Bab 7

RED FLAG 7

"SAKIT?"

Terbungkam aku di atas katil. Pertanyaan dari bibir Raden mengundang bara api di dalam dada. Dicekiknya aku bagai nak mati. Hampir aku hilang nyawa. Kalaulah Raden tak lepaskan juga tadi, mati aku kat sini.

"Awak dah gila ke, Raden? Awak nak bunuh saya?"

"Well... I'm crazy... Kau pun tak mati, tak payah drama. Bangun... Kemas barang kau, malam ni kau stay apartment aku."

Terbeliak biji mata. Dia suruh aku stay kat apartment dia? Buang tebiat ke? Dengan keadaan bukan mahram begini, nak stay dengan dia? Stay rumah tunang Tiara? Ya Allah... Aku memang seorang yang khilaf agama, tapi masih tahu halal haram. Tadi pun dah banyak dosa aku kandung, waimapun hanya sentuhan bibirnya saja di leherku. Tak mungkin selepas ini, aku hanya jadi tatapan dia. Pasti Raden mahukan lebih, jiwa berlandaskan nafsu syaitan itu.

"Bangunlah. Kau nak aku angkut kau ke?" Desaknya, tangannya meragut lenganku kasar. Macam nak tercabut tulang aku. Ganas betul!

"Kenapa nak paksa-paksa?" Aku merungut geram sambil bersandar tepi dinding. Semput lagi nafas, leherku yang memerah birat itu aku usap perlahan. Sakit!!! Nak menangis rasa...

"Red... So red your neck..."

"Ni angkara awak jugak. Fikir saya ni haiwan ke?"

"I will do bad thing next time kalau kau melawan. Try me..." Raden memberi amaran, keras sekali nadanya. Dia seolah-olah maksudkan itu. Aku tak dapat bayangkan setahap mana Raden mampu berkasar padaku.

"Saya tak nak ikut awak..." Meskipun ada ketakutan meraja, tak dapat aku fikirkan bagaimana nasibku di kemudian hari. Pasti teruk aku direjam kekasaran dia.

"Terpulang..." Tali pinggang semerta dileraikan, aku melihat sudah naik gerun. Dia nak libas aku dengan benda alah itu ke?

"Tak sakit... Try la..."

"A... awak ingat saya takut ke?"

"Listen, Nesa. Kau tidak ada pilihan. Ikut aku sekarang atau aku beri kau denda yang menyakitkan daripada tadi..."

"Tak kesiankan saya ke? Saya ni perempuan, bukan objek untuk awak, Raden..."

"Sebab kau perempuanlah aku nak kau. Masih tak faham? Nak aku ajar kau bagi faham ke?" Merungut geram, tali pinggang itu dilontar ke bawah. Terhenjut bahuku kerana terkejut.

Raden naik mendaki katil, buat aku mengengsot tubuh ke belakang.

"Kau nak ke aku..." Tangan kekarnya berlabuh di bahuku.

"Tak nak!" Aku menangis tak mahu. Bencinya. Apa lagi dia nak? Ya Allah, aku tak sanggup.

"Kenapa nak menangis? Aku tak buat apa-apa..."

"Saya takut dosa! Saya tak nak bersekedudukan dengan lelaki bukan suami saya!"

"Kau pun bukan suci sangat, kan? Berlagak pulak tak pernah buat dosa. Ke kau jijik dengan aku? Jijik sebab aku ni bekas Tiara?"

"Tolonglah, awak... Apa dosa saya pada awak sampai awak nak dera saya ikut kehendak awak?"

"Dosa kau..."

Daguku didonggakkan, menyalurkan perasaan yang samar-samar. Antara benci dan entah aku sukar untuk baca riaknya.

"Don't make me go insane. Okey?" Ditarik tanganku lalu dikucup lembut.





BERLAGAK biasa, Haden keluar dari restoran itu. Kedua-duanya tidak menjawab panggilannya. Apa yang mereka lakukan? Semudah itu Nesa hanyut dalam dunia Raden? So daring, girl. I like her more now... Mungkin sekarang dia perlu ubah interest dia pada Nesa Suhayla pula. Crushnya terhadap Tiara sudah mati sejak pengakuan Tiara pergunakan Nesa.

Dia tidak gemarkan perempuan bermuka dua. Jijik! Pasti dia juga akan dikhianati jika terus mengejar Tiara. Cantik begitu memang memuaskan nafsu serakahnya, namun itu tidak akan berkekalan andai perangai buruk. Lebih menyakitkan hati.

"Hello... Kau nak apa?" Talian bersambung, setelah berpuluh kali dia cuba hubungi Nesa. Tak hairan suara Raden di hujung talian.

"Nak Nesa. Bagi dia pada aku..." Serang Haden. Tak bagi masalah pun kalau Raden beri bekas itu pada dia. Dia nak cuba dekati Nesa. Manalah tahu jodoh pula mereka berdua. Tak mustahil, bukan? Mama pun sudah membebel mengenai hal kahwinnya. Membujang tak sudah-sudah bila bekas tunang lari pada majlis perkahwinan 4 tahun lepas. Tragik!

"Kau ingat dia barang?"

"Kau pun buat dia macam barang murahan, kan? Suka hati kau sentuh dia macam dia tu isteri kau."

Raden jelak. Bukan ini yang dia mahukan, kalau boleh Nesa tak boleh ditakluk oleh sesiapa. Biar jadi bonekanya selamanya. Tak boleh diusik oleh mana-mana lelaki termasuk Haden. Melainkan jika dia dah bosan, memang akan dibuang perempuan itu dari hidupnya jauh-jauh.

"I can't give her to you, bro..."

"Kau tamak sangat ni. Tak fikir dah nak menikah nanti? Ke kau nak aku lapor pada Tiara mengenai perangai menjijikkan kau ni?"

"Up to you... I don't care." Raden memang tak peduli. Tiap kali kes tentang kecurangannya mendaki ke telinga Tiara. Tunang itu lebih memilih percayakan dia. Beruntung bukan? Nampak sangat Tiara tergilakan dia, obses. Mudahkan kerja dia. Cuma, berkaitan Nesa... Jika Nesa yang membongkarkannya, kemungkinan peratusan Tiara percaya itu tinggi. Nak atau tak nak, dia perlu simpan Nesa dalam apartmentnya buat sementara waktu sehingga dia jadi suami sah Tiara Melissa.

Tak lama... 4 bulan? Tak pun, dia akan percepatkan majlis perkahwinan agar cepat dia boleh lepaskan Nesa. Mungkin? Ikut keadaan moodnya. Kalau masih dirasakan Nesa berguna, dia akan simpan perempuan hodoh itu.

"Lepaskan dia. Dan majlis kau nanti, aku nak saing. Jadi pengantin kedua." Tak fikir panjang, keputusan last minit. Haden juga turut diamuk kegilaan. Tak kenal siapa Nesa, tak minta persetujuan Nesa. Boleh pula sesuka hati hendak dipetik bunga itu.

"Kau gila ke, Haden? Tak payah ikut gila aku. Nesa tu bekas aku. Dah rasa dulu. Kau cari je perempuan lain." Raden jelas menipu, belum disentuh pun Nesa. Dia tak teringin lagi nak merosakkan Nesa, lagipun Nesa itu takut sungguh dengan dirinya. Tak adalah dia kejam sangat hendak menindas perempuan tak berdaya seperti itu. Setakat cium leher saja dia berani.

"I don't care. Give her to me..."

"Nesa takkan nak. Dia cuma nak aku..." Raden jauhkan telefon, dia tarik dagu sang gadis yang termenung jauh itu. Kemudian dia rapatkan bibir nipisnya di teli telinga Nesa. Membisikkan sesuatu agar Nesa ikuti kata-katanya.

"Beritahu Haden. Kau nak aku seorang." Nesa kelu. Kenapa Haden pula? Apahal mamat dingin sejuk beku tu? Hari itu membisu, sekarang nak mengacau Raden dan dia kenapa? Serabut otak!

"Untuk apa? Awak off je handphone. Saya tak nak cakap dengan sesiapa." Bosan, tak ada maknanya dia akan melayan Haden bercakap. Semakin bengang kerana semuanya berpunca dari Haden jugak, kalaulah tidak kerana dipaksa tengok wayang tempohari. Dia tidaklah terperangkap dalam dunia Raden serba gila ini.

"Jawab aku kata..." Nada dominannya, jelas mahu aku turutinya lagi.

Dia capai juga Iphone milik Raden. Dengusan kasar berlepas dari bibir. Macam nak campak saja handphone ini ke luar tingkap, biar hancur berderai.

"Saya tak nak awak ganggu saya. I choose Raden... Faham?" Macam tidak berjiwa, mendatar saja suaranya. Robot bercakap beginilah.

Haden tertawa perlahan, nampak sangat Nesa dipaksa. Tak dapat berbohong betul perempuan itu. Ini yang bikin dia makin suka, perempuan yang tak pandai menipu. Senang nak detect.

"Kau dipaksa Raden, kan? Listen, Nesa... Jauhi dia. Dia akan musnahkan hidup kau. Better kau dengan aku, lebih selamat..."

Nesa mengeluh berat. Penat dengan permainan yang entah apa-apa ini. Senang sangat ke dia digula-gulakan?

"Saya tak berminat!" Terus diberi handphone itu pada Raden. Meluat lama-lama. Bicara manis dari lelaki buat dia meloyar. Cukuplah dipergunakan oleh Raden.

"See... She choose me..." Talian dimatikan terus. Haden masih dengan tawanya. Kelakar amat. Apa bendul sangat si Nesa ini? Boleh aje dia lari dan melawan Raden. Ke Nesa diugut?

"Bercakap dengan siapa?" Sepupunya bernama Sephia menyoal dari belakang. Gadis anggun lagikan bergaya itu muncul tanpa dia sedar. Dia duduk di sofa, rehatkan diri. Soalan Sephia biarkan berlabuh sepi. Tak berminat nak bocorkan apa yang terkandung di dalam kepala.

"Abang Hade, I tanya ni..."

"Bila you datang ni, Pia?" Sekadar berbasa basi. Rumah agam ini besar, semuanya tidak ada di rumah. Melainkan security guard di luar, tukang kebun dan bibik. Menjadi kepelikan bila Sephia muncul tanpa diundang. Bukan ada mama dia pun.

"I baru je datang... Kenapa you tak suka ke?"

"Bukan tak suka..." Bosan bercakap dengan Sephia. Mengada-ngada sungguh dengan gaya tubuhnya terliuk lentok, macam agar-agar tak cukup zat.

"Mama I tak ada. Ada persatuan di luar."

"I tahu... Auntie Zahlia dah beritahu I pun." Sephia duduk bersebelah dengannya, merapat sampai berlanggaran  bahu. Dah faham sangat Haden dengan perangai gedik sepupunya. Mungkin mamanya hantar Sephia ke sini untuk menggodanya.

"You nak kita tertangkap basah ke?"

"Nope lah. I ni gadis suci tau. Tak naklah tangkap basah. Kahwin dengan you dengan kerelaan you je."

Loyar anak tekak. Bersabung mata dengan Sephia, diakui cantik cuma wajah itu penuh dengan lukisan. Mekap berapa inci entah.

"You... I nak mintak tolong you about something. Boleh? But, jangan beritahu kat mama I tentang ni." Haden dapat akal baru, bila tengok Sephia begini. Dengan mudahnya, dia akan dapatkan Nesa. Dengan cara pancing Raden datang ke mari. Sephia dan Raden agak rapat juga. Boleh kamceng lagi.

"Anything, Abang Hade. Tell me..." Suka bila Haden dah tebar senyum. Selalunya dingin sangat. Hari ni banyak jugak perkataan yang meniti di bibir Haden. Satu perkembangan yang sangat baik.

"Beritahu Raden, you ada kat sini. Inform dia jugak, you ada something nak beritahu dia sekarang..."

"Why?" Dahi licinya mula berlapis macam kuih lapis. Dia datang nak mengorat Haden, bukan nak kacau Raden yang sudah berpunya.

"Adalah... Kalau you berjaya buat dia datang sini. Tomorrow kita dinner luar. Deal?"

Sephia angguk. Kuntuman senyuman berbuar indah. Tak dapat ditolak, dinner dengan Haden. Uu, mesti romantik! I suka...


Writer's comment : Rasanya semua watak red flag 😂👍

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top