Bab 24 - Lost Control

Muaz menutup matanya. Dia hanya diam. Menunggu masa untuk menggunakan kuasanya.

"Let him go, My Lord."

Khairul hanya ketawa besar mendengar permintaan serigala di hadapannya. Mata biru lautnya merenung tajam bayangan serigala itu.

"Like hell I will," balas Khairul sinis. Dia mahu melihat sejauh mana Muaz dapat bertahan dan mungkin melakukan sesuatu yang dia tidak jangka.

"Let. Him. Go." Zaf menekankan setiap perkataan. Mata hitamnya menyala. Bila-bila masa sahaja.

Cepat Daniela...

"Let him go!" Jeritan seseorang membuatkan Muaz membuka mata sedikit. Dia tersenyum lemah apabila melihat Daniela muncul di belakang Khairul. Gadis itu mendarat dengan cantik di atas batu besar, memandang Khairul licik.

"Daniela...?" Khairul melirik ke belakang. Muaz segera menandukkan kepalanya ke kepala Khairul. Kaki kirinya naik menghentak siku Khairul.

"Argh!" Khairul segera memegang kepalanya. Tangannya yang mencengkam leher Muaz automatik terlepas.

Muaz melutut sambil memegang lehernya yang membiru. Nafasnya terburu-buru. Tepukan lembut di bahunya membuatnya menoleh ke belakang.

Khaisara tersenyum lembut kepadanya. Dia mengangguk kecil sebelum bangun. Khaisara menjeling ke arah Khairul.

"Tch. Tolonglah, Daniela dia dalam sasaran. Baik kau sedarkan dia sebelum aku lempang budak tak sedar diri ni." rungut Khaisara sambil mencebik. Dia menarik Muaz ke belakang, jauh dari Khairul. Rancangan Tachihara sebentar tadi dijelaskan.

"Eh....! Aku cuma kena perangkap dia je kan?" tanya Muaz minta kepastian. Khaisara mengangguk membuatkan dia mencebikkan bibir.

"Cis!"

.
.
.
.

"Lord..." Zaf memandang Khairul sayu. Khairul terlalu percayakan diri hingga sanggup menggunakan demon form-nya. Nafas panjang dilepaskan.

"Fire," Api biru mula mengelilingi Khairul seperti pagar. Tiada yang boleh masuk atau keluar.

Tachihara berdecih apabila melihat api biru muncul secara tiba-tiba. Daniela di belakangnya dipandang sekilas. Dia mengeluh, nampaknya Daniela perlu habiskannya sendiri.

"Pergi."

Daniela mengiringkan kepala ke kiri sebelum mengintip dari tepi Tachihara. Mulutnya membentuk 'o' sebelum mengembungkan pipi.

"Dan macam mana aku nak lepas api tu tanpa mati?"

"Lompat dari atas. Duh." jawab Tachihara datar. Bahunya diangkat, tak kisah.

"Haaah?!!"

"Shut the heck up. Kau bising," balas Tachihara menjeling ke arah Daniela. Gadis itu menghentakkan kaki.

"Flame!" Api merah muncul secara tiba-tiba dari arah kiri. Tachihara segera menarik Daniela ke belakangnya.

"Shield!"

Akar pokok membina pelindung di sekeliling mereka. Tachihara mendongak lalu berdecih. Khaisara yang menembak mereka tadi, hanya memeluk tubuh.

"Kau nak selamatkan dia ke tak?!"

"Bagus...lagi sorang yang tak tau apa maksud rancangan." bisik Tachihara perlahan. Haih. Kalau macam ni memang otaknya boleh pening.

"Daniela, kau sorang je yang pernah lalu api biru. Jadi pergi." arah Tachihara lalu menolak Daniela ke arah bulatan api biru.

Daniela menjeling sebelum tangan kirinya diangkat ke hadapan wajah. Matanya ditutup lalu nafas dihembus.

"Ice beam." Ais muncul dari tapak tangannya secara melintang lalu membekukan api biru. Tangan kirinya diturunkan lalu melangkah mendekati Khairul.

"Uh...-" Daniela mengaru kepala yang tak gatal. Apa yang dia kena cakap eh? - "lepaskan Khairul tak guna tu boleh? Dia memang macam tu. Tak fikir tentang orang lain kalau buat sesuatu,"

Daniela bersuara datar. Mata merahnya membalas tatapan tajam mata biru laut tanpa sinar di hadapannya.

"Trap..." Satu suara berbisik di belakang Khairul. Tanah naik ke atas lalu memerangkap Khairul. Kedua-dua belah tangannya terperangkap!

"Okay...?" Daniela mengangkat bahu, membiarkan. Baiklah, langkah pertama sudah selesai.

Dia mengeluh sebelum menyebut mantra dengan suara yang perlahan.

"Api (Amarah) tidak akan terpadam jika angin (dendam) ditiupkan. Ia akan terpadam jika air (kemaafan) disimbah kepadanya."

Tangan kanannya diangkat paras bahu. Cahaya berwarna putih muncul sebaik sahaja mantra itu dilafazkan. Gadis itu menghembus nafas perlahan. Matanya ditutup.

"Jinakkan kuasanya."

Matanya perlahan-lahan dibuka. Cahaya putih yang berbentuk sfera hilang apabila Daniela membuka mata.

Kabus mulai mengaburi pandangan mereka. Zaf yang mahu bertukar terhenti. Mata hitamnya memandang sfera yang memasuki dada Khairul. Bibirnya digigit.

"Lia. Dah ajar budak tu...teknik mantra..." gumamnya seorang diri. Bagaimana gadis itu mampu menggunakan kuasa cahaya sedangkan kuasanya ialah kegelapan?!

"Jangan pandang rendah dekat Daniela, Zaf." Suara Lia kedengaran dari belakangnya membuat dia menoleh. Seekor serigala berbulu putih bermata ungu menyapa pandangan.

"Macam mana...budak tu boleh guna cahaya sedangkan kuasa dia kegelapan?"

"Ia bergantung kepada dirinya sendiri. Dia belajar teknik elemen cahaya yang hanya boleh digunakan oleh elemen kegelapan, jika pengguna cahaya hilang kawalan." Jawapan Lia membuat Zaf terdiam.

"...Terima kasih sebab rawat Khairul hari tu.." balas Lia sebelum hilang dari pandangan. Zaf hanya duduk di atas dahan pokok.

"So...it real huh? Gadis itu...--tu... yang baru?" Zaf hanya tersenyum sebelum hilang dari pandangan.

□□□□ [Khairul mind]

Oi!

Bangunlah!

Berat tau tak!

Kau ingat aku ni kuli kau ke apa?!

Bangunlah mangkuk!

Dah senja dah ni!

Khairul perlahan-lahan membuka mata. Putih? Dia menoleh ke kiri dan kanan. Perlahan-lahan dia bangun dari perbaringan. Matanya membulat, dia berada di satu kawasan tanah lapang!

"Aku kat mana?"

Otak lu mangkuk.

Khairul terkebil-kebil. Dari tadi dia dengar suara tapi dia tak nampak pun kelibat sesiapa. Mukanya pucat. Jangan cakap tu hantu!

Aku bukan hantulah mangkuk!

Aku Zaf.

"Zaf..?"

"Oh! Serigala bangang tu eh?" Khairul memegang dagunya. Pura-pura berfikir sebelum dia dipukul di belakang kepala.

Eii!

Aku cincang kau kang budak!

"Kau cincang aku. Kita mati, jadi cubalah." Khairul membalas selamba. Sekali lagi belakang kepalanya dipukul.

Haih.

Nasib kaulah budak.

Baiklah! Aku nak kau fokus dan sebut nama aku.

Zaf!

Suara itu mengarah dengan tegas. Khairul mencebik. Itu pun nak marah.

Aku bunuh kau kang budak!

Khairul menjeling angin. Dia ikutkan juga arahan suara tu. Kalau hantu, naya dia nanti.

"Zaf. " ujar Khairul perlahan. Sedetik kemudian asap nipis menyelubungi tempatnya berdiri. Deruan angin kencang menghilangkan asap tersebut.

Matanya membulat. Seorang pemuda bertubuh sasa dan agak tegap berdiri di hadapannya. Rambut kelabu pemuda itu bagai langit ketika mendung. Mata hitam seperti burung gagak.

"...Who the heck are you?"

"Aku Zaf. Nice to meef you, young prince."

"...Engkau serigala tu?" Khairul menyoal dan mendapat anggukan dari Zaf.

"...Ini...mimpikan?"

"Nope. Ini realiti."

Khairul mencubit lengannya sendiri. Sakit. Jadi dia tidak bermimpi! Tapi...kenapa dia ada dekat kawasan tanah lapang ni?

"Aku bawak kau pergi sini."

"Oh..."

Macam mana bab ni?

Okay atau KO?

See you in the next chapter!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top