Bab 13


MAWAR pandang kosong skrin tabletnya yang masih kosong dan bersih dari sebarang contengan.

Lama, dia berbuat begitu. Rasanya kalau hendak dihitung waktu, mungkin sudah hampir satu jam dia duduk di meja makan ini tidak lakukan apa-apa.

Hanya sekadar merenung skrin dengan memegang pen digital, termenung.

"Sayang... dah dapat idea?"

Mawar toleh ke kiri malas-malas pandang Raid yang tengah duduk bersila di atas lantai sambil mengadap komputer ribanya yang dia letak atas meja kopi kecil di bahagian ruang tamu.

Terus berubah keruh muka Mawar bila Raid tanya macam tu. Bibirnya dah tercebir hebat, dengan kening yang jatuh tanda dia sedang berduka.

"Belum... dari tadi Mawar berangan, tak dapat apa-apa..." Mawar merengek kecil, rambutnya yang dah sedia kusut itu dia serakkan lagi.

Sumpah Mawar serabut, dari semalam, sejak pulang dari rumah Red, otak dia tak berhenti berfikir tentang jalan cerita. Red suruh Mawar fikir-fikirkan jalan cerita baru, nanti lagi dua hari, mereka akan berjumpa dan berbincang.

Tapi...

Isy. Otak Mawar beku!

Balik-balik jalan cerita yang sama, klise!

Kalau cerita dekat Red, buat kena jelir lidah aje dek abang dia tu.

Dengan ekor matanya, Mawar nampak Raid sedang tersenyum simpul walapun mata itu tidak memandang dia.

Itu, mesti tengah terhibur tengok Mawar tengah serabut. Raid kata, kalau dia dah duduk serumah dengan Mawar, Raid dah tak perlukan TV, sebab ada Mawar sahaja dia sudah terhibur.

Mawar itu adalah hiburan untuk Raid... katanya.

Tapi memang betul pun, sampai ke sudah rumah mereka tak ada TV, dan Raid pun sampai ke sudah tengok Mawar dan ketawa tak henti-henti.

Bengang aje Mawar rasa kadang-kadang tu.

Contohnya seperti sekarang.

"Raid... tolonglah Mawar..." Mawar separa merayu dari atas kerusi meja makan.

Raid masih dengan senyumnya menaip sesuatu menggunakan komputer riba dia, bila siap baru dia pandang Mawar. "Nak tolong apa? Meh cakap, kalau Raid boleh tolong, Raid tolong."

"Tolong fikir story line. Dari semalam Mawar cuba fikir, tak dapat."

Raid pula yang termenung sambil pandang siling sementara Mawar, tenung Raid. Setia menanti.

"Sayang-"

"Ha, dah dapat?!" Tegak badan Mawar dengan mata yang dah segar.

"Tak pun. Raid tak boleh fikirlah."

Jatuh semula bahu Mawar, muka dah kendur semula. Cis!

Dia jeling Raid yang dah tergelak-gelak sebelum dia pusing semula badan hadap tablet. Bagi harapan palsu betul!

***

"So, shall we start our brainstorming session now?" Red dah datang ke dalam bilik kerjanya sambil membawa satu buku nota baru yang belum digunakan lagi bersama sebatang pen lalu dia letakkan atas meja bulat kecil yang terletak di tengah-tengah bilik.

Kerusi ditarik sedikit, baru dia labuhkan duduknya di situ, menghadap Mawar.

"Jom, jom." Mawar buka tablet dia, sedia untuk bekerja.

"Kau ada jalan cerita baru ke?" Red bertanya bila dia tengok Mawar yang nampak berkeyakinan semacam.

Yang  pertama-tama Mawar buat, adalah mengukir senyum... yang sangat lebar dekat abang dia.

"Tak ada."

Muka Red berubah toya. "Habis tu?"

"Three."

"Main-main."

"Red, serius aku bukan tak nak fikir tapi langsung tak ada satu benda pun lekat dalam kepala. Yang aku fikir pun, semua lebih kurang je dengan cerita orang lain."

"Meh sini aku tengok kau punya notes dulu." Red dah hulur tangan minta tablet milik Mawar, dia nak tengok tahap mana klise yang Mawar dah tulis.

"Tak ada. Kosong!" Mawar tunjuk skrin dia yang masih putih.

"Takkan satu apa pun kau tak catit?"

"Aku mana pernah catit apa-apa selama ni. Selalu, aku main tulis je."

"Sebab tu kau selalu dapat writer block, selalu ada masalah plot hole, sebab kau tak rancang dulu siap-siap cerita kau." Red tunjuk mana silap yang dia nampak dengan cara Mawar bekerja.
Mawar tarik muka bila Red tanpa selindung mengkritik caranya menulis.

"Helo? Encik Red, awak dengar sini, menurut Laia Fabregas menerusi artikelnya di blog yang bertajuk 'The method of the intuitive writer', she describing that there are two types of writer in this world, the intuitive and the rational one. And for your information Red, I am the intuitive writer, and you are that rational one. If you are comfortable with planning the whole plot, go on, but that is not what I'm aiming for. Kenapa nak kena plan bila kau boleh biarkan imaginasi kau go wild?"

Red mengeluh perlahan. Dia dah agak dah ini yang dia akan terima kalau bercakap dengan Mawar.

"Okey... Mawar, okey. You do you..."

Red mengalah. Tak ada guna dia nak ajak Mawar bertekak, sudah tahu siapa akan menang dan siapa akan kalah.

"Tahu pun!"

Mata Red terjuling ke atas.

"Aku ada idea." Dia tegakkan duduknya. Buku nota barunya, Red buka. Adalah beberapa muka surat yang dia dah conteng.

Red punya tabiat, untuk setiap cerita yang dia akan tulis, Red akan catit setiap idea, info-info yang berkaitan, jalan cerita yang dia tiba-tiba terfikir, atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan manuskrip yang dia bakal terbitkan ke dalam buku nota itu.

Ke mana-mana Red pergi, dia akan bawa buku notanya bersama, itu wajib.

"Apa?"

"Kau baca kan, Si Yatim?"

Mawar angguk. Dia teringat dekat buku pertama yang Raid terbitkan, tajuknya Si Yatim.

Buku itu bercerita tentang bagaimana kehidupan seorang kanak-kanak, yang terpaksa melihat kekejaman demi kekejaman disebabkan dia diambil menjadi hamba oleh keluarga gengster, apabila seluruh keluarganya habis dibunuh mereka.

Kemudian, sampai satu masa, dia berjaya diselamatkan oleh seorang polis, dan dihantar pergi duduk di rumah anak yatim.

Genre, thriller.

Sedih, tapi dalam masa yang sama, cukup mendebarkan.

"Mestilah baca. Kenapa dengan Si Yatim?"

Mawar nampak Red dah tersenyum, nipis sahaja tapi jelas terkandung seribu satu makna. Lihatlah dari bahasa badannya, bahu itu cukup tinggi.

"Why not kita buat cerita spin off dari Si Yatim?"

Mawar dah terkebil-kebil pandang abang dia. "Maksudnya?"

"Maksudnya, kita guna balik watak dalam Si Yatim, since kau ada sebut dalam manuskrip kau pasal RAYA, pasal rumah anak yatim, but make it a lil bit mystery and thrill?"

Mawar dah tekup mulut dengan tangan, mata dia dah membulat luas menyerlahkan anak matanya yang hampir terjojol.

"Bijaknya Red!"

Tinggi suara Mawar mendominasi ruang bilik di rumah Red itu hingga bergema ke ruang tamu buatkan Raid menoleh sebentar ke dalam.

"Dramatik lagilah Mawar tu..." Bisik dia perlahan sambil tersengih, kemudian sambung tengok TV.
Red tayang senyum riak.

"Well..."

"Mana kau dapat idea ni, bang?"

Red mencebirkan bibir dia. "Sebab tu orang suruh rangka dulu plot!"

Mawar tepuk-tepuk tangan, penuh kagum.

"Indeed, you are Red." Mawar tunjuk ibu jarinya dekat Red.

"Dah, habis. Sekarang, aku bagi masa dekat kau sejam, kau tulislah apa-apa, nanti kita brainstorm balik semula."

Mawar buat simbol 'OK' dengan jari, dengan bibir lebar dengan sengihan, dia bangun lalu pergi dekat Red dan hadiahkan lelaki itu kucupan di pipi buatkan Red menjerit kuat lalu tolak wajah si adik jauh daripada dia.

Pipinya yang sedikit basah deras-deras dia lap dengan belakang tapak tangan, matanya dijegilkan kepada Mawar.

"Gelilah, gila!"

Mawar abaikan Red dan pergi ke ruang tamu. "Raid!"

Tinggallah Red dalam bilik kerjanya bersendirian. "Gila punya adik."





Semalam dengar kata ramai meroyan kena tipu hahaha
Itulah, orang dah warning dah awal-awal dulu, suh chill chill je, kamu kamu ni tak nak dengar, pening-pening buat spekulasi...haaaaa
So what is next?






Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top

Tags: #akyelrahim