Bab 28 - Truth?

Kebenaran?

Apa maksudnya?

Kebenaran yang selama ini terbentang di hadapan mata.

Cuma di pandang sebelah mata.

Jika diteliti dengan betul,

Kebenaran itu akan terbongkar.

Lufti mencengkam dadanya yang terasa sesak, seperti dibakar dengan api. Giginya digetap cuba menahan kesakitan. Kakinya melangkah terumbang-ambing menuju ke biliknya.

Sebaik dia membuka pintu, kesakitan itu menjadi lebih teruk. Dia melangkah masuk lalu kakinya tersadung membuatnya terbaring di atas lantai.

Dadanya masih dicengkam kuat. Dia menutup mulut menahan raungan yang hampir terkeluar.

"K...k..kenapa...sekarang...?" soalnya perlahan, tangannya masih mencengkam dada. Cuba menahan diri dari menutup mata.

Pandangannya mulai kabur. Mindanya mula membuat maraton lalu dia menyapa kegelapan.

□□□□

Lufti membuka mata perlahan-lahan. Sekelilingnya kabur membuatnya menutup mata beberapa saat lalu dibuka semula.

Padang hijau yang luas, berdekatan hutan. Lufti mendongak dan melihat langit biru cerah berserta kepulan awan putih.

"...Aku dekat mana?" Dia berbisik kepada dirinya sendiri. Sekelilingnya dilihat dengan hairan. Dia berada di mana?

"Hm~" Lufti menoleh ke belakang dan melihat seseorang yang seiras dengannya. Dia mengiringkan kepala ke kiri.

"Siapa engkau?" Lufti bertanya. Individu tersebut mengangkat kepala sebelum tersenyum lebar.

"Selamat berkenalan Lufti. Aku, Leo!" Leo membalas teruja. Tangannya dilambai sebelum muncul di hadapan Lufti.

"...selamat berkenalan...?" Lufti membalas kekok. Dia hanya tersengih kerang busuk ketika Leo bersalam dengannya.

"Baiklah...dua orang yang lain patut dah ada dekat sini." Leo menatap siling ataupun langit biru cerah yang kelihatan cantik sambil mengetuk jam di tangan.

Leo berdecih jengkel apabila melihat jarum jamnya bergerak ke 'dua'. Matanya ditutup sambil mengomel sendirian.

Lufti hanya mengangkat bahu sebelum duduk di atas rumput yang menghijau. Angin yang bertiup, membuatkan rambutnya beralun lembut. Dia hairan, ini mimpi atau bukan?

"Wei, Leo. Kita dekat mana?" Lufti menyoal sambil bermain dengan rumput. Mata biru kelabunya bertemu dengan sepasang mata yang sama dengannya.

Ia sangat kekok mempunyai orang yang sangat-sangat seiras dalam satu bilik yang sama.

"Hm~Oh! Kita dekat dalam kepala kau." balas Leo ceria sambil memetik bunga yang tumbuh merata di padang hijau itu.

Lufti hanya mengangguk sebelum tersedar, "WAIT. WHAT THE HECK?!"

Dia menjerit membuatkan burung-burung yang hinggap di pohon terbang. Leo hanya ketawa sambil mengelengkan kepala.

"Ok...itu pelik. Maksud aku, kita berada dekat salah satu tempat yang otak kau cipta bila kau berangan. Macam tulah." balas Leo selamba membuatkan Lufti menghembus nafas lega yang dia tak sedar tahan.

"Oh..." Lufti mengangguk kecil. Faham dengan penjelasan Leo. Telinganya menangkap suara seseorang lalu dia menoleh ke belakang.

Bibirnya mengukir senyuman apabila matanya melihat wajah Daniela dan Khairul. Namun senyumannya pudar apabila melihat dua orang yang menyeret mereka berdua.

Wanita berambut putih pendek paras bahu sedang menarik (menyeret) Daniela menuju ke arah Lufti dan Leo.
Wanita itu melepaskan tangan Daniela sebelum memeluk tubuh Lufti.

"E-eh?" Lufti hanya diam, tidak membalas pelukan sang wanita. Wanita itu menyedari lalu meleraikan pelukannya.

"Maaf...Kurogami-kun." Wanita itu hanya ketawa kecil sebelum berdiri di sebelah Daniela.

"...the heck?" Lufti menyoal perlahan. Mata biru kelabunya masih memandang wanita berambut putih dan Daniela.

"Itu...Kamalia." Leo berbisik dari sebelahnya. Hampir sahaja dia melompat ke belakang. Nasib tak gugur jantung dia.

"Kau buat aku terkejut tau!" bebelnya kepada Leo yang hanya tersengih. Tangannya diletakkan di belakang kepala sambil bersiul tanpa rasa bersalah.

"Oh ya...kenapa Kamalia peluk aku...?" Lufti menyoal perlahan. Matanya mengikuti setiap pergerakan Kamalia dan Daniela. Dia menghembus nafas perlahan.

"Muka kau...seiras dengan abang dia. Sebab tu dia peluk kau," jawab Leo sebelum menepuk lembut bahu Lufti. Senyuman lebar masih menghiasi bibirnya.

Lufti hanya ketawa sebelum mengalihkan pandangan dari Kamalia dan Daniela. Dia mendongak memandang langit biru.

"Kebenaran tu...bila kau nak beritahu kami?" Soalan itu meluncur dari bibirnya tanpa dia sedar. Riak wajah Leo berubah. Senyumannya pudar sebelum dia menghembus nafas jengkel.

"Masa engkau dah hampir tamat, Lufti. Bila waktu tu tiba...tolong senyum sebelum engkau tinggalkan mereka boleh?"

"...Masa aku dah hampir tamat huh?" Lufti mengumam perlahan. Bibirnya mengulum senyuman sebelum dia mula ketawa.

"K-kenapa engkau ketawa?! Mati bukan perkara main-mainlah!" balas Leo dengan wajah keliru. Dia hairan bagaimana Lufti masih boleh tenang sedangkan dia akan hilang tak lama lagi?

"...Aku tak akan mati. Aku...tak nak menyesal sebab tak sempat selamatkan mereka. Walaupun aku akan 'hilang' tapi aku akan tetap ada dengan mereka-" Lufti menunjukkan dada kirinya lalu mengangkat wajah- "di sini. Dalam hati, memori yang kami buat selama ni...ialah kenangan yang paling aku tak akan lupakan." Lufti membalas bersama senyuman.

Leo hanya mengelengkan kepala. Dia bersiul perlahan, memanggil Kamalia dan Zafran. Mereka berdua berhenti berbual dengan Daniela dan Khairul lalu memberi perhatian kepada penguguman Leo.

"...Nanti kalian akan terpaksa pecahkan kesemua enam kristal dan..." Zafran menjongketkan kening apabila Leo berhenti bercakap. Leo mengambil nafas yang dalam lalu menunduk sebelum menyambung,

"...musnahkan kristal cahaya dan kegelapan. Kristal-kristal yang masih tinggal akan...diselerakkan di dunia 'ini' untuk 'mereka'." Leo mengangkat wajahnya memandang mereka satu persatu.

"The time will come. You will have no choice but to destroy the crystals of light and darkness." Kamalia berdiri tegak tatkala suara itu menyapa pendengaran mereka semua.

"The remnants of the four crystals fire, water, earth and wind will scatter around 'this' world for 'them' to find. The twelve teenagers of long forgotten crystals..." Suara itu menyambung membuatkan Leo dan Zafran segera berdiri di hadapan Lufti, Daniela dan Khairul.

"Aaron..." Kamalia berkata apabila kabus mula terhasil di hadapan mereka semua. Aaron hanya ketawa kecil.

"You're not the only legends my friends..." Aaron berkata sebaik sahaja kabus tersebut mula menghilang. Seorang lelaki berambut merah api, bertubuh langsing dan bermata emas keputihan, kelihatan.

"...Apa kau buat dekat sini?" Zafran menyoal kasar. Telinga dan ekor serigala muncul sebaik sahaja mata hitamnya bertukar merah.

Aaron hanya ketawa kecil sebelum menepuk tangan, "Hanya memastikan sesuatu." dia tersenyum sebelum mendongak. "Take care of the doll, Rul." Aaron berbisik di telinga Khairul sebelum hilang menjadi kepulan asap.

"...fallen demon..." Suara Lufti dan Khairul kedengaran membuatkan Zafran, Leo dan Kamalia menoleh ke belakang.

"Demon...?" Daniela bersuara. Dia mengiringkan kepalanya ke kiri apabila semua mata memandangnya.

Dia memandang ke belakangnya dan mata terus membutang. Mengapa dia ada sayap kelawar?!

"The heck?!"

□□□□

"Jadi? Engkau nak aku bunuh mereka ke Reo?" soalnya sambil mengacukan pistol ke kepala Rin. Roy di sebelahnya menahan air mata dari keluar.

"...baiklah, tapi kau kena lepaskan mereka." balas Reo dingin. Mata merahnya menikam mata Firhan tajam.

Firhan melepaskan Rin sebelum memetik jari. Arina masuk ke dalam bilik lalu mengamit Rin dan Roy keluar.

"Nanti Arina datang dan dia akan tunjukkan bilik kalian dekat mana. Jangan cuba nak lari, aku akan tahu kalau kau cuba nak lari," ujar Firhan sinis sebelum bibirnya naik mengukir senyuman.

"...Kalau dia lari, aku yang kena bukan?" France menyampuk dengan selamba dari tepi. Dia bersandar di dinding sambil memeluk tubuh. Dia dapat merasakan pandangan terkejut Reo kepadanya.

"Hehe~ engkau memang bijak Putera Valor."

"Don't call me that, old man."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top