Bab 4
"SAYANG, nanti dah siap mandi, pakai baju yang Raid dah letak dekat atas katil tu ya?"
Mawar berhentikan pancuran air yang sedang jatuh mencurah-curah di atas kepalanya supaya dia boleh dengar apa yang Raid kata di luar pintu dengan lebih jelas.
Mawar tunggu beberapa saat, suara Raid sudah tidak kedengaran lagi.
Raid kata apa?
Mawar dengar hujung-hujung sahaja. Katil?
Baru dia nak buka mulut, sekali lagi suara Raid melantun kuat dari luar pintu bilik air.
"Mawar? Dengar tak?"
Mawar deras-deras balutkan tuala ke badannya yang kurus kering itu, lalu dia pergi ke pintu, dan menyelak sedikit. Cukup-cukup untuk menjenguk ke luar.
Ada Raid yang sedang berdiri betul-betul depan pintu itu.
"Eh, sayang. Sorry, Raid kacau sayang mandi ke?" Muka Raid sudah bersulam dengan rasa serba salah tengok Mawar sampai membuka pintu ketika sedang membersihkan diri.
Lambat-lambat Mawar menggeleng. "Saya tak dengar Raid cakap apa."
Riak bersalah tadi kini sudah berganti dengan senyuman nipis. Mawar terpaku lagi buat kesekian kalinya.
Lelaki ini, demi Tuhan wajahnya sangat indah untuk dipandang, bertambah menarik penampilannya bila mata redup itu dilindung dengan kaca mata.
Tak perlu bersusah payah pakai baju yang berjenama, cukup mengenakan seluar khakis dan t-shirt hitam pun dah berjaya buatkan Mawar jadi begini.
Benarkah lelaki ini suaminya?
Kalau benar, bagaimana itu boleh terjadi?
Bagaimana lelaki sekacak Raid boleh tertarik dengan perempuan seperti dia?
"Mawar? Dengar tak Raid cakap apa?"
Lamunan ringkasnya jadi terhenti bila lima jari Raid melambai-lambai di depan mukanya. Pipi mawar terasa panas sendiri, mujur sahaja dia berlindung di balik pintu bilik air, tidaklah terlalu jelas tertangkap sedang mengagumi suami sendiri.
"Ya?"
Raid tersenyum lagi. Dia ke tepi sedikit lalu tunjuk beberapa helai pakaian yang sudah siap berlipat di atas katil.
"Nanti, lepas sayang dah siap mandi, pakai baju yang tu eh? Raid dah sediakan untuk Mawar."
Oh, baju itu.
Mawar anggukkan kepalanya tanda dia mengerti. "Okey..."
"Okey... sayang sambunglah mandi. Raid nak sediakan makan malam kita, nanti sayang dah siap, keluar je, okey? Kita makan sama-sama."
Mawar angguk lagi.
"Okey."
"See you soon, sayang." Raid sempat cuit hidungnya sedikit sebelum keluar buatkan Mawar tersipu.
Manis.
***
MAWAR tilik penampilan dia depan cermin yang sudah siap berbaju. Rambutnya yang separas leher dan sedikit lembab itu dia sisir rapi dan diselak ke belakang telinga.
Dia pakai baju yang Raid sediakan, sehelai baju T dan seluar tidur panjang yang longgar.
Selesa.
Rupa dia juga lebih 'semenggah' berbanding mula-mula dia bangkit.
Masih kurus, tapi kali ini sedikit berseri, tidak pucat, kulitnya tidak lesi dan kering selepas dia tepek beberapa produk kecantikan yang ada di atas meja solek di dalam kamar tidur mereka.
Mawar mungkin hilang ingatan, tapi tangannya seolah telah hafal bila ia dengan selamba bekerja mencantikkan wajahnya.
Mungkin bersiap dan menghias diri itu adalah rutin dia sebelum hilang ingatan?
Mawar mahu tanyakan kepada Raid nanti, seperti apa perlakuan dia sebelum-sebelum ini.
Bila sudah yakin, Mawar bawakan kakinya melangkah ke luar.
Dengan berhati-hati Mawar menuruni tangga ke ruangan di tingkat bawah. Kembang kempis hidung dia bila terhidu haruman yang enak yang Mawar percaya datangnya dari dapur.
Tepat seperti jangkaan dia, matanya disajikan dengan pemandangan yang mungkin boleh dilihat dalam drama?
Raid sedang berdiri membelakangkan dia sambil mencedok lauk ke dalam mangkuk dari dalam periuk.
Tanpa membuat sebarang bunyi, Mawar hanya berdiri di muka pintu dapur sambil melihat perbuatan suaminya dari belakang.
"Oh my.., sayang!"
Mawar lihat Raid sudah mengurut dada dengan mata yang terbuntang luas.
"Sejak bila sayang duduk situ?"
Mawar cuba ukirkan senyuman untuk menutup rasa bersalah. "Sorry."
Raid hantar dahulu mangkuk yang berisi dengan lauk ke meja makan lalu dia kembali semula ke dapur dan berdiri betul-betul depan Mawar.
Dia raih kedua-dua tangan Mawar, kemudian kakinya dibawa selangkah ke belakang dengan mata yang tak lepas dari melihat penampilan Mawar pada malam itu.
Mawar malu-malu beranikan diri cuba melihat wajah sang suami.
Raid sedang tersenyum, manis sekali. Sebelah tangannya dilepaskan dari terus menggenggam tangan Mawar, lalu dia daratkan pula ke hujung dagu runcing Mawar.
Jari telunjuknya menolak muka Mawar agar terdongak sedikit ke atas untuk menemukan mata mereka.
"My rose... so pretty."
Pipi Mawar dengan serta-merta terasa memanas dengan pujian ringkas Raid.
Laju dia tarik tangannya, menepis jari Raid dengan lembut dari terus memaut dagu dia, dan larikan pandangan dari terus diratah sepasang mata redup itu.
Segan.
Mungkin hakikat seperti yang Raid kata mereka sudah berumah tangga selama lebih tiga tahun, tapi pada Mawar, dia baru mengenali lelaki itu tidak sampai 24 jam sejak dia terjaga tadi pagi.
Lelaki itu mungkin tidak malu menzahirkan perasaannya terang-terangan begitu, tapi pada Mawar, dia perlukan waktu.
Raid seperti memahami gelojak hati Mawar bila dia hanya tergelak kecil bila tangannya ditepis.
"Sayang pergilah duduk dekat meja dulu, nanti Raid datang. Nak potong buah naga kejap."
Mawar angguk, tak fikir panjang laju sahaja dia memboloskan dirinya dari situasi yang janggal.
Dia ambil tempat di meja makan, di kerusi yang sama Raid dudukkan dia ketika makan tengah hari tadi.
Mawar tengok makanan-makanan yang terhidang atas meja dengan asap yang menjulang tinggi tanda baru sudah diangkat dari kuali.
Ada ayam masak berlada, sayur labu masak lemak, ada ulam timun. Semua ini Raid yang masak?
Aroma wangi itu buatkan dia menelan liur tanpa sedar, lapar.
Mawar toleh ke belakang, Raid masih berdiri di singki, cekap tangannya bekerja memotong buah naga menjadi potongan yang kecil dan mudah dimakan lalu dia pindahkan ke dalam pinggan.
Lambat lagi.
Mawar nampak ada segelas air susu atas meja seperti tidak bertuan. Laju sahaja tangan dia nak capai dan minum.
Baru bibir hendak menyentuh gelas, tiba-tiba Mawar dengar jeritan Raid dari dapur.
"Mawar!"
Sekelip mata gelas susu itu Raid jauhkan dari dia buatkan Mawar terkejut. Pucat lesi muka dia jadinya.
"Mawar tak boleh minum susu ni!"
Liurnya ditelan kesat, takut menghuni hati melihat muka berang Raid. Mawar ada buat salahkah?
Susu itu kepunyaan Raid?
Dia tak boleh minum? Tapi tak boleh ke Raid cakap elok-elok?
Mana Mawar tahu yang susu itu tidak boleh diminum.
Dia sedikit terasa, mungkin itu boleh dibaca oleh Raid dari riak wajahnya, cepat-cepat lelaki itu tarik kerusi dan duduk betul-betul menghadap Mawar.
Sekali lagi, tangan Mawar diraih.
Mawar cuba tolak, tapi Raid lebih cepat seperti dapat menebak setiap perbuatan dia.
"Sayang, sayang. Listen, I'm sorry okay?"
"Saya haus." Ucap Mawar perlahan, hampir tidak kedengaran bila suaranya disulam dengan rasa sebak buatkan Raid terus diserang rasa bersalah.
"Raid tahu, Raid minta maaf, okey? Raid tak marah Mawar. Raid bukan tak bagi Mawar minum, tapi Mawar tak boleh minum susu."
Muka Mawar yang tadinya tegang kini sudah sedikit kendur mendengar penjelasan Raid.
"Tak boleh minum susu?"
Raid angguk.
"Hurm. Mawar ada lactose intolerant. Dari dulu sayang tak boleh minum susu, nanti sayang sakit perut, cirit-birit, or worse muntah-muntah. Memang dari dulu Mawar tak sentuh susu langsung."
Oh...
Dia pandang segelas susu yang Raid jauhkan dari dia.
"Raid minta maaf, lupa nak sorok susu tu lepas minum tadi."
Mengertilah Mawar sekarang. Keluhan kecil terlepas tanpa sengaja. Sampai ke tahap itu dia tidak mengetahui apa yang baik dan tidak untuk dirinya sendiri.
Cuba kalau Raid tidak tegah tadi? Pasti kejap lagi Mawar sudah berkampung dalam tandas.
"Terima kasih, Raid. Saya... lupa." Ucap Mawar setulus hati.
"Don't mention, sayang. Kalau lupa, Raid ingatkan, okey?"
to the old reader of akyelrahim, they would know the 'pattern' already haha, but geng too early okey untuk buat assumption, mana tahu ni cerita light light je, korang curiga awal sangat ni buatkan saya nak putar-putar plot
to the new one, just enjoy the show :)
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top