Bab 9-Mall
"Jom pergi Kantin." ajak gadis berambut biru pekat, bermata ungu-bernama Emily. Sebelah matanya ditutupi topeng. Dia berjalan mendahului Reo.
"Ya, mari pergi." balas Reo sebelum berjalan mengikuti Emily. Emily ketawa kecil.
Tanpa mereka sedar, angin meniup sepoi-sepoi bahasa. Menjatuhkan sehelai daun, sama seperti jatuhnya sebuah kerajaan yang mashyur. Kerajaan Ahmar.
Ya, mereka tidak sedar. Bahawa memori tentang hari itu akan menghantui mereka, pada masa akan datang. Waktu itu, yang hanya boleh menyelamatkan mereka ialah...diri mereka sendiri.
"Waktu tidak menunggu mereka, mereka yang harus mengejar waktu."
"Gadis kecil yang kehilangan takthanya...akan menuntutnya kembali."
Daniela menutup buku yang dibacanya sebelum mengangkat kepalanya. Hampir sahaja dia terbaling buku tu tepat mengenai dahi, orang dekat depan dia walaupun dia tahu orang itu tidak wujud.
"Ish, kau ni! Aku baling buku ni kena dahi kau padan muka! Muncul lagi depan aku. Lain kali, bagi salam atau paling susah...'hi.'," rungut Daniela. Mana taknya baru lepas habis baca buku, tiba-tiba depan mata ada sesuatu. Mana tak terkejut?
"Hehe~ Sorry..."
"Maaf, otak kau! Nasib baik aku tak ada serangan jantung kalau tak...Kha-" Daniela menepuk kedua-dua belah pipinya. Tak percaya yang dia hampir sebut nama kawan baiknya sendiri.
"Cakap jelah~ kau suka dia, Dani~." Si suara menggoda, untuk maklumat lebih lanjut. Mahu sahaja dia baling dengan kerusi. Menyusahkan betul!
"Ah...ya," Daniela mengeluarkan sesuatu dari saku seluarnya. Sekeping gambar. Si suara itu pun turut melihat apa yang ada pada gambar tersebut.
"Hari ni~ Hari jadi aku! Yay! " Si suara bersorak gembira. Nasib hanya Daniela sahaja yang boleh mendengar dan melihat jelmaan seekor serigala di hadapannya. Kalau orang lain lihat, mahu pening kepala.
"Hm...apapun. Happy Birthday. " ucap Daniela dan si serigala jelmaan mula menyalak bagai nak rak.
"Hehe~ Aku dah agak yang kau nak cakap perkara tu sebenarnya~."
"Dan aku tahu kau memang menjengkelkan." ujar Daniela sebelum berjalan meninggalkan serigala jelmaan itu. Ia bernama...Lia. Seekor serigala yang agak hiperaktif kalau ditanya.
"Kejam! "
"Yeah-yeah. Whatever." Daniela membalas acuh tak acuh sambil mengangkat tangan kanan ke atas. Nalurinya berkata, jika dia berlama-lama di situ, sesuatu yang buruk-sangat-sangat buruk akan berlaku.
"Oh ya! Hati-hati dengan helang yang jinak, walaupun ia dah dijinakkan. Ia masih ada sifat liarnya." ujar Lia sebelum menghilang ditelan angin sepoi-sepoi bahasa.
Daniela mengangguk walaupun, dia tahu Lia tidak melihatnya. Kedua-dua belah tangannya yang disarung, sarung tangan bewarna merah hitam ditatap. Dia masih ingat, sewaktu kali pertama kedua-dua belah tangan itu dibasahi darah.
"Hanya...mereka yang berusaha untuk berjaya, akan berada di atas."
Dia masih ingat perasaannya ketika dipaksa menarik picu pistol. Kaki dan tangannya menggeletar seperti diletakkan di dalam bilik bersuhu 5°celcius!
□□□□□
"Daniela! Cepat atau aku tinggalkan kau kat sini.!"
Kedengaran suara keras melengking di kawasan kejiranan itu. Nasib baik jiran-jiran sudah membiasakan diri jika tidak mahu, percuma sahaja. Pemuda itu akan ditengking oleh jiran-jiran.
"Kejaplah Khairul, kau fikir nak pakai kasut ni senang?" Daniela menjawab sambil mengikat tali kasutnya yang terbuka. Setelah berpuas hati, dia berlari anak mendekati Khairul.
"Teleport,Mall." gumam Khairul dan serta-merta mereka berdua sudah berada di hadapan,pintu gerbang sebuah kompleks membeli-belah.
Tujuan merek berdua ke sini adalah untuk membeli pakaian untuk misi mereka empat minggu atau sebulan lagi.
"Lagi cepat kau pilih baju, lagi cepat kita balik rumah dan aku boleh tidur." ujar Daniela yang sememangnya malas dalam urusan membeli belah. Baginya, yang penting ada baju tu je.
"Yelah, yelah." balas Khairul sebelum melangkah masuk sambil menyeret Daniela yang menahan kantuk. Gadis itu tidak meronta dan hanya mengikuti langkah Khairul dari belakang.
"Hmm~"
Sungguh Khairul mahu tahu apa yang ada dalam kepala otak gadis di belakangnya. Sentiasa ada idea untuk membuat idea yang kadang-kadang tidak masuk akal, tetapi berguna.
"Wei, aku jadi pengacarakan masa majlis tu?"
"Yup." jawab Khairul sebelum menarik tangan Daniela ke kedai pakaian majlis. Nasib baik kerana kedai tersebut belum ditutup.
Setelah mencuba beberapa baju.
"Aku pilih yang ni." ujar Daniela sambil menunjukkan gaun bewarna merah ditangannya. Wajah Khairul dipandang sambil menjongketkan keningnya.
"Ok, kalau macam tu. Aku pilih yang ni." ujar Khairul sambil menunjukkan tuksedo bewarna cyan ditangannya. Wajah si penjual dipandang. Melihat si penjual mengangguk membuatkan Khairul tersenyum nipis.
"Baik," Khairul berkata sebelum mengambil gaun bewarna merah dari tangan Daniela, sebelum diberikan kepada si penjual untuk dibungkus.
Setelah dibungkus, Khairul menghulurkan beberapa keping not duit kepada penjual sebelum mengambil beg berisi pakaian mereka.
Mereka berdua keluar dari kedai dan mahu berjalan ke kedai makan, jika Daniela tidak menarik lengan bajunya. "Hm?"
"Aku nak beli buku catatan, boleh?" Daniela bertanya sambil mengiringkan kepala ke kiri. Khairul dengan muka yang boleh buat strawberi, mengangguk laju sebelum menoleh ke arah lain untuk menyembunyikan wajahnya.
"Yay!"
Daniela melepaskan pegangannya pada lengan baju Khairul sebelum berlari anak ke kedai yang menjual alat tulis berhampiran. Belum sempat Khairul menahan, gadis itu sudah hilang dari pandangan.
"Sekarang...mana Daniela pergi?" gumam Khairul sebelum meneruskan langkah menuju ke bangku yang berhampiran. Dia tahu tentang kelebihan Daniela, jadi dia tidak perlu risau.
Ah,
Sepatutnya dia mendengar apa yang Khairul harus cakap, sebelum pergi begitu sahaja. Sekarang siapa susah? Diri sendiri juga.
"My lord, jangan jalan terus, atau seseorang akan melukai kamu."
Suara asing yang sentiasa berada disisinya itu, kadang-kadang membantu jika dia tersesat.
Dia memutuskan untuk mendongak untuk melihat papan-papan tanda kedai-kedai. Setelah terlihat kedai yang dicari, segera dia menuju ke situ.
Dia disambut ramah, setelah selesai membeli dia melihat sekeliling. Tidak, tiada bayangannya. Dia tertanya-tanya mana si pemuda berambut putih itu?
"
Dia ada dekat depan, dekat bangku tengah tunggu, Lord." Suara itu bersuara lagi. Dia berterima kasih dalam diam sebelum bergerak ke lokasi.
"Khairul~." ujarnya ceria saat kelibat pemuda berambut putih, menyapa matanya. Si pemuda yang dipanggil mengangkat wajah, serta merta senyuman yang mampu mencairkan hati wanita menghias bibirnya.
"Dani. Kau buat aku takut tau tak! Kalau kau hilang macam mana? Apa aku nak jawab dekat Khaisara kalau kau hilang? Afwan lagi..." Dalam perjalanan pulang, Khairul hanya memgomel sahaja. Daniela hanya memekakkan telinga. Sudah biasa.
"Ah...dua serigala itu benar-benar cocok."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top