Bab 19 - Setiap kenangan amat berharga...
30 tahun yang lalu
"HAHAHAHA!"
"BUNUH MEREKA!"
"MUSNAHKAN SEMUA BENDA!"
Jeritan lantang yang memekakkan telinga itu kedengaran di seluruh pelosok tanah lapang yang sudah musnah akibat hentaman bola-bola api.
"Lari, selamatkan diri!" jeritan-jeritan pengawal yang cuba mengawal keadaan juga kedengaran. Di samping mereka terlihat, seorang jejaka berambut kelabu bagai langit mendung dan bermata hitam seperti langit malam sedang memeluk tubuh sambil tersenyum kelat.
"Engkau yang mulakan dahulu, abang," ujarnya seraya berjalan mendekati kawasan tanah lapang yang sudah hancur itu.
"Zafran." Suara lembut menyapa telinganya dari belakang. Tanpa menoleh dia tahu wanita di belakangnya itu risau.
"Aku tidak akan apa-apa, Kamalia," ujar Zafran, cuba meredakan kerisauan si wanita, Kamalia.
"Engkau hadir juga, Zafran, Kamalia." Suara dari atas membuatkan mereka berdua segera mendongak. Seorang jejaka berambut putih melebihi pinggang dan bertubuh sasa, memandang mereka.
"Zenaku," ucap Zafran dan Kamalia serentak. Mereka mengeluarkan pedang dari sarung, bersedia untuk berlawan.
"Ia tidak adil. Dua orang melawan seorang, jadi aku sudah menyediakan sesuatu untuk kau, Kamalia." Sebaik sahaja, Zenaku selesai berkata, sepasang tangan dari bayang menarik Kamalia menjauhi Zafran.
"Argh!"
"Kamalia!" Zafran segera menoleh dan melihat Kamalia dililit sepasang tangan bayang dari pinggang ke perut.
"Ten hands from hell," gumam Zenaku. Senyuman sinis tetap terukir di bibirnya.
"Ouh, tidak lupa juga. TIGER CLAW!" Zenaku menambah perintah sebelum meluru ke arah Zafran.
Kamalia yang berusaha meleraikan tangan-tangan bayang,mengigit bibir saat kulit badannya terasa disiat-siat apabila dia bergerak.
"One," Zenaku selesai mengira lalu
Boom!
Kaboom!
Boom!
Boom!
"Argh!"
Daniela membuka mata, nafasnya masih terburu-buru. Dia duduk bersila lalu meraup muka, cuba menenangkan jantung yang berdegup laju sebelum bayangan sayap dwiwarna, sebelah kanan berwarna putih manakala sebelah kiri berwarna hitam muncul lalu memeluknya.
"Mimpi ngeri?" Dia menoleh ke kiri katilnya dan melihat Khaisara tersenyum kecil.
"U-uhm." balasnya perlahan. Khaisara bangun dari katilnya sebelum duduk di sebelahnya. Khaisara menepuk lembut bahu kirinya sebelum menariknya ke dalam pelukan.
"Khaisara..."
"Tak mengapa, mimpi ngeri tu tak akan berlaku," Khaisara memujuk. Daniela mengeleng dalam pelukan.
"I...ia akan terjadi. Pada waktu itu, kita tak boleh buat apa-apa," balas Daniela perlahan. Air mata yang bergenang di tubir matanya, perlahan-lahan turun.
"A...aku...aku takut," ujarnya perlahan sebelum menyembamkan mukanya ke bahu Khaisara. Khaisara hanya tersenyum kelat, belakang badan Daniela diusap lembut.
"Kami ada dengan kau, semua benda akan ok."
"Aku mimpi...Khairul dan Afwan mati depan aku, Sara! Aku takut...aku tak nak orang mati lagi, cukuplah sepuluh tahun lepas-" Daniela mengeratkan pelukan, air matanya galak membasahi bahu Khaisara- "ramai orang mati, sebab...tindakan dia,"
Khaisara hanya mengusap lembut belakang badan Daniela. Jika tidak silap, kali terakhir dia melihat Daniela menangis sewaktu dia hampir cederakan Afwan. Sembilan tahun sudah berlalu.
"Let it out...let the sorrow and despair out in your tears. Buangkannya sekarang, aku tahu...engkau selalu menangis sebelum tidur. Kami ada dengan kau, kita tak akan apa-apa." ujar Khaisara lembut.
Bayangan sayap dwiwarna yang memeluk tubuh Daniela perlahan-lahan menghilang.
'Fallen angel...'
Khaisara mencium lembut ubun-ubun Daniela sebelum melepaskan pelukan. Jari kirinya naik, mengelap sisa air mata di mata Daniela.
"Engkau tak keseorangan,Dani. Engkau ada aku dan yang lain, kami sentiasa menyokong engkau dari belakang,"
'...Aku rasa...jika kalian tahu kebenarannya...tentang siapa sebenarnya diri aku...mesti kalian, akan anggap aku ni sebagai...raksaksa.'
Bibir Daniela menarik senyuman paksa. Mata merahnya sembab akibat menangis manakala rambut hitamnya kelihatan kusut.
Khaisara menghembus nafas panjang, dia tidak pasti apa tanggungjawab yang ditanggung oleh bahu Daniela tetapi...dia pasti,
Daniela akan baik-baik sahaja.
"Nee~ Khaisara,"
"Kalau aku mati...jagakan Rul untuk aku boleh?" tanya Daniela, senyuman manis terukir di bibirnya. Khaisara tersentak, iris emasnya merenung tajam iris merah Daniela.
"Kau jangan main-main Dani,"
"Aku tak pernah main-main dengan perkataan aku, Sara." balas Daniela tegas. Mata merahnya menatap lembut iris emas Khaisara.
"Are you planning to leave us? "
"Who knows, lagipun takdir ibarat roda yang berputar. Kita tidak tahu, adakah esok kita masih bernafas atau tidak." balas Daniela lembut. Tangan kanannya diletakkan, di hadapan dada kiri.
"If I die...those memories we make together are here," ujarnya sambil menepuk lembut dadanya. Menunjukkan bahawa memori-memori tersebut disimpan di lubuk hati yang terdalam.
"Daniela..."
Zakuan dan Khairul yang mahu memulas tombol pintu, terhenti. Mereka berdua mendengar sedikit sahaja dari perbualan Daniela dan Khaisara.
Khairul mengenggam erat tangannya,mahu sahaja dia menerajang pintu kayu di hadapannya itu namun ditahan.
"Dia dah tahu huh?" Suara Zaf kedengaran di cuping telinga Khairul. Khairul berdecih sebelum menjeling Zaf.
"Apa yang Dani dah tahu?" Dia menyoal, Zakuan disebelah hanya diam sambil memeluk tubuh.
"Siapa sebenarnya dirinya..."
Khairul mengelengkan kepala, tidak mahu mendengar apa yang akan disambung oleh Zaf.
"Belum tiba masanya untuk mereka tahu, orang tua," Dia berkata perlahan sebelum berpaling. Kakinya mula melangkah pergi dari bilik Daniela dan Khaisara.
Tujuan asal mereka datang adalah kerana Afwan mengajak mereka-White Blue-makan bersama dan dia menyuruh Khairul dan Zakuan memanggil Daniela dan Khaisara yang masih berada di atas.
'Ia rahsia kita berdua...' tanpa sedar dia berkata dalam hati. Rakan-rakan mereka tidak perlu tahu tentang rahsia tersebut kerana...
Pengkhianat di kalangan mereka akan bertindak.
"Oit,Khairul!" Zakuan memanggil namun tidak diendahkan. Zakuan memandang pintu sebelum memandang Khairul yang sudah pergi. Bibir diketap sebelum dia berlari anak, mengejar langkah Khairul.
"Bukan kita kena panggil mereka ke?"
"Mereka akan turun, jangan risau," jawab Khairul masih melangkah laju. Sampai tangga segera dia melangkah turun, dia melompat di dua anak tangga terakhir dan menuju ke ruang makan.
'Mereka tidak perlu tahu,' ayat tersebut diulang-ulang di dalam hati. Dia menggosok ke dua-dua belah tangan,cuba mengabaikan perasaan gelisah.
"Khairul?" Suara Lufti kedengaran risau, mata biru kelabunya menatap semula iris biru laut Khairul.
"...Aku... takut..." jawabnya perlahan. Dia dapat merasakan ada sesuatu akan berlaku, tetapi apa?
https://youtu.be/u1yVCeXYya4
https://youtu.be/18IfhJz-1TM
Aku masih bernyawa! Anyway...double update!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top