Bab 1 : Misi
"Waaaarrghhh" seekor vampire cuba untuk melakukan perkara larangan pada manusia. Menghisap darah mereka dari badan dan mendapatkan darah yang segar. Manusia itu tidak lagi sedarkan diri. Bila-bila masa darah serta nyawanya akan diambil oleh vampire yang kehausan itu.
Seorang remaja berambut merah datang dan seekor musang melilit di lehernya sambil tidur. Angin berais mengelilingi dirinya.
"Ahh... Pagi-pagi yang indah aku ni dicemari dengan kau. Oi!! Kalau aku nak join keseronokan kau boleh kan? Ha?!" dia berkata sambil mengusap kepala musangnya dengan senyuman lebar.
Vampire itu kelihatan ngeri dan cuba untuk melarikan diri. Angin ais tadi terus menuju ke vampire itu. Ia mengangkat vampire itu dari bawah dan membekukannya perlahan-perlahan.
"Arrghhh.." Badan vampire itu tidak lagi bergerak. Bunyi jeritannya tidak lagi kedengaran. Badannya telah dibekukan dan mengeras di dalam ketulan ais yang tebal.
"Hahahhahaa! Semoga kau berseronok di neraka." Kata remaja itu lalu terus ais itu hancur bersama dengan badan vampire itu. Darah memenuhi tanah lalu menjadi debu. Langsung tidak meninggalkan kesan pembunuhan.
"Hmmm... Manusia ni... Nak biarkan je ke kat sini?" remaja itu berkata perlahan sambil mengusap lembut kepala musangnya.
"Red!!!!!" seorang pemuda memanggil namanya. Remaja itu berpaling ke belakang.
"Kamu ni... Dah banyak kali saya cakap. Jangan masuk campur dengan misi guardian. Kamu tu hanya perlu ke sekolah sahaja," pemuda itu membebel sambil mencekak pinggang.
"Lambat..." remaja itu membalas lalu menjelirkan lidah.
"Apa-apa pun kamu dah masuk campur dengan urusan guardian! Kamu bunuh terus ke? Haih... Kamu ni... Vampire jadian tu hanya perlu disumbatkan dalam penjara je dan makan saja pil manusia. Ini dah jadi kes pembunuhan. Berapa banyak kali saya perlu cover untuk kamu Red?" kata Raymond sambil mengeluh.
"Mereka ni cuma penagih dadah. Mereka takkan berhenti ambil dadah Vamp tu. Tengoklah sendiri mati pun terus jadi debu. Baik bunuh terus..." Remaja itu mula melangkah pergi sambil tangannya diseluk ke dalam poket seluar lalu terus berlalu pergi.
"Haihhh... Budak ni. Memang dari dulu sukar dikawal." Raymond mengeluh kecil sambil melihat langkah remaja itu.
🐺🐺🐺🐺🐺🐺🐺🐺🐺🐺🐺🐺🐺🐺
Ini kisah aku. Nama aku Red Kagero, cicit generasi ke-7 kepada Red Kagero. Mengapa aku ada nama yang sama? Ia kerana semua keluarga aku bersetuju bahawa wajah aku sangat mirip dengan raja vampire terdahulu menurut deskripsi oleh Shin Kimura yang merupakan moyang tiriku. Dalam sejarah, hanya keturunan aku sahaja yang mempunyai pertalian dengan darah Red Kagero yang asal sebelum moyang perempuanku berkahwin dengan Shin Kimura dan dia menjadi moyang tiriku. Sepupuku yang lain berkongsi nama Kimura namun hanya keluarga aku saja masih membawa nama Kagero. Warna rambutku juga membawa bukti bahawa aku keturunan Red Kagero yang asal.
Aku hidup sama macam manusia; tidur di waktu malam, berjaga di waktu pagi memandangkan aku juga berkongsi darah dari keturunan manusia. Aku tak tahu betapa kuatnya moyang namun mendengar dari deskripsi bahawa dia hampir memusnahkan alam ni sememangnya membuatkan aku bangga dapat menjadi warisnya.
Semua keturunan moyang aku dulu mewarisi satu daripada elemen yang moyang aku ada tapi aku dapat rasai ada satu elemen lain yang sangat berbeza dari yang lain. Aku pernah cuba menggunakannya tapi ia hanya mengeluarkan bayangan hitam dan ia sememangnya misteri.
"Oittt!! Red!!!" seorang lelaki melambai-lambai tangannya ke arah aku dengan sengihan lebar terlakar di wajahnya sambil berlari. Mata kirinya ditutup dengan pembalut. Rambutnya berwarna jingga. Inilah sahabat aku Shion Hamada. Mempunyai kuasa masa di mata kirinya. Ceria dan banyak mengajar aku cara untuk berseronok.
"Hah hah hah... Aduhh pagi-pagi dah kena berlari..." Shion berkata sambil tercungap-cungap dan tangannya disandarkan di bahu aku.
"Pfff... Yang kau pagi-pagi dah pecut buat apa?" balasku tersenyum lebar.
"Tak pelah... Exercise pepagi..." seorang lagi sahabat aku berjalan ke arah kami dengan senyuman. Di belakangnya seorang lelaki memakai hood sehingga tak menampakkan muka mengekorinya. Yang bercakap tadi adalah Mizu Tsuki, walaupun dia merupakan teman kami yang paling genius malah paling matang tapi dia kadang-kadang mengikut perangai gila Shion. Di belakangnya Suki Hayato. Kuasa memuja binatang bila-bila masa melalui buku sihirnya. Pendiam dan jarang bersuara namun sebenarnya dia seseorang yang suka menunjukkan perhatiannya kepada seseorang dengan cara yang unik; memberi lollipop.
Suki ke depan dan menyuakan lollipop kegemaranku yang pembalutnya telahpun dibukakan. Aku hanya mengangakan mulut dan menerima lollipop itu dengan hati yang terbuka. Dengan wajah puas hati aku berjalan sambil bersenandung.
"Red je? Aku punya tak de ke?" keluh Shion dengan muka mengada. Suki hanya teruskan melangkah menuju ke sekolah tanpa menghiraukan Shion. Mizu mengekorinya dari belakang.
"Kih kih... Padan muka kau," balas Mizu mengejek.
"Haa... Huhu... Sampai hati Suki palaukan aku ╥﹏╥" Shion mengeluh kecil dan menunduk memandang tanah seakan-akan semangatnya hilang.
"Kyoooohhhh!!" musang kecil tiba-tiba muncul di sebalik baju aku dan terus naik ke kepala.
"Kyaaa!!!" Shion terkejut sehingga jatuh ke belakang.
"Red! Ka- Kau bawak Niko?!" Shion kecoh dengan mukanya yang kelihatan cuak.
"Kenapa? Ada masalah ke?" soalku sambil mengusap kepala Niko yang telahpun melilit di leherku.
"Kau tanya? Ni! Ni masalah besar ni!" kata Shion dengan kecoh sambil menunding ke arah Niko.
"Hurmm..." aku membalas acuh tak acuh. Sekolah itu sebenarnya telahpun jadi milik ayahanda. Keturunan moyang sememangnya akan jadi pemiliknya. Lepas ni kemungkinan aku pula.
"Oit Red... Berani mati juga kau ni kan? Dah la dengan pakai subangnya. Agak-agaklah oi! Mentang-mentang anak pengetua. Kang ayahanda kau panggil kang padan muka kau," Shion berkata sambil berjalan malas di belakangku. Aku menghentikan langkah dan memandangnya.
"Kau lupa ke ayahanda aku tu vampire? Kau tengok masa sekarang ni waktu apa? Sekarang dia tengah nyenyak je tidur tu." aku berkata sambil senyum nipis. Shion terus menepuk dahinya.
"Haah... Lupa pulak... Sekarang ni penolong pengetua tu yang amek alih kan? Tapi kalau dia repot kat ayahanda kau macam mana?" Shion balas dengan soalan.
"Kita tengok dia berani ke tak," balasku sambil tersenyum sinis dan teruskan langkah diikuti Shion.
"Kyooohhh.." Niko meminta makanan sambil melilit di belakang leherku. Aku mengeluarkan epal segar lalu menggigit dan menyuapkan ke mulutnya dari mulutku.
"Iyekk..." Shion membuat muka jijik. Niko terus membuat renungan tajam ke arah Shion.
"Kyihhh" Shion terkejut dan menelan liur. Dalam diam aku tersenyum nipis. Rasa kelakar dengan aksi Shion dan Niko. Niko terus meminta makanan dari mulutku. Aku pula terus menyuapkan epal itu ke mulutnya.
🐺🐺🐺🐺🐺🐺🐺🐺🐺🐺🐺🐺🐺🐺
Di hadapan sekolah..
Pelbagai jenis pelajar yang dihantar ke sekolah ini. Kebanyakannya adalah ahli magis dan keturunan manusia yang mempunyai 'core magik'. Hanya aku saja seekor vampire yang belajar di waktu pagi. Sekolah ini sahaja yang mengumpulkan pelajar yang mempunyai 'core magik'. Walaupun dikatakan mereka lebih lemah daripada keturunan terdahulu namun kuasa mereka masih boleh jadi merbahaya jika tidak dikawal dan diperhati.
Seorang perempuan keturunan pahlawan langit keluar dari perut kereta hitam dan terus melambai ke arahku. Rambutnya beralun dan diikat tocang berwarna biru. Moyangnya bernama Kyuu Roaland. Dia ni selalu perasan yang kami mempunyai jodoh yang kuat disebabkan ikatan perjanjian antara satu sama lain. Namanya Kaisara Roaland. Pengguna kertas sihir pengunci dan juga pewaris legasi proses pengklonan. Aku membalas lambaiannya dengan lambaian kayu.
Di depan pagar, seseorang yang amat aku kenali dan merupakan kawan sekelas Mizu namun lebih rapat dengan Shion disebabkan pemikiran mereka sama. Di luaran kelihatan dingin namun akan menunjukkan sifat sebenarnya pada orang yang dia rapat. Berambut hitam dan bermata merah membuatkan kadang-kadang aku mahu tahu dia berketurunan apa untuk dapat mata merah tersebut.
"Oit... Hiara!!" tegur Shion dari jauh. Dia menjeling Shion dengan riak terkejut.
Shion mendekatinya sambil tersengih lebar. Aku pula hanya mengikut Shion dari belakang.
"Kau siapa? Aku tak kenal..." balas Hiara dingin tapi aku tahu dia cuma bergurau.
"Ahhh... Kau tak payah nak berlakon macam Red la der..." balas Shion lalu terus menepuk belakang lehernya. Masa mula-mula dulu Hiara tegur aku itu jawapan yang dia dapat. Mungkin dia sengaja nak mengungkit atau memerli aku.
"Sakitlah!! Kau nak kena ke?! Kau ingat leher aku tak de tulang ke ha?!" jerit Hiara. Semua pelajar yang masuk ke perkarangan sekolah mula memandang kami dan berbisik.
Aksi sekeh-menyekeh mula berlangsung. Mereka tak kisah pun akan persekitaran. Aku mula rasa tak selesa dengan pandangan pelajar lain. Aku hanya mengeluh perlahan.
Aku terasa ada seseorang memerhatikan aku. Malah hampir setiap hari tapi tak pernah berlaku apa-apa yang buruk kepada aku. Dia cuma memerhati. Pernah sekali aku hampir menangkap dia tapi dia hilang macam itu sahaja seperti hantu. Aku cuma ingat warna rambut dia yang berwarna krim dan pendek. Aku tak pernah nampak mukanya dengan jelas. Namun apa yang aku pasti dia seorang lelaki. Sekarang ni pun dia sedang memerhatikan aku di sebalik pokok tak jauh dari tempat aku berdiri. Aku hanya memandangnya dengan muka serius, cuba mengamati orang itu. Dia membalas renunganku dengan sengihan lalu menghilang selepas seorang pelajar lalu di hadapanku dan menghalang pandanganku.
'Apa dia nak? Siapa dia sebenarnya?"
"Oit... Red! Kau menung apa tu?," soal Hiara sambil tangannya mendarat di bahuku.
"Kau usha awek mane ha?" sambung pula Shion dan melakukan perkara yang sama seperti Hiara. Aku berada di antara mereka berdua.
"Apa korang merepek ni? Aku nampak hantu ha! Nak tengok tak?" aku membalas lalu terus meleraikan mereka dan mencangkuk leher mereka.
"Eleh... Mengaku jela..." balas Shion. Mukanya makin dirapatkan ke mukaku dengan sengihan nakal.
"Kau mesti suka kat seseorang dalam senyap kan...? Kan..?" balas Hiara pula dengan nada nakal. Aku rasa usikan mereka makin parah dan tiba masanya aku mengeluarkan senjata rahsiaku.
"(;一_一) Niko..." aku memanggil Niko untuk mendapatkan bantuannya. Niko keluar dan terus mencakar muka Shion dan menggigit telinga Hiara.
"Hehe... Rasakan" kataku sambil berlalu pergi dengan puas.
"Wahhhhhh!!! Musang jahat!!" mereka menjerit serentak dengan cemas.
"Grrrrr..." Niko hanya berderam garang di atas kepalaku menghadap mereka. Aku melangkah masuk ke dalam sekolah dengan senyuman senget. Aku mengusap kepala Niko yang telah mendarat di leher.
"Masa untuk masuk Niko" kataku. Niko berdecit lalu terus masuk ke dalam bajuku. Dalam senyap aku tersenyum. Bergaul bersama manusia, memang tak pernah bosan.
Bersambung..
.............................................................
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top