Bab 25 - Penculikan
Setelah semua kekacauan itu, Khairul dibawa ke bilik rawatan. Cikgu Herle mengumumkan kelas berakhir dan mereka semua boleh pulang.
Daniela mendiamkan diri ketika rakan sekelasnya yang lain menanyakan soalan.
"Kenapa kau nak tau?" balas Daniela bersama jelingan tajam. Kakinya meneruskan langkah, tidak menghiraukan apa yang berlaku di sekitarnya.
Yang lain hanya membiarkan gadis itu berlalu. Sudah banyak tenaga yang gadis itu guna untuk mengunakan teknik itu. Lufti, Tachihara dan Khaisara menatap Daniela yang menjauh risau.
"Khaisara." Tachihara mengelengkan kepala. Jangan dekati Daniela buat masa sekarang ini. Biarkan dia rehat.
Khaisara berdecih sebelum mengangguk kecil. Tepukan lembut di bahunya membuat dia menoleh.
"Zakuan." ujarnya perlahan. Mata kuningnya membalas pandangan mata merah Zakuan.
"Hey, dia akan okay." balas Zakuan tersenyum. Khaisara berdecih sebelum memeluk tubuh.
"Okaylah sangat. Perkara yang sama berlaku sekali lagi." gumamnya perlahan. Tangan kiri digenggam erat.
Memori lama kembali berlayar di hadapan mata. Daniela dan Khairul mulai menjauhkan diri ketika mereka memasuki Elite Assassins.
□□□
Seorang gadis kecil berdiri di hadapan seorang budak lelaki yang menangis. Budak lelaki itu ditatap datar tanpa perasaan.
"Daniela, Zakuan!" Seorang remaja lelaki berlari ke arah mereka berdua. Matanya memandang Daniela tajam setajam bilah pedang.
"Apa kau buat dekat Zakuan?"
"Bukan aku yang buat. Dia yang jatuh, aku yang salah? Wow." Daniela membalas dingin. Mata merahnya tidak menunjukkan sebarang emosi.
"Kalau dia jatuh. Kenapa tak tolong dia? Bukan dia kawan kau ke?" Afwan menyoal cuba berlembut. Daniela hanya tersenyum sinis mendengar soalan Afwan.
"Sebab dia bukan kawan akulah, aku tak tolong." ringkas sahaja balasan Daniela. Tangan kirinya dimasukkan ke dalam saku.
Tangan kanannya dibawa ke hadapan wajah. Api kecil berwarna ungu muncul di hadapannya.
"Daniela padamkan api tu." Afwan memberi amaran. Angin di sekeliling mereka mulai berderu kencang. Namun api ungu Daniela tidak terpadam.
"Dani. Padamkan api tu." Suara lemah dari Zakuan membuatkan Daniela mengetap bibir. Dia berdecih lalu tangan kanannya dikepal. Api ungu itu serta-merta terpadam.
Pang
Daniela mengusap pipi yang kebas. Dia dapat rasakan cecair panas mengalir dari tepi bibirnya.
Ah.
Bibirnya pecah.
"Daniela. Engkau ingat tak, peraturan tempat ni?" Afwan menyoal perlahan bersama senyuman.
"Pertama, jangan cari gaduh dengan rakan-rakan. Kedua, kalau nampak orang dalam kesusahan, tolong. Ketiga, kalau berkebolehan, masuk Elite Assassins." jawab Daniela datar. Afwan mengangguk sambil tersenyum.
"Afwan-san," panggil Khairul dari atas pokok. Afwan mendongak, menatap mata biru laut Khairul.
"Kenapa tampar dia? Dia tak buat salah pun. Walaupun peraturan cakap 'kena bantu orang dalam kesusahan' ada jugak masa yang kita kena biarkan je." balas Khairul datar. Matanya dipejam, sebelum bibirnya menyimpul senyuman.
"Kami berdua akan masuk Elite Assassins."
□□□
"Roy, Rin!" Afwan memanggil dua orang kanak-kanak cilik itu. Dua orang kanak-kanak keluar dari bilik tidur mereka dalam keadaan mamai.
"Ya...?" Roy membalas. Tangan kirinya menenyeh kedua-dua belah matanya. Ngantuk! Waktu tengah syok tidurlah, Afwan panggil!
"Jom pergi beli barang, tapi pergi tukar baju dulu okay." arah Afwan lembut. Roy dan Rin mengangguk sebelum berlalu masuk ke dalam bilik masing-masing.
(Dekat kota Rogue)
"Besarnya!" Roy berkata kagum. Pasaraya besar di hadapannya sungguh cangih. Rin tersenyum manis melihat adik kembarnya.
"Jom." Afwan menarik lembut tangan Rin dan Roy. Roy di sebelah kirinya manakala Rin di sebelah kanannya.
Beberapa jam telah berlalu. Mereka bertiga berjalan keluar dari pasaraya besar. Ketika mereka berjalan melalui sebuah lorong, ada seorang lelaki menghalang jalan mereka.
"Jadi, engkau Afwan?" Lelaki itu menyoal sambil tersenyum sinis. Tubuhnya sasa, terbukti dari lengannya yang kekar.
"Ya. Kenapa?" Afwan membalas curiga. Bagaimana lelaki itu tahu namanya? Matanya membalas pandangan lelaki itu.
"Aku, Fahrin."
Afwan terdiam. Nama itu, nama salah seorang ketua Red Eagle! Matanya membulat sebelum dinding angin tercipta di hadapannya.
Ais naik menjulang tinggi di hadapannya! Afwan melompat ke belakang bersama Rin dan Roy di kedua belah tangan. Dua kanak-kanak itu diletakkan di belakang kotak.
"Jangan bergerak okay." Dua orang kanak-kanak itu mengangguk serentak. Tangan mereka digenggam erat. Afwan menoleh ke belakang, memandang tajam Fahrin.
"Kenapa kau serang aku?"
"Kanak-kanak itu."
Fahrin melangkah mendekati Afwan. Langkah demi langkah yang diambil, ais mula meliputi setiap permukaan.
Tangan kirinya mempunyai lembing ais. Lembing dihayunkan. Ais mula bergerak laju ke arah Afwan.
Afwan menumpukan kuasa anginnya kepada kaki lalu melompat. Deruan angin kencang berlaku akibat impak dari lompatan.
"Angin!"
Angin terhasil di sekelilingnya. Ais-ais yang bergerak laju pecah dengan sekali hayunan tangan. Afwan tersenyum sinis.
Fahrin muncul di hadapan Afwan. Lembingnya sudah hilang. Dia berpusing 180 darjah sebelum menendang sisi kepala Afwan.
Afwan melayang mengenai dinding sehingga retak. Sisa-sisa batu dari rempuhan berterabur di sekelilingnya. Dia perlahan-lahan bangun dan menyingkirkan debu-debu dari pakaiannya.
Srrt!
Matanya membulat ketika melihat ais mengelilingnya!
"Ice shell."
Fahrin tersenyum sinis sebelum mengenggam tangan kanannya. Ais yang mengelilingi Afwan mulai rapat lalu memerangkapnya. Tubuhnya dibekukan sehingga leher. Kepalanya sahaja yang tidak dibekukan.
"Tch." Afwan berdecih sebelum cuba memecahkan perangkap ais itu. Namun terhenti ketika dia terdengar jeritan Roy dan Rin.
"...Aku dah masuk perangkap kau huh, koala." ujar Afwan kepada Fahrin yang mula berjalan. Bibir digetap. Dia gagal. Dia gagal lindungi Roy dan Rin.
"Sekali sekala, Ace. Tak salah untuk kau kalah. Kegagalan itu akan memberi engkau pengajaran untuk maju ke depan." balas Fahrin sebelum mengangkat tangan kiri tanda selamat tinggal.
"Koala...kenapa engkau khianat aku?" soal Afwan walaupun dia tahu soalannya tak akan dijawab oleh Fahrin. Bibirnya mengukir senyuman kelat.
"Maafkan aku, Fahrin." Dia memandang bayang Fahrin yang menjauh. Matanya bergerak ke arah kereta yang berhenti tidak jauh dari lorong itu.
"Reo...maafkan aku." ujarnya apabila melihat kereta itu meluncur pergi. Air mata menitis di pipinya.
'Maafkan aku...kalian.'
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top