Bab 27 - Forbidden past

"...Hey Daniela?" Afwan memanggil sebaik sahaja Daniela masuk ke dapur. Gadis itu melompat ke belakang terkejut kerana Afwan tiba-tiba muncul.

"Oh. Afwan, kenapa?" Daniela menyoal apabila melihat Afwan menggaru belakang lehernya.
Tabiat yang sentiasa dilakukan apabila dia gelisah.

"...Rin dan r--"

"Roy kena culik." Lufti memotong percakapan Afwan dengan nada tenang. Namun tangan kirinya mengaru-garu lengan kanan.

"...Kau...tipukan?" Daniela membalas perlahan. Tak mungkinlah kan? Dia dah berjanji dengan Reo untuk lindungi Rin dan Roy tapi sekarang.

'Apa aku boleh buat?'

'Just stand here and do nothing?'

'Hanya diamkan dan biarkan?'

'Atau...'

'Serang dan ambil?'

Banyak pertimbangan yang muncul di dalam otaknya. Semakin lama, semakin banyak. Dia dapat merasakan auranya mulai memberontak. Perasaan marah dan takut yang bercampur baur membuatkan mentalnya tak stabil.

Tubuhnya mula mengigil kerana cuba menahan aura yang memberontak dari keluar. Tangan kirinya ditatap sebelum dikepal erat. Senyuman yang sangat nipis terlihat di bibirnya.

'Bunuh mereka.'

'Kawal kuasa kau. Jangan cederakan mereka.'

Daniela menahan senyuman sinis yang hampir terukir di bibirnya. Dua suara di dalam kepalanya membuatnya keliru. Dia perlu ikut yang mana?

Demon...

atau

Angel?

"Hey...Daniela," Suara tenang Lufti menyedarkannya dari kekeliruan. Mata merahnya segera menatap mata biru kelabu milik Lufti.

"Hey...kita akan dapatkan mereka okay ? Tenang, Fahrin tak akan bunuh mereka berdua. Aku pasti tentang tu. Kau percayakan aku tak?" Lufti menyambung dengan suara tenang. Senyuman lebar terukir di bibirnya, membuatkan Daniela tertanya-tanya.

Adakah Lufti tidak mempunyai sebarang masalah dalam hidupnya?

Adakah Lufti menyembunyikan segala kesakitannya dalam senyumannya?

Adakah...senyuman Lufti itu sebenarnya palsu?

'Orang yang selalu senyum, sebenarnya tak senyum.' Suara yang dia pendam dalam-dalam di belakang kepala, kembali bersuara.

"Orang yang selalu senyum sebenarnya tak senyum." Dia hanya diam tidak membalas suara itu. Walaupun dia tahu itu kebenarannya kerana dia sentiasa lakukannya.

"Daniela," Lufti memanggil sekali lagi. Tangan kirinya diletakkan di bahu kanan Daniela sebelum menarik gadis itu ke dalam pelukan.

Tanpa sedar,

Mutiara jernih membasahi pipinya dan baju Lufti. Lufti hanya diam, membiarkan Daniela keluarkan semua perasaan yang sudah terkumpul sejak lama.

"Aku...aku...dah janji dengan Reo yang aku akan jaga adik-beradik dia macam adik-beradik aku sendiri. Mesti dia marah aku." Daniela membalas dengan suara yang serak. Kedua-dua belah tangannya mencengkam baju yang Lufti pakai.

Lufti dan Afwan berbalas pandangan. Tidak tahu, patutkah mereka beritahu Daniela tentang Red Eagle. Afwan mengeleng, Lufti hanya mengetap gigi.

'Nanti dia tahu juga.'

□□□□

Tachihara duduk di atas pokok bersama senyuman lebar. Dia menghirup udara segar sepuas-puasnya seperti dia tidak akan menghirupnya lagi.

"Kalau kau panggil aku pergi sini, semata-mata nak teman kau hirup udara segar. Baik tak payah." Suara Syaz dari belakangnya membuatkan senyumannya pudar.

"Weh...Syaz. Kau dah banyak berubah dah sekarang. Kenapa?" Tachihara menunduk, memandang haiwan-haiwan yang berkeliaran di bawah dengan tenang.

"...Engkau tak perlu tahu," jawab Syaz kasar. Mata emasnya menjeling Tachihara yang duduk bersila di hadapannya. Tachihara menoleh ke belakang bersama tatapan datar.

"Nampaknya...aku betul. Engkau berubah sebab kejadian sebel--"

Pang!

Tachihara memegang pipinya yang kebas. Mata ambernya menatap kembali mata emas yang penuh dengan emosi.

"Kau jangan sebut tentang sebelas tahun lepas!" Syaz mengurut tangannya yang kebas. Matanya membalas tatapan mata amber milik Tachihara, tajam.

"Shut the heck up, Syaz." Tachihara membalas tanpa nada sebelum bangun dari duduk. Kakinya melangkah meninggalkan Syaz yang menatapnya tajam.

"Mak aku...tampar lebih kuat dari kau. Lembik," ejeknya sambil meneruskan langkah. Telinga dipekakkan, tidak mendengar langsung sebarang sumpah seranah yang dilontarkan oleh Syaz.

Tachihara hairan. Apa salahnya dia sebut peristiwa sebelas tahun lepas. Ah... dia nampak apa salahnya. Dia menutup mata, menerima potongan memori yang cuba dia padam sejak hari itu.

Hari di mana dia mendapat parut di belakang badannya. Hari di mana...salah seorang dari mereka bertiga hampir terkorban.

"Syaz." Dia mengetap gigi. Tangan kanannya dikepal sehingga menggigil. Senyuman kelat terukir di bibirnya.

□□□□

Slash!

Slash!

"Arghhh!"

Jeritan seorang kanak-kanak lelaki kedengaran berselang-seli dengan bunyi tali bertemu dinding. Lelaki yang memegang tali itu hanya tersenyum melihat kanak-kanak itu menjerit.

Dua orang kanak-kanak di sisinya hanya mengigil ketakutan. Mereka berpelukan sambil menahan tangisan. Mereka tidak boleh lakukan apa-apa kerana hukuman yang lelaki itu berikan akan lebih dashyat.

"M-m-maaf..."  Kanak-kanak yang dipukul itu berulang-ulang kali mengumam perkataan maaf. Libasan-libasan itu semakin kuat setiap kali kanak-kanak itu mengumamkan perkataan maaf.

"Syaz..." Lelaki itu memanggil dengan tenang namun ada terselit nada marah pada suaranya. Syaz menjerit kesakitan ketika tali dilibas ke atas badan kecilnya.

Tali dibaling ke tepi lalu pisau di atas meja diambil. Kilatan teruja terlihat di mata lelaki itu. Pisau itu bersinar tatkala terkena cahaya matahari yang masuk melalui lubang angin.

Syaz mengangkat kepala ketika dia tidak merasakan libasan tali ke badannya. Matanya membulat ketika lelaki itu datang mendekatinya dengan pisau ditangan.

Tanpa berfikir panjang dia segera mengesot ke belakang dengan perlahan apabila lelaki itu mendekatinya. Bibir si lelaki mengukir senyuman sinis.

Syaz kembali mengesot ke belakang sehingga tubuhnya bertemu dinding. Tubuhnya menggigil, air mata kembali mengalir di wajahnya. Bibirnya tak henti-henti mengucapkan maaf.

Pisau di tangan diangkat tinggi. Syaz menutup mata, menunggu kematian. Dia terasa tubuhnya ditolak ke tepi lalu terdengar erangan kesakitan. Matanya laju dibuka.

Dia terdiam. Tachihara berada di tempatnya tadi dan belakang badannya berdarah. Cecair merah melekit mengalir dari luka yang memanjang dari bahu hingga belikat.

Tachihara meraung kesakitan, air mata mengalir di pipinya sebelum menitik ke lantai. Lelaki itu melepaskan pegangannya pada pisau sebelum mengundur beberapa tapak ke belakang.

Mereka mendengar bunyi pintu di tendang. Daniela dan Syaz memandang lelaki yang menendang pintu tersebut.

"Maaf. Beta lambat,"

□□□□

"Arina-san," Wanita berambut jingga itu berpaling memandang seorang gadis berambut hitam bertocang dua.

"Ya?"

"Bila saya...boleh mula?"

Arina memandang gadis di hadapannya sebelum berpaling ke arah bayang bilik.

"Apa kau rasa...Fahrin?"

"Boleh," Fahrin menjawab dari dalam bayang. Senyuman sinis semakin melebar di bibirnya.

'Ini pengakhirannya...Demon biru.'

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top