Bab 10 : Raja

Selepas aku menjalani latihan untuk mengenal unsur elemen yang lain, aku kembali ke dunia asalku. Yang aku tak dapat lupakan adalah apabila aku terlalu teruja dapat mengawal elemen angin dan api sehingga menyebabkan kawasan hutan di kawasan kediaman Kizaru musnah membuatkan aku dipaksa untuk menumbuhkan semula tumbuhan yang ada di sana.

Kuasa kegelapan yang ada pada aku satu-satunya kuasa yang tidak berelemen membuatkan ia tidak dapat dipatahkan oleh mana-mana magik elemen yang lain dan disebabkan aku turut mempunyai kelebihan kuasa suci daripada dna nenda, aku turut dapat mengawal kuasa cahaya. Secara tak langsung aku kebal daripada mana-mana magis.

"Yezza!!! Aku kebal! Tak ada sesiapa pun yang dapat kalahkan aku!! Huwakakkakakkakakka!!" Sahutku penuh bertenaga. Tiba-tiba aku mula rasa mengantuk dan terus tertidur. Aku tak tahu berapa lama aku berada di dalam dimensi itu sehingga membuatkan aku terus tertidur sebaik saja aku tiba kembali di istana.

"Kyu!!! Kyu!!!" Niko menghampiriku dengan panik lalu cuba membangunkanku. Mungkin dia turut risau apabila aku hilang daripada pengawasannya.

"Aku okey Niko... Cuma penat. Biarkan aku tidur~" kataku dalam keadaan mamai. Niko terdiam lalu baring di leherku.

BANG!!!

Bunyi pintu terbuka dengan kuat membuatkan aku tersentak. Aku mendongakkan kepala dari baringku untuk melihat ke arah pintu yang bertentangan denganku.

"R-Red? Kamu dah pulang?" Soal bonda yang tiba-tiba memunculkan diri. Aku yang dalam keadaan mengantuk hanya tersengih dan cuba kembali untuk tidur.

"Ke mana kamu pergi ha?! Bonda risau tahu?! Bonda bertanya pada alam tapi alam ni pun tak dapat mengesan kamu! Ke mana kamu pergi?!" Soal bonda sambil mengoncang tubuhku.

"Dia selamat dalam pengawasan beta," kata moyang dalam bentuk manusianya.

"Kamu..."

"Kalian adalah keturunan beta. Tiada apa yang perlu kalian risaukan. Beta cuma membawanya pergi buat seketika untuk menjalani latihan. Dia anak yang sangat istimewa dalam keluarga ini dan ditakdirkan untuk melindungi keluarga ini dari kemusnahan," kata moyangku lagi. Aku menguap kepenatan dan mengharapkan pertanyaan bonda segera tamat.

"Dinda... Kita tak punya banyak masa lagi. Kita perlu pergi. Ha? Red? Kamu di sini? Kamu ni siapa?" Ayahanda pula tiba-tiba muncul bersama pedang yang dihiasi dengan darah. Pakaiannya juga turut dibasahi darah yang masih segar membuatkan aku yang mengantuk terus bangun dan segar.

"Apa dah jadi?" Soalku terus bangun dari bangunku.

"Werewolves dan vampires yang lain mula memberontak sebaik saja ayahanda mula menyiasat apa yang terjadi pada kamu. Ayahanda terpaksa memerangi mereka kerana mereka enggan untuk menurut," balas ayahanda sambil mengerutkan dahinya. Aku mengesan juga ada beberapa kesan gigitan pada tubuhnya.

"Kita perlu pergi dari sini. Red, kamu terangkan semua ini selepas ini. Kita perlu berangkat," kata bonda dengan panik.

"Tak perlu kalian melarikan diri. Ia cuma membuatkan mereka yang lain melihat kalian sebagai ketua yang lemah. Kuasai mereka semula. Gunakan apa yang beta pernah tinggalkan untuk kalian," kata moyangku tenang.

"Apa yang kamu katakan? Kita tak ada banyak masa lagi. Ki-" belum sempat ayahanda menghabiskan kata-katanya tiba-tiba seekor werewolf datang dan menyerangnya. Ayahanda terus mengelar lehernya dengan pedang berapinya dan werewolf itu terus bertukar kepada manusia semula. Kepalanya yang dipenggal terus tergolek ke dalam bilikku terus membuatkan aku berubah pucat.

"Maaf kamu terpaksa lihat semua ni. Kita tak ada pilihan. Mereka mula menyerang kita dan cuba membelot," kata ayahanda lalu segera menolak almari bajuku dan menampakkan satu pintu asing yang tak pernah aku lihat.

"Tu-Tuanku... Kita dah dikepung," kata Gus yang tiba-tiba muncul di muka pintu bersama Justin yang di dalam bentuk serigala. Ini pertama kali aku melihat Justin berubah menjadi serigala membuatkan aku hanya ternganga tidak percaya.

"Beta tak tahu jika pintu ni sememangnya boleh digunakan atau tidak. Ia tak pernah digunakan sebelum ni," kata ayahanda dengan peluh dingin. Justin, Ino dan Gus masing-masing bertungkus lumus cuba berlawan dengan vampire serta werewolves yang menghampiri mereka. Tingkapku juga tiba-tiba dipenuhi oleh kelawar yang melanggar dengan kuat tingkap itu seolah ingin memecah masuk.

Kejadian dan situasi ini sememangnya seolah mimpi ngeri yang menjadi realiti. Bayang moyang tiba-tiba sahaja membesar dan menolak para werewolves yang memusuhi kami lalu menutup semua pintu masuk dan tingkap agar tidak dicerobohi mereka semua membuatkan bilikku terus menjadi gelap gelita tanpa sedikitpun cahaya yang masuk ke dalam.

Ayahanda terus menggunakan kuasa apinya untuk mewujudkan cahaya di dalam bayangan moyang. Aku memeluk tubuh rasa agak seram apabila membayangkan diri seolah ditelan moyang.

"Apa jadi sebenarnya ni? Kalau vampire dan werewolves mula menyerang, jadi Shion dan lain-lain macam mana pula? Manusia pula macam mana?" Soalku bertalu tidak tahu apa yang sedang terjadi.

"Semuanya huru hara. Maaf, ayahanda pun tak pasti apa yang berlaku pada kawan-kawan kamu," kata ayahanda jujur membuatkan aku terus membutangkan mata.

"Berapa lama... Anakanda menghilang?" Soalku ingin tahu.

"Hampir seminggu. Kami fikir mungkin kamu bersama kawan-kawan kamu tapi kamu langsung tak dapat kami jejak. Tiba-tiba sahaja ada seorang manusia gila muncul di kota ni dan berikan dadah Vampile dan Wolfo buatkan hampir semua manusia di kota ni bertukar kepada vampire dan werewolves. Bonda tak tahu berapa ramai lagi yang masih kekal sebagai manusia," balas bonda mula resah. Ayahanda terus cuba untuk menggunakan pintu yang kelihatan seolah mempunyai kata kunci.

"Mereka ambil dadah tu? Bukan ke ayahanda dah hapuskan semua dadah tu sebelum ni? Operasi yang dijalankan sebelum ni tak berhasil?" Soalku resah. Aku fikir kota ini sudah berada di bawah kawalan kami daripada dadah perosak tu tapi aku tak tahu mengapa masih ada yang ingin mengambil pil dadah tu.

"Kebanyakan yang mengambilnya manusia yang tak boleh gunakan magik jadi mereka pilih untuk jadi vampire ataupun werewolves. Ramai juga ambil dadah tu untuk menambahkan kekuatan mereka. Ia sememangnya menyusahkan. Pihak yang bekerjasama dalam jalankan operasi tu... Beberapa mereka membelot dan ambil sebahagian dadah yang dirampas. Maafkan ayahanda... Ya... Apa yang terjadi sekarang ni semua adalah tanggungjawab ayahanda," kata ayahanda sambil memegang muka pintu itu.

"Macam mana semua ni berlaku? Say-saya tak faham. Semua ni tak patut berlaku," kataku lagi.

"Ayahanda minta maaf... Semua ni berlaku," kata ayahanda lalu pintu mula bercahaya.

"Tak... Semua ni tak patut berakhir macam ni," kataku lalu berlari keluar. Moyangku seolah tahu apa yang aku mahu lakukan dan langsung tidak menghalangku malah ia menjadi bayang kecil kembali dan werewolves serta vampires yang berkumpul kembali menyerang.

Dengan sepantas cahaya aku membekukan mereka semua membuatkan mereka langsung tidak dapat bergerak lalu aku menggunakan elemen kilatku untuk merenjat mereka semua. Bilik itu terus bercahaya terang dengan elemen kilatku dan bunyi letusan kedengaran kuat. Mereka semua terus terbakar dan menjadi abu.

"Elemen baru? Tapi... Bagaimana?" Soal ayahanda dengan wajah tidak percaya.

"Ayahanda... Anakanda akan selesaikan semua ni dengan segera," kataku lalu terus menolak yang tersisa dengan elemen tanahku. Dinding istanaku berlubang kerana batu tanah yang aku campakkan pada mereka.

"Ibunda bertanya pada alam. Kawan-kawan kamu sedang bersembunyi dalam runtuhan," kata ibunda tiba-tiba.

"Dalam runtuhan? Mereka pun diserang?" Soalku mula cemas.

"Ibunda akan membantu. Kanda... Mari kita tolong anak kita," kata bonda tegas.

"Tapi... Pintu ni dah dibuka," kata ayahanda sambil berdiri di hadapan pintu misteri itu.

"Kanda mahu biarkan anak kita berlawan seorang diri? Manakala kanda hanya duduk dan memerhati? Baiklah! Pergi sahaja seorang diri! Biarkan kami yang lindungi mereka yang lain. Dasar pengecut! Ino! Pastikan tiada siapa yang dapat dekat," Kata ibundaku dengan tegas membuatkan buluku meremang mendengar dia memarahi ayahanda.

"Baik permaisuri," kata Ino dalam bentuk serigalanya. Ayahanda mengenggam tangannya.

"Baiklah... Kanda akan turut serta. Kita akan bawa mereka semua ke sini," kata ayahanda serius.

"Justin, Gus... Kamu jaga pintu jangan benarkan yang lain mendekati. Mereka sasarkan kita jadi kita akan alihkan perhatian mereka jauh dari pintu ni," arah ayahanda.

"Menurut perintah tuanku," kata Gus dan Justin serentak.

"Ini peluang kau... Untuk tebus kesalahan kau pada aku Gus," kataku berpaling pada Gus. Gus menunduk patuh.

Kami mula bergegas ke tempat yang dimaksudkan bonda. Kelawar dan werewolves semuanya terus mengejar dan menyerang kami. Namun dengan elemental yang memberi kesan luas membuatkan perjalanan kami lebih mudah.

"Kamu jadi lebih kuat dari apa yang ayahanda pernah bayangkan. Mungkin... Lebih kuat dari ayahanda," kata ayahanda dengan bangga apabila melihat musuh kami tidak dapat menghampiri kami.

"Ya... Moyang yang ajarkan semua ni. Tapi..." Balasku dan pandangan mataku mula kabur mungkin disebabkan tenagaku yang hampir hilang.

"Biarkan aku ambil alih tubuh kamu. Sementara tu kamu berehat dan tidur. Kamu perlukan rehat," kata moyang secara tiba-tiba membuatkan aku mengangguk dan terus menutup mata.

To ve vontina...

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top