Prolog

A doll, the wolves, the foxes and a blue demon. The wheel of fate is spinning and in the matter of time, their fate...

Will crumble or... perish?

10 tahun yang lalu

"Ayahanda tak suka dengan sikap kamu ni Mika!" Raja Ayze mengelengkan kepala melihat perangai puteri bongsunya. Pakai pun macam lelaki!

"Biarlah dia ayahanda. Sekurang-kurangnya dia tahu cara untuk mempertahankan diri bila diserang." bantah Putera Damian memenangkan Puteri Mikaella yang tunduk, menguis lantai.

"Dia tu perempuan. Buatlah cara perempuan, ni tak adab ke laut. Asyik-asyik, lawat kawasan. Asyik-asyik ada latihan." bebel Permaisuri Lucy.

Puteri Mikaella yang mendengar, memusingkan bebola mata. Salahkah jika dia mahu belajar? Asyik terperuk di dalam istana, mestilah dia bosan.

"Hmm... apa-apa jelah." balas Puteri Mikaella, malas. Jadual pemeriksaannya padat.

"Kamu kena datang! Majlis itu untuk meraikan ulang tahun kelahiran kamu dan Mikael." bantah Ayahanda.

"Kenapa Mika? Mikael kan ada. Buat apa Mika datang, kalau semua penduduk tak suka Mika?" bidas Puteri Mikaella.

"Kamu kena datang." Raja Ayze berkata tegas.

"Yelah." Mikaella membalas malas, ayahanda kalau buat keputusan memang muktamad! Kau berdalih sekalipun, kalau hitam jawapannya memang hitam. Suka tak suka tolak tepi.

"Oh ayahanda. Ayrin ada nampak Birch pergi kawasan larangan." ujar puteri sulung kerajaan Malam, Ayrin Aiman.

'Mesti dia ada agenda. Setiap kali meronda mesti nampak dia. Tak serik serik betul. Aku tikam baru tau.' desis hati kecil Puteri Mikaella, geram.

Bila lawat kawasan je muka Birch, lawat kawasan muka Birch. Tak ada tempat lain ke?!

"Ada hal yang sangat mustahak kut." Sang Raja, Raja Ayze tetap memenangkan Birch. Anak sendiri pun tak nak dengar, si pengkhianat tu jugak kau menangkan. Lembab!

"Ayrin, Mika. Jom pilih baju untuk malam ni." Permaisuri Lucy mengajak kedua-dua orang puterinya. Puteri sulung, Ayrin mengangguk teruja manakala si bongsu hanya mengangguk malas.

"Yay pilih baju!" Ayrin bersuara teruja, sudah lama dia tidak menjejakkan kaki ke bilik persalinan keluarga.

'Bosanlah, yang bonda ajak aku ikut pasal sih?' Hati Puteri Mikaella membentak, namun di ikutkan jua permintaan sang bonda.

Bilik persalinan keluarga diraja.

Mikaella

"Dah sampai." Ujar Permaisuri Lucy, memanglah sampai tak akan nak pusing satu istana baru sampai? Fikirlah!

"Bosan." ujarku malas, aku berjalan ke sofa dan memerhati Bonda dan Ayrin sambil menongkat dagu.

"Bonda boleh tak Ayrin nak baju yang designnya ringkas? Kalau komplex sangat susah." tanya Ayrin.

"Sure" balas bonda.

"Bonda boleh tak-"

Bonda memotong percakapanku, "No"

"Why?" tanyaku.

"Wear gown. Please my daughter im begging you" ujar bonda dengan nada memujuk. Kau tau kan aku tak suka pakai gaun!

"Fine. BUT Mika akan pakai gaun yang tak terdedah ok." balasku dengan nada datar. Malas nak ambil tahu.

"Alright then." ujar bonda.

Aku yang kebosanan memerhatikan bilik yang dipenuhi oleh GAUN . Langsung tak de tuksedo. Huaa.... aku benci gaun menyusahkan betul. Sedang aku perhatikan bilik tu tiba tiba aku terbau asap dari ruang makan.

Tanpa menghiraukan bonda aku berlari ke ruang makan dan kelihatan beberapa orang pengawal sedang berusaha memadamkan api. Aku jadi kaku apabila melihat dayang Tina berada di dalam api.

Dengan keluhan berat aku masuk ke dalam api tu dan menyelamatkan semua orang yang berada di situ.

Aku keluar dari api dan melihat ayahanda bercekak pinggang,di sebelahnya bonda mengelengkan kepala.

"Kamu tahu tak bahaya kalau buat macam tu!" ujar ayahanda, risau. Eh.. ingat tak kesah pasal aku. Yelah kau kan sibuk melayan isteri baru, talam dua muka kau tu!

"Habistu,ayahanda nak diaorang mampus macam tu?" balas ku. Ayahanda tersentak mendengar jawapanku.

"Well nice job lil sis . Semua orang selamat!" ujar abangku yang sulung Putera Damian.

"Aku tau lah kau ada kuasa api tapi tak payah nak tunjuk hebat boleh tak?" balas kembarku, Mikael Farhan.

"Tak payah nak tunjuk hebat. Kau tu perempuan bukan lelaki. Terima jelah yang kau dilahirkan sebagai orang yang lemah," provok kembarku, sengaja mahu membuatku marah.

"Aku bukan lemah . Aku tahu sesuatu yang aku patut tak tahu. Sebabtu aku nak jadi kuat bukan LEMAH," bidasku, kasar.

"Tapi kamu tu perempuan . Buatlah cara perempuan. Ni tak panjat sana sini. Jadi gangster. Apa nak jadi dengan kamu ni?" ujar ayahanda, memenangkan Mikael.

"Kenapa semua orang tak setuju kalau perangai Mika macam lelaki?. Bagi Mika kalau jadi perempuan ni lemah. Kena ikut telunjuk lelaki. Macam lembu di cucuk hidung. Mika tak suka!" Bentakku, suara ku menaik ke not tinggi. Aku tak pernah meninggikan suara kepada sesiapa pun.

Semua terkejut mendengar pengakuan aku. Aku melangkah melintas mereka dan pergi ke bilik beradu aku.

Author

"PUTERI MIKAELLA!"ujar ayahanda dengan tegas.

"You dont know a thing your highness. She doing this for the kingdom sake. If you stop her,the kingdom will be a history." ujar Mikaella namun suara yang keluar bukan miliknya.

"Kalau kamu hentikan dia . Kerajaan ni akan dilanda sumpahan yang dahsyat!" ujar Damian tapi suara yang keluar bukan miliknya. Permaisuri Lucy dan Raja Ayze tergagam.

Tidak mungkin... mereka berdua.. Nama yang pernah mengukir sejarah di kerajaan mereka, terlintas di fikiran. Raja Zachary dan Permaisuri Zalikha.

Istana kerajaan Malam

"Kenapa kamu khianati beta,birch?" Sang raja, Ayze bertanya. Tubuhnya dibasahi darahnya sendiri. Dia termengah-mengah kerana sedari tadi menahan tetakan, orang-orang kepercayaannya.

Di kejauhan, kelihatan kota-kota dan kampung-kampung terbakar. Pekikan meminta tolong kedengaran walaupun sayup-sayup. Istana yang sebelum ini tersegam indah, musnah bagai kaca. Istana, mercu kebanggaan yang dibina daripada marmar kini musnah.

Keluarga diraja, dikepung oleh tenteranya sendiri yang sudah dibasuh fikiran oleh Fahrin. Lelaki berambut biru gelap bermata violet.

"Birch, hapuskan mereka. Aku nak pergi kerajaan lain." Fahrin berkata sebelum menepuk bahu Birch . Dia berjalan ke arah kumpulannya.

"Let's go."

Ahli kumpulannya tersenyum sinis sebelum bersorak. Malam itu sebuah kerajaan yang makmur, musnah.

Seorang gadis kecil berumur 6 tahun memerhati dari teropongnya sebelum memandang wajah abang angkatnya.

"Mereka dalam bahaya, kau pasti kau tak nak tolong?" Gadis itu menyoal, abang angkatnya mengeleng.

"Kejatuhan sesebuah kerajaan akan membina sebuah kerajaan yang baru. " Abang angkatnya menjawab, tenang. Sudah lali dengan peperangan yang berlaku.

"Mereka keluarga kita juga, mengapa?" Si kecil menyoal naif, sebelum rambut paras bahunya beralun ditiup angin.

"Kau akan tahu, tidak lama lagi." jawab si abang sebelum mendukung si adik. Mata merah si adik bersinar tatkala terkena cahaya rembulan. Bulan penuh, menjadi saksi kejatuhan sebuah kerajaan.

"Jom, tuan sudah menunggu."

"Jom!"

Mereka tidak mengetahui bahawa serangan itu telah memutarkan semula roda Sejarah. Apa yang telah berlaku pada masa silam, kini berlaku sekali lagi.

"Be brave and go through what life throw at you."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top