Bab 7 : Latihan
Makhluk bayang hitam itu kelihatan tidak berbahaya membuatkan aku tertanya-tanya lantas mengekorinya yang menuju ke cermin bilikku. Ia terus menembus masuk ke dalam cermin dan menghilang. Namun apabila aku menjenguk untuk lihat pada cermin kelihatan seorang lelaki berambut merah yang tegap berdiri di hadapanku, aku terkejut sehingga hampir terjatuh.
"Sejahtera cicit beta," jawabnya namun dalam kesamaran.
"Cicit? Kau... Moyang aku?" Soalku masih dalam keadaan tidak percaya.
"Ya... Beta tiada banyak masa jadi beta ringkaskan. Kamu dengar apa yang beta katakan sebaik mungkin. Kisaka akan datang untuk menolong kau. Apa yang kau perlu lakukan hanya mengikut saja apa yang dia arahkan. Disebabkan kalian membiak secara kacukan dari generasi ke generasi sebab itu semakin lama kalian semakin lemah sehingga pengaruhan vampire kalian terhadap pengikut kalian membenarkan pembelotan. Kali ini beta datang untuk membantu. Kamu perlu hentikan seseorang yang bernama Valdor. Dia sedang cuba mencipta demon tiruan untuk hancurkan kalian. Untuk hapuskannya, kamu perlu kuasai kuasa yang beta ad-"
"Kejap! Terlalu laju! Saya tak dapat ingat semua benda!" Balasku tidak faham. Dia diam seketika dan memandangku tajam.
"Jangan resah. Beta akan membantu sedaya beta sehingga kalian dapat kembali kekuatan kalian yang sepatutnya milik kalian," katanya lagi penuh dingin.
"Jangan risau... Aku akan tolong dia," kata seseorang membuatkan aku terkejut sekali lagi lalu terus memandang ke belakang. Ternyata makhluk yang dikatakan moyang sedang cuba untuk mendekati Niko yang kini sudah mengembangkan bulunya tanda terancam.
"Dia akan membimbing kamu untuk menguasai kuasa beta. Kuasai semula pengikut kita dan musnahkan sesiapa yang cuba hancurkannya," katanya lagi lalu cermin itu retak dan makhluk berbayang hitam tadi keluar semula daripada cermin.
Makhluk tadi kembali terapung di hadapanku seperti sotong di dalam air. Graviti di bumi seolah tidak memberi kesan kepadanya namun dalam bentuk ini dia seolah tak boleh bercakap.
"Akhirnya roh dia dapat juga sedikit tenaga untuk bertukar jadi roh bebas. Berapa ribu tahun dah akhirnya dia dapat juga bentuk ni?" kata Kisaka kini hanya baring dengan selamba sambil digigit Niko namun ia langsung tidak kelihatan seperti dicederakan malah kelakuannya seolah lebih rilek.
"Aku masih tak tahu kenapa moyang pilih aku. Siapa yang nak hancurkan kita semua? Bukan ke kita dah aman sekarang?" Soalku semula sambil mengerutkan dahi.
"Aku tak yakin kejadian semalam kau boleh simbolkan sebagai 'keamanan'," balas Kisaka terus baring sambil memakan popcorn dengan selambanya. Aku mula loya apabila melihat popcorn tersebut kelihatan seperti mempunyai 'perisa tambahan' yang manusia gelarkannya sebagai kulat. Entah berapa lama popcorn itu dibiarkan sehingga ia dijadikan makanan. Kali ini pipinya pula digigit dan ditarik kuat oleh Niko.
Bayang moyangku menghampirinya lalu memukul kepalanya dengan bayangan hitam seperti libasan kecil. Pada pandanganku yang melihatnya seolah sotong, ia kelihatan seperti ia menggunakan sesungutnya untuk memukul seolah ingin memberikannya isyarat. Kisaka terus menggosok laju kepalanya dan mengeluh.
"Kau tak ada banyak masa. Jom aku bawa kau jumpa kawan aku yang boleh tolong kau," kata Kisaka lantas menghilang sebelum aku berkata apa-apa. Tiba-tiba tubuhku pula terapung di udara membuatkan aku segera panik dan lantas tiba-tiba sahaja aku berada di hadapan sebuah pintu gerbang yang tinggi daripada aku. Sekelilingku hanya hutan.
"Aku cuma boleh hantar kau sampai sini. Ni cabaran pertama jadi aku tak boleh tolong kau. Kalau kau dah selesai aku datang. Bye!" ucap Kisaka lalu terus berlalu pergi.
"Woi! Nanti!" belum sempat aku ingin bertanya dia telah hilang. Berada di tempat ini tanpa sebarang petunjuk sememangnya mengelirukan aku dan aku sememangnya tak tahu untuk apa aku dihantar ke sini. Tiba-tiba roh moyangku menepukku membuatkan aku segera memandangnya. Dia terus membuat isyarat untuk menuju ke arah pintu gerbang.
"Moyang tak ikut dia sekali ke?" Soalku keliru. Bayang itu hanya menggeleng. Aku menarik nafas tenang lalu ke arah pintu gerbang tersebut berjalan perlahan dan menolak pintu itu. Namun ia langsung tak berganjak walaupun sedikit. Aku mula menolak dengan lebih kuat.
Krekk...
Bunyi pintu itu seakan-akan berkarat, memang sukar untuk membukanya. Aku menolak pintu itu dengan sekuat hati. Akhirnya ia terbuka sedikit cukup memuatkan badan aku untuk masuk ke dalam. Aku mengesat peluh.
"Tak guna... Dah berapa lama pintu ni..." keluhku perlahan. Aku melangkah masuk ke dalam. Hanya hutan yang tebal dan burung berkicau riang menghiasi ruang penglihatanku. Namun hutan ini nampak seperti ada bahaya yang tersembunyi. Aku menarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan.
Aku berjalan menusuri hutan yang tebal mengekori bayang moyang yang setia berdekatanku. Entah mengapa aku rasa seolah-olah aku diperhatikan. Aku melihat sekeliling dengan penuh berjaga-jaga. Aku mengeluarkan angin ais di pergelangan tanganku sebagai persediaan jika ada serangan mengejut. Aku tak tau arah mana perlu aku tuju. Aku hanya mara ke hadapan.
Aku tiba-tiba dapat rasakan deruan angin menghampiri. Aku berpaling sambil membuka langkah berjaga-jaga. Aku hanya nampak semak samun memenuhi tempat itu. Aku kembali berjalan ke hadapan memalaukan hal tadi. Bayang moyang secara tiba-tiba berhenti lalu memandang ke arahku membuatkan aku tertanya-tanya.
"Kenapa berhe-" belum sempat aku menghabiskan ayatku tiba-tiba ada lidah yang besar menjilatku dari belakang. Aku berpaling dengan lendir air liur membasahi belakang badanku. Alangkah terkejutnya aku ada seekor naga bersaiz 10 kaki di hadapan aku. Ia berwarna hijau. Badannya dipenuhi tumbuhan liar. Mungkin tadi ia menyamar menyebabkan aku tak perasan kehadirannya.
Aku membentukkan aisku menjadi pedang dengan buka kaki langkah bersedia. Namun naga itu membesarkan biji matanya dan berguling lalu mengeluarkan suara manja. Aku mula rasa naga ini jinak. Aku mendekatinya perlahan. Ia kembali duduk dari baringnya dan merapatkan kepalanya ke tanah. Aku cuba menyentuh hidungnya dengan langkah berhati-hati. Ia hanya berdiam diri. Moyang turut mendarat di atas hidungnya seolah menyokong aku untuk menyentuh naga itu. Aku terdorong untuk menyentuhnya dan ternyata naga itu membiarkan aku menyentuhnya.
Tiba-tiba ia menjilat badanku. Badanku dipenuhi dengan lendir air liur naga. Aku membuat muka jijik seketika. Aku menggunakan angin ais membekukan lendir itu. Ia menjadi ketulan yang agak tebal sebab ia bukan air tapi lendir. Aku terus memecahkan ketulan itu menjadi debu ais dan mencair di tanah. Naga itu membulatkan lagi matanya dan melompat teruja.
"Ouh... Kau suka ais? Ha nah!" aku menggunakan aisku mewujudkan sedikit salji. Naga itu memandang ke atas lalu mengeluarkan lidahnya menangkap butiran salji yang turun.
Aku hanya tergelak kecil lalu melangkah kaki mula beredar. Aku dapat merasakan ia mengikut aku. Aku berpaling ke belakang semula.
Dia hanya duduk seperti anjing dan menyengetkan kepalanya dan menggoyangkan ekornya. Aku memandang pelik lalu tersenyum. Aku memandang roh moyang yang berada di sebelahku, melalui cahaya matanya yang membentuk seolah mata orang yang tersenyum aku yakin dia sedang menggelakkan kami.
"Maaf kawan. Aku ada kerja nak buat. Aku tak ada masa nak bermain. Bye!" kataku lalu melangkah semula. Namun aku masih merasakan langkahku diikuti. Aku berpaling semula sekali lagi. Naga itu merapatkan kepalanya ke tanah dan ekornya diangkat ke atas dan digoyangkan. Aku menepuk muka.
"Haih... Duduk sini kau tak boleh ikut," kataku lalu mencipta padang ais untuknya supaya dia kekal duduk di situ. Ia kelihatan teruja seketika namun kembali membuat wajah sayu apabila melihatku melangkah pergi.
Aku terus melangkah melalui hutan yang dipenuhi semak samun dan tanpa arah tuju. Aku rasa aku tersesat. Hampir 10 minit aku berjalan namun aku tak jumpa apa-apa petunjuk pun. Sebab aku ke sini pun aku tak tahu. Aku mengeluh berat lalu bersandar di sebatang pokok. Bayang moyang turut melihat sekeliling seolah-olah dia turut tersesat membuatkan aku tidak begitu mempercayainya. Aku mewujudkan angin ais dan mengelilingi tubuhku menghilangkan panas. Tiba tiba semak berdekatan denganku bergerak. Aku memfokuskan pandanganku ke semak itu sambil mengenggam penumbuk.
Tiba-tiba muncul mata yang besar di sebalik semak itu. Ternyata naga tadi sedang menyamar. Aku hanya membuat muka tanpa perasaan. Ia cuba menyamar semula dengan menutup matanya.
"......."
"Dari tadi kau ikut kan?..." Soalku dengan muka tanpa perasaan. Naga itu membuka matanya kembali lalu duduk dan menggoyangkan ekornya.
"Haih... Apalah.." Aku bangun semula dari sandarku. Aku meneruskan jalanku membiarkan naga itu. Tiba-tiba ia memotong jalanku dan membelakangiku seakan-akan ingin memberi mesej. Pada mulanya aku tak faham. Tiba-tiba bayang moyang terus menuju ke atas tubuh naga itu seolah memberi isyarat untuk menunggang naga itu.
Dalam perasaan ragu, aku memegang badannya namun ia tak melawan. Aku mengangkat sebelah kaki seakan-akan ingin menungangnya tapi ia hanya berdiam diri malah menurunkan badannya supaya aku mudah memanjat. Sekarang aku yakin sememangnya ia ingin aku menunggangnya. Aku terus melompat ke atas badannya. Lembut ibarat berada di atas timbunan rumput. Bayang moyang terus memandang ke hadapan seolah sudah lama bersedia. Sebaik sahaja tanganku menyentuh tanduknya yang seakan-akan dahan pokok yang keras ia terus berlari pantas menuju ke hadapan dengan lajunya.
Aku tak tahu ke mana naga ini ingin membawa aku. Aku hanya memegang erat tanduknya. Tiba-tiba ia berhenti mengejut. Aku hampir tercampak ke depan tapi aku pantas menyeimbangkan badan dan memeluk tanduk naga itu erat. Naga itu berderam garang. Aku tak tahu apa yang membuatkan naga ini marah mahupun berhenti. Aku menggelongsor turun dari naga itu.
Aku terlihat seorang lelaki memegang tongkat merenung kami dengan garangnya. Aku hanya memandang tenang. Naga itu menderam garang. Lelaki itu mengetuk tongkatnya ke tanah terus naga itu melarikan diri. Aku hanya memandang naga itu sehingga ia hilang dari pandangan. Aku menghadap semula kepada lelaki tadi.
"Siapa kau?" soalnya dengan suara garau.
"Beta adalah pahlawan yang ingin mencabar kekuatan Kizaru Kaizo" kataku memperkenalkan diri namun bukan aku yang mengawal lidahku. Bayang moyang tidak terlihat di mana-mana membuatkan aku rasa aku mungkin dirasuk moyang. Lelaki itu terus mengecilkan matanya.
"Mencabar tuan Kizaru? Heh! Lepasi aku dulu dan kita lihat jika kau layak!" Katanya lalu membuka langkah bersedia.
"Ingat pergerakan ini sebaik mungkin dan mengamatinya. Biarkan beta mengawal tubuh kau buat sepanjang perlawanan ni," kata moyang melalui lidahku dan aku dapat rasakan moyang turut mengawal tubuhku. Merasai bahawa tubuhku dikawal, aku cukup yakin yang selama ini aku pulang seorang diri ke istana dan ke bilik adalah kerana aku dibantu oleh moyang.
Lelaki itu tersenyum lalu terus menyerang aku dengan tongkatnya. Aku mengelak ke tepi dengan mudah. Lelaki itu menghalakan tongkatnya menghadap ke arahku dengan senyuman. Kalau aku yang menjadi lawannya tentu aku gagal mengelak, tubuhnya terlalu pantas sehingga aku tak dapat menangkap pergerakan dia.
"Aku adalah cabaran kedua kau.. Untuk kau bertemu dengan Tuan Kizaru Kaizo!" katanya sambil tersenyum. Aku mula rasa teruja dengan perlawanan ini namun moyang ingin mengawal tubuhku dengan wajah yang tidak berperasaan. Aku kadang-kadang rasa tidak selesa memandangkan dia jauh lebih tenang daripada aku yang lebih ingin bebas dan selalunya aku akan membuat teknik berlawan yang besar.
"Dengan senang hati, cabaran diterima," kataku penuh yakin. Angin ais mengelilingiku. Aku membentukkan sebilah pedang tajam dengan menggunakan ais.
Kami berdua berlaga senjata. Bunyi lagaan besi jelas kedengaran. Percikan api antara pedang kami menghiasi perlawanan. Tongkatnya sememangnya kuat. Tidak kelihatan seperti tongkat biasa. Lagaan pedangku dan tongkatnya sangat pantas sehingga aku sendiri sukar untuk meniru pergerakan moyang yang mengawal tubuhku.
Ktang.. Ktang... Ktang..
Aku menyepak rusuk kirinya semasa kami saling menahan senjata antara satu sama lain. Dia terus melompat ke ke belakang. Aku melibaskan pedang aisku mewujudkan ketulan ais yang tajam menuju ke arahnya. Dia memusingkan tongkatnya ibarat roda dengan pantas menghancurkan serangan ketulan aisku.
Aku menyerangnya lagi. Dia menghalang seranganku dengan tongkatnya. Mukanya tercalit luka akibat seranganku yang bertubi-tubi tadi.
"Ahhh~ boleh tahan kekuatan bakal raja..." kata lelaki itu dengan senyumannya.
"Beta sangat terharu dapat mendengar pujian dari butler milik Tuan Kizaru Kaizo. Sangat berbaloi dapat jadikan seseorang sehebat kau sebagai pelindungnya," kataku membalas kata-katanya. Apa yang dikatakan oleh moyang menggunakan lidahku sangat estetik membuatkan aku sedikit kagum. Kata-kataku dibalas dengan gelakan kuat. Kami melompat ke belakang. Aku mula hairan dengan tawanya yang besar tanpa henti.
"Haih... Jika kau bukan pencabar. Aku fikir mungkin kita boleh menjadi rapat," katanya sambil tersenyum. Aku juga tersenyum lalu memandangnya dengan tenang.
"Beta juga merasakan perkara yang sama. Kita mungkin bol-" belum sempat aku menghabiskan kata-kataku, aku diserang lagi oleh lelaki itu yang muncul secara tiba-tiba dari belakang.
"Sedikit leka.. Membawa kau ke neraka.." bisiknya ke telingaku dari belakang. Aku hanya tersenyum.
"Ya benar," aku membekukan badannya dengan angin aisku. Tongkatnya jatuh ke tanah tanpa sempat menyentuhku. Mukanya jelas terkejut.
"Mungkin kau tak akan ke neraka namun akan masuk ke dalam perangkap," kataku sinis. Dia hanya membalas dengan senyuman pasrah. Aku meninggalkannya dengan badannya yang masih membeku. Sepanjang aku berjalan ke hadapan, dia hanya tergelak besar seolah tidak percaya bahawa dirinya dikalahkan.
Tiba-tiba sahaja aku dapat mengawal kembali tubuhku dan moyang keluar semula dari tubuhku dan terus terapung di hadapanku.
"Jadi selama ni... Moyang la?" Soalku ingin tahu. Dia hanya membalas dengan anggukan. Aku hanya membalas dengan senyuman.
......................................................................
Aku melangkah masuk ke dalam bilik yang agak gelap. Aku ternampak seorang lelaki membelakangi aku di atas kerusinya sambil mulutnya mengunyah sesuatu. Aku hanya berdiam diri. Tak tahu mahu menegur atau tidak. Akhirnya aku mengambil keputusan. Aku berdehem menarik perhatiannya. Dia berhenti mengunyah lalu menjeling ke arahku. Aku hanya memandang tanpa perasaan. Kami senyap dalam beberapa ketika. Mata kami berlaga.
"Jom! Mulakan..." katanya lalu bangun dari kerusi. Aku hanya mengikut langkahnya. Walaupun dalam keadaan keliru namun melihat bayang moyang yang tenang membuatkan aku hanya mengekorinya.
"Sekarang pilih senjata," arahnya dingin sambil membuka peti yang penuh dengan pelbagai senjata. Aku menarik rantaiku dari leher. Rantai itu bercahaya lalu membentuk pedang lebar berantai di tanganku.
Aku mengangkatnya dengan muka tanpa perasaan.
"Ohh..." balasnya perlahan lalu terus menutup peti itu. Dia terus melangkah menuju ke satu ruang. Aku hanya mengikut langkahnya.
"Kau nampak patung tu dengan papan dart tu?" soal lelaki itu. Aku hanya membalas dengan anggukan.
"Serang semua patung tu dan sasarkan pedang kau tepat pada papan dart," arahnya. Aku memandang tujuh patung yang diperbuat daripada kayu. Aku hanya tersenyum.
'Benda ni... Mudah...' kataku dalam hati dengan yakin. Aku menyerang semua patung dengan pantas menggunakan pedangku lalu aku mencampakkan satu daripada dua pedangku ke papan dart terus ke mata merah di tengah. Tugas itu aku dapat selesaikan dengan hanya sekelip mata. Aku menarik semula senjataku dengan muka bangga lalu memandang lelaki itu.
"Kita masih belum berkenalan kan?" soalnya dengan muka tanpa perasaan.
"Kizaru Kaizo," dia memperkenalkan diri lalu mendekatiku lalu menghulurkan tangan untuk bersalam.
"Red Kagero," sambutku dengan muka tenang. Pedangku telah menjadi rantai semula.
"Kisaka je tau tempat ni. Dia hantar kau berdua kan??" soal Kizaru.
"Kau boleh nampak?" soalku terkejut.
"Makhluk yang tak berkait dengan kehidupan macam aku dan Kisaka tentulah boleh nampak makhluk yang macam ni. Aku pasti dia dapat gelarannya sendiri. Ini pertama kali aku nampak makhluk roh dalam bentuk macam ni," balasnya lalu mengeluarkan sebiji epal lalu mengunyahnya.
"Aku fikir Kisaka tahu apa benda ni. Tak sangka pula moyang ni makhluk pertama muncul dalam bentuk ni. Oh ya! Kau tahu sebab apa Kisaka atau moyang aku hantar aku ke sini?" soalku.
"Tentulah tau tapi bukan dalam masa sehari. Ia bergantung pada diri kau sendiri juga dan setiap elemen baru yang keluar pasti menyakitkan dan bukannya mudah," balasnya bersahaja.
"Ha? Aku boleh kuasai elemen baru?" Soalku terkejut. Dia terus memandang moyang dengan pandangan 'serius ke ni?' lalu bergilir memandangku dan moyang dengan kening berjengket.
"Hmm... Aku malas nak jelaskan dari awal. Tugas aku cuma melatih kau," kata Kizaru lagi. Walaupun aku berada di dalam kekeliruan namun demi menguasai elemen baru ia membuatkan aku rasa teruja.
..........🐺
"Teruskan sampai kau berjaya menguasainya," katanya sambil tersenyum sinis dan berlalu menuju ke kerusinya. Patung tadi yang hampir hancur diserang hilang dari pandangan lalu muncul yang baru. Namun kali ini diperbuat dari besi. Aku membuka langkah bersedia. Kaizo duduk di kerusi sambil menyilangkan kakinya dan memakan epal.
Moyang hanya terapung dengan senyap tanpa membantuku seperti awal tadi. Aku pasti dia mengarahkanku untuk mengingati pergerakannya awal tadi walaupun tanpa arahan dari mulutnya sendiri.
Patung-patung yang muncul tadi tiba-tiba mengeluarkan senjata yang pelbagai dari dalam badan mereka dan berpusing laju. Ia menuju ke arah aku. Aku membuat tembok ais bagi menghalang pergerakan mereka namun ia tetap berpusing laju dan terus menyerang aku. Aku melompat tinggi mengelak serangan patung itu. Aku melompat melepasi ia tapi ada lagi satu yang muncul dari belakang dan terus berpusing ke arah aku. Aku menggunakan angin ais mengangkatnya dan jatuh ke tanah dan berkecai. Sebahagian senjata hampir terkena aku, namun aku cepat mengelak. Satu lagi muncul dari hadapan. Aku menggunakan senjataku membelah patung itu.
Zang!!!
Patung itu terbelah dua. Wayar dari dalam berselirat keluar. Percikan api menghiasi kerosakan patung itu ataupun lebih sesuai dipanggil robot buat masa ini.
Tiga biji robot dari tiga arah menghampiri aku. Aku melompat tinggi menyebabkan mereka berlaga satu sama lain dan hancur. Ada sedikit serpihan terkena pada bahu dan pipiku. Aku mengetap gigi pedih. Rambutku juga terpotong sedikit disebabkan ssrpihan itu. Namun lukaku kembali tertutup dengan kuasa penyembuhanku.
Tiba-tiba satu pedang berantai menembus perutku sebaik sahaja aku mendarat ke lantai. Darah mengalir keluar membuak-buak dari perut dan mulutku.
"Patung-patung ni... Macam terlalu mudah untuk kau," kata Kizaru membisik perlahan di telingaku. Dia mendalamkan lagi pedangnya. Aku terus termuntah darah.
"Tak guna! Dasar pembelot," kataku dengan suara tersekat menahan sakit. Kizaru mengeluarkan senjatanya dan menolakku kasar.
"Haha! Dari awal lagi aku tak pernah berada di pihak kau," katanya sambil menjilat darahku pada senjatanya.
"Tapi... Jangan risau tentang darah kau. Aku sentiasa ada ganti," katanya sambil menyengetkan kepalanya seolah ingin menayang lehernya untuk aku membenamkan taringku. Aku meneguk liur membayangkan rasa darah yang berbeza dari mana-mana darah yang pernah aku rasa.
Aku bangun dari dudukku lalu mengelap mulutku yang memuntahkan darah tadi. Luka di perutku turut sudah sembuh sepenuhnya. Pertarungan ataupun latihan ini akan segera berakhir dan aku akan tuntut darah itu. Yang pasti aku tak boleh kalah.
To be contina..
.............................................................
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top