Bab 21 - Fallen angel
Di sebuah rumah yang kelihatan agak usang. Seorang pemuda berambut hijau lumut sedang menyiram pokok-pokok bunga di halaman rumah.
"..." Pemuda itu mengungkapkan sesuatu tanpa suara, hanya bibirnya yang bergerak. Dia tersenyum saat melihat semua pokok sudah siap disiram lalu mencekak pinggang.
Dia berpaling untuk menuju ke kawasan meletakkan kereta ketika seorang gadis berambut putih memanggilnya.
"Harris-san, Allison ada tak?"
"Ada," Harris menjawab perlahan. Gadis itu mengangguk sebelum berjalan masuk ke dalam rumah melalui pintu yang terbuka.
Di bilik terakhir di tingkat dua, kelihatan seorang gadis berambut hitam melebihi pinggang sedang menatap bebola kaca di hadapannya.
"Fallen Angel," Allison berbisik saat melihat bola kaca yang memaparkan wajah Khaisara dan Zakuan bersilih ganti.
"Bukan Fallen Angel dah pupus sewaktu peperangan itu ke?" Suara kecil menyampuk membuatkan Allison mengangkat wajah. Iris ungunya bertemu dengan iris kuning keemasan seorang gadis di muka pintu.
"Ada yang terselamat," balas Allison tanpa nada. Gadis bermata kuning keemasan itu melangkah masuk tanpa mempedulikan jelingan tajam Allison.
"Begitu," Gadis itu berbisik perlahan. Dia menatap bola kaca itu kagum. Memandangkan dia suka membaca buku, tidak hairanlah untuknya mengetahui tentang Fallen Angel.
"Mana abang kau? Bukan kau selalu lepak dengan dia ke, Dexcy?" soal Allison bertubi-tubi apabila melihat bayang pemuda berambut biru kehijauan itu tiada bersama.
"Dia berlatih," Dexcy menjawab ringkas sebelum duduk di sofa bersebelahan Allison. Allison mengangguk kecil.
"Kenapa kau datang sini? Bukan Syahren tak benarkan kau datang sini kalau dia tak ada ke?" soal Allison curiga. Setahunya Syahren tidak membenarkan Dexcy datang ke rumah ini jika dia tiada.
"Ada berita buruk. Mereka macam dah tahu yang ada pengintip dalam Elite Assassins," Dexcy menatap iris violet milik Allison. Jari runcingnya mengetuk permukaan meja. Tabiat yang sentiasa dilakukannya jika risau.
"Hati-hati, aku rasa Daniela dah mula syak engkau pengintip," sambungnya risau. Daniela dan Khairul bukan calang-calang orang. Mereka sentiasa menemui cara untuk membuka pintu yang berkunci tanpa sebarang bunyi.
Allison Frandy, juga seorang yang hebat namun kemahirannya tidak mampu menandingi Daniela dan Khairul.
Allison hanya menyimpul senyuman sebelum berkata,
"Aku akan baik-baik sahaja, Dexcy," balas Allison yakin. Manik violetnya memandang belakang Dexcy. Peta Kerajaan Bintang yang sudah ditanda dengan pin berwarna merah dan biru.
Dexcy turut menoleh, cuba memahami apa yang dirancang oleh Allison. Tiga pin berwarna biru berselerak di sekitar sekolah. Sepuluh pin merah yang lain juga berselerak di atas peta. Dua berada di sekitar hutan manakala lapan lain berada di sekitar taman.
Jujur, dia berharap dia juga seorang yang genius agar dapat memahami apa yang berada di dalam kepala sahabatnya. Setiap kali dia mahu masuk, pasti gadis itu akan menghalangnya.
"Dua pin merah yang dekat hutan tu, rumah Angel Music dan Demon Orchid tinggal." Allison tersenyum bangga. Rancangan yang mengambil masa berbulan akan terlaksana tidak lama lagi. Rancangannya sudah lama bermula, ketika Daniela amnesia.
"Void Memoir juga perlu diperhati. Ketua mereka ialah Luqman Kurogami. Biodata ahli-ahlinya disulitkan. Aku tak dapat tengok sebab...kalau aku tengok automatik, ia akan padam semua biodata mereka," Suara dari muka pintu menyampuk membuatkan Allison dan Dexcy menoleh ke arahnya.
Seorang pemuda berambut hitam bertubuh kecil, menyapa pandangan.
"Ibuki, bila kau sampai? Aku tak perasan langsung," Allison menyapa sekadar berbasa-basi. Pemuda bernama Ibuki Frandy itu hanya tersenyum.
"Dari tadi aku tercongok kat depan pintu. Inilah padahnya bila engkau obses dengan rancangan tu. Persekitaran pun tak peka," sindir Ibuki bersahaja. Mata hitamnya membalas renungan tajam Allison datar.
"Tch, engkau pun sama! Terlalu obses-tak bukan obses. Terlalu berdendam dengan Khairul! Apa budak tu buat dekat kau sampai kau setuju untuk sertai kumpulan aku?!" Allison membidas tidak mahu kalah. Adakah ini ilusi? Bisik hati kecilnya. Mata Ibuki yang selalunya datar, berubah sayu buat seketika.
"Dia..."
.
.
.
.
.
.
Khaisara dan Zakuan menjeling Lufti, jengkel. Setiap kali Daniela atau Khairul menghilang mesti mereka berdua jadi mangsa soalan! Afwan-kan ada! Kenapa tak di tanya je lelaki tu?
Lufti yang perasan jelingan itu hanya tersengih-sengih. Dia terlupa yang kedua-dua rakannya ni tidak suka ditanya, mana Khairul dan Daniela.
I remember years ago,
Someone told me I should take,
Caution, when it come to love,
I did, I did
Lagu Impossible versi cover oleh I am King bergema. Lufti lebih sukakan versi itu kerana ia versi rock. Namun dia tetap suka lagu asal yang dinyanyikan oleh Shontelle.
Telefonnya dikeluarkan. Nama pemanggil dilihat 'Big bro' lalu dia menekan ikon menjawab. Segera dia melangkah keluar tidak mahu Khaisara dan Zakuan mendengar perbualannya.
"Kenapa dengan dia tu? Tak tahan nak pergi tandas ke?"
"Entahlah, wei."
Sebaik talian disambungkan, kedengaran suara Luqman menjerit cemas membuatkan dia menjauhkan sedikit telefon dari telinga.
"Pasal Luq?"
"Kita kena godam!"
"Apa?!" Lufti turut menjerit terkejut. Sistem yang dia letakkan di setiap komputer di markas amatlah sukar unuk digodam. Jadi bagaimana..?
"Fail apa yang hilang?" Lufti kembali menyoal. Dahlah banyak fail sulit tentang ahli Shadow Alpha dan White Blue ada kat situ. Jika maklumat tersebut hilang, habislah mereka.
Dia mengetap gigi. Tangan kanannya naik mencengkam rambut biru kelabunya. Kusut!
"Tiada apa yang hilang. Biodata aku je yang hilang." jawab Luqman berselang seli dengan bunyi papan kekunci di tekan.
Lufti menghela nafas lega sebelum teringat sesuatu, "Wei, aku rasa penggodam tu cuma nak biodata ahli kita je."
"Jap. Jap. Kalau dia nak setiap ahli mesti dia ambik semua."
"Hehe~ kalau dia nak tengok biodata ahli secara paksa. Automatik semua benda akan terpadam." Lufti menjawab. Di hujung talian, kedengaran 'ooo' yang panjang dari Luqman.
"Thanks dude."
□□□□
Dia menghindar ke kiri saat tujahan pedang hampir mengenainya. Bibirnya tersenyum. Mata merahnya bertemu dengan sepasang mata merah yang lebih gelap daripadanya.
"Kau dah makin laju," ujar Reo bersama senyuman. Sedari tadi, Daniela hanya mengelak tanpa menyerang. Pegangan pada hulu pedang dieratkan.
Sekelip mata, dia sudah berada di hadapan Daniela. Pedang dilibas namun menjamah angin! Mata merahnya segera menoleh ke belakang.
"Kejutan!" Daniela muncul di belakangnya sebelum melayangkan sepakan ke sisi badannya. Tubuh Reo menghempas dinding sehingga retak!
"Ow..."
"Lainkali. Peka atau engkau akan mati." Daniela mengeluarkan pisau belati dari saku seluarnya. Pisau tersebut dibaling. Ia mendarat, betul-betul di sebelah leher Reo!
"Baik." Reo membalas perlahan. Tangan kanannya menarik pisau belati itu keluar dari dinding lalu di baling semula kepada Daniela.
"Thanks." Daniela menangkap pisau tersebut. Lalu dimasukkan ke dalam saku seluarnya.
...
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top