Bab 4 : Kelas sebenar
Aku bersiap untuk ke kelas yang menempatkan vampire dan werewolf. Aku memakai kot seragam sekolah. Selepas Gus memakaikan aku tie. Aku tergelak sepanjang dia cuba mengikat tali tieku dengan tangan gebu dan besarnya dan dengan sedaya upaya serta penuh kesulitan untuk mengikat tali tieku dengan sempurna akhirnya dia selesai juga selepas 12 minit mencuba.
Dia meminta untuk dia kembali pada bentuk asal kerana uniformnya mula dipenuhi bulu yang di dalam bentuk serigalanya. Selepas mengusiknya berkali-kali akhirnya aku memberi kebenaran. Aku kumam pil darah sambil menunggunya membersihkan bulu pada uniform. Tiba-tiba aku terasa kakiku seperti diusap oleh sesuatu yang berbulu. Aku melihat ke bawah. Niko sedang bermanja seperti kucing di kakiku.
"Kyooohh..." dia mengulingkan badannya di buku laliku.
"Dah ok?" aku mengangkatnya seperti bayi lalu membiarkan melalui lenganku lalu melilit leherku seperti biasa.
"Kyooh~" dia membalas manja lalu menjilat telingaku. Aku tergelak besar kegelian.
"Nak ikut ke? Jangan degil pula nanti," aku memberi amaran dengan senyuman. Niko hanya membalas dengan decitan kecil lalu memasukkan tubuhnya ke dalam baju dan mengeluarkan kepalanya.
"Tuan Muda..." Gus masuk ke kamarku kembali dan memanggil aku supaya bertolak. Aku menuruni tangga diikuti Gus ke bawah. Aku berjalan sambil tanganku diselukkan ke dalam poket seluar dan Niko terus mengintai suasana di sebalik pakaian seragamku.
"Kamu bawa Niko lagi?" soal ayahanda yang sedang minum teh panas di sofa di ruang tamu. Aku menghentikan langkah dan senyum ke arah ayahanda.
"Ayahanda pasti ke nak anakanda tinggalkan Niko? Tak risau ke jadi macam minggu lepas?" aku mengingatkan ayahanda tentang peristiwa hitam itu.
-Flashback-
"Niko!!! Jangan!!!" ayahanda menjerit kepada Niko yang sedang marah. Niko berubah saiz sebesar 10 kaki. Habis peralatan dalam istana pecah.
Barang berharga yang dijaga generasi ke generasi juga dalam bahaya.
"Graaaaa!!!" lampu gantung di tingkat bawah sudahpun jatuh akibat gegaran yang kuat. Sememangnya tiada siapa mampu menghentikannya. Butler ayahanda hanya mampu menyambut barang-barang yang hampir terjatuh. Ini kerana aku perintahkan mereka untuk jaga Niko dengan baik. Jadi mereka tak boleh cederakan Niko. Lagipun Niko tak menyerang sesiapa dan menyakiti sesiapa, ia hanya melompat satu tempat. Niko terus melompat-lompat sehingga istana itu bergegar. Ayahanda sedang menarik rambutnya sendiri tak tahu bagaimana untuk hentikan Niko.
"Apa jadi?! Siapa yang benarkan makhluk ni buat kecoh di sini?!" jerit bonda dengan tegas terus membuatkan penjaga istana yang lain berubah pucat. Bonda terus memandang pasu kesayangannya yang terjatuh dan pecah terus membuatkan wajahnya membahang kerana marah. Melihat wajah bonda yang begitu membuatkan ayahanda dan butlernya berundur setapak demi setapak kerana ketakutan.
"Saya dah balik," aku pulang ke rumah bersama Gus.
"Kyooohh..." Niko terus kembali kepada saiz yang asal apabila dia ternampak aku lalu terus menaiki ke kakiku dan berhenti di bahu.
"Waw... Niko... Cantik rumah ni kau hias," aku berkata kepada Niko sambil tanganku mengusap kepalanya. Niko hanya membalas dengan jilatan ke pipiku.
"Haihhh... Nampaknya Niko dengan tuannya memang tak boleh berpisah," kata butler ayahanda, Justin Soule dengan senyuman pahit.
"Anakanda... Kamu tahu kamu perlu bertanggungjawab atas apa yang peliharaan kamu buat kan?" soal bonda memandang ke arahku sambil menyilangkan tangannya.
"Y-Ya... Shion akan datang singgah nanti. Dia boleh kembalikan pasu tu pada asal" balas aku turut berubah pucat.
"Pastikan kawan kamu dapat kembalikannya dengan sempurna seperti sebelumnya," kata bonda memandang tajam ke arahku dan Niko. Aku meneguk liur manakala Niko menyembunyikan diri ke dalam pakaianku.
"I-ia bukan masalah besar. Jangan risau... Justin simpankan pasu tu untuk diperbaiki nanti," arah ayahanda sambil memicit kepalanya yang pening.
"Baik tuanku," balas Justin sambil menundukkan kepala lalu meletakkan barangan yang sempat disambut di ruangan berdekatan.
"Tuan muda... Patik mahu melihat keadaan kamar jadi izinkan patik untuk memeriksa jika ada barangan berbahaya yang jatuh," pinta Gus sambil meletakkan tangannya di dada kiri dan menunduk.
"Ha... Baiklah. Nanti dah selesai panggil beta," aku arahkannya.
"Baik tuan muda.." balasnya lagi.
-End of flashback-
Ayahanda membuat muka cemberutnya apabila mengingati peristiwa itu. Mereka cuba untuk meletakkan Niko ke dalam sangkar khas namun ia tidak berhenti berbunyi memanggil Red.
"Baiklah... Kamu bawalah dia," ayahanda berkata lalu menghirup kembali tehnya.
"Tapi... Jangan sampai dia mengganggu pembelajaran kamu," ayahandaku berpesan.
"Menjunjung perintah tuanku..." aku bergurau dengan membongkokkan badanku dan melakukan aksi seperti yang selalu dibuat oleh orang bawahan ayahanda apabila menerima perintah. Ayahanda hanya tersenyum melihat telatahku.
"Ha~ anakanda kesayangan bonda. Bagaimana dengan kamu hari ni? Dapat menguasai elemen lain?" Panggil bonda sambil merapatiku lalu mencium pipiku. Sebenarnya aku memang tak suka apabila bonda terlalu rapat kepadaku begini. Ia memalukan dan aku dah pun cukup besar untuk menerima layanan seperti kanak-kanak macam ni.
"Elemen ais semakin kuat tapi... bonda bukan ke anakanda patut gunakan saja alat muzik seperti bonda kalau bonda yakin anakanda boleh gunakan elemen alam? Dengan cara tu mungkin lebih jelas anakanda boleh gunakannya atau tidak," balasku memberi pendapat.
"Seruling bonda bukan dicipta oleh makhluk di dunia ni. Alam yang memberinya kepada bonda. Kalau alam menyambut seruan kamu, tentu kamu juga akan menerima alat muzik seperti bonda," terang bonda dengan tenang sambil mengisyaratkan dengan jari kepada butlernya untuk memberi bekal kepadaku lantas Niko segera ingin membaunya.
"Aip! Ni Red punya... Kamu nanti makan buah je ye?" bonda terus menjentik hidung Niko yang cuba ingin merampas makananku terus membuatkan Niko bersembunyi.
"Kalau betul alam akan memberi alat muzik, anakanda harap anakanda dapat gitar elektrik atau drum," balasku sambil tersenyum senget menampakkan taring.
"Apa-apa yang sesuai dengan jiwa kamu. Bonda tak kan terkejut kalau kamu sememangnya akan menerima alat muzik yang begitu," balas bonda sambil mengibas rambutnya.
"Ayahanda sangat berharap kamu dapat alat muzik dengan bunyi yang lebih menenangkan," kata ayahanda dengan wajah risau.
"Kanda sendiri tahu istana ni tak kan tenang walaupun bukan kerana alat muzik. Dinda rasa kanda perlu terus biasakan diri dengan kekecohan ni. Lagipun dia ni memang anak kanda," balas bonda sambil memelukku dari belakang dan tersenyum senget kepada ayahanda. Bonda pernah menceritakan padaku yang sikapku agak sama dengan ayahanda sewaktu mereka muda. Hanya bonda yang dapat mengawalnya.
"Anakanda pergi dulu... Risau lewat pula ke sekolah," balasku terus melepaskan diri dari pelukan bonda. Gus juga mengekori dari belakang lalu memberi tundukan hormat kepada ayahanda dan bonda.
.............................................................
Aku ke sekolah dengan menaiki kereta hitam. Walaupun perjalanannya tidaklah begitu jauh namun di waktu malam sememangnya aku dilayan sebagai putera yang sebenar. Sampai di sekolah. Semua vampire dan werewolf beratur ke tepi dengan kemasnya. Di tengah dibiarkan kosong sebagai laluan untukku. Sebaik sahaja aku keluar mereka menunduk hormat. Keadaan yang sunyi dan muram hanya diceriakan dengan bunyi cengkerik. Sebab ini aku tak suka bersama vampire, mereka terlalu menghormati aku dan jika aku gagal sedikit pasti mereka mula memandang rendah. Jadi masuk ke kelas malam aku perlu berusaha 3 kali ganda daripada berada di sekolah manusia supaya dapat memastikan apa yang aku buat tak pernah gagal.
Keadaan kelas vampire sangat berbeza dengan kelas manusia. Dalam kelas manusia pelbagai jenis sikap yang aku jumpa. Di kelas vampire, semuanya bersifat matang dan senyap. Aku bosan. Mereka terlalu menghormati aku.
Kelas hari ini akan diadakan di bilik khas yang besar. Kami masih belum mengetahui apa yang perlu dilakukan. Tiba-tiba guru yang mengajar kami masuk ke bilik itu. Dia menunduk hormat ke arahku. Aku hanya memandang kosong.
"Hari ini... Kita akan membuat satu praktikan di mana semua vampire dan werewolf perlu melakukannya..." kami hanya mendengar suaranya. Sunyi. Jika di dunia manusia tentu pada waktu ini kecoh untuk mengetahui apa pembelajarannya.
"Transformasi... Serigala jadian akan menjadi seekor serigala dan vampire akan menjadi seekor kelawar," aku membutangkan mata.
'Tak guna... Berkali-kali aku cuba bertukar seperti ayahanda tapi aku tak boleh. Kenapa sekarang? Aku tak sedia lagi,' aku menjerit dalam hati dan memandang lantai.
"Jadi siapa yang mahu mulakan dulu? Tuan Muda?" Cikgu Hork menyasarkan aku untuk mulakan dulu.
"Mengapa beta perlu mulakan dulu? Kelas ni mungkin akan jadi membosankan kalau beta tunjukkan kehebatan beta terlebih dahulu," balasku selamba sambil meletakkan tanganku ke belakang kepala.
"Ah~ baiklah begitu... Jadi sesiapa yang mahu mulakan dahulu?" Cikgu Hork beralih kepada pelajar yang lain. Sunyi.
"Saya..." Gus mengangkat tangan. Dia seorang sahaja yang tahu tentang masalah yang aku hadapi.
"Saya mulakan dulu," Gus ke hadapan menghadap Cikgu Hork.
"Baiklah. Seperti yang dijangkakan pengikut setia Tuanku Red. Sila buka pintu yang berada di tengah ruangan," arah Cikgu Hork. Gus terus ke tengah ruangan. Di hadapannya terdapat pintu seperti pintu istana yang tidak berdinding. Ia sememangnya pintu yang agak misteri kerana selain pintu itu tiada ruang lain seperti bilik atau apa-apa sahaja yang normal untuk sebuah pintu. Aku hanya memerhati dengan senyap dan menunggu apa yang pintu itu boleh lakukan.
Gus membuka pintu itu lantas terus asap hitam yang tebal keluar dengan pantas membuatkan Gus melangkah beberapa tapak ke belakang lalu membuka langkah bersedia. Di sebalik asap hitam itu keluarnya seekor ular gergasi. Namun ia bukan ular yang biasa. Badannya sememangnya ular tapi kepalanya..
"Medusa..." mataku membutang, terkejut dengan kemunculan ular berkepala manusia yang secara tiba-tiba. Hal itu terus membuatkan yang lain kelihatan tidak selesa.
"Seperti yang kalian tahu... Serigala jadian hanya akan bertukar apabila dalam keadaan terancam atau dalam keadaan terdesak jadi... untuk itu, kita akan gunakan ketakutan mereka untuk ubah mereka," terang Cikgu Hork.
Niko keluar dari sebalik bajuku. Dia melihat sebentar lalu masuk semula ke dalam baju dengan decitan sayu dan ketakutan. Aku hanya memandang tajam Medusa dan tanganku mula mewujudkan ais bersedia untuk apa-apa saja kemungkinan. Beberapa vampire juga ke hadapan dan membuka langkah bertahan seakan-akan melindungi aku.
"Jangan risau semua. Ia hanyalah ketakutannya sendiri jadi ia takkan menyerang orang lain," kata Cikgu Hork tenang. Kami yang lain juga kembali tenang. Mataku kembali melihat keadaan Gus. Gus kaku berdiri dengan dahinya mula menitikkan peluh. Aku hanya berdoa dalam hati supaya Gus tak diapa-apakan.
"Aaaaaaa!!" Medusa menjerit nyaring. Kami menutup telinga kami kerana jeritannya hampir memecahkan gegendang telinga. Hanya Cikgu Hork kelihatan tenang sambil mencekak pinggangnya dengan sebelah tangan.
"Ahh~~ bingitnya..." Cikgu Hork mengorek telinganya menggunakan jari kelingking.
Medusa cuba menyerang Gus dengan ekornya. Dengan pantas Gus mengelak. Namun serangan Medusa masih belum berakhir. Tepat sahaja kaki Gus mendarat ke lantai, ekor Medusa kembali melibasnya dari belakang. Aku ingin menghalang Medusa namun langkahku dihalang Cikgu Hork.
Aku hanya memerhati sambil mengenggam tangan dengan jiwa yang resah dan risau. Aku menganggap Gus sebagai keluargaku sendiri jadi aku tak sanggup melihat dia cedera ataupun diapa-apakan.
Gus terpelanting ke hadapan dan tersembam ke lantai. Dia cuba bangun dan berdiri dengan kudratnya yang masih tersisa. Namun belum sempat tangannya menolak badannya untuk berdiri ekor Medusa pantas membelit badan Gus. Gus diangkat dengan belitan kuat ekor Medusa dan didekatkan dengan muka Medusa.
Gus cuba melepaskan diri. Namun belitan Medusa terlalu kuat. Medusa mendekatkan mukanya ke muka Gus. Ular di rambutnya memaling ke satu arah. Gus menutup mata supaya tidak bertentangan mata dengan Medusa sekali gus menjadi batu.
"Buka matamu..." ucap Medusa dengan suara yang menyeramkan. Gus tidak menurut arahannya dan terus memejamkan matanya. Belitan di badan Gus diketatkan lagi sehingga bunyi tulang patah kedengaran.
"Arrrrhhhhgg!!" Gus menjerit kesakitan. Darah bercampur air liur keluar dari mulutnya. Dia cuba melepaskan diri namun tak berjaya.
"Hentikan dia!! Gus akan mati kalau terus macam ni!!" kesabaranku tercabar. Aku tak sanggup melihat Gus kesakitan. Namun Cikgu Hork langsung tak pedulikan jeritan aku.
"Tak guna..." aku dengus perlahan dan mula membuka langkah namun tanganku ditarik Cikgu Hork. Langkahku terhenti. Aku memandang tepat ke wajahnya.
"Jika Tuan Muda halang, maka Tuan Muda menghalang Gus menguasai kuasa dalamannya," kata Cikgu Hork dengan wajah yang serius.
"Bukan ke ini terlalu melampau?! Dia akan mati sebelum dapat bertukar!" aku memandang Gus yang sedang terseksa dibelit Medusa. Belitannya makin kejap. Darah tersembur keluar dari mulut Gus. Bunyi tulang patah menjadi muzik yang paling ngeri.
"Gus!!!!" aku menjerit memanggil namanya. Aku tak sanggup melihat Gus dalam keadaan yang begitu.
Mata Gus terbeliak apabila namanya aku panggil. Secara perlahan-lahan badannya dan matanya bertukar hitam. Rambutnya makin memanjang bersama bulunya yang tiba-tiba tumbuh. Aku melihat pertukarannya dengan riak tidak percaya. Tanganku telah dilepaskan oleh Cikgu Hork. Aku hanya berdiri kaku memerhatikan Gus. Bahunya tiba-tiba membesar serta badannya. Giginya mula menunjukkan taring. Mukanya berubah menjadi rupa serigala. Baju yang membalut badan Gus terkoyak akibat perubahan yang mendadak itu.
"Yarrrgghhh!!" Gus meregangkan badannya sehingga ekor yang membelit tubuhnya terkoyak. Medusa menjerit dan mengelupur kesakitan.
Gus mendarat kasar ke lantai dengan rupanya yang telah berubah sepenuhnya. Medusa masih tidak mahu mengalah. Dengan ekornya separuh hancur, ia mendekati Gus dengan ular di rambutnya berpaling ke satu arah bersedia untuk menyumpah Gus menjadi batu. Gus hanya berderam kasar dan menunjukkan taring. Mata Medusa dan ular itu masing-masing mula memerah dan mulut mereka ternganga luas ingin mengeluarkan kuasanya. Gus dengan pantasnya melompat dan menerkam wajah Medusa dan menolaknya ke belakang lalu dihantukkan ke lantai dengan kasarnya.
Medusa mengelupur kesakitan. Wajahnya masih ditahan ke lantai. Lengan Gus dicakar rakus Medusa bagi melepaskan diri. Namun Gus seakan-akan tidak terkesan dengan cakaran itu. Dengan menggunakan kuku runcingnya di sebelah tangan yang lagi satu, Gus memotong pantas ular yang menghiasi kepala Medusa. Medusa menjerit nyaring kerana kesakitan. Darah memercik keluar daripada kawasan potongan tersebut.
Gus mengangkat kepala Medusa tinggi lalu pantas menghentakkan kepalanya ke lantai sehingga terbenam ke dalam lantai. Dia tidak lagi mengelupur. Badannya terkulai tak bernyawa. Gus melolong tanda kemenangan. Medusa tiba-tiba menjadi kepulan asap tebal seperti awal tadi dan masuk semula ke dalan pintu. Pintu itu segera tertutup sebaik sahaja asap itu masuk ke dalam pintu tersebut.
Gus kembali ke bentuk asal tanpa baju. Hanya seluarnya yang terkoyak separuh menutupi badannya. Gus tidak bermaya kerana kehilangan tenaga lalu rebah ke lantai.
"Gus!" aku berlari ke arahnya dengan penuh kerisauan. Aku menutupkan badannya yang terdedah dengan kot seragamku. Aku menggigit jariku sehingga berdarah lalu disuapkan ke mulut Gus dengan harapan supaya dia kembali bertenaga.
"Bau darah suci... Ahhh~ Sedapnya..." bunyi vampire yang lain memecah keheningan. Jantungku berdegup laju. Mereka mahukan darah aku.
"Ya... Betul tu. Kalau begini sedap baunya, Bagaimana pula rasanya?" suara mereka yang kehausan menjengah lagi. Bunyi air liur dan jilatan bibir juga aku dapat dengar. Aku rasa terancam.
"Berani kalian! Kau semua fikir beta tak dengar?!" jeritku sambil memandang mereka dengan pandangan tajam membuatkan mereka semua terdiam dan tidak berani melihat wajahku.
"Ah~~ baiklah... Siapa yang akan menjadi yang seterusnya? Kalau boleh saya mahukan vampire pula," suara Cikgu Hork menyelamatkan keadaan. Aku lega.
"Tuan Muda..." Gus mula bangun dari pengsannya. Aku memapahnya ke tepi. Aku pasti ramai yang akan berkata tentang hal ini. Namun aku tak kisah, keadaan Gus lebih penting dari segalanya.
"Jangan risau Gus. Walaupun kau nampak macam lebih hodoh dalam bentuk tu, sekurangnya bulu kau jadi lebih gebu dari sebelum ni," balasku cuba menenangkannya. Namun dia hanya menunduk dan tiba-tiba aku rasa dia semakin berat.
"Tuan Muda...." Gus memanggilku lagi. Aku memandangnya dengan penuh tumpuan.
"Patik mahukannya lagi!" Gus mengeluarkan taringnya lalu menggigit bahuku tanpa sempat aku membalas. Darahku disedut rakus. Bunyi tegukan jelas kedengaran. Aku dapat merasakan darahku mengalir keluar. Sakit dan pedih. Namun aku tak tahu mengapa, badanku kaku. Aku langsung tak melawan.
"Itu nampak menyelerakan!!"
"Aku... Mahu juga!!" pelajar di situ menjerit apabila membau darahku yang semakin kuat. Mereka semua berlari ke arahku dengan air liur meleleh keluar daripada mulut mereka tanda kehausan.
Mataku terbeliak. Badanku kaku. Aku hanya memandang langkah mereka yang laju menghampiriku. Gus yang masih membenamkan taringnya pada aku, aku menolaknya dengan kasar lalu membuka langkah bertahan.
To be contina...
.............................................................
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top