Bab 29 - Menulis...

Khairul menjerit sebelum bangun terduduk. Dadanya berombak kencang. Tangan kanan diletakkan di dada. Matanya memandang mata kuning yang hampir hilang sinarnya.

"Khairul? Kau nak makan? Dah lama kau tidur, aku boleh mintak Zakuan bawak makanan untuk kau," ujar Khaisara sambil mengosok mata perlahan. Dia menguap sebelum mengeliat.

"Berapa hari?"

"Hm?" Khaisara memandang Khairul yang menunduk, hairan. Berapa hari? Dia baru pengsan dua hari, tak lama pun.

"Berapa hari...aku tidur?"

"Dua." Khaisara menundukkan tanda 'peace' dengan dua jarinya. Khairul mengangguk kecil sebelum menutup mata.

"Daniela yang tenangkan aku kan?" Khairul menyoal perlahan. Tubuhnya terasa lemah. Mungkin kerana tidur dua hari berturut.

"Yup! Oh ya..." Khaisara mengantungkan ayatnya apabila pintu dibuka. Mereka berdua memandang Jake dan Muaz yang menolak pintu.

"...Khaisara. Afwan nak jumpa engkau," Muaz menyampaikan pesanan Afwan. Mata hitamnya bertemu dengan mata biru laut Khairul sebelum dia tersenyum.

Khairul membalas senyuman Muaz dengan anggukan kecil. Jake berjalan keluar dari bilik bersama Khaisara.

"Maaf sebab hampir bunuh kau hari tu." Khairul memalingkan muka tidak mahu memandang wajah Muaz. Muaz hanya tersenyum sebelum ketawa.

"Tak apa. Aku tahu engkau tak sengaja."

"...Apa kau buat dekat Muaz?"

"Huh?"

"Dude. ENGKAU HAMPIR KENA BUNUH DAN ENGKAU BUAT MACAM BARANG ENGKAU KENA CURI! MACAM MANA ENGKAU BOLEH TENANG SANGAT?!" Khairul menjerit sebelum kembali berbaring. Tangan kiri menutup mata.

"Itu dinamakan matang."

"Tch." Khairul berdecih sebelum berpaling ke kiri menghadap dinding. Tidak mahu melihat wajah Muaz yang tersenyum-tersenyum kambing.





Knock

Knock

"Masuk."

Daniela membuka pintu sebelum melangkah masuk. Mata merahnya meliar ke serata bilik sebelum terpaku pada susuk tubuh di meja belajar yang sedang menulis.

"Hey...Luft," Dia memanggil perlahan. Lufti meletakkan penselnya di atas meja sebelum berpaling ke arah Daniela dengan wajah hairan.

"Ya?"

"Kenapa...kau suka sangat menulis?" Daniela menyoal sebelum duduk di kerusi sebelah Lufti. Lufti hanya tersenyum sebelum menyambung penulisan.

"Sebab...dengan menulis kita dapat berjumpa dengan orang kita rindui," jawab Lufti sambil tersenyum. Mata biru kelabunya bersinar apabila terkena cahaya matahari.

Daniela mengelipkan mata beberapa saat. Matanya membuat ilusi kepadanya atau dia melihat bayangan Permaisuri Kerajaan Bintang sedang memeluk Lufti dari tepi. Dia berkelip lalu bayangan itu hilang.

Daniela mengelengkan kepala berulang kali sebelum tersenyum kecil. Badannya disandarkan ke kerusi.

"Dengan menulis kita boleh berjumpa dengan merekakah?" soal Daniela perlahan. Dia memandang ke luar tingkap. Memandang pokok-pokok yang beralun disebabkan angin.

Fikirannya terbang ke seseorang yang sudah lama dia tidak menyapa selama sebulan ini.

'Hey...France, how are you?'

Unknown

Doom!

"Woi! Keluarkan kitaorang!" Jeritan lantang kedengaran di ruangan sunyi. Seorang pemuda berambut hitam, awan mendung. Mata dwiwarnanya bersinar setiap kali dia menjerit.

"Woi! Setan, kau dengar tak?!"

"Blaze, jangan bazirkan suara engkau untuk orang yang pekak." teguran pemuda berambut putih, seputih awan cerah. Dia bersandar pada dinding sambil berpeluk tubuh. Mata merahnya tersembunyi di balik helaian rambut hadapannya.

Blaze berhenti menjerit. Mata dwiwarna merah-birunya dipejam sebelum menarik nafas. Setelah yakin bahawa dirinya telah bertenang, dia menoleh ke belakang. Memandang ahli -keluarganya- kumpulannya yang tiada semangat.

Lance yang sentiasa bercakap itu pun diam! Apatah lagi si France yang jarang bercakap, bertambah pendiam! Reo yang sering memandang mereka dengan mata merah penuh bersemangat kini memandang mereka tanpa perasaan.

'Semua benda dah berubah... . Aku je ke yang masih perangai sama?' Dia membiarkan persoalan itu mengetuk fikirannya tanpa dijawab.

Dia melurut jatuh sebelum membawa lututnya ke dada. Kepalanya direhatkan di atas lengan.

'I'm scared,'

'Dia akan cuba kawal kami...'

"Blaze, bertenang." Suara Daiz secara tiba-tiba mengejutkannya. Wajahnya segera diangkat memandang mata merah sepet.

Dia merasakan tubuhnya ditarik masuk ke dalam dakapan seseorang lalu kembali menunduk kerana dia tidak mahu melihat mata mereka yang sudah 'mati'.

"It's going to be alright. Engkau ada kami. Kitakan satu keluarga, keluarga yang tak akan berpecah," Suara garau namun bernada lembut menyapa pendengarannya. Daiz mengusap lembut belakang badan adiknya memberi sedikit semangat.

France dan Reo yang berada di penjuru ruangan itu hanya memerhati. France memeluk Reo dari sisi, tidak mahu pemuda itu kesejukkan. Lance pula sedang tidur melunjur bersebelahan mereka berdua.

Tangisan seorang kanak-kanak membuatkan mereka berdua segera memandang ke luar penjara yang mereka ditempatkan.

Seorang kanak-kanak perempuan bertubuh kecil, berambut hitam yang  hampir mencecah pinggang  bersama dengan pengawal yang meletakkan mereka di situ. Serta-merta tatapan mereka semua kecuali Lance berubah tajam.

"Lepaskan!" Si kecil cuba menarik tangannya dari cengkaman maut si pengawal. Pengawal itu menguatkan lagi cengkaman tangan kanannya pada lengan si kecil.

Bunyi kunci dimasukkan menyapa pendengaran lalu bunyi engsel pintu penjara dibuka. Bayangan rambut hitam terlihat sebelum menghempas dinding. Pengawal itu hanya tersenyum sinis sebelum mengunci pintu kembali.

Reo merungkaikan pelukan France sebelum menolak sedikit pemuda itu ke arah si kecil. France dan Daiz bangun lalu bergerak ke arah si kecil yang memegang perutnya sambil menangis tanpa bunyi.

"u..um.." Daiz teragak-agak untuk menyapa sang kanak-kanak selepas dijeling oleh France. France mengangkat si kecil dengan berhati-hati seperti takut si kecil itu akan musnah.

"Apa nama kau?"

"M...mirai. Mirai Asmar."

France mengusap lembut rambut Mirai membuatkan kanak-kanak itu terkejut. Tangisannya perlahan-lahan reda lalu dia mengangkat muka.

Mata merahnya bertemu dengan mata biru kehijauan seperti Zamrud. Dia dapat melihat kesakitan yang tersembunyi di balik manik biru kehijauan itu. Senyuman nipis terukir di bibir pemuda itu.

"K...kalau awak... tak nak senyum pun ...tak.. apa," ujar Mirai perlahan. Wajahnya dibenamkan ke dalam dakapan si pemuda. Pemuda itu hanya mengusap lembut rambutnya sambil menyanyikan sebuah lagu.

Mirai merasakan kelopak matanya memberat lalu dia membiarkan dirinya masuk ke alam mimpi. France mengucup lembut ubun-ubun Mirai sebelum menggumam,


"France. France Taufiq. Itu...nama aku,"

Daiz dan Blaze berpandangan sebelum tersenyum nipis. Nampaknya mereka tidak risau tentang Mirai kerana mereka tahu yang France akan buat apa-apa sahaja untuk selamatkan si kecil itu.

'Are you sure? Dia dah mula penat dengan semua yang berlaku, tak mungkin dia dapat lindungi budak tu.'

"France," Reo memanggil datar. Wajahnya diangkat memandang France. France menoleh ke arah Reo sambil menjongket kening.

"...budak tu, adik Haikal."

"Oh."

Bad liar by Imagine Dragons

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top