Bab 31 - Thoughts
T/W: Implied Suic**de mention/ thoughts.
Di bumbung sebuah bangunan 10 tingkat, seorang pemuda berambut biru pucat berjalan perlahan-lahan menghampiri hujung bangunan. Kedua-dua belah tangannya diangkat melepasi bahu, matanya sesekali menjeling ke belakang.
Memandang gadis berambut hitam bertocang dua yang tersenyum sinis. Tangan kiri mengacu pistol ke arahnya.
"Jump or get shot." Satu suara berbisik sinis ke telinganya. Dia hanya mengelengkan kepala, tidak mahu jatuh lebih dalam ke dalam permainan mereka.
"Lebih baik mati melindungi berbanding mati sia-sia. " Dia berbisik perlahan. Membiarkan angin membawa pergi debaran di dadanya. Tak sangka, orang yang dia percaya sanggup mengacu pistol ke arahnya.
Kadang-kadang dia hanya mahu tumbuh sayap dan terbang ke bulan lalu jatuh dalam perjalanan. Dia lebih sanggup hadapi pengkhianatan dari mengambil nyawanya sendiri. Tapi... kalau dia jatuh, D̶i̶a̶ t̶a̶k̶ a̶k̶a̶n̶ d̶i̶k̶h̶i̶a̶n̶a̶t̶i̶, y̶a̶n̶g̶ l̶a̶i̶n̶ a̶k̶a̶n̶ m̶a̶s̶i̶h̶ s̶e̶l̶a̶m̶a̶t̶. K̶e̶r̶a̶j̶a̶a̶n̶ d̶i̶a̶ a̶k̶a̶n̶ m̶a̶s̶i̶h̶ a̶d̶a̶, k̶a̶l̶a̶u̶ b̶u̶k̶a̶n̶ s̶e̶b̶a̶b̶ s̶i̶m̶b̶o̶l̶ t̶a̶k̶ g̶u̶n̶a̶ d̶e̶k̶a̶t̶ b̶a̶d̶a̶n̶ d̶i̶a̶.
Demon Biru... bagi semua orang ia adalah keajaiban, tapi bagi dia, ia adalah satu beban. Apa gunanya kuasa yang hebat kalau semua orang sekeliling dia mati untuk lindungi dia? Apa guna?
Lufti memandang tangan kanannya sebelum digenggam erat. Dia penatlah dengan semua kematian dekat sekeliling dia, dengan pengkhianatan yang dia dah lama syak, dengan... cerita yang hanya ada satu penutup ni. Dia menarik nafas panjang dan melihat kebawah.
'... Kalau kematian aku memang dah ditakdirkan, kenapa... aku rasa takut? Aku memang dah tau aku akan mati.'
"...Tak sangka engkau boleh masuk dalam perangkap aku, demon biru." Individu bertopeng musang mula bersuara. Di balik topengnya dia tersenyum sinis. Ternyata... rancangannya berjaya. "Ini pengakhirannya."
"Engkau sedarkan dengan bunuh aku. Takde apa-apa yang berubah. Mereka berdua akan tetap bangkit tak kira apa sekali pun. Malah, dengan bunuh aku, makin cepat proses kebangkitan mereka." Lufti membalas tenang. Bibirnya mengukir senyuman sinis. Kedua-dua belah tangannya diturunkan lalu diseluk ke dalam saku.
"Ini antara aku atau mereka kan? Hmm...biar aku bagi tau sesuatu, kunci kristal tu...ada dekat depan kita selama ni," Dia menyambung perlahan. Mata biru kelabuannya menatap kota yang bersinar dengan lampu neon.
'Take a step, you will meet us again.' Suara itu berbisik kembali. Lufti mengulingkan mata sebelum mulutnya menyebut satu mantera dengan perlahan.
"Blue crystal, choose your heir. The one that has been through a lot , is stronger than anyone I've known. I...trust whoever you choose." Dia mengeluh perlahan sebelum berpaling memandang enam mata yang memandangnya.
Senyuman terukir di bibirnya, "It's either you accept the lies and continue to follow his orders or you betray him because of the truth. You only have one choice, Firhan. Make a choice you won't regret."
Dia bersedia untuk apa sahaja yang akan berlaku.
'Thanks for the memories everyone...'
BANG!
□□□□
Mata merahnya melilau mencari bayang seorang pemuda berambut biru kelabuan. Dia sudah bertanya semua orang namun tiada siapa yang tahu kemana hilangnya pemuda itu.
"Dia ada kat mana?" gumamnya perlahan sambil menuruni tangga. Sebaik kakinya menjejak ruang tamu, dia melihat Daniela, Khairul dan yang lain sudah berada di situ. Dia ada terlepas apa-apa ke?
"Wei, Zakuan. Kau ada nampak Lufti tak? Kali terakhir aku nampak dia petang tadi." ujar Khairul yang duduk di sebelah Muaz yang memandang lantai. Zakuan hanya mengelengkan kepala, "Last aku tengok dia pun, petang tadi."
"...Dia dalam bahaya," Muaz berkata perlahan membuatkan mereka semua memandangnya. Dia mengangkat muka, menampakkan mata kirinya yang berwarna biru kelabuan.
"...Engkau..."
Muaz hanya diam, menundukkan kembali mukanya. Bersedia untuk mendengar apa yang akan disebut oleh rakannya.
"Macam mana...? Aku ingat spesies 'puppet' dah pupus...?"
"...Ada yang terselamat." Khairul menjawab tanpa memandang mata merah Zakuan dan Daniela. Muaz hanya ketawa kecil di sebelahnya.
"...'Puppet' dan 'Fallen Angel'. Dua spesies yang patut pupus tapi terselamat. Antara spesies yang terkuat."
"Kita kena pergi. Lufti mungkin dalam bahaya sekarang ni." Daniela menyampuk sebelum melangkah pergi. Tangan kirinya mengenggam erat hulu pisau di dalam poket jaketnya. 'Stay strong Luft. We're gonna save you.'
'I won't let you die even if it's mean...I'll take your place.'
Yang lain berpandangan sebelum mengikuti langkah Daniela. Tidak menyedari bahawa seseorang tersenyum sinis apabila menyedari nada suara Daniela.
□□□□
'His aura is fading...' Reo mengangkat wajah memandang siling. Matanya perlahan-perlahan tertutup. Wajah seorang pemuda berambut biru kelabu menyapa pandangan menyebabkan dia membuka mata kembali.
Dia mengangkat tangan kirinya, cuba menangkap siling. Nafas berat terlepas dari bibirnya. Kenapa...? Kenapa? Kenapa semua ini berlaku kepada orang yang nampak lepas permainan Allison dan Fahrin?! Kenapa ini berlaku kepada mereka semua?!
Dia penatlah asyik jadi bidak atas papan. Dia manusia, ada hati dan perasaan. Semua benda yang berlaku ni buat dia lagi sakit hati. Kenapa... Kenapa mesti mereka ambik semua orang yang dia sayang?!
Mula-mula ayah dia, pastu Rin dengan Ryuu, sekarang Lufti pulak! Kalau... mereka ambik Black Red dari dia, dia akan pastikan mereka lebih rela mati dati diseksa.
Black Red je yang dia tinggal sekarang...
"-eo?"
"-engar ak?"
Tangan kasar di bahunya, membawa dia kembali ke realiti. Reo tersentak, kakinya segera di bawa ke dadanya. Tangan kirinya segera turun, diletakkan di atas lutut. Mata merahnya memandang mata hijau zamrud di hadapannya. Tanpa sedar, dia melepaskan nafas lega. Kakinya diturunkan sedikit.
Dia melihat mulut France bergerak tapi dia tak mendengar apa yang dituturkan. Namun dia berasa selamat. Dah berapa lama dia tidak rasa seselamat ni? Terpaksa berjaga-jaga selalu, tak mahu rakan-rakannya cedera.
"Reo?" Suara datar France menyapa pendengarannya. Persoalan yang mengalir laju di dalam kepalanya menjadi perlahan supaya dia dapat mendengar suara France. Dia mengiringkan kepala, mata merahnya masih menatap mata hijau di hadapannya.
"Kau ok?" Jika yang lain dapat memdengar kerisauan di balik suara datar France, mereka hanya diam. Masing-masing masih berdebar dan takut sebab aura si demon biru yang perlahan-perlahan menghilang.
"Hm." Reo membalas ringkas. Tiada mood untuk membalas panjang. Dia mendengar France mengeluh sebelum tangan kasarnya naik mengusap lembut rambut hitam Reo yang kusut.
Perlahan-lahan matanya tertutup. Ngantuk menyapa fikirannya. Tapi sumpah, dia dengar France berbisik,
"They're too late to save him."
••••
"It's starting." Angin dingin menyapanya. Rambut hitam panjangnya beralun mengikut angin. Mata ungunya merenung bebola kaca yang terapung di hadapannya, bibirnya mengukir senyuman sinis.
"Yeah it is. Chaos is rising, the despair it will bring will be glorious." Suara garau menyapa dari belakang. Dia berjalan ke arah si gadis, mata mereka bertemu sebelum ketawa mereka dibawa angin malam.
Sorry lama tak update. Hilang motivasi. Harap semua sihat! Jaga diri masa Covid ni.
Assalamualaikum.
2025: Edit sikit.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top