Bab 23 - Training

Awan mulai mendung dan menutupi sang suria. Di sebuah hutan yang menghijau. Burung-burung berkicauan dengan tenang-

Boom!

Letupan separa sfera berlaku yang mengakibatkan burung-burung tersebut berterbangan pergi. Rupa-rupanya, letupan tersebut terhasil daripada pertembungan api merah Rania dan kilat biru Jake.

Ahli kelas yang lain berada di atas awan, memerhati perlawanan di bawah. Tachihara duduk di hujung awan sambil mengoyangkan kaki. Mata kirinya bertukar hijau lalu muncullah nombor-nombor di atas kepala setiap orang.

Dia memerhati nombor Rania dan Jake. Rania, enam manakala Jake, tiga. Dia bersiul.

Nampaknya Jake mungkin menang perlawanan ini.

Kttang!

Ktang!

Kzzt

Letupan demi letupan berlaku di bahagaian tenggara hutan. Nampaknya mereka berdua sudah berada di bahagian tenggara.

Sesekali terlihat kilat biru menyambar kemudian api merah mencipta kebakaran. Bahagian tenggara hutan sudah musnah! Dua susuk tubuh berdiri berhadapan satu sama lain sambil menyeringai.

"Kuat jugak engkau ni,"

"Engkau pun sama." Rania menghentakkan kakinya ke tanah. Tanah retak lalu bergegar hebat! Lava panas membuak keluar dari rekahan di sekeliling Rania.

Jake tersenyum. Tubuhnya diliputi kilat biru terutama tangan kanannya. Dia memetik jari lalu kilat biru menyambar di hadapannya. Sambaran kilat biru itu menghasilkan kabus.

Rania menutup mata cuba fokus pada persekitaran. Dia merasakan pergerakan di tepi! Pedang dijelmakan lalu tetakan pedang kilat Jake ditahan.

"Ch," Jake berdecih sebelum mengundur ke dalam kabus sekali lagi. Rania memandang lava di sekelilingnya. Dia mencangkung lalu memegang lava panas tersebut.

"Lava absorbation." Lava panas itu perlahan-lahan membentuk bebola sebesar bola sepak lalu masuk ke dalam badannya. Nasib baik, dia kuasa api jika tidak tentu dia sudah ma3ti terbakar.

Api merah mula meliputi seluruh tubuhnya. Mata merahnya melirik ke belakang sebelum lesap! Jake muncul lalu menghayun pedang. Matanya membulat, segera dia memandang ke belakang.

Sekelilingnya terbakar! Dia tidak boleh bergerak! Api merah itu mengepungnya. Mata coklatnya memandang geram Rania yang berdiri di atas dahan pokok.

Kilat birunya mula menyambar mana-mana tempat yang berdekatan. Pedang dihilangkan. Dia berdiri statik. Percikan kilat biru mula terhasil di tangan kanannya. Mula-mula kecil namun lama-kelamaan mulai membesar.

Dia mengangkat tangan kanannya ke atas. Kilat biru yang dicas, dilepaskan. Ia membentuk sebiji guli lalu hilang.

"Aarhh!" Jeritan nyaring Rania kedengaran. Burung-burung yang mahu mendarat di dahan pokok, mengubah fikiran.

"Aku menang." Jake tersenyum kemenangan. Rania memegang bahu kirinya yang cedera. Api merah mula menghilang lalu dia jatuh terduduk.

Tachihara ketawa sendirian sehingga mengundang perasaan pelik pada kalangan rakan sekelasnya.

"Hm...nampaknya aku betul. Lepas ni, Khairul dan Muaz. Mari lihat siapa yang menang," ujarnya sambil tersenyum penuh makna. Mata kirinya bertukar hazel semula. Lufti di belakangnya memandang risau.

"Baiklah! Rania pergi dekat jururawat untuk pulihkan kecederaan kamu tu. Jake...pergi duduk dekat dalam," arah Cikgu Herle. Rania dan Jake mengangguk sebelum melangkah ke tempat yang di arahkan.

"Khairul, Muaz. Giliran kamu berdua pula." Khairul dan Muaz berpandangan seketika sebelum melompat turun dari awan.

"Hm~"

.
.

Slash!

Kzzrt!

Khairul muncul di belakang golem tanah bersama pedang yang berlumuran darah biru. Mata biru lautnya menatap datar golem sebelum menghayun pedang. Menghilangkan darah biru yang membasahi pedangnya.

"Hm~" Dia memandang ke atas. Matanya bertemu dengan sepasang mata hitam kecoklatan yang bersinar.

"Muaz..."

"Baiklah! Jangan buat drama kat sini," ujar Muaz tersenyum. Khairul berdecih. Pedang di tangan diangkat ke hadapan muka.

"Mulakannya," Suara Khairul kedengaran datar tanpa sebarang emosi. Aura putih bercampur hitam meliputi seluruh tubuhnya.

"Light," ujarnya tenang. Cahaya putih bercampur hitam muncul di sekelilingnya. Membuatkan Muaz terpaksa menutup mata. Terlalu silau!

Beberapa detik kemudian, cahaya itu beransur hilang. Mata Muaz membulat.

Khairul mempunyai tanduk kecil bersama sepasang sayap naga berwarna hitam muncul di belakang badannya.

"First form...

Demon."

Muaz menarik nafas panjang. Dia perlu bertenang. Dia tahu, bukan mudah untuk mengalahkan Khairul jika dia menggunakan sisinya yang ini. Tapi dia perlu mencuba.

Mata hitam kecoklatannya menatap mata biru laut Khairul. Dia tergagam. Langsung tiada sinar di sepasang mata itu!

Ktang!

Muaz mengelak ke kiri ketika Khairul menghayunkan pedangnya. Dia melirik ke belakang. Semua pokok sudah terbakar!

Kaki kirinya diangkat lalu menghentak tanah kuat. Tanah mulai retak! Seekor golem tanah keluar dari rekahan tersebut. Dia berada di atas bahu kiri golem tanahnya.

Mereka yang berada di atas awan hanya bersiul. Tidak sangka yang Muaz mampu membina golem tanah.

"Hm...mungkin Muaz boleh menang," gumam Tachihara perlahan. Mata kirinya bertukar hijau semula. Dia terdiam. Nombor Muaz juga Khairul naik mendadak! Dari lima, sekarang tiga!

'...Mereka sangat hebat...'

Khairul hanya tersenyum sinis melihat golem tanah itu. Sayapnya dikibar sehingga berlaku angin kencang. Dia menghilang, tempat dia berpijak tadi retak!

Dia muncul kembali di hadapan golem tanah. Pedang di tangan kiri dibaling ke dada golem tersebut. Ia menusuk tepat di dada membuatkan senyumannya bertambah lebar.

"Explosion!" jeritnya lalu pedang itu perlahan menusuk ke dalam dada golem. Sebaik sahaja hulu pedang itu masuk ke dalam tubuh golem.

Muaz segera melompat turun lalu mencipta pelindung tanah disekelilingnya.

Boom!

Letupan besar berlaku! Tubuh golem tanah itu hancur berkecai. Darah biru terpercik ke merata-rata tempat. Muaz memghilangkan pelindung tanah. Dia tersenyum kelat melihat golemnya hancur berkecai.

Khairul muncul di hadapannya tiba-tiba bersama senyuman sinis. Muaz mengundur ke belakang. Aura putih yang mengelilingi pemuda itu tadi bertukar hitam.

"Rul..."

Muaz bersuara. Dia mengundur ke belakang ketika Khairul menghampirinya. Mata hitam kecoklatannya menatap mata biru laut Khairul.

"Khairul. Aku dah menyerah kalah. Hentikannya." Muaz bersuara sekali lagi. Dia pasti, Khairul sudah dikawal oleh kuasanya sendiri sebab itu dia tidak mendengar.

"Khairul!" Muaz menjerit ketika tangan Khairul naik mencengkam lehernya. Dia mendengar Khairul mengumam perlahan.

"Kalau aku bunuh kau...mesti best kan?"

Serentak itu cengkaman pada lehernya dieratkan. Khairul hanya tersenyum sinis apabila kaki Muaz sudah tidak menjejak tanah.

.
.
.

"KHAIRUL. HENTIKANNYA!" Khaisara dan Daniela menjerit serentak. Sudah tentu jeritan mereka tidak akan mencapai telinga Khairul.

Daniela mengetap bibir. Apa yang boleh dia lakukan? Muaz boleh terbunuh jika mereka lambat bertindak!

"T-t-tak mungkin!" Tachihara menjerit terkejut. Tubuhnya menggigil ketakutan.

"Tachi, Kau okay?"

"D-d-dia...dia...akan bunuh Muaz!"

Yang lain tergamam. Tidak menyangka bahawa Tachihara Misaki, ketua kelas Black menyatakan kenyataan yang akan berlaku sebentar lagi.

"Kau...tipu kan? Khairul tak akan bunuh Muaz..." ujar Khaisara tidak percaya. Dia sangat mengenali adiknya, tidak mungkin dia akan membunuh orang kerana dikawal.

"...Kita perlu hentikan dia."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top