Bab 6 : Kemunculan

"Red!!!" Shion berlari ke arahku dengan air matanya mengalir seperti air terjun. Dia mendepakan tangannya ke arahku. Dengan kuasa masa miliknya dia sengaja memperlahankan pergerakannya sendiri seakan-akan berlari dalam slow-motion. Suki dan Mizu dengan kelajuan biasa melepasinya dan pergi ke arah aku. Kami semua memandangnya dengan muka tanpa perasaan.

"Drama..." kata Mizu.

"Over..." Suki berkata perlahan sambil menghisap lollipopnya. Aku pula menjengketkan kening menunggu Shion sampai kepada aku.

"Aku........ Rin...du...kan... Kau.... Hu... Waaaa...." katanya sepatah-sepatah dengan slow-motion. Aku memandang jelik.

"Red!!" tiba-tiba suara seorang perempuan menjengah telinga kami. Aku memandang ke belakang. Tiba-tiba tubuhku dipeluk.

"Red... Saya betul-betul rindukan awak!" aku terkejut dengan tindakannya yang tiba-tiba. Kaisara memeluk aku bersama tangisan.

"O-Oi! Lepaslah! Kau siapa nak peluk beta?!" aku tergagap-gagap dengan mukaku yang mula memerah.

"Kenapa awak sakit awak tak beritahu saya? Saya risau tau..." Kaisara memandang aku dengan matanya berair.

"Ha!!! Aku yang patut peluk dia dulu!!" Shion terus terjatuh dan kuasa masanya dihentikan. Suki dan Mizu memandang pelik kepada Shion. Kaisara melepaskan pelukannya dan mengeluarkan sesuatu dari begnya.

"Ini... ayahanda saya suruh berikan pada awak. Dia kata mungkin dapat pulihkan tenaga awak yang hilang..." Kaisara memberikan sebotol kecil yang terdapat cecair merah di dalamnya. Darah segar yang telah diambil terus dari haiwan makmal yang mempunyai 99.9% DNA yang sama seperti manusia. Selalunya darah jenis ini tak bertahan lama. Aku hanya membalas hulurannya dan masukkannya ke dalam poket seluar dengan muka memerah menahan malu.

"Red... Awak minum cepat tau. Ia tak bertahan lama dan..." kata Kaisara lalu menghentikan katanya. Aku hanya memandang fokus.

"Kalau tak cukup... Awak boleh ambil darah saya~ Ehek!" kata Kaisara bergurau sambil mendedahkan sedikit bahagian lehernya. Selalunya aku hanya menjelir geli tapi kali ini entah mengapa aku menelan liur. Aku perasan taringku mula memanjang. Aku menutup mulut sambil buat-buat batuk.

"Ahhhh... Terima kasih," aku bercakap di sebalik tanganku dan terus berlari pergi. Shion, Mizu dan Suki mengikut belakangku.

Aku berhenti berlari di lokerku dengan nafas tercungap-cungap tapi bukan kerana penat, tapi kerana kehausan. Ini kali peetama aku rasa kehausan begini sehingga aku tak boleh menahan diri lagi. Aku memegang leher. Mataku diredupkan dan membayangkan tubuh semua yang ada seperti saluran darah yang sentiasa mengalir.

"Oit Red! Kau ok tak? Selalunya kau tolak je muka Kaisara tu. Tadi pun muka Kaisara pelik tengok kau tetiba lari," kata Mizu tenang memusnahkan anganku. Aku membuka loker tanpa memandang mereka.

Aku mengambil kotak pil darah dan mengumam tapi kehausanku tak hilang. Aku kumam terus semua pil yang ada tapi masih tak hilang. Aku masih haus. Pil darah yang cair menitis keluar dari mulutku kerana terlalu penuh dalam mulut.

"Red, kau ok tak?" aku memalaukan soalan Mizu. Nafasku turun naik. Tiba-tiba Shion memelukku dari sisi dan mengeselkan pipinya ke bahuku. Menggedik macam kucing.

"Kau ni ok ke tak Red? Asal? Lapar eh? Jom belanja aku makan donut," kata Shion dengan nada gedik. Lehernya terdedah dan sangat rapat dengan aku membuatkan aku rasa mahu menerkam. Dia betul-betul mencabar kehausanku. Aku membuka mulut seluasnya. Taringku memanjang dan anak mataku meruncing. Hampir sahaja gigiku ingin menikam leher milik Shion, Mizu cepat-cepat menarik Shion.

"Oi Red! Kau cuba buat apa ni?!" Jerit Mizu kepada aku. Shion kelihatan terkejut dengan kelakuanku yang berubah tiba-tiba.

Aku tak boleh terus ada kat sini. Kalau aku buat apa-apa pada Shion atau yang lain-lain. Perdamaian antara vampire dengan puak lain akan terlerai. Aku bukan saja membawa nama vampire, tapi membawa imej vampire serta sebagai puteranya juga. Malah aku satu-satunya vampire yang bergaul dengan manusia. Aku sendiri tak tahu apa yang berlaku.

Aku bernasib baik waktu itu sekolahku masih kosong. Hanya kami berlima yang masih ada di situ. Aku terdiam cuba memikirkan semula apa yang baru aku cuba lakukan. Aku rasa apa yang aku cuba buat pada Shion tadi sememangnya kesalahan yang besar. Aku terus berlari pergi sambil menekup mulutku keluar dari sekolah.

"Eh? Red? Awak nak pergi mana?"

"Red!!" Kaisara pelik apabila aku kembali ke pintu keluar dan berlari melepasinya dengan pantas.

Aku berlari laju menuju ke istanaku sedangkan pelajar lain menuju ke sekolah. Beberapa pelajar melihatku dengan pandangan pelik namun aku terus tidak kisahkan pandangan mereka dan teruskan berlari menuju ke istana di dalam gua yang berada lebih jauh berbanding dengan sekolah yang dibina untuk vampire.

Sampai di pintu istana aku mengeluarkan botol kecil tadi lalu terus meneguknya sehingga habis. Aku rasa tekakku yang kering tadi mula basah semula. Namun naluriku berkata ia masih belum mencukupi. Aku masih lapar, tekakku menginkannya lagi malah kini hidung serta lelangit tekakku mula terasa panas.

Aku melangkah masuk ke istana, senyap. Semuanya masih beradu. Aku masuk ke kamarku lalu meletakkan Niko yang kelihatan risau ke atas katil. Aku tak dapat fikirkan perkara lain selain darah pada waktu ini. Aku turun ke bawah mencari sesuatu yang boleh menghilangkan dahaga. Aku ke dapur lalu membuka peti ais. Semua bahan yang terdapat dalam peti itu tidak menarik perhatianku. Aku membuka kabinet dapur. Satu kotak besar yang dipenuhi kotak kecil pil darah disimpan. Aku mengeluarkan tiga kotak kecil pil darah.

Setiap kotak terdapat 30 pil darah. Aku memasukkan 90 biji pil ke dalam cawan besar. Aku meletakkan sedikit air menyebabkan pil darah itu mencair dengan betul-betul pekat. Aku mengharapkan ia dapat menghilangkan hausku. Aku merenung cawan yang terdapat cecair itu. Aku terus meneguknya sehingga darah itu terkeluar daripada mulutku dan membasahkan kolar. Namun entah mengapa, aku menginginkan sesuatu yang lain.

Tiba-tiba pandanganku menjadi samar dan kabur. Aku mula terhuyung hayang seakan seorang mabuk. Dalam kesamaran, sebutir debu bercahaya keluar dari dadaku dan terapung kekal di hadapanku. Aku terpaksa memejamkan mata kerana terlalu pening dan apabila aku membuka mataku semula. Susuk tubuh lelaki yang tegap berdiri di hadapanku sedang memandangku dengan wajah tidak berperasaan.

Wajahnya tidak aku kenal, warna rambutnya merah dan wajahnya sangat pucat. Tubuhnya lebih sasa daripada bapaku dan kelihatan seperti seorang pahlawan. Dia menekup mataku dengan tangan dinginnya sambil aku terus bernafas tidak stabil.

"Kau perlukan darah suci untuk legakan kehausan kau samada ia penjaga kandung kau ataupun seseorang berketurunan diraja," katanya masih terus menekap mataku.

"Tapi... Buat masa ni biar beta yang bantu kau," balasnya lalu tubuhnya bercahaya dan aku rasa semakin tenang. Aku terus tidak sedarkan diri setelah itu.

.............................................................

"Tuan muda!" Gus mengejutkanku. Mataku terasa amat berat sekali namun aku gagahkan juga membuka mata. Aku mengerling sekeliling, ternyata aku berada di dalam kamarku. Aku melihat pula jam di sebelahku dan baru pukul 3 petang.

"Ia terlalu awal. Kau memang cuba sedaya kau untuk belot aku ke Gus? Kau patut tahu kedudukan kau sekarang" kataku penuh tegas.

"A- R-Red..." suara Kaisara memecah kesunyian dan tiba-tiba muncul di belakang Gus. Aku terkejut dengan kehadiran Kaisara ke istanaku membuatkan aku terus terduduk dari baringku.

"Kaisara?!" aku ucap namanya dengan nada terkejut dan tak percaya. Sepatutnya tiada siapa yang dibenarkan masuk ke kamar diraja. Kaisara terus merapatiku dan memandangku dengan wajah risau.

"Saya tak tahu apa sedang jadi tapi sebagai tunang awak, saya ada hak untuk tahu dan bantu awak. Ada sesuatu yang awak tak beritahu saya ke Red?" aku hanya mendengar apa yang diluahkan Kaisara. Wajahnya kelihatan sangat risau melihatku yang kini penuh dengan darah kering.

"Saya kenal awak Red... Awak takkan sakiti kawan-kawan awak. Saya pasti ada sesuatu yang berlaku pada awak tanpa pengetahuan kami. Awak tak perlu tanggungnya seorang diri. Ceritalah pada saya, saya sentiasa akan dengar dan saya tak kan menilai untuk apa-apa yang awak lakukan," Kaisara menyambung kata-katanya dengan bersungguh-sungguh. Aku hanya meredupkan mata memandang tilamku.

"Bonda dan ayahanda pun mahukan penjelasan," tiba-tiba ayahanda dan bonda datang ke kamarku.

'Walaupun aku cuba untuk senyap. Nampaknya ia terlalu jelas untuk mereka'

"Ahhh! Tuanku," Kaisara terus memberi tundukan hormat kepada ayahanda dengan tergesa-gesa.

"Kaisara, tak mengapa. Kamu boleh teruskan apa yang kamu cuba sampaikan. Beta yakin anakanda beta tu dapat rasai kerisauan kita semua selama mana dia cuba menyembunyikan apa yang sebenarnya terjadi," ucap ayahanda bersama senyuman. Kaisara terus mengangguk setuju dan mengerling semula ke arahku. Ayahanda dan bonda terus mengambil tempat di sebelahku.

"Kamu tahu kamu tak boleh sorokkan semuanya daripada kami. " kata bonda sambil memegang tanganku.

"Jika kamu tak mahu beritahu perkara yang sebenar. Ayahanda terpaksa minta bantuan pada kawan kamu, Hiara. Dia boleh memaksa mereka mengakui hal yang sebenarnya berlaku kan?" Soal ayahanda sambil memegang bahuku.

"Ayahanda dah berjanji tak kan gunakan kelebihan yang ada pada manusia. Lagipun, anakanda memang tak ingat apa-apa. Hiara bukan orang yang patut ayahanda gunakan," balasku menipu tanpa memandang mukanya dan menegas untuk tidak gunakan Hiara.

"Hmm... Nampaknya kamu tetap juga berdegil. Ayahanda tak ada pilihan selain terus mengurung mereka semua selama mereka tidak mahu menceritakan perkara yang sebenar. Ayahanda terpaksa turut memenjarakan Gus. Dia turut ada di tempat kejadian dan paling rapat dengan kamu bukan? Pasti dia tahu apa sebenarnya yang terjadi," balas ayahanda turut memandang Gus. Aku juga memandang Gus yang mula menggigil ketakutan dengan peluh yang dingin.

"Anakanda sendiri boleh uruskan kelalaiannya. Ayahanda tak perlu menyoal dia. Dia sendiri tak ingat apa yang baru jadi," balasku tenang.

"Haih... Baiklah kalau begitu. Buat sementara ni kamu tak perlu datang ke sekolah Vampire. Ia ditutup buat sementara waktu. Kamu fokus pada pemulihan kamu," balas ayahanda lalu bangun dari duduknya.

"Anakanda rasa... Ayahanda perlu belanja Cikgu Hork pil yang berkualiti tinggi. Dia tu nampak lapar," balasku memberi petunjuk. Ayahanda memandangku lama lalu keluar dari kamarku dengan wajah bertukar bengis.

"Kaisara... Kamu tak perlu risau. Red tak selalu macam ni. Mungkin aktiviti kali ni lebih mencabar dari biasa jadi Red gunakan banyak tenaga," balas bonda cuba menenangkan Kaisara dan kelihatan sangat faham bahawa aku cuba untuk menyembunyikannya dari Kaisara.

"Baiklah... Jadi lepas ni kalau awak boleh masuk sekolah semula beritahu saya ya? Saya akan sentiasa tunggu awak," kata Kaisara sambil tersenyum manis.

"Ya... Dan kalau boleh tolong beritahu Shion yang saya minta maaf sebab cuba serang dia," balasku.

"Tak nak! Nanti awak beritahu dia sendiri. Mesti dia boleh rasa kekesalan awak," balas Kaisara bersama senyuman.

"Hahaha... Ya betul apa yang dikatakan Kaisara. Kamu patut minta maaf sendiri pada Shion," balas bonda sambil mengosok bahuku.

"Haih... Argh! Baiklah-baiklah. Kaisara, terima kasih," kataku ikhlas namun aku segan untuk memandang wajahnya.

"Sama-sama. Red... Awak sememangnya nampak kacak dengan baju macam tu. Nampak cool," kata Kaisara kemudian menunduk hormat kepada bondaku dan terus berlalu pergi.

"Hahhahaaha... Bakal isteri kamu tu sememangnya nampak menarik. Bonda tak salah pilih," kata bonda sambil tersenyum lebar.

"Dia tu gila. Selalunya seseorang yang dalam keadaan macam ni boleh buat orang lain panik tapi dia?... Dia tu memang lain dari orang lain," kataku dengan wajah memerah apabila memikirkan bahawa dia merupakan bakal isteriku.

"Bukankah perempuan yang berbeza dari perempuan yang biasa adalah pasangan yang sempurna untuk kamu?" Soal bonda lembut sambil tersenyum. Aku hanya melihat wajah bonda lama. Selama ini dia amat tegas sehingga aku lupa yang dia juga boleh menunjukkan wajah keibuan begini.

"Ya... Bonda," balasku ringkas.

"Berehatlah secukupnya. Gus, kamu pastikan anakanda beta dapat rehat secukupnya. Bersihkannya dan berikannya darah yang penuh khasiat. Beta pasti Kaisara ada berikan kotak darah tenaga pada kamu," balas bonda dan memandang Gus yang masih berdiri tidak jauh dari pintu keluar.

"Baik... Permaisuri," balasnya penuh hormat sambil membalas dengan tundukan.

"Tentang Husk... Bonda akan pastikan dia menyesal mengusik kamu sayang. Kamu tak perlu risaukannya," kata bonda lalu mengucup dahiku dan keluar dari kamar. Aku terus memandang Gus dengan jelingan maut. Tentunya dia hanya menunduk dan tidak berani untuk bersemuka denganku. Untuk fikir dia yang kelihatan seperti pengecut cuba untuk membunuh aku. Ia sememangnya di luar jangkaan aku.

Aku terus membuka pakaianku yang dipenuhi dengan darah kering daripada pil darah lalu terus membaling ke wajah Gus dengan penuh geram. Aku terus menyelimutkan diriku dan kembali tidur.

"T-tuan muda... Tuan muda perlu bersihkan diri dahulu," kata Gus namun aku terus tidak hiraukannya. Gus berputus asa dan cuba keluar secara senyap agar tidak mengangguku.

"Jangan fikir aku lepaskan kau Gus. Aku belum selesai lagi dengan kau," kataku penuh tegas. Gus memandangku dengan wajah kecewa namun aku yakin dia cukup faham apa yang aku katakan membuatkan dia hanya menerimanya dan terus menutup pintu dengan perlahan.

Aku cuba melelapkan mata namun tiba-tiba bayang hitam muncul di hadapanku membuatkan aku yang baru saja mahu terlelap terjaga semula dan terus duduk dari baringku.

"Kau siapa dan apa?" Soalku bertalu. Ia hanya terapung senyap lalu melihat cermin dan menuju ke arah cermin itu seolah ingin memberiku petunjuk untuk aku mendekati cermin tersebut.

To be contina..
.............................................................

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top