Bab 22 - History
"Baiklah kelas. Buka buku teks muka surat 40. Hari ini kita akan belajar tentang, Kejatuhan Negara Claude," ujar Cikgu Adam.
Buku teks sejarah yang terbuka di atas meja ditatap sepintas lalu sebelum memandang wajah anak-anak muridnya. Bibirnya mengukir senyuman sinis.
"Baiklah. Seperti yang kita tahu, puak Fallen Angel dan puak serigala telah pupus sekitar tiga puluh tahun yang lalu." Cikgu Adam menyambung penceritaan.
Tachihara di hadapannya mencebik. Sudah tahu tentang dua puak yang sudah pupus itu. Bukan itu sahaja, hampir semua puak shapeshifter mati ketika peperangan tersebut akibat kuasa Blue Demon.
Blue Demon,
Seekor demon yang merupakan host kepada sebuah kuasa yang penting. Jika kuasa itu diambil, seluruh dunia boleh musnah!
Pacification, sebuah kemampuan yang mempunyai dua sisi. Satu sisi yang membolehkannya menenangkan sesebuah kuasa yang mengamuk.
Satu sisi yang lain akan menyerap kuasa berlebihan tersebut dan menjadikannya kuasanya sendiri.
'...Hm...mungkin aku patut baca.' fikirnya. Mata hazelnya menatap setiap bait-bait perkataan yang tertulis di atas buku.
Blue Demon.
Kuasanya diwariskan kepada setiap generasi. Setiap generasi yang baru akan mendapat simbol sayap kecil berwarna biru di tubuh mereka. Kuasa yang berbahaya jika jatuh pada tangan yang salah.
Ketika peperangan menentang Zenaku, Kamalia dan Zafran terbunuh. Jika diikutkan lagenda mengenai kedua-dua serigala itu. Mereka berdua akan dilahirkan semula untuk melindungi dunia.
Tanda-tandanya ialah, kelahiran semula Raja dan Permaisuri itu akan dapat melihat 'sesuatu' yang tidak dapat dilihat oleh orang lain.
"Tachihara," panggilan Cikgu Adam menyentakkannya dari terus membaca. Wajahnya diangkat memandang mata merah Cikgu Adam.
"Ya."
"Sewaktu peperangan 30 tahun lalu. Siapa yang membunuh Permaisuri Kamalia dan Raja Zafran?" Cikgu Adam menyoal. Tachihara hanya tersengih.
"Zenaku," jawab Tachihara, tersengih. Memandangkan dia sudah membaca bahagian tersebut senanglah untuk dia menjawab.
Lunch (Jam1030)
"Wuarh!" Tachihara mengeliat kecil. Nampaknya dua jam Sejarah memang boleh buat otot-ototnya kaku.
Tangan kiri diseluk ke dalam saku seluarnya. Otaknya ligat memikir apa yang patut dia makan sewaktu di kantin nanti.
'Hmm...mungkin, makanan berat.' Dia berfikir. Sebaik dia sedar dari lamunan, dia sudah berada di kantin.
"Oi Misaki!"
Tachihara menoleh ke belakang melihat gerangan siapa yang memanggilnya. Mata hazelnya terkunci pada Lufti yang berada di hadapan koperasi.
"Lufti," balas Tachihara sambil melambai tangan. Meminta Lufti mendekatinya. Lufti mempercepatkan langkahnya mendekati Tachihara.
"Wei, Tachihara. Kau nak makan apa? Aku belanja!" ujar Lufti gembira. Tachihara mengelengkan kepala sambil tersenyum.
"Tukar angin nampak! Bukan selalu aku yang belanja kau ke?"
"Saja."
"Oh..." Tachihara mengangguk kecil. Matanya ternampak meja kosong di tepi gerai air.
"Luft. Kau pergi cop tempat. Aku nak beli makanan jap," ujar Tachihara sambil menunjukkan meja tersebut. Lufti hanya mengangguk dan berlalu ke arah meja tersebut.
Tachihara berjalan ke arah gerai makanan yang menjual pelbagai jenis makanan. Seperti, spaghetti, nasi kari, ramen dan sebagainya. Tachihara menelan air liur yang terhasil di dalam mulut.
Terliur beb! Fettuccine Carbonara kut! Kesukaannya pulak tu. Tachihara mengambil satu pinggan fettucine carbonara sebelum melangkah ke meja yang Lufti duduk.
Ketika berjalan ke meja itu. Ada seseorang melanggar bahunya sedikit. Mata mereka bertembung sesaat sebelum dua-dua meneruskan langkah ke arah bertentangan.
Dia dapat merasakan yang kakinya menggigil. Ketika mata mereka bertemu, dia dapat merasakan aura membunuh pemuda itu. Rambut putih bagai awan, mata tajam berwarna kuning gangsa.
'T-tak mungkin! Pemuda tu...Syaz Al-Rayyan!'
Tachihara mengetap bawah bibir. Melihat dari aura Syaz, mesti pemuda itu berbahaya. Mungkin dia patut mengelak dari bertemu pemuda itu lagi. Kali terakhir dia bertemu pemuda itu, dia mendapat parut panjang di belakang badannya.
Dia meletakkan pinggan fettuccine carbonara di atas meja. Dia menarik kerusi di sebelah kiri Lufti lalu duduk.
"Tachi, kau okay?" Lufti memanggil apabila melihat Tachihara hanya memandang kosong makanannya.
"Aku okay," balas Tachihara perlahan. Mood makannya hampir hilang disebabkan ketakutan yang melanda. Garfu diambil lalu dia mula makan.
'Syaz...kau berubah sangat.'
Lufti memandang Tachihara hairan. Tadi gembira semacam, sekarang? Mata biru kelabunya membulat saat merasakan yang aura Tachihara sedang bergelora.
"Bagaimana...?" soalnya perlahan. Bagaimana aura Tachihara boleh mengamuk sekali lagi?! Lufti menghembus nafas perlahan, cuba untuk bertenang.
Dia menumpukan fokusnya pada aura Tachihara. Cuba memahami apa yang membuatnya mengamuk. Gigi digetap, saat aura Tachihara mengamuk kerana ketakutan.
Dia...takut dengan siapa..?
"HAAH!" Muaz muncul dari tepi mengejutkan mereka berdua. Lufti hampir terjatuh dari kerusi manakala Tachihara,
"Oh mak kau putih!" Dia melatah sebelum memegang dada. Terkejut dibuatnya. Nasib dia sempat telan makanan di dalam mulutnya kalau tak, tercekik!
"Hahaha!" Muaz hanya mengetawakan mereka berdua sehingga perutnya senak. Lufti mengembungkan pipi, tak puas hati.
"Kenapa kau sergah kitaorang?"
"Hehe~ saja," balas Muaz selamba. Wajah poyonya ditayang membuatkan Lufti yang mahu memukul kepalanya, tergelak.
Tachihara mengulingkan bebola mata sebelum menyambung upacara makannya yang tergendala tadi. Otaknya ligat berfikir, jika Syaz berada di sini maksudnya...
'Habislah...' Manik hazelnya mulai berair. Matanya dikelipkan beberapa kali, cuba menghilangkan air mata tersebut. Tangan kirinya naik meraup muka, menghilangkan kesan air mata.
'...It hurts...'
Muaz dan Lufti yang sedang bergurau senda terhenti. Mata mereka membulat apabila melihat garfu besi yang digunakan Tachihara sudah bengkok.
Lufti bangun dari duduk. Tangan kanannya diliputi aura biru cair yang sangat nipis menyentuh bahu kiri Tachihara.
"Hey. Tachi, cuba beritahu aku...kenapa ni..?" Lufti menyoal perlahan. Tachihara menunduk, kedua-dua tangannya dikepal erat.
"D...dia...d...dunia akan...mus...nah..." Suara Tachihara tenggelam timbul antara esakan. Lufti mengangguk kecil sebelum tersenyum kelat.
"Dunia ni tak akan musnah, Tachi."
"Ia akan musnah...sebab..." Tachihara menghentikan ayatnya. Manik hazelnya bersinar lemah.
"Sebab?"
'I can't even protect my own friend. I...already know that he gonna die but...I just ducking let him go.' sambung Tachihara di dalam hati. Tidak, dia tidak mahu Lufti atau sesiapa pun mendengarnya.
Ia rahsianya dengan dirinya sendiri.
"Aku...lepaskan dia."
'Maaf,
Maaf,
Maaf.
Aku terpaksa Luft. Kalau aku tak tipu...'dia' akan bunuh engkau.'
Kringg!
"Sekarang PJ. Jom tukar baju pastu pergi padang." ajak Muaz dan memdapat anggukan dari Tachihara dan Lufti.
"Jom..."
Xjsjshdh
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top