Bab 11

RED FLAG 11

GADIS berpakaian gothic itu senyum sumbing. Raden selesakan duduk. Tiap hari, dia datang ke sini untuk bertemu. Berborak hal-hal yang mereka minati. Selalu dia ikut papanya ke Teratak Impian, pusat kediaman anak-anak yatim. Sudah semestinya gadis kecil molek itu merupakan salah satu anak yatim di sini.

"Kau buat apa hari ni? Ada benda seronok ke?" Gelak. Bibir itu gelap dironakan dengan warna hitam. Bila pertemuan pertama, dia berasa aneh. Ingatkan hantu jadian. Rupanya hanya mekap. Maklumlah dia masih berumur belasan tahun. Tak tahu menahu.

"Seronok... Ada sorang perempuan ni dia kaya tau. Aku suka kawan dengan dia. Kadang aku curi barang-barang dia, tanpa dia tahu. Bestlah dia tak tahu." Tak rasa bersalah gadis itu senyum lagi lebar. Kalau bonda di sini tahu, memang dia kena rotan. Sebab tu, dia sembunyi-sembunyi lakukan kesalahan seperti ini.

"Kau curi barang apa?" Berminat nak tahu, terjongket keningnya. Sisi wajah itu ditenung. Mekap pun macam hantu raya. Dari mana budak ni belajar? Perangai pun tak elok. Sesuailah tu berkawan dengan dia yang kaki buat masalah dekat sekolah. Sejenis pemberontak. Bawa masalah pada keluarga dia, bikin mama dan papanya sakit kepala.

"Barang mekap je. Lepas tu, duit. Dia banyak duit. Bila aku mintak dia bagi sikit... Kedekut." Ditonyoh hidungnya yang gatal dengan sapu tangan berona hitam. Semua benda nak hitam. Hidup dia pun penuh kelam. Teraba-raba dalam kegelapan. Dia juga tidak ada masalah untuk teruskan hidup dalam keadaan begini.

"Kenapa tak mintak aku? Papa aku kaya." Berbangga. Bahu gadis itu ditampar perlahan. Buat seperti geng kawan lelakinya. Bergurau pun kasar.

"Yeke kaya? Nak duit... Bagilah." Ditadah tangannya. Mata bundarnya terkebil-kebil merenung mata bersinar milik Raden. Sudahlah kacak, baik pulak tu.

"Boleh. Kasi kiss kat pipi aku." Nakal. Dia dah pandai jadi buaya sejak kecil. Mencuba-cuba sesuatu yang tak sepatutnya. Dan sudah sebati. Dengan gadis yang tidak tahu apa-apa ini boleh dia manfaatkan.

"Tak nak. Bonda kata dosa. Kalau dah cium kena kahwin."

"Kahwin tak boleh. Jadi skandal aku jelah..."

"Skandal? Apa tu?" Pertama kali dengar perkataan asing itu. Bonda tak pernah beritahu mengenai ini. Dia pun bodoh, berfikiran tertutup.

"Skandal tu... Macam.. ah, lupakan jelah. Bagilah sikit kat pipi je."

"Tak dosa ke?" Kerutkan dahi.

"Kau mencuri pun dosa. Ini sekadar bagi bibir kat pipi aku. Tak salah apa pun." Dia mengajar budak itu bukan-bukan. Jerat pasti mengena.

"Okey..." Pipi lelaki itu dicium sekilas. Memerah pipinya. Entah kenapa, berdebar jantung bagaikan digendang dengan pukulan kuat. Mungkin sebab ini bonda melarang. Perbuatan ini buatkan dia excited dan malu. Bercampur baur.

"Nanti kita dah dewasa... Aku akan cari kau. Kita jadi skandal. Aku akan bagi apa yang kau. Duit dan semuanya. Hati aku pun sekali..."

Disekeh kepala lelaki itu. Malu betul. Bercakap soal hati. Padahal baru berusia belasan tahun. Umur setahun jagung.

"Sakitlah. Ganas kau ni..."

"Kau tak suka perempuan ganas ke?"

"Suka je... Hari-hari boleh bergusti." Berseloroh. Raden beranikan diri memeluk pinggang gadis itu. Sebuah kucupan hinggap di pipi bermekap itu. Berhabuk bibirnya. Tapi dia suka. Senyum sinis dilempar.

"Tunggu aku ya, senorita..."

"Senorita?"

"Bermaksud sayang..."

Mereka ketawa riang. Gila masing-masing.







RADEN menyapu wajahnya. Kenangan lama menghantui. Namun sang gadis itu tidak kenali dia. Sungguh menyakitkan. Apahal boleh lupa? Nyanyuk? Hilang ingatan? Atau berpura-pura?

"Kenapa kau boleh lupakan aku, Nesa?" Wajah itu dibelainya, lepas disuntik ubat tidur baru tenang semula Nesa. Sukar juga kalau dah mengganas. Dari kecil sampai ke dewasa, ganas tak bertempat.

"Atau kau lari dari aku sebab aku tinggalkan kau ke dulu?" Teringat kembali bagaimana kejamnya dia meragut kesucian Nesa tika mereka berumur 11 tahun. Itu pertama kali dia melakukan hubungan terlarang bersama Nesa. Selepas itu terjadi, dia terpaksa ikut papanya berpindah. Tanpa khabar berita, dia tinggalkan Nesa terkontang kanting. Pasti masa itu, Nesa berusaha melupakan kenangan mereka.

Memang dia jahat... Entah Nesa trauma ataupun tidak. Melihat amukan Nesa tadi, nampak jelas Nesa mahu pergi dari hidupnya. 

"Kau suka aku jadi jahat... Dari dulu pun kau macam tu."

Bibir pucat itu disentuhnya lembut dengan jarinya.

"Aku akan buat kau menderita sehingga kau ingat kembali siapa aku dalam hidup kau. Okey?"

Tangan dijauhkan. Meja sebelah katil, dilihat sebelum tangannya menarik laci dibawahnya. Tersedia satu botol berisi pil. Dipulas penutup itu, disuap masuk dalam mulut sendiri. Telan. Ubat agak lewat dia makan. Patut dia agresif.

"Atau sehingga kau pun kena telan ubat ni bagi tenteramkan jiwa kau. Aku nantikan hari tu, senorita..." Panggilan lama bermain di bibirnya, senang hati.







HADEN bersiulan. Lepas balik kerja dia balik ke rumah agam keluarganya. Bosan... Kalaulah ada Nesa, boleh jadikan teman. Ini pun Nesa cabut lari. Lesap begitu sahaja. Namun begitu, dia dapat mengagak kehilangan Nesa ada berkaitan dengan Raden. Tidaklah terdesak mahukan Nesa, tapi sudah hilang buat apa dikejar. Tak berpeluang dia hendak bercengkerama dengan Nesa.

Nombor Tiara didail. Ajak Tiara berbual pun boleh, rampas semula Tiara dari Raden. Sesuatu yang mengujakan jugak. Tak sampai seminit, panggilan terus masuk. Dengan senang hati Haden memulakan perbualan.

"Kita dinner malam ni? Atau you nak datang rumah mama I?"

"Raden ada?"

"Fiance you hilang lagi? You tak ikat dia ke sampai dia tak dapat dijumpai?" Sindiran pedas menyemarakkan emosi Tiara. Berhempas pulas Tiara keluar dari perut kereta. Dia dah berada di depan rumah agam itu. Tinggal nak masuk saja.

"You jangan nak sindir I, eh. Jemput I sekarang. Depan pintu pagar ni. Tahu tak panas sekarang ni..."

"You masuk jelah. I malas nak jemput you, bukan fiance I pun." Masih tak nak mengalah. Dia bakar lagi hati Tiara. Hendak kenakan Tiaralah. Siapa suruh dulu tak pilih dia berbanding si psiko tu? Kan dah mendapat. Bukan sekali je Raden buat perangai. Masih juga Tiara nak setia. Cantik pun bengap.

"Hish..." Tiara merungut dan masuk lepas security di situ buka pagar. Dia mengipas wajahnya yang dirintik peluh.

Masuk dalam, kelihatan Haden duduk sambil kaki diletak atas meja kopi. Biadapnya duduk. Tahulah rumah mak bapak dia. Tapi dia ni tetamu tahu tak. Hormatlah sikit.

"Mana Raden, hah? Dia tak balik lagi?"

Haden titipkan kenyitan padu. Dipersilakan Tiara duduk. Kaki diturunkan, tahu jelingan tajam itu mengarah pada kakinya yang sopan sangat.

"Tak ada. I je dalam rumah ni. Semua busy. Termasuk fiance you yang busy berpeleseran dengan skandal-skandal dia."

"You cakap baik sikit. Dia dah menyesal. Tak buat lagi. Jangan nak buat cerita..." Beg tangan berjenama itu dihempuk ke bahu Haden. Baran punya pasal. Tapi, dia sebenarnya nak sedapkan hati saja. Padahal sejak dua menjak ini Raden berperangai aneh. Dan dua hari lepas paling aneh, tiba-tiba bawa Nesa ke sini. Tak pernah dia nampak Raden dan Nesa rapat sampai boleh bawa ke rumah. Alasan Nesa kena ragut? Sukar nak percaya. Nesa bukan sejenis berharta. Nak ragut apa? Beg tangan pun tak bawa. Biasa beg buruk dia ajelah ada. Peragut selera ke nak meragut?

"Percaya sangat kat dia," komen Haden pendek. Dalam hati, terniat nak ceritakan perihal Nesa kepada Tiara. Agak-agak Tiara dapat terima tak?

"Nesa tu kawan you dah lama, kan?"

"Yup. Why?"

"I rasa dia ada something dengan Raden." Tengkuk Tiara jadi meremang. Haden pun rasakan hal yang sama? Jadi peratusan hubungan antara mereka tu adalah tinggi ke?

"I mean. Raden using her sebab nak perkahwinan korang putus."

"No, Raden tak mungkin macam tu. I rasa Nesa cuba tikam belakang I..." Prasangka buruk bertambah dalam hati. Muka Nesa tempohari jelas menceritakan sesuatu. Muka jealous Nesa. Argh, menyebalkan!

"Masih nak pertahankan Raden? Kalau Nesa tu nak tikam you dari belakang, dari awal lagi dia buat. Kenapa baru sekarang? Fikirlah. You pulak sangsikan kawan you sendiri..." Kesian betul Nesa. Dia jadi mangsa tuduhan. Padahal angkaranya adalah Raden.

"You nilah kenapa tak gunakan dia je. You jadikan dia girlfriend you, so dia tak adalah kebulur sangat nakkan lelaki. Tengoklah sekarang, dia cuba rampas Raden... Apa I nak buat, hah? Sakit hati... Muka dah lah tak siap, ada hati nak rampas fiance I! Dasar penyondol! Bit**!"

Kendur nafasnya terhembus. Perangai inilah dia kurang suka. Sukar nak bercakap, kalau perempuan sejenis keras kepala. Suka menuduh tanpa bukti. Pertahankan lagi Raden tak guna itu. Dia yang tercongok di sini, tak nak pulak pertahankan.

"Kalau I gunakan dia. Apa I dapat? I pun bukan sejenis macam Raden. Mainkan perempuan demi kepuasan sendiri. You tahu kan bekas tunang I dulu, Azalea... I setia dengan dia seorang. Sampailah dia khianati I, barulah I lupakan dia. Tak ada dalam kamus I, untuk bermain api dengan perempuan sembarangan."

"You tolonglah I. I takut dia betul-betul rampas Raden. What should I do?" Keluh. Rambut ikalnya disauk kebelakang. Sukar betul nak hadap situasi begini. Kawan baik jadi ular. Fikirnya Nesa lain. Tak berani nak menyondol. Eh, luar jangkaan pulak. Dasar kawan tak guna! Patut dari awal dia jauhkan sejenis kawan macam tu. Snake! Luar baik, dalam durjana.

"You percepatkan tarikh perkahwinan you. Tu je jalannya..."

"Nanti I pertimbangkan."



...

Writer's comment : Jumpa hari mggu lagi... Sory klau xbest. Cter cikai2 je time bosan😂

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top