Bab 20
BAB 6: RM (Manuskrip)
Mawar jadi tak senang duduk bila empat pasang mata terus-terusan melekap ke mukanya seperti dia itu pesalah kerajaan.
Tak tahan diperlakukan begitu buatkan Mawar hempas telefon milik dia ke tepi tilam lalu bangun dari baringnya dan duduk bersila menghadap mereka berempat.
"Okey, fine! Cakap, apa yang kau orang tak puas hati dengan aku, aku terima semua."
Serentak, Dodi, Tim, Haha dan Adah datang dan menempel di sebelah Mawar macam semut hurung gula.
"Apa kau buat sampai Raid jadi macam tu?" Adah yang pertama buka mulut.
"Aku tak buat apa-apa, sumpah! Aku pun tak tahu dia tu kenapa."
Lama mereka berempa tengok Mawar, cuba mencungkil rahsia. Mana tahu Mawar menipu.
Tapi Mawar tak gentar, dia tenung semula mata-mata mereka penuh berani. Buat apa dia nak takut? Mawar tak bohong, dia pun keliru dengan perangai lelaki bernama Raid itu.
Haha mengeluh, kemudian dia menyandar ke kepala katil sambil buat muka pasrah, tak jumpa jawapan yang dia mahu. "Betullah cakap Mawar tu, dua puluh empat jam kita lepak sama-sama, apa je dia boleh buat dekat Raid."
Bersinar-sinar muka Mawar dengar apa yang Haha cakap. "Ya Allah, ada pun yang faham aku."
"First time tau aku nampak Raid tu buat perangai mcam tu, dengan geng gedik bilik ni pun dia buat tak layan je." Tim cakap sambil main-main dengan getah rambutnya yang dah putus.
"Aku rasa, dia suka kaulah Mawar." Dodi nyatakan fakta yang buatkan mata Mawar terbeliak luas.
"Eh, jangan nak mengarut!" Laju dia menafikan tuduhan mereka.
"Apa yang mengarutnya?"
Mawar gelengkan kepalanya, tak mahu percaya kata mereka. "Ah, sudahlah kau. Aku tak rasa Raid suka aku. Dah, dah. Pergi balik katil kau orang."
Mawar capai semula telefon miliknya, mahu sambung menonton cerita bila suara Dodi mematikan hasratnya.
"Tak apa, esok aku tanya dekat Raid. Senang, tak payah berteka-teki."
"Aku setuju!" Tim dan Haha buat isyarat 'OK' dekat Dodi tanda mereka menyokong apa yang Dodi mahu lakukan.
"Jangan risau Mawar, kita orang lagi rela Raid suka dekat kau dari budak gedik tu ha."
Mawar pandang mereka silih berganti dengan lidah yang dah kelu.
Keluhnya dilepaskan. Aduhai...
"Suka hati kau oranglah." Mawar berani kerat jari jawapan Raid tidak akan sama seperti yang mereka harapkan.
***
"HAAH, saya suka Mawar."
Dang!
Mawar yang duduk di tepi sahabatnya berempat itu sudah pegun berdiri, tak tahu harus memandang ke mana bila mendengarkan pengakuan jujur lagi telus dari Raid.
Langsung tidak berkias-kias.
"Me... mengarutlah!" Mawar tempelak Raid, tak peduli akan kehadiran orang lain di situ. Ah gila...
Mereka kenal tak sampai seminggu pun lagi, suka?
Karut!
"Mawar!" Haha jegilkan mata dia dekat Mawar, menyuruh Mawar untuk diam tidak berkata-kata.
"Apa? Kau tak payah percayalah cakap dia ni, mengarut je lebih."
"Saya tak mengarut, saya memang suka Mawar." Raid tampilkan diri untuk menyatakan rasa hati dia yang sebenar-benarnya buatkan fokus Mawar kini sudah beralih arah.
Mawar sudah berdiri betul-betul depan Raid, mendongak tinggi muka dia pandang wajah itu, tepat ke dalam mata.
"Kau ni kenapa? Boleh tak jangan main-main?" Hilang terus ganti diri yang sopan akibat terlalu geram.
Hari sudahlah tengah panas membahang, tiba-tiba Dodi suruh tunggu tepi pagar RAYA lepas balik sekolah, ingatkan kenapa, rupanya nak ajak Mawar bersemuka dengan Raid.
Macam tak ada benda lain nak buat selain bercakap tentang cinta, hati, perasaan. Mereka kecil lagi kot? Hingus pun tak habis keluar lagi!
Raid nampak terkejut dengan perubahan emosi Mawar yang tiba-tiba, tapi sekejap sahaja, terkejutnya sudah berubah menjadi terhibur.
Lihatlah bibir itu, tanpa segan tersenyum lebar, seterusnya memuntahkan tawa kecil.
Raid betulkan beg sekolah di bahunya terlebhi dahulu kemudian dia selukkan kedua-dua tangannya ke dalam saku seluar hjiau lumut itu, lalu dia tundukkan wajahnya sedikit.
Mata tetap memandang ke satu arah.
"Raid tak main-main, Raid suka Mawar, okey?"
Sejurus habis berkata-kata, sebelah matanya Raid kenyitkan lalu dia berjalan pergi meninggalkan mereka berlima dengan nafas yang hampir terputus.
Gelak hambar terlepas dari bibir Mawar sambil dia menekup mulut.
"Kau nampak tak? Kau nampak? Budak tu gila!" Mawar tunjuk-tunjuk Raid yang dah jauh ke hadapan sana dekat kawan-kawan dia yang lain.
Kosong, reaksi mereka tidak seperti Mawar harapkan, masing-masing tak percaya dengan apa yang mereka baru sudah saksikan depan mata kepala sendiri sebentar tadi buatkan Mawar menggenggam tangannya, bengang.
"Raid tak guna!"
***
"So, how was it... so far?" Mawar seperti biasa, menanti respon dari si abang dengan penuh debaran selepas dia sudah menaip empat bab yang baru.
Hujung kukunya yang pendek itu Mawar gigit-gigit kecil, tabiat kecil dia bila sedang berdebar.
Tolonglah Red jangan suruh Mawar taip semula, atau tulis bab baru.
Penat dia perah idea, walaupun tidaklah banyak mana, dalam lima ribu patah perkataan sahaja, tapi lima ribu itu adalah yang tersusah yang pernah Mawar tulis sepanjang dia berkecimpung dalam dunia penulisan ni.
"Wow." Itu yang keluar dari bibir Red sesudah dia baca tulisan-tulisan dalam tablet Mawar.
"Wow tu tanda okey ke tak okey?"
Red tayang sengih dekat si adik. "Okey."
"Serius?!"
"Ya, okey sangat. Nampaklah unsur-unsur psiko si Raid tu."
Raid yang baru masuk ke dalam bilik perbincangan mereka sambil bawa sedulang air jadi terangkat kening. "Raid psiko? Mawar buat Raid jadi psiko lagi ke?"
Mawar tak bersalah sengih dengan selebar-lebarnya dekat suami tercinta dia tu lalu dia ambil dulang dari Raid dan tolak lelaki itu keluar.
"Raid duduk dekat luar kejap eh. Nanti Mawar datang."
"Tapi betul ke Raid-"
"Kejap lagi, sayang..."
Pap!
Mawar tutup pintu lalu dia kunci kemas-kemas.
Red angkat kening tengok perangai tak semenggah si adik yang mengunci suami sendiri di luar bilik. "Eh, tak derhaka ke buat macam tu?"
"Derhaka apa pula, kau jangan melebih eh. Kejap lagi aku bukalah, bukan aku tolak dia masuk kolam buaya pun."
Red cemikkan bibir dia, suka hatilah. Suami Mawar...
Buku notanya dia buka, menyerlahkan muka surat yang dah penuh dengan segala macam contengan.
Signs of psycopath
superficial charm- psycopath are often likable on the surface. They are usually a good conversationalist, and they share stories that made them look good. They may be funny and charismatic as well.
lack of remorse- psycopath don't care how their behaviour affects aother people. They ma forget something that hurts someone, or they may insists that others are overreacting when their feelings are hurt. Ultimately, they don't experience any guilt for causing people pain. In fact, they often rationalize their behaviour and blaming others.
impulsivity- psycopaths respond to things accordingly to the way they feel. They don't spend time thinking about the potential risk and benefit of their choice. Instead, they want immediate gratification.
Raid ambil pen berwarna merah lalu dia tandakan dekat tiga maklumat yang pertama yang ada di dalam buku itu sambil tersenyum.
Perfect.
"You write it so well, Mawar." Red tidak lokek memuji kerja adiknya.
Kalau bagus, dia kata bagus. Kalau ada terkurang di mana-mana, dia tak akan sesekali takut untuk menegur.
"Thanks, Red."
"Welcome, tapi mungkin lepas ni, untuk bab seterusnya, kau boleh kurangkan sikit bercerita terlalu details tentang situasi Mawar."
"Maksudnya?"
Red ambil semula tablet milik Mawar lalu dia buka muka surat yang memaparkan Bab 4. "Tengok Bab 4 ni, terlalu banyak narration yang tak perlu. Aku faham je kau nak cuba ceritakan step by step, apa jadi dekat dia sampai boleh jatuh, situasi dalam longkang, sampai keluar sisi psiko Raid, tapi macam... terlalu meleret."
Oh.
Mawar pandang beberapa bahagian yang Red bulat dan tanda sebagai tidak perlu.
"Contoh, yang mula-mula ni. Scene Mawar dengan Umi ni tak payah ada pun tak apa. Kau boleh terus jump dekat scene kedua. Orang tetap akan faham juga, yang Umi bagi Mawar tu barang sekolah, berat."
Red pangkah bahagian itu sebesar-besarnya buatkan mata Mawar membulat.
Tapi dia tak cakap apa-apalah, cuma mengangguk kecil dengar abang dia yang dah masuk mood editor garang tu.
"Lagi satu, aku rasa banyak sangat kau masukkan pasal kawan-kawan dia yang empat orang ni."
"Banyak sangat eh?"
"Mungkin boleh kurangkan, sebab sometimes aku baca cerita ni fast pace, tapi kadang-kadang, pace dia perlahan pula. Jadi, aku rasa mungkin lepas ni kita stick to the fast pace, direct cerita pasal Mawar dengan Raid ni je." Red lancar memberikan cadangan dan pandangan dia kepada Mawar.
"Oh... okey." Mawar ambil pen digital di tangan Red dan catit apa yang perlu.
Dia pun rasa apa yang abangnya cakap itu ada benarnya.
"Lagi? Ada apa-apa lagi?"
"So far, itu je."
Mawar puas hati.
"Jadi ke tak psiko aku?"
Red gelak dengar soalan polos Mawar.
"Bolehlah, sebab kita tulis untuk tunjuk dekat orang, the idea of psychopath. Orang selalu ingat, psychopath je pembunuh bersiri, bunuh, bunuh, bunuh. Padahal, kalau yang jadi pembunuh bersiri tu, bila psychopath plus sociopath."
Mawar sengih aje. Betullah tu, Mawarlah yang tergolong dalam kategori 'orang selalu ingat' yang Red sebutkan tadi.
Manalah dia tahu, dah TV cakap macam tu, itu ajelah yang dia percaya.
"Lepas ni aku nak tulis apa?" Mawar jongket kening dekat Red, sedia untuk terima arahan seterusnya.
Red senyum.
"Tulis apa yang kau expert."
Segar mata Mawar, bercahaya. "Apa aku expert?"
Angguk.
"Romance."
Tibalah masa untuk keluarkan ayat keramat, things gonna be so interesting from here haha
So how was it guys so far? Good? Bad? But i think i made it pretty cool so far haha
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top