Bab 4 - Crâne
"Musang?" ujar Reo perlahan sebelum memandang musang kecil yang berada di pahanya. Sebelum mengangkat wajah memerhati bilik rawatan.
"Ah... aku hilang kawalan ke France?"
"Kau halusinasi lagi, kau panggil aku Raiden. Kau tau kan dia dah tak ada." jawab France sebelum melompat ke atas kepala Reo.
"Aku tahulah..."
"Selagi kau masih tak terima dia dah tak ada. Selagi tu aku akan kacau kau dalam bentuk musang ni." ujar France selamba sebelum berguling-guling di atas kepala Reo.
"Haih... aku taulah. Oh ya, kenapa bulu kau warna biru kehijauan?" soal Reo sebelum mengangkat tubuh musang France dari kepalanya.
"Entah..." France mengeliat kecil sebelum menjilat pipi Reo. "Oit!"
"Hahahaha! Muka kau merah!" France ketawa kecil melihat muka merah Reo yang macam tomato. Reo mengembungkan pipi sebelum musang itu dibaling ke dinding.
"Kenapalah, manusia kejam sangat dekat haiwan yang comel ini?" soal France sebelum mendarat dengan cantik. Terima kasih kepada kuasa anginnya,dia berjaya mendarat dengan selamat.
"Reo...!" Khairul dan Daniela melangkah masuk ke dalam bilik rawatan yang sudah serupa tongkang pecah.
"...Tanya dia." France bertukar ke rupa manusianya sebelum menuding ke arah Reo. "Dia yang sepahkan."
"Menyusahkan." ujar Daniela sebelum memetik jari. Bilik yang sebelum ini serupa tongkang pecah menjadi normal semula.
"Yay, thanks Daniela!" Reo melompat teruja sebelum memeluk Daniela. Daniela hanya tersenyum kecil sebelum dia membalas pelukan Reo.
"Haih... kau ni serupa budak kecik."
"Aku memang budak kecik, baru tau ke?" Jawapan polos Reo membuatkan Daniela menolak tubuh Reo menjauh sambil mengulingkan mata.
"Perasan, taulah kau pendek."
"Eh... kau tu lagi pendek dari aku!"
"Beza tiga cm je kut!"
"Kau berdua... sudahlah tu..." ujar Khairul datar, membuatkan Reo dan Daniela terdiam. Macam tak biasa dengan manusia seorang ni, jangan langgar arahan dia atau mati.
"Yelah.."
"Ouh. Ya. Reo kau kelas Black kan?" soal Daniela teruja, mata merahnya bersinar. Siap terlompat-lompat lagi macam budak kecik.
"Ha'ah."
"Bagus! Kau bagitahu cikgu. Aku, Khairul dan France tak masuk kelas sebelum rehat hari ni boleh? Kami ada hal sikit." pinta Daniela membuatkan Reo mengangguk.
"Pengetua tau tak?"
"Sentiasa tahu!"
"Hm... aku pergi dulu." ujar Reo sebelum keluar dari bilik rawatan. Meninggalkan Daniela, Khairul dan France.
"Hehe... Orait! Jom cari mamat tak guna tu!" ujar Daniela bersemangat. Tangan kanannya digenggam erat. Tidak sabar mahu mencari siapa mata-mata Curse Anaconda di sekolah mereka.
"Khairul..." panggil France perlahan hampir tak kedengaran. Khairul menoleh ke belakang, memandang France yang gelisah.
"Kenapa?"
"Uh... a-aku. Ah.. ta-tak ada apa" balas France tergagap. Tak. Ini belum masanya lagi. Rambut hadapan dikusutkan cuba menutup matanya.
"Lapar?" soal Daniela yang berdiri di sebelah Khairul. France hanya mengeleng sebelum tersenyum nipis.
"Kalau kau ada masalah kau boleh bagitau kami. Tentang Reo ke?" tanya Khairul sebelum menepuk bahu France perlahan.
"Kau,ada sesuatu yang kau nak bincangkan? Nanti jumpa aku." suara Khairul bergema di dalam kepalanya. France hanya mengangguk perlahan.
"Hari pertama sekolah dah ponteng. Haih... malang betul. Baru ingat nak kehadiran penuh." gumam Khairul perlahan. Dia melajukan langkah, meninggalkan Daniela dan France di belakang.
"Kenapa tak teleport je kan?"
"Entah." France membalas sebelum bulatan magis bewarna biru muncul di bawah kakinya dan Daniela, membuatkan langkah mereka berdua terhenti.
"Teleport, bumbung sekolah." ujar Khairul sebelum cahaya biru yang menyilaukan mata muncul. Seminit, selepas itu mereka berada di bumbung sekolah.
"Hmm...!" Daniela mengeliat kecil sebelum menguap. Angin yang menyapa tubuh sungguh menenangkan.
"... Nia, kau dah jumpa kan. Pengkhianat tu?" tanya Khairul. Senyuman sinis terukir di bibirnya.
"Yup, aku dah jumpa! Cuma..." Daniela membiarkan ayatnya tergantung membuatkan Khairul hairan.
"Cuma?"
"Aku nak umpan dia masuk perangkap. Lepastu, kau berdua nak bunuh dia atau seksa dia. Pilihan kau berdua." sambungnya bersama senyuman manis. Namun, aura yang keluar menyatakan sebaliknya.
"Siapa dia?"
"Ah... kita kenal dia sangat-sangat."
□□□□□
'Mati,mati,mati!' Lufti menyumpah seranah dalam hati sambil mengelak serangan raksaksa hodoh di hadapannya.
"Cikgu, kenapa saya kena lawan mahkluk hodoh ni?!" jeritnya sebelum mengelak ludahan raksaksa tersebut. Perasaan jijik menyelebungi hati.
"Lawan jelah! Tak payah jadi penakut sangat!"
'Dalam banyak-banyak raksaksa, kenapa raksaksa paling jijik nilah... cikgu pilih?!' bentaknya dalam hati. Raksaksa di hadapannya ialah Crâne. Raksaksa paling lemah dan paling jijik pernah wujud di dunia ini! Badannya bersisik seperti buaya tapi ada kaki dan tangan. Euww...
"Wuaa!" jeritnya sebelum mengelak libasan tangan Crâne. Menyedari dia tiada pilihan, aura yang ditahan, dilepaskan.
Rourrr!
"Oit!" Lufti mengelak ludahan asid Crâne sambil merangka strategi di dalam fikirannya. Dia tersenyum sinis sebelum dia berhenti berlari. Ais yang kelihatan seperti tombak diseru, sebelum dibaling ke arah Crâne.
Crâne dengan mudahnya menepis serangan tersebut membuatkan senyuman sinis Lufti mekar. "I got you."
Crâne menghentakkan kakinya ke tanah lalu tanah mulai merekah! Sepasang tangan keluar dari celah rekahan tersebut.
"Shit..." carut Lufti sebelum cahaya biru muncul di bawah kakinya. Air liur diteguk pahit, senyuman kelat terukir di bibir.
"Tch, tahu-tahu je aku nak lari." gumamnya perlahan sebelum wajah guru matapelajaran berlawan dipandang. Guru yang bernama Herle hanya mengangkat bahu bersama senyuman sinis.
"Mati,aku kena buli hari ni."
Rourr!!
Makhluk yang keluar dari rekahan tanah itu ialah golem paya. Salah satu daripada golem yang mengawal kristal-kristal. Badan golem tersebut dipenuhi lumut dan berbau. Busuk!
"Great..." Lufti terus meluru ke arah Golem. Kuasa aisnya berubah sewaktu dia menjerit;
"Change, water!"
Saat itu, tombak ais yang ditepis Crâne tadi terus berubah menjadi lopak air. Lufti tersengih sebelum menyeru katananya dan dibaling ke arah Golem.
"One slash, should end it. Water mimicry!" Katananya berubah menjadi air sebelum mengelilingi golem.
"End it."
Arah Lufti sebelum air tadi membentuk dirinya dan...
Slaaassshhh!
Kepala golem tersebut terputus dari badan. Darah biru terpercik merata-rata. Crâne dipandang. Mata biru kelabunya hilang sinar, saat aura dahagakan darahnya dilepaskan.
Lopak air yang terhasil tadi membentuk seekor naga air dan terus membelit Crâne.
"Ice and water, take form of the snow dragon. Neige!"
Naga air yang membelit Crâne tadi, terus membelit dengan kuat sehingga Lufti muncul di hadapannya bersama katana.
"Drown in hell."
"Neige!"
Lufti melibas katananya manakala Neige membuka mulutnya. Aura biru seperti sfera terhasil. Jeritan nyaring Crâne kedengaran ketika Lufti melibas katananya.
"Winter rour!" arah Lufti sebelum sfera aura Neige memusnahkan Crâne. Darah biru membuak keluar dari kepala Crâne. Lufti mendarat di hadapan Cikgu Herle. Neige hilang sebaik sahaja Crâne musnah.
"Aku kagum."
"Thank you." balas Lufti sebelum menundukkan badannya sedikit. Dia berlalu ke bilik persalinan untuk menukar baju.
Sebenarnya, tengah musim periksa. Huhu T-T. Wish me luck. Haha. Anyway... see you in the next chapter!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top