Bab 5 : Bahaya

"Darah suci!! Sedapnya!!" muka pelajar lain seakan-akan hilang kawalan. Taring mereka masing-masing memanjang. Larian mereka laju ke arah aku. Mataku membutang memandang mereka yang kehausan. Muka mereka dihiasi raut yang menyeramkan. Gus masih belum berhenti menikmati darahku. Aku cuba menolak kepalanya namun taringnya makin mencengkam bahu aku. Dengan rasa yang geram, aku terus menarik kepalanya lalu menolaknya kasar dan terus membuka langkah bersedia untuk bertarung.

Aku melepaskan kuasa aisku memenuhi kelas itu sambil menutup mata. Aku tak tahu berapa ramai yang terlepas dari aisku dan dapat menyerang aku. Namun aku tak rasa apa-apa. Tiada rasa gigitan dari sesiapa. Aku membuka mataku semula. Langkah semua pelajar kaku di satu tempat. Bagi aku wajah mereka agak mengerikan dengan mulut mereka menganga luas dan taring mereka memanjang. Tak kira sama ada vampire atau werewolf.

"Tuan muda... Ampun..." Kata Gus sambil memandangku sebelum tidak menyedarkan diri. Lututku juga rasa lemah membuatkan aku terduduk dengan nafas yang laju. Darah pada leherku masih mengalir deras membasahkan pakaian seragam yang aku pakai.

Taring serigala sangat berbeza daripada taring vampire. Taring serigala diciptakan untuk menangkap dan memotong jadi sememangnya darah tak kan berhenti mengalir sepertimana mangsa diterkam pemangsa.

Tiba-tiba Cikgu Hork terus menyerangku dan menekanku ke lantai. Matanya berubah merah membuatkan aku cuba membekukan dirinya. Aku menahan kepalanya agar tidak mendekati leherku.

"Dasar pembelot!" Kataku terus mencuba untuk membekukannya namun dia mencakar tanganku dan mematahkannya dah terus menikam leherku dengan taringnya. Mataku ke atas merasai setiap titis darahku dikeluarkan.

"Lepasskan..." Kataku sambil cuba membekukannya namun kini elemenku seolah hanya memberi rasa dingin.

Taringnya dibenamkan terus ke dalam leherku. Darahku disedut keluar. Aku dapat rasakan mukaku mula berubah pucat. Darahku terus disedut rakus. Bunyi tegukan darah menghiasi ruang itu. Cikgu Hork mengeluarkan taringnya dan mencungap mengambil nafas.

"Memang sedap! Kih kih... Memang lazat! Tak dapat berhenti!" kata Cikgu Hork dengan nafas tercungap-cungap. Cikgu Hork membenamkan lagi sekali taringnya dan menyedut darahku yang masih tersisa. Mataku mula kelam. Darahku terus-terusan diteguk rakus. Aku tak bermaya melawan.

'Tolong...' aku memohon seseorang menolongku dalam hati. Niko keluar dan cuba membantu namun ditepis kasar Cikgu Hork. Niko terlambung ke belakang melanggar dinding. Ia bangun semula lalu mula membesarkan badannya. Namun Cikgu Hork melepaskan sesuatu dari lengan bajunya seperti peluru. Ia terus menembak ke arah Niko dan tubuhnya terus kejang seolah terkena renjatan elekrik.

"Kyu~" Niko memanggilku sayu. Badannya tak dapat dibesarkan lagi kerana alat pelik itu. Tebukan ketiga daripada Cikgu Hork menusuk ke dalam tekukku. Aku rasa seolah-olah nyawaku ditarik perlahan-lahan.

'Niko...' aku hanya memandang Niko sayu. Tubuhku menggigil cuba mengeluarkan lagi magikku yang aku rasa tubuhku sendiri tak dapat lagi menahan kedinginannya. Niko mengeluarkan bunyi sayu.

Bukkkk!!

Kepala Cikgu Hork ditendang seseorang sehingga dia terlambung ke dinding. Aku kembali rebah ke lantai tak bermaya. Seorang lelaki mewujudkan diri di hadapanku. Rambutnya berwarna krim dan memakai baju tanpa lengan dan seluar tiga suku serta bertopi.

"Ha... Orang bawahan menyerang putera? Haha kantoi! Perlu bagi hukuman ni..." Kata Yumi dengan sinisnya.

"Tak guna..." Cikgu Hork mengetap gigi dan menjilat darahku di bibirnya. Dia cuba menyerang Yumi. Yumi hanya tersenyum sinis. Cikgu Hork menggunakan alatnya untuk cuba menghentikan pergerakan Yumi. Yumi hanya kaku. Cikgu Hork memberi satu tumbukan kepada Yumi namun tumbukannya sia-sia, tumbukannya hanya menembus Yumi sehingga dia terlajak ke belakang.

"Ahhh~ nak ke mana tu.. Hihihi.." gelak Yumi sinis. Cikgu Hork berpaling ke belakang semula menghadap Yumi.

"Tak mungkin... Kau ni siapa?!!" soalnya dalam ketakutan.

"Aku? Hihihi... Dewa Kematian!" balas Yumi dengan senyuman sinis. Alat Cikgu Hork seakan-akan tidak memberi kesan. Yumi terapung lembut tak menyentuh tanah. Cikgu Hork membuka langkah bertahan dengan muka dihiasi ketakutan. Yumi hanya tersenyum lalu menghadiahkan satu tendangan ke mukanya. Dia terlambung ke meja sehingga meja itu hancur dilanggar. Dia tidak lagi menyedarkan diri.

"Perkara ni... Perlu dirahsiakan," aku berkata dengan nada perlahan namun aku pasti Yumi dapat menangkapnya. Aku tak mahu sesiapa tahu bahawa aku kalah dengan teruk hari ni dan hampir menjadi hidangan.

"Heh! Kenapa? Kau malu nak mengaku kau lebih lemah dari hamba kau sendiri?" Soalnya penuh sinis. Aku hanya memejamkan mata kepenatan.

......................................................................

Aku membuka mata. Aku telahpun dihantar ke kamar tidurku. Aku melihat jam. Pukul 9 malam. Niko tidur denganku di leher sambil menggulung badannya. Luka tebukan di leherku telahpun pulih sepenuhnya. Aku menggosok mata. Tiba-tiba Niko bangun dari tidurnya dan menguap besar.

"Selamat malam Niko," Aku memberi ucapan padanya. Niko kelihatan kaku dan memandangku terkejut lalu dia melompat-lompat kegembiraan di atas katil.

"Kyuh!! Kyu!!" Niko menjerit kegembiraan sambil terus melompat lalu menghampiriku dan menjilat pipiku laju.

"Oi Niko! Habis basah muka aku hahhahhaha!" Aku keliru melihat kegembiraannya dicampur dengan kegelian kerana dijilat.

Aku duduk dan meletakkan Niko di ribaku lalu mengusapnya lembut. Niko mengulingkan badannya dan menonjolkan perutnya. Aku mengusap perutnya. Ia hanya memejam mata menikmati belaianku.

Tiba-tiba bunyi pintu dikuak. Aku mengalih pandanganku ke pintu. Gus masuk dengan membawa baldi kecil yang dipenuhi air dan tuala kecil. Dia memandangku lalu kaku lalu baldi itu terlepas dari tangannya dan jatuh ke lantai. Aku mengetap gigi kegeraman mengingati apa yang baru terjadi semalam.

"Gus... Ka-" Belum sempat aku menghabiskan soalanku Gus terus berlari keluar. Aku makin pelik. Tiba-tiba bunyi larian ke arah bilikku makin kuat. Namun kali ini seperti lebih ramai yang datang.

"Anakanda!!" Bonda terus masuk mengejut. Niko di ribaku juga terhenjut kerana terkejut. Aku memandang pelik. Selain bonda, ayahanda serta butler mereka hadir masuk ke bilik itu.

"Kenapa bonda macam ni?" Aku membalas dengan muka dihiasi kekeliruan. Tiba-tiba mata bonda mengalir air mata.

"Akhirnya... Anakanda... " bonda terus memelukku dengan tangisan semakin kuat. Aku semakin keliru.

"Lepaskan anakanda. Kenapa bonda bertindak lebih-lebih ni? " Aku menyoal dengan penuh kekeliruan sambil menolak bahu bonda. Mataku juga turut mencari Gus. Gus berdiri kaku di belakang sekali sambil memandang lantai dengan muka yang mendung.

Ayahanda menghampiriku dan duduk di sebelahku. Mata ayahanda juga digenangi air mata yang sedang ditahan. Ayahanda mengusap kepalaku. Aku memandang pelik.

"Baguslah... Kamu dah sedar," Kata ayahanda terus mengusap kepalaku. Mendengar dari apa yang ayahanda katakan, aku mula faham apa dah jadi.

"Berapa lama anakanda tak sedarkan diri?" soalku ingin tahu.

Ayahanda memelukku erat. Ibunda juga memelukku dengan lebih kejap dengan nafasnya tersedu-sedan. Aku hanya membiarkan mereka memelukku dan menunggu mereka menenangkan diri.

.............................................................

Bonda menyediakan makanan yang amat menyelerakan. Daging lembu yang separa masak dihiasi dengan darah segar. Aku makan dengan lahapnya seolah-olah tak makan selama seminggu. Bonda berada di sisiku sambil melihat aku makan dan tersenyum. Ayahanda memegang cawan kaca yang airnya dilarutkan dengan pil darah istimewa.

"Bonda... Ayahanda..." aku berhenti mengunyah.

"Ya anakanda," bonda dan ayahanda menyambut serentak.

"Boleh bonda dan ayahanda jawab soalan anakanda awal tadi sekarang? Berapa lama anakanda tak sedarkan diri?" soalku.

"Kamu tak sedarkan diri selama 5 hari. Bonda dan ayahanda sangat resah. Kamu kehilangan banyak darah," balas bonda.

"Kamu pulang dalam keadaan pucat. Waktu tu pakaian kamu dipenuhi dengan darah. Kami cuba tanya kamu apa yang dah jadi tapi kamu tak menjawab. Kamu tiba-tiba saja tidak sedarkan diri sebaik saja kami cuba mendapatkan kamu. Niko... Langsung tak berhenti panggil kamu setiap hari," sambung ayahanda pula sambil mengusap kepala Niko.

"Gus pun tidak bersama kamu jadi kami sememangnya mahu tahu apa yang dah jadi. Sekolah tu pula... Haih... Kami cuba dapatkan maklumat dari yang lain tapi mereka tak beri kerjasama. Gus pun macam trauma jadi ayahanda tak mahu terlalu memaksa. Kalau kamu mahu ceritakan apa-apa... Ayahanda dan bonda akan dengar," terang bonda. Mataku melirik kepada Gus. Gus memandang lantai dengan muka yang mendung.

"Tak... Anakanda tak ingat apa-apa. Anakanda pasti ia cuma kemalangan macam sebelum ni. Kuasa ais anakanda berada di luar kawalan dan anakanda tak ingat apa-apa," balasku. Gus kelihatan terkejut namun dia berdiam diri.

"Haih... ayahanda bukan mahu syak apa-apa tapi wajah mereka yang dibekukan tu sangat merisaukan. Kamu tak bergaduh dengan sesiapa kan?" Soal ayahanda bersungguh-sungguh. Aku hanya tersenyum sambil menyimpan rahsia yang hanya aku, Gus dan Yumi sahaja yang tau.

"Jangan risau. Anakanda pasti tu wajah ketakutan mereka. Mereka mungkin cuba nak menjerit dan larikan diri malangnya anakanda bekukan mereka semua terlebih dahulu lagipun yang anakanda ingat  waktu tu kami semua dalam latihan berlawan," balasku dengan senyuman senget.

"Dan kamu tentu gunakan kuasa kamu terlalu berlebihan. Haih... Cikgu kamu tu pun sekarang dalam keadaan trauma. Ayahanda tak tahu apa yang kamu buat dengan dia. Nasib baik tiada yang cedera parah," kata ayahanda terus membuatkan suapanku terhenti.

"Cikgu ha? Hahhaha... Dia patut rasa lebih dari tu," balasku perlahan mula mengingati pembelot yang hampir membunuhku.

"Apa maksud kamu Red?" Soal bonda.

"Tak ada apa... Anakanda cuma cakap dengan diri sendiri," balasku dan sambung untuk makan.

"Kamu pasti tiada apa yang kamu sembunyikan?" Soal bonda lagi cuba untuk selidikku.

"Ya... Jangan risau bonda. Anakanda bukan mudah untuk ditumpaskan," balasku dengan yakin dan keadaan kembali senyap. Aku langsung tak ingat yang aku pulang ke rumah seorang diri tanpa bantuan sesiapa. Mungkin Yumi membantu aku.

To be contina..
.............................................................

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top