Bab 7- Masa untuk kelas
"Wei...apa patut aku buat? Aku nak tolong dia tapi...aku takut." tanya Khairul bersama senyuman kelat. Daun pokok sakura gugur dan mengenai mukanya. Angin bertiup sepoi sepoi bahasa.
"Heh, aku patut tahu. Terima kasih, Tuan Ryozo." gumamnya perlahan sebelum bangun dari duduk. Mata biru lautnya memandang sayu bayangan Tuan Ryozo.
Dia mengangguk faham sebelum berjalan pergi meninggalkan pokok sakura.
"Aku..akan cuba."
□□□□□
"Macam mana Mori-san?" soal France apabila melihat Doktor Mori menangguk angguk, selepas memeriksa keadaan Daniela.
"Dia cuma demam biasa, dia pengsan sebab tak cukup tidur dan tak makan sarapan." jawab Doktor Mori, selamba. Sebelum memandang ke arah pintu. Khairul yang berdiri di situ hanya menatap mata Doktor Mori, kosong.
"France, kau boleh keluar."
"Baik." balas France sebelum melangkah keluar dari bilik rawatan, meninggalkan Doktor Mori dan Khairul bersendirian. Ouh..tidak lupa juga, Daniela yang masih pengsan.
"Ada apa kau nak cakap dengan aku?" soal Mori. Matanya menatap tajam mata biru laut Khairul.
"Ia tentang Daniela." jawab Khairul tenang, dia tersengih sebelum berjalan mendekati Daniela yang tidur di katil.
"Nia, aku tahu kau dah jaga." ujarnya sebelum mengoncang sedikit tubuh Daniela. Daniela mengeliat kecil sebelum membuka mata, membuatkan Mori terkejut. Macam mana?
"Tau, tau je kau ni." balas Daniela sebelum bangun dari perbaringan. Mata merahnya memandang Mori yang terkejut.
"Hehe~ Yo, Mori-san!" sapa Daniela selamba, dia tidak menghiraukan pandangan terkejut Mori. Khairul di hadapannya, hanya diam.
"Nee..Nia, kau ingat tak apa yang jadi tahun lepas?" Khairul menyoal, membuatkan Daniela mengiringkan kepala ke kiri, tak faham.
"Tahun lepas? Hmm..,"
"Kau ingat tak?" soal Khairul.
"Kalau tak silap aku, aku jatuh dari tempat tinggi dan ada tangan cuba capai tangan aku, tapi tak dapat." jawab Daniela sebelum perutnya berbunyi. Serentak itu, mukanya merah.
"Lapar, betul." ujar Khairul sambil mengelengkan kepala. Mori di belakangnya cuba menahan ketawa.
"Baka!" jerit Daniela, menahan malu. Kedua-dua belah tangannya menutup muka. Bukan salah dia! Perut dia yang berbunyi tiba-tiba!
"Nah." ujar Khairul sebelum menghulurkan sebungkus roti berperisa jagung di hadapan Daniela.
Mata merah Daniela terus bersinar teruja sebelum mengambil roti jagung.
"Mhm! ROTI JAGUNG!" jeritnya tanpa sedar, yang dia diperhatikan oleh Khairul dan Mori. Bungkusan plastik dibuka, sebelum dia mula makan roti jagung seperti kanak-kanak yang mendapat gula-gula.
"Terima kasih!" ucapnya setelah habis makan roti. Daniela tersengih tanpa rasa bersalah saat melihat Khairul mengelengkan kepala.
"Uhm...Nia lepas sekolah, kita pergi mall boleh tak?" tanya Khairul sambil menunduk. Daniela yang mendengar hanya menganggukan kepala, setuju.
"Hehe~"
"Oh ya! Daniela, kau rasa siapa yang cuba capai tangan kau waktu tu?" soal Mori, matanya menatap mata merah Daniela. Dia sedar, tentang Khairul yang kelihatan seperti mahu membunuhnya dengan pandangan yang tajam.
"Hm..kalau tak silap, budak tu pendek dan rambut dia warna putih. Tu je yang aku ingat." jawab Daniela. Tidak perasan tentang si Khairul yang dah berura-ura nak bunuh Mori.
"Rambut putih ya...? Mesti orang tua." selamba sahaja Mori mengutuk Khairul. Nasib depan bukan belakang.
"Tch," Khairul berdecih sebelum berjalan keluar dari bilik rawatan. Dari ada orang kena bakar, lebih baik dia masuk kelas.
"Mori-san, Kau tau tak kuasa Khairul apa?" Daniela menyoal.
"Kuasa dia,..cahaya." balas Mori sebelum menepuk bahu Daniela bersama seringai.
"Sebelum tu, lebih baik kau makan ubat."
"Tak nak!"
Daniela memandang Mori dengan tatapan yang menjijikan. Kalau ya pun nak suruh orang makan ubat, jangan buat macam tu. Seram tau!
"Kalau macam tu, aku suruh Khairul suapkan kau nak?"
"MACAMLAH DIA AKAN BUAT!"
"Jangan menjerit boleh tak?"
"yelah," balas Daniela sebelum mengambil ubat dari tangan Mori. Ubat ditelan sebelum meneguk air.
"Pergi masuk kelas." arah Mori sebelum Daniela merengek malas.
Daniela mencebik sebelum turun dari katil dan berjalan menuju ke pintu. Saat tangannya menyentuh tombol pintu, dia teringat sesuatu. Dia melirik ke arah Mori.
"Tentang tahun lepas...Boleh kau terangkan kat aku nanti, King?" soal Daniela sebelum dia menghilang di balik pintu.
"Tahun lepas huh?"
□□□□○□○□□
"Muaz,tangkap!" arah Lufti sambil membaling bola ke arah Muaz. Muaz yang berada di hadapan Jake, segera menangkap bola paras kepala itu.
"Yosh!"
Muaz membaling semula bola ke arah Lufti sebelum berlari ke hadapan pintu gol. Lufti cuba menangkap bola tapi tidak sampai, ia terlampau tinggi.
Bola tersebut melantun, dan menjauhi kawasan mereka bermain. Bola tersebut bergolek dan mengenai kaki seseorang. Dia menunduk untuk mengambilnya sebelum namanya dijerit,
"FRANCE!"
France menoleh dan melihat Lufti dan yang lain berlari ke arahnya untuk mengambil bola. Khairul di belakangnya berjalan ke arah Khaisara.
France membaling bola ke arah Lufti dan dapat ditangkap.
"JOM SAMBUNG MAIN!" jerit yang lain, Lufti dan Muaz mengangguk sebelum memandang France.
"Mainlah sekali." ajak Muaz , France mangangguk sebelum mengikuti mereka berdua untuk bermain.
Khairul dan Khaisara duduk di meja batu yang berdekatan dengan gelanggang bola baling. Khaisara menjongket kening, seperti hairan dengan teletah adiknya.
Walaupun umur mereka berdua sama, tapi... Khaisara lahir bulan Februari, Khairul lahir bulan November.
"Rul, kau kenapa?"
"Wei...kau rasa,aku patut tak mengalah tentang cari ingatan Nia?" soal Khairul tiba-tiba. Khaisara yang mendengar, terus menghentak meja.
"Tak! AKU TAK AKAN BENARKAN!" jerkahnya.
Cukup untuk membuatkan Khairul mengigil. Khaisara menarik nafas kasar, mata kuningnya merenung tajam mata biru Khairul. Dia terlihat ketakutan di mata biru laut Khairul.
"Aku...tak akan benarkan sebab, dia tu partner kau. Cuma kau je yang boleh tolong dia." ujar Khaisara sebelum menepuk bahu Khairul. Memang dia rasa nak tumbuk je muka adik dia ni.
"Dah setengah jalan, kau tolong dia. Kenapa kau nak mengalah sekarang?" soal Khaisara sebelum dia teringat sesuatu. Memori ketika mereka masih kecil, sebelum kemusnahan Kerajaan Malam.
"A-aku..."
"Kau tak nak tengok dia tersenyum lebar macam hari tu ke?" soalan dari Khaisara, membuatkan Khairul tersentak lalu memandang mata kuning Khaisara.
"Mestilah, aku nak tengok senyuman lebar dia. Kalau aku tak nak, aku tak akan tolong dia ingat balik."
Jawapan Khairul, membuatkan Khaisara tersenyum kecil.
"Jadi sebab tulah, kau kena tolong dia ingat balik. Kuasa kau je yang boleh tenangkan dia. Want to know why?"
"Kenapa?"
"Ingat tak masa kecik, Nia hampir nak bunuh Afwan dengan kuasa dia?" soal Khaisara. Dia bangun sebelum duduk di sebelah Khairul. Rambut putih adiknya diusap perlahan.
"Jadi?"
"Ish, kau ni! Masa dia nak tikam Afwan, kau pergi peluk dia. Ingat tak?"
"Ingat...jap. Pastu dia pengsan." jawab Khairul, sebelum teringat sesuatu. Mata birunya membulat.
"Kelebihan, yang menenangkan kuasa lain."
"Wait..."
"What?!"
Khaisara mengelengkan kepala melihat reaksi adiknya. Tangan yang digunakan untuk mengusap rambut adiknya. Diangkat sebelum
Kuuk!
"Ittttaaaaiii!"
"Bebal kau bawak laut boleh?"
Khairul mencebik sebelum mengusap kepalanya. Dia sempat mengumam;
"Patutlah Zakuan suka dia."
"Apa kau cakap?!"
"Patutlah...engkau jadi kakak aku! Haah, patutlah engkau jadi kakak aku!"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top