Bab 9 : Kuasa

"Kuasai elemen ni dan kau akan dapat elemen yang lain dengan mudah. " kata Kizaru dengan senyuman. Aku bangun dari dudukku. Aku akan melupakan segalanya buat seketika. Aku ingin memfokuskan pada diriku sendiri buat masa ini.

Kizaru berdiri jauh dari aku. Dia mengangkat busurnya menghadap aku. Aku terus membuka langkah bersedia. Anak panah dilepaskan terhadap aku dan aku cuba menembak keluar apiku. Namun ia tersasar dan hampir mengenai Kizaru. Anak panah yang disasarkan padaku pula hampir mengenai aku.

"Nice" ucap Kizaru lalu menyasarkan tiga anak panah menghadap aku. Aku memberi tumpuan penuh kepada anak panah itu lantas terus anak panah itu dilepaskan.

ZASSSS!

Dua dari tiga anak panah aku dapat bakar dengan tepat. Anak panah yang lagi satu mengenai dahiku. Aku menggigil panik kerana ini kali pertama aku rasa tak percaya bahawa aku masih hidup walaupun anak panah itu menembusi kepalaku. Aku mencabut keluar anak panah itu. Darah mengalir perlahan namun lukaku tertutup segera.

"Macam mana perasaan kau bila mati buat kali pertama?" Soal Kizaru sinis. Belum sempat aku membalas, dia melepaskan anak panah bertubi-tubi. Aku mengelak dan menepis.

"Mana kuasa api kau?! Keluarkan!" arah Kizaru tegas. Aku mula rasa tercabar dan aku dapat rasakan tubuhku mula membahang. Kizaru terus menyasarkan berpuluh-puluh anak panah ke arahku. Tiba-tiba badanku membakar dengan api berwarna biru. Mataku terus terbakar dengan kemarakan api. Aku membaling bebola api ke setiap anak panah yang menuju ke arahku. Anak panah yang menyentuh tubuhku terus terbakar menjadi debu.

Namun Kizaru tetap melepaskan panah. Aku pula terus menyerang setiap anak panah yang dilepaskan. Aku mula dapat mengawal diri dan kuasa apiku. Akhirnya aku melepaskan api berbentuk burung kecil tepat mengenai busur Kaizo sehingga menjadi debu.

"Bagus! Jom kita ke tahap seterusnya." ucap Kizaru tenang. Aku terduduk kepenatan. Badanku berubah menjadi seperti asal. Aku terus mencungap-cungap tanda aku kelelahan.

"Latihan tak habis lagi... Jangan curi tulang." kata Kizaru tegas. Aku melepaskan keluhan berat lalu bangun semula daripada dudukku. Bayang moyang menghampiriku lalu menepuk-nepuk kepalaku perlahan seolah ingin memberiku semangat.

Kizaru membuka pintu yang sama seperti di sekolah untuk mengubah Gus menjadi serigala dulu. Aku mula tertanya-tanya.

"Kali ni kau perlu hati-hati. Jauh dari dalam diri kau ada demon yang sedang dikunci. Selama ni moyang kau dan Kisaka lindungi kau dari pengawalan dia. Sekarang ni tiba masa untuk kau sendiri kawal dia." Kata Kizaru tegas.

'Bukan ke pintu ni untuk penukaran werewolf? Kenapa aku pula kena lalui benda ni?' Soalku seorang diri. Aku membuka gaya bertahan bersedia untuk apa sahaja benda yang keluar.

Tiba-tiba tangan seorang lelaki muncul dari dalam peti itu. Aku terus membuat gaya bersedia dan terus mengaktifkan senjataku. Tiba-tiba ayahanda muncul dari dalam pintu itu lalu keluar dari pintu itu. Aku tersentak.

"Ayahanda?" Ucapku perlahan dengan riak tak percaya.

Kemudian muncul pula bonda dengan muka yang mendung. Aku terus kaku. Bermacam soalan muncul di benakku. Ayahanda juga menunduk memandang tanah dngan riak kosong.

Tiba-tiba dada mereka berdua berdarah sehingga membasahkan lantai. Mereka tiba-tiba sahaja tumbang ke lantai dengan wajah yang pucat.

"Bonda?! Ayahanda?!" Jeritku dalam nada tidak percaya. Aku cuba menghampiri mereka namun langkahku terhenti apabila aku mula berfikir kembali.

"Ini cuma ketakutan aku... Ia bukan realiti." kataku sendirian. Tiba-tiba kelihatan seorang perempuan berambut biru mula muncul dalam keadaan terapung. Aku terus membutangkan mata apabila sosok tubuh itu keluar dari pintu tersebut.

"Rarghhh!!" Seekor makhluk hodoh keluar dari pintu itu sambil memegang leher Kaisara. Tubuh Kaisara hampir hancur sepenuhnya seolah dilahap oleh makhluk itu.

"Berani kau halang aku!!! Red Kagero!!!" Jerit makhluk itu sambil menunding ke arah bayang moyang. Bayang moyang hanya terapung seolah tidak terkesan dengan ancamannya.

"Aku demon! Tiada siapa yang dapat menundukkan aku! Dasar vampire tak bersyukur! Aku membantu kau untuk hapuskan manusia tapi kau! Mengurung aku dalam cicit kau yang lemah ni!" Katanya lagi membuatkan aku tersentak.

"Jangan tertipu dengan dia Red. Satu-satunya sikap yang menjijikkan yang ada pada demon, mereka suka memperdayakan manusia." kata Kizaru kepadaku dengan tenang. Aku mengenggam tangan dan mengetap gigi. Aku dah tak tahu mana yang betul. Moyang, pernah hampir menghapuskan alam ni demi menghapuskan manusia ke?

"Hihihi... Kau tak pernah ceritakan apa-apa lagi tentang kita kan Red? Jadi dia tak tahu apa sebenarnya terjadi." kata demon itu dengan senyuman.

"Red generasi ketujuh, kau merupakan keturunan yang kotor. Kau fikir... Red dan Kira benar-benar berkahwin? Dia mati sebaik saja bersama dengan Kira. Moyang kau yang kau anggap sebagai idola lebih teruk dan menjijikkan dari apa yang kau sangka." Kata Demon itu lagi membuatkan aku membutangkan mata terkejut lalu memandang ke arah moyang dengan wajah tak percaya.

"Bagaimana? Bagaimana? Ia maklumat yang menarik kan? Hahahahhahahha!!! Red~ cepat kau beritahu dia... Apa yang kau buat pada Akira. Dasar vampire kotor tapi ia sesuatu yang buat aku bangga malah aku masih dapat menumpang di dalam tubuh keturunan kau. Hahhahhaa... Dan macam mana kalau dia tahu yang punca sebenar bahawa yang lain segera mati disebabkan kau biarkan aura kegelapan kau menguasai mereka semua?!" kata demon itu membuatkan aku menggigil.

Di dalam keluargaku hanya aku dan keluargaku sahaja tidak dihampiri oleh mana-mana keluarga sepupuku. Kami digelar sebagai keturunan tulen/suci tapi tiada siapa yang mahu dekati kami kerana kami seakan mempunyai sumpahan yang mematikan untuk keturunan Kimura. Mana-mana sahaja vampire yang rapat dengan kami akan turut mempunyai usia yang pendek. Disebabkan itu juga, keturunan kami berkahwin dengan spesis yang bukan dari spesis vampire untuk meneruskan jangka hayat yang panjang.

"Moyang... Betul ke apa yang dia katakan?" Soalku pada bayang moyang. Bayang moyang terus mendekatiku lalu bayang sesungutnya menyentuhku lalu mengeleng. Ia seolah memberi isyarat yang semuanya tidak betul namun tiada penjelasan dari dia. Ia membuatkan aku ragu apabila apa yang demon katakan agak masuk akal dengan memikirkan semula semua sejarah vampire yang pernah berlaku.

"Hahhahha... Kau tak mampu katakan apa-apa ke Red? Aku tak sangka kau gunakan sisa jiwa kau untuk mengurung aku. Engkau lindungi budak ni sebab kau tak mahu lesap jika budak ni mati kan? Keadaan kau hampir sama dengan aku sekarang Red. Cuma yang bezakan kita, aku masih dapat berkeliaran dan membisik pada manusia lain walaupun tanpa sarung tapi kau terpaksa berharap pada budak ni untuk terus wujud." katanya lagi membuatkan aku semakin tidak dapat percaya. Namun, Kizaru tidak mengatakan apa-apa seolah apa yang dikatakan demon itu benar.

"Jadi kenapa? Apa masalahnya kalau moyang ada dengan aku untuk kepentingan dia sendiri?" Soalku semula pada makhluk demon itu.

"Huh?"

"Aku masih dapat belajar elemental yang lain sama macam moyang dulu. Jadi aku pun gunakan moyang. Apa masalahnya? Aku tak rasakan itu satu masalah dan menurut aku... Apa yang moyang lakukan pada nenda aku bukan masalah aku. Aku masih keturunan suci melalui bonda dan ayahanda yang dapat aku melalui pertalian yang suci. Itu bukan masalah aku." balasku sinis walaupun sebenarnya aku memang agak terganggu kalau ia benar-benar berlaku.

Namun, melalui sejarah nenda tak pernah menceritakan tentang moyang menzalimi dia. Kalau betul ia berlaku, mustahil dia akan simpan keturunan moyang dan membesarkannya sehingga dapat melahirkan generasi seterusnya seperti aku sekarang. Terus wajah demon itu berubah seolah tidak menyukai apa yang aku katakan.

"Heh! Aku tak sangka... Keturunan kau agak buas begini Red. Aku masih tak cukup mengenalnya lagi walaupun sudah lama aku terkurung dalam tubuh dia." katanya dengan senyuman sinis. Aku dapat rasakan tubuhku dipenuhi dengan aura hitam membuatkan aku sedikit panik.

"Ya... Tiada siapa yang dapat jangka apa yang aku akan buat. Kadang-kadang aku sendiri pun tak dapat jangka apa yang aku nak buat." kataku dengan peluh dingin bersama senyuman senget.

"Hahaha... Kau sememangnya vampire yang menarik, Red Kagero." Tiba-tiba tubuh demon itu dikelilingi dengan rantai tebal dan Kaisara yang berada di tangannya bertukar debu. Tubuhnya terus dikelilingi rantai dan secara tiba-tiba ditarik kasar ke dalam pintu tersebut.

"Kejap. Red Kagero yang dia maksudkan tu moyang ke aku?" Soalku lalu memandang bayang moyang. Tubuhku terus dikelilingi bayang hitam dan aku dapat rasakan deria penglihatanku turut meningkat membuatkan aku rasa pening.

"Perubahan yang mendadak dan secara tiba-tiba tu membebankan kau. Oi Si tua! Kau jangan ganggu. Cukup saja kau manjakan dia. Kali ni memori yang dia mahu ingat sampai bila-bila." kata Kizaru membuatkan aku bersetuju.

"Ya... Betul tu moyang. Saya boleh hadap sakit ni. Jangan pandang rendah pada saya. Saya pun kuat macam moyang." balasku sambil menahan sakit dan memegang kepalaku. Aku dapat rasakan mataku mula pedih dan penglihatanku menjadi berlipat kali ganda malah aku dapat lihat dengan lebih jelas di kawasan yang gelap. Namun aku rasa ada sesuatu yang lain cuba untuk mengawal aku.

"Berikan tubuh kau... Pada aku..." Ucap satu suara misteri. Aku memandang sekeliling namun tiada apa atau sesiapa yang sedang bercakap denganku. Kizaru hanya memandang dengan tenang manakala bayang moyang mula menjauhi aku seakan memberiku ruang untuk mengawal kuasa kegelapan ini. Aku turut dapat mendengar bunyi seolah rantai terputus jauh di dalam tubuh aku.

"Tubuh aku milik aku. Kau cuma menumpang, sepatutnya kau yang aku patut halau!" Kataku membuatkan makhluk misteri itu terkejut. Melalui naluriku sendiri, aku mencengkam dadaku seolah tahu ia berada di situ dan menggunakan aura asingku aku menutup tubuh demon itu seolah larva dan terus mengeluarkannya dari dadaku.

"Arghhhh!!!" Jeritku terasa separuh dari kekuatanku ditarik keluar.

"Sekarang kau bukan apa-apa selain hanya bola." kataku dengan senyuman sinis.

"Bagus. Kau buat benda yang aku sendiri tak jangka. Kau dapat keluarkan dia sementara rampas kuasa dia. Kau sememangnya di luar jangkaan. Aku pasti moyang kau sendiri pun tak sangka yang kau boleh benda macam ni." kata Kizaru sambil memandang bayang moyang.

"Beta tahu anakanda beta boleh lakukan sesuatu seperti ini. Dia merupakan keturunan elf yang mempunyai tenaga hidupan dan juga vampire yang mempunyai tenaga gelap yang sepatutnya berlawanan antara satu sama lain dan hampir mustahil untuk melahirkan zuriat. Kelahirannya juga adalah satu keajaiban." kata moyangku yang kini memasuki salah satu bekas kaca milik Kizaru.

"Oi! Oi! Bekas kaca tu aku nak buat jam pasir magik!" Kata Kizaru mula panik. Moyang terus keluar dari bekas kaca itu menghampiriku. Malangnya bekas itu turut retak sebaik sahaja moyang keluar.

"Arghhhh!!! Prototype aku!!!" Jerit Kizaru tidak puas hati.

"Saya dah cakap... Saya pun kuat macam moyang." kataku yakin sambil tersenyum lebar.

"Aku rasa kau lebih kuat dari moyang kau sekarang ni." kata Kizaru sambil menilik bekas kacanya.

"Betul ke? Maknanya aku boleh musnahkan alam ni sama macam moyang?" Soalku mula teruja.

"Oi... Kenapa itu benda pertama kau fikir? Kau nak selamatkan bumi ke nak musnahkan bumi? Haih... Kuasa kau tak setanding moyang kau dulu tapi dapat mengurung demon tu dan keluarkan ia dari tubuh kau tu sesuatu yang sememangnya moyang kau pun tak mampu untuk buat. Kau dah lepaskan semua keturunan kau yang seterusnya daripada makhluk yang digelar demon ni. Kau pemutus rantaian demon ni." kata Kizaru dengan tenang lalu meletakkan semula bekas kacanya.

"Sekarang... Aku boleh kawal elemental yang lain kan? Moyang! Moyang akan ada dengan saya sampai saya mati ke?" Soalku ingin tahu apabila melihat moyang yang masih berada denganku dan teringat kembali akan apa yang dikatakan demon sebelum ini.

"Tentulah! Walaupun kau dah mati sekalipun, keturunan kau yang lain akan mewarisi dia. Dia memang tak jauh beza dari demon cuma dia hanya dapat melihat dan beri tunjuk ajar. Jauh daripada demon yang sebenar yang sentiasa akan bercakap dalam otak kau." kata seseorang yang tiba-tiba muncul.

"Kisaka... Selamat datang. Kau patut tengok apa yang demon tu kata sebaik saja dia terlepas dari kurungan tu. Dia sememangnya menyedihkan." kata Kizaru selamba.

"Ya... Ya... Haih... Aku tak berminat dengan benih demon yang sememangnya bukan dari bumi ni. Selain dari cuma berbisik dia sememangnya bukan apa-apa. Yang menguatkan dia cuma perasaan negatif tapi ada dalam badan budak Red ni sememangnya bukan untuk dia. Penuh dengan kasih sayang, positiviti dan yakin diri yang terlampau. Uwek... Aku pun nak termuntah" kata Kisaka sambil menerapungkan diri di udara.

"Apa salahnya dengan semua tu?" Kataku dengan wajah tidak puas hati apabila aku rasakan dia memandang rendah padaku.

"Hahhahaha... Hei rambut merah. Ini yang kau dapat hasilkan selepas susah payah kau. Macam mana? Kau puas hati?" Soal Kisaka dengan senyuman dan memandang bayang moyang di sebelahku. Moyangku memandangku seketika dan mengangguk. Walaupun dia tidak bercakap aku seakan dapat mendengar bahawa ada satu ayat yang membuatkan aku terharu.

'Tiada apa lagi yang beta mahukan lebih dari ni'

To ve vontina...
......................................................................

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top