Bab 6 - Demam.

Akhirnya, kepala Lufti benjol kerana ditumbuk oleh Cikgu Reine dan Cikgu Adam. Menangislah si pemuda nakal itu sambil merengek.

"Cikgu kejam! Budak sebaik saya ni dipukul kerana alasan tidak masuk akal! Ini tidak adil!" bentak Lufti. Bagai terlupa di hadapannya ialah guru disiplin sekolah dan guru yang terkejam dalam bab memberi kerja sekolah.

"Baru tahu ke? Dunia-tak,manusia sekarang ni memang kejam. Bunuh anak sendiri untuk duit. Musnahkan sebuah kerajaan kerana dendam. Kenapa, kau ni naif sangat? Nama je yang terkuat dekat dunia tapi bodoh." ujar Cikgu Adam datar, menyebabkan Lufti tersentak.

Namun tidak lama kerana senyuman manis, yang sentiasa ditayangkan muncul dibibir Lufti. Hatinya bersetuju dengan itu tapi dia tetap membantah tentang satu penyataan.

"Memang saya bodoh tapi, saya tak nak orang lain menderita macam saya. Ya, saya ni putera tapi..saya benci status saya. Hendak tahu kenapa?" soal Lufti. Mata biru kelabunya menatap malas mata merah Cikgu Adam.

"Kenapa?"

"Ia menyakitkan, kerana..saya..tak mampu selamatkan kawan-kawan saya semasa kejadian sepuluh tahun lepas." jawab Lufti tenang, dia malas mahu menafikannya lagi.

"Saya tak minta pun jadi yang terkuat, tapi..saya tahu mesti ada sebab saya dapat kuasa ni." sambungnya sebelum menepuk tangan. Serta merta kelas yang bersepah menjadi kemas semula.

Dia hanya tersenyum sebelum duduk semula ditempat duduknya, disebelah Muaz. Jarinya mengetuk meja, pandangan yang diberikan amat lembut.

"Kalau cikgu tak nak mengajar...tak apa. Kami boleh pergi padang, main atau berlatih. Cikgu pilih. Mengajar atau biarkan kami berlatih."

Nada suaranya, ceria seperti biasa. Jika tiada siapa mengenalnya dengan lebih mendalam,pasti tidak sedar itu sebenarnya satu ugutan.

Dia sedar, jika seseorang guru tidak mengajar dan membiarkan murid-murid berkeliaran. Guru itu mungkin ditukar ke unit lain. Contoh; Jika cikgu itu di unit bahasa, dia akan ditukarkan ke unit sejarah.

Dia boleh gunakannya untuk menukar unit Cikgu Reine ke unit Cikgu Adam. Walaupun telinganya akan pekak kerana tengkingan kedua-dua orang cikgu itu, sekurang-kurangnya dapatlah dia..melihat ibu saudaranya naik pelamin!

"Uh..."

"Muaz! Jom pergi padang! Aku dengar Nia dan Khairul ada kat situ!"

Lufti berkata selamba sebelum menarik tangan Muaz keluar dari kelas. Murid-murid yang lain, bagai sedar tentang arahan yang diberikan. Segera mengejar langkah Lufti, meninggalkan Cikgu Reine dan Cikgu Adam yang terkaku ditempat mereka.

"Budak tu...!" Cikgu Reine mengetap gigi, hampir sahaja Cikgu Adam disebelahnya cedera jika tidak mengelak tumbukan sisinya.

"Aku jumpa dia..akan aku penggal kepalanya!" gumamnya perlahan tapi didengari oleh Cikgu Adam yang dalam diam membayangkan. Cikgu Reine yang ayu bertukar menjadi hulk gara-gara Lufti Kurogami.

"Wanita memang menakutkan." perlahan sahaja kata-kata tersebut keluar dari mulutnya. Mata merahnya menatap ngeri papan hitam yang hampir pecah.

"Memang tak boleh dibuat isteri," sambungnya sebelum mata merahnya bertemu mata hijau Reine. Air liur ditelan,pahit.

"Apa kau cakap?!"

"Patutlah ramai lelaki tak nak kau. Panas baran rupanya." ujar Cikgu Adam selamba sambil mencatat itu di buku notanya.

"Kau diam,perban!"

"Tsundere!"

"Perban!"

"Tsundere." balas Cikgu Adam malas, sebelum menjentik dahi Cikgu Reine. Dia berjalan ke luar sambil mengangkat tangan,

"Sekejam-kejam aku, aku tak akan penggal kepala anak saudara sendiri."

Muka Cikgu Reine memerah sebelum membaling pemadam papan hitam tepat mengenai kepala Cikgu Adam.

"Baka!"

"Duh..baru tahu ke?"

□□□□□

"Engkau pasti dia ni pengkhianat tu?" tanya France sambil melihat gambar seorang gadis berambut hitam paras pinggang, bermata ungu, di tangan Daniela.

"Semua bukti ada dekat dia..tapi..," Daniela menjedakan ayatnya saat kepalanya berdenyut dengan kuat.

"Nia? Oi! Nek kau ok tak?!" soal Khairul apabila melihat Daniela berjalan terumbang ambing. Mahu si gadis itu demam, habis dia kena bahan dengan Lufti. Mampus.

"T..tak cukup tidur je..d-" perkataan yan mahu disebut oleh Daniela terputus saat pandangannya mengelap. Perkara terakhir yang dia dengar ialah.. jeritan risau Khairul.

Gadis berambut hitam paras pinggang itu hampir sahaja terjatuh jika France tidak menahan tubuhnya. Tangan kanannya diletakkan di dahi si gadis. Panas.

"Cepat bawa dia pergi bilik rawatan!" arah France tegas. Tubuh Daniela dicempung sebelum memandang wajah Khairul. Penuh harapan.

"Haih...teleport." ujar Khairul perlahan namun France tahu, temannya itu risau tentang gadis dicempungannya itu.

"Uh..doktor Mori!" panggil France cemas. Hari pertama sekolah dah demam. Kau fikir? Mana tak risau!

"Ya-ya. France ada apa?" soal seorang jejaka berambut hitam. Dia memakai kot doktor yang labuhnya paras lutut.
Mata coklatnya memandang France yang mencempung tubuh Daniela hairan.

"Nia, demam." ringkas sahaja jawapan France. Doktor Mori mengangguk sebelum mengarahkan France untuk meletakkan Daniela di bilik rawatan.

France mangangguk sebelum melakukan apa yang disuruh oleh Doktor Mori.

"Khairul-kun." panggil Doktor Mori. Hanya mereka berdua berada di koridor bilik rawatan.

Khairul yang sedang termenung, tersedar dan segera memandang Doktor Mori.  "Ya?"

"Jangan..memberi harapan jika tidak mampu tepatinya." ujar Doktor Mori tegas. Mata coklatnya merenung tajam wajah Khairul. Jika boleh tembus, mesti sudah tembus.

"A-apa yang doktor maksudkan?" soal Khairul gagap, tapi dia berusaha tenang. Wajah datar dikekalkan sebelum membalas renungan Doktor Mori.

"Daniela tu adik saudara aku, kalau ada apa-apa jadi kat dia. Mati engkau." ugut Doktor Mori sebelum berlalu ke ruang rawatan.

'Sial,'

Khairul menyumpah dalam hati. Dia faham benar dengan ucapan Doktor Mori tadi. Ia ada kaitan dengan peristiwa tahun lepas. Dia hampir membunuh Daniela, kerana gadis itu tidak sempat dicapai olehnya.

"Nia..kenapa sekarang engkau perlu amnesia?" soalnya perlahan tapi dia pasti, suaranya bergema di korridor yang sunyi. Dia paling benci tentang gadis berambut hitam itu ialah sifatnya yang satu,

Sentiasa..membuat orang berasa jengkel dengannya.

'Tapi, ia salah aku jugak. Kalau aku sampai tepat pada masa, tak mungkin Daniela akan amnesia kan?' soalnya dalam hati.

Fikirannya benar-benar serabut! Dia sebenarnya tidak kisah tentang gadis berambut hitam, bermata merah yang merangkap pasangannya setiap kali bermain sejak kecil. Dia cuma merasakan..dia perlu melindungi gadis itu.

"Siapa sebenarnya kau Daniela? Kenapa..kau tetap jadi partner aku walaupun aku...hampir bunuh kau?"

Khairul berjalan keluar dari bilik rawatan, dia menuju ke taman bunga di sebelah bilik rawatan. Di sana, ada sebuah pohon sakura yang amat cantik dan ia satu-satunya penawar kepada kebuntuan Khairul.

"Hey, aku datang lagi. Tak salah kan, old friend?" soalnya. Dia duduk bersila di hadapan pokok sakura. Bersedia untuk berbicara seorang diri seperti orang gila pada pandangan orang lain.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top