Bab 3


KEPALANYA bergerak-gerak sedikit, peluh mula merenik di kepala.

"You are my rose, my dear red rose."

Kelopak mata Mawar bergerak-gerak dalam keadaan terpejam rapat menandakan dia berada dalam keadaan separa sedar.

"I love you, Mawar."

Suara itu bergema di dalam kepala, berulang-ulang kali tetapi tidak tahu puncanya dari mana.

Mawar mahu bangun dari lena, tapi dia tak mampu. Ketika itu yang dia lihat cuma gelap.

Dia takut, dia mahu bangun, tapi kudratnya tidak membenarkan dia untuk terjaga.

Tiba-tiba gelap yang sangat pekat itu berganti dengan satu cahaya terang. Sangat terang hingga memaksa dia menutup mata.

Beberapa saat kemudian, Mawar buka matanya perlahan-lahan, dia lihat ada sepasang kaki berjalan membelakangkan cahaya.

Mendongak tinggi dia mahu lihat gerangan empunya diri yang datang, tapi yang dia nampak cuma sosok tubuh yang gelap.

Silhoutte.

Tap. Tap. Tap.

Derap bunyi telapak kaki itu makin kuat apabila jarak mereka makin hampir.

Tapi kali ini, dia dengar sekali seperti bunyi besi yang diseret ke lantai buatkan liurnya ditelan kasar.

Mawar ketakutan.

Dia cuba mengesot ke belakang, sedikit demi sedikit, tapi kaki itu lebih laju melangkah darinya.

"Mawar... jangan lari."

Makin laju dia mengesot ke belakang, hingga tiba-tiba badannya tersentuh dengan permukaan yang keras. Mawar percaya itu dinding.

"Jangan lari sayang... you will be hurt. Jangan takut."

Tap.

Sepasang kaki sudah berdiri betul-etul di hadapan dia. Melihatkan kasutnya, suaranya, yang sedang berdiri di hadapan dia ini seorang lelaki.

Tepat seperti sangkaan dia, lelaki itu mengheret rantai besi bersamanya hingga menghasilkan bunyi bila berlaga dengan lantai.

Cing!

Terhenjut bahu Mawar bila besi tadi tanpa amaran dijatuhkan ke lantai dan jatuh betul-betul tepi pehanya buatkan Mawar mengerikut ketakutan.

Dia peluk lutut, lalu muka disembamkan ke peha sambil tangan menyembunyikan kepala.

"Mawar... takut?"

Mawar menjerit sekuat hatinya bila dia dengar suara itu berbisik betul-betul di tepi telinga.

Mata yang tadi rapat terpejam kini sudah celik, luas terbuka hingga bola mata terbeliak.

Dia tolak segala selimut yang sedang membalut badannya ke tepi, mengesot dia degan cemas hingga tersandar di kepala katil.

"Mawar!"

Mawar langsung tak dengar dan perasan yang Raid sedang bermuka cemas melihat dia tiba-tiba seperti orang histeria bangkit dari lena.

Badan Mawar dah menggigil, dia pekup telinga sambil menangis.

Suara itu! Suara itu!

"Mawar... takut? Shhh..."

"Mawar-"

Macam dirasuk hantu Mawar menjerit sambil menepis tangan Raid yang cuba menyentuh dia. Dia baling semua benda yang dapat dia capai pergi ke Raid, langsung tidak peduli jika tindakannya bakal mencederakan suaminya atau tidak.

"Pergi! Pergi! Jangan cakap dengan aku! Pergi!!"

Dia mengundur ke belakang bila Raid cuba menghampiri hingga langsung tidak sedar yang badannya sudah menghampiri penghujung katil.

Sesaat kemudian, badan kurusnya sudah terjatuh terlentang ke bawah.

"Mawar!!"

Matanya berkelip-kelip perlahan memandang ke atas.

Sayup-sayup, dapat dia dengar suara Raid menjerit memanggil namanya. Hujung-hujung telinga.

Mata dia mula jadi berbalam-balam, tapi visual yang terakhir terakam di retinanya adalah... wajah Raid, cemas mendapatkan dia.

Cuma satu saat dia dapat merakam bibir itu bergerak menyebut, "Ma... war..."

Gelap.

***

"SAYANG dah bangun?"

Itu perkara pertama yang Mawar dengar sebaik dia jejakkan kaki ke ruang tamu rumah jenis penthouse itu.

Ada Raid sedang tunduk membongkok meletakkan sejumlah buku ke atas meja kopi di depan TV.

Bangun-bangun sahaja Mawar dari tidur, dia dah berada atas katil yang sama seperti dia tersedar dahulu.

Tapi kali ini bersendirian.

Ajaibnya, Mawar tidak lupa. Dia ingat yang namanya Mawar, singkatan dari Mawardah Abdullah.
Mawar punyai suami, namanya Raid, Farid Adzim.

Mereka sudah tiga tahun berkahwin, tapi tidak dikurniakan anak. Umur mereka sebaya, 29 tahun.
Semua Mawar ingat, tapi cuma setakat itu.

Setakat yang Raid beritahu.

"Sayang, mari. Duduk sini."

Panggilan dari Raid berjaya sedarkan dia dari angannya. Dengan berhati-hati dia melangkah dengan kaki yang tidak beralas memijak lantai marmar, sejuk.

Dia duduk di atas sofa seperti yang disuruh Raid.

Lelaki itu seperti biasa, ambil tempat di sebelahnya sambil meriba buku-buku tebal yang Mawar lihat dia bawa tadi.

"Sayang ingat nama saya?"

Angguk.

"Siapa?"

"Raid. Farid Adzim." Seperti anak kecil dia menjawab buatkan sang suami mengulum senyum, puas hati mungkin Mawar tidak lupa dia.

"Nama sayang?"

"Mawar, Mawardah Abdullah."

Tangan Raid dah naik singgah ke ubunnya. "Finally, you remember me. Mawar ingat apa jadi sebelum Mawar tidur?"

Mawar perah ingatan dia. Ada apa-apa ke jadi?

Oh.

Baru Mawar ingat, dia tiba-tiba diserang sesak nafas ketika bercakap dengan Raid. Itu sahaja kan? Sebab cuma itu yang melekat dalam kepalanya, lain tak ada.

Lambat-lambat dia angguk. "Ingat."

"Sayang dapat nightmare? Ingat?"

Mimpi buruk? Mawar ada bermimpi buruk? Ada ke? "Tak ingat."

"Tak apalah, sekurang-kurangnya sayang ingat nama Raid. Boleh kita sambung semula apa? Saya nak Mawar ingat sikit-sikit apa yang Mawar dah lupa."

Raid mula buka buku tebal di atas ribaannya menyerlahkan isi dalam yang penuh dengan kepingan-kepingan gambar lama.

Album gambar?

Raid tolak album itu supaya lebih dekat dengan Mawar, supaya lebih jelas untuk ditilik.

"Ini gambar-gambar kita."

Bola mata Mawar bergerak-gerak. Sekejap ke kiri sekejap ke kanan menganalisa setiap gambar yang ada di situ.

Benar kata Raid, itu gambar mereka berdua tapi versi lebih muda.

Gambar ketika remaja mungkin?

"Ini gambar masa kita dekat hari sukan sekolah. Raid jadi maskot untuk rumah biru, Mawar jadi sepanduk girl untuk rumah kuning."

Raid tunjuk sekeping gambar yang mana dalamnya ada Mawar ayu berbaju kurung berwarna kuning berdiri bersebelahan dengan Raid yang bergaya dalam persalinan Doraemon.

"Yang ni, gambar masa malam kebudayaan dekat RAYA. Lepas buat persembahan, Mawar baca sajak, Raid nyanyi lagu nasyid."

"Ni masa bulan puasa dekat RAYA, kita pergi makan dekat hotel sama-sama untuk berbuka."

Sepanjang penerangan Raid, ada satu persoalan singgah di kepalanya.

"RAYA tu apa?"

Raid terdiam sekejap dengar soalan Mawar, tak lama kemudian senyum bersalah mula menghiasi bibirnya. Mungkin lupa yang Mawar langsung tak ingat apa-apa.

"Rumah Anak Yatim As-Sofa, singkatnya RAYA. Mawar dengan Raid, kita berdua anak yatim. Dari kecil kita dah duduk dekat RAYA. Sekolah pun sekali, sekelas. Lepas umur kita 18, Mawar dapat sambung belajar dekat New York, dapat biasiswa penuh tajaan dari orang yang selalu taja RAYA. Raid pula, sambung belajar dekat Aussie. Tapi bila balik sini, kita jumpa balik, terus kahwin."

Panjang lebar Raid bercerita tentang kisah hidup Mawar yang dia sendiri tidak tahu.

Satu lagi fakta baru, mereka berdua dibesarkan di rumah anak yatim?

Dan mereka berdua sudah kenal dari kecil?

Mawar lihat lag dan lagi berpuluh keping gambar yang ada di dalam album.

Benar, semua yang ada di situ adalah gambar mereka.

"Ni gambar yang Mawar hantar dekat Raid masa Mawar dekat LA."

Raid tunjuk sekeping gambar Mawar berdiri di depan papan tanda popular Hollywood.

"Saya hantar?"

"Ya, sayang hantar dekat saya. Tengok ni, Mawar tulis apa dekat belakang. Wish you were here, Raid."

Mawar tertunduk melihat gambar itu, cantik. Berbeza sungguh dengan rupa dirinya yang sekarang.
Lama dia cuba perah ingatannya, tapi hampa.

Memori Mawar sangat terhad.

"Saya... tak ingat." Bisik Mawar perlahan, tapi tetap berjaya singgah di telinga Raid buatkan lelaki itu tersenyum.

Album dia letak ke tepi lalu Raid capai tangan kurus Mawar dan bawa ke dalam genggaman, hangat.

Sebelah lagi dia paut dagu Mawar lalu dia tolak muka itu supaya menatap dia.

Dengan jarak yang dekat, Mawar perhatikan segenap susun atur wajah suaminya.

Dari dahi, turun ke mata yang terlindung di sebalik kaca, hidung... bibir.

Dia terpaku dengan keindahan dunia.

"Sokay sayang, even you will not remember a single thing about us, Raid tetap akan cerita dekat Mawar. Esok, lusa, bulan depan, sampai bila-bila. Sampai sayang ingat, okey?"

Lembut, suara itu berbicara seolah memujuk Mawar itu perkara yang Raid sudah terlalu biasa lakukan.

Maknanya, bukan pertama kali dia terlupa tentang kisah silam mereka?

Kalah dengan senyuman itu, lambat-lambat dia mengangguk.

Raid turunkan tangannya dari terus memaut dagu tajam Mawar, dia rapatkan kedudukan mereka hingga peha bertemu dengan peha.

Buku album diambil semula lalu diletakkan antara dua riba.

"Jom sambung tengok gambar, i'll tell you everything."








Haha geng, i read your previous comment, why so serious? Baru chapter 2 hahaha

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top

Tags: #akyelrahim