya pernah mimpi macam ni juga ke sebelum ni?" Berhati-hati Mawar cuba menyusun kata.
"Pernah. Tapi tak pernah lebih dari bilik gelap tu bila Raid tanya Mawar. Sama, Mawar cuma sedar dalam bilik gelap, itu je. Polis jumpa Mawar dulu pun dalam bilik gelap juga. Doktor percaya, something did happen there sampai you burried everything deep inside and come up with a new character. Mawar pucat sangat, mungkin sebab langsung tak kena cahaya. Penculik tu tak tinggalkan sebarang klu, and the only way to do justice is by your memory. Sebab Mawar je yang pernah jumpa dia."
Panjang lebar Raid terangkan kepada Mawar apa yang terjadi dulu.
Mawar cari mata Raid.
"Tapi kali ni, saya dengar suara sekali." Dengan penuh yakin Mawar beritahu suaminya tentang info terbaru itu buatkan sekali lagi mata Raid terbuntang hebat.
"Mawar dengar suara?!"
Angguk.
"Saya dengar suara dia, tapi tak jelas sebab suara tu selalu berbisik. Betul-betul tepi telinga saya." Cerita Mawar lagi.
"Dia cakap apa?" Tumpuan Raid kini sudah seratus-peratus diberikan kepada sang isteri.
Mawar pejamkan matanya sekejap, cuba panggil semula memori yang samar-samar singgah di kepala. Puas dia perah, entah kenapa tiba-tiba hilang.
Celik. Mawar tengok dulu muka Raid yang nampak sangat mengharap. Kecewa dia menggeleng.
"Saya tak ingat."
Raid tarik Mawar masuk ke dalam pelukan dia lalu kepala itu dia usap perlahan. "It is okay, sayang. It is okay. Slowly, okay? Tak perlu paksa, sayang selamat ni pun saya dah bersyukur sangat."
"Raid..."
"Ya?"
"Tapi saya ingat satu perkataan."
Raid leraikan pelukan dia kemudian bertanya dengan menaikkan keningnya sebelah.
Apa? Apa yang Mawar ingat?
"Red."
***
Angin bertiup lembut menghentam mukanya hingga buatkan rambut yang panjang itu terbuai-buai sendiri.
Mawar tongkat dagu dengan tangan yang disangkutkan atas pgar balkoni.
Dia tunduk memandang ke bawah, ke arah taman permainan dan kolam renang yang duduknya sebelah-menyebelah.
Seronok.
Setiap hari, dia akan bertenggek di situ, di balkoni itu sambil merenung ke bawah memerhatikan ibu dan bapa yang membawa anak-anak mereka bermain dan bersiar-siar.
Dia kebosanan di rumah besar itu bersendirian.
Kalau Raid tak ada, bercakap pun tidak Mawar seharian.
"Seronoknya..." Bisik Mawar perlahan, cukup-cukup untuk pendengrannya sahaja.
Tiba-tiba Mawar teringat apa yang Raid kata malam tadi bila dia sebut tentang red.
"Red."
"Red?"
Mawar angguk.
"Merah?"
Mawar mengeluh. Itu yang dia runsingkan sejak tadi. Tak pasti, 'red' itu apa.
Warna? Atau objek? Atau nama?
Sedar-sedar, cuma itu yang lekat di kepala. "Tak tahu. Saya cuma ingat itu je." Mawar beritahu Raid dengan jujur.
"Sayang nampak warna merah?"
Mawar dah bersandar ke sofa sambil meraup muka. Mawar tak ingat! Sumpah!
"Saya tak tahu Raid... saya tak ingat."
Raid pun tak tahu 'red' itu apa bila Mawar ceritakan dekat dia. Tapi Raid kata, nanti dia akan maklumkan maklumat terkini itu kepada pegawai polis yang terlibat menyiasat kes penculikan Mawar dan akan buat temujanji dengan doktor pakar psikiatris untuk lakukan sesi terapi.
Mawar tak kisah pun.
Sebab dia tak ingat. Tapi kasihan dekat Raid, terkejar-kejar dia ke sana dan sini menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan Mawar.
Sedang Mawar hanyut dibawa angan, tiba-tiba seekor burung datang hinggap di atas palang balkoninya. Betul-betul tepi Mawar buatkan dia tersenyum.
Itu makhluk bernyawa kedua yang dia berjumpa secara berdepan begini selain Raid.
Lama dia perhatikan burung itu, merpati? Baru Mawar nak tegur, tiba-tiba seekor lagi datang kemudian terbang bersama-sama meninggalkan Mawar bersendirian lagi di balkoni itu.
Monyok dia jadinya.
Burung pun ada teman, ada kawan.
Mawar tengok ke bawah sekali lagi, kemudian silih berganti dengan pintu rumah yang rapat berkunci.
"Mawar jangan keluar tau, bahaya."
Suara Raid bergema dalam kepala.
Tapi Mawar bosan... tak apa kan setakat turun pergi ke taman permainan dan kolam?
Ah, Mawar nekad!
Terus dia masuk ke dalam rumah, lalu pintu gelangsar ditutup rapat. Mawar dengan penuh keazaman, tanpa rasa takut, memulas tombol pintu hingga terbuka luas.
Senyuman dia mati. Ada gril besi yang dikunci dengan mangga.
Mawar pandang belakang, cuba ingat dekat mana selalu dia nampak Raid simpan kunci. Dia pergi melutut depan almari TV, yang mana ada satu laci kecil yang sedikit tersorok.
Jumpa!
Ada satu gugus kunci terdampar di dalamnya, Mawar ambil dan bawa ke muka pintu. Dia cuba satu-persatu hingga kunci bertemu dengan mangganya.
"Buka pun!"
Laju dia tutup pintu rumah, tak perlu susah payah nak kunci kerana Raid pasang pad kekunci elektronik. Tinggal pintu rumah sahaja yang perlu dimanggakan.
Tersenyum-senyum Mawar bila dia dah berada depan lif.
Hari ini, Mawar tidak akan kebosanan lagi!
***
Berputar kepala dia pandang orang yang ramai di kawasan taman permainan dan kolam.
Tidaklah ramai mana sebab hari itu adalah hari kerja, tapi untuk Mawar yang hanya berkawan dengan dinding dan objek yang tidak bernyawa, melihat manusia lain selain Raid itu sudah cukup menakjubkan.
Mawar ambil tempat di bawah pokok pinang di tepi taman permainan, duduk menghadap kolam renang dan gimnasium.
Tak dapat langsung dia sembunyikan rasa sukanya bila dapat duduk di sini. Selalu cuma mampu lihat dari atas sahaja.
Ralik Mawar perhatikan orang bila tiba-tiba bahunya dipegang seseorang.
"Mawar?"
Nak tanya, okey tak so far RM? except for u guys curious pasal red tu raid ke haha
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top