Bab 15 - Our secrets are always a secret
Loceng berbunyi, menandakan persekolahan hari itu sudah tamat. Daniela mengemas barang-barang sebelum memasukkannya ke dalam beg sandangnya.
"Nia,"
"Apa Lufti?" soal Daniela, mata merahnya memandang mata biru kelabu milik Lufti.
"Uh...nothing, tapi selamat berjaya!" ujar Lufti sebelum ketawa janggal. Itu hanya seketika, ketika tubuhnya dipeluk dari belakang oleh kawan sejak kecilnya, Lily Anastasia. Gadis berambut hitam, diikat dua itu hanya tersenyum manis melihat Daniela.
"Thanks... oh ya! Kalau kau jumpa Khairul, cakap dekat dia yang pokok sakura sudah gugur, sama seperti sisa-sisa fikirannya yang tinggal." ujar Daniela sebelum berjalan keluar bersama tangan kanan yang diangkat menandakan, selamat tinggal.
"Baiklah!" Lufti membalas dengan bersemangat sebelum tersenyum kecil. Lily yang memeluknya, meletakkan dagunya di bahu Lufti manja.
"Nee~ Luft,"
"Hm?"
"Apa yang kau tahu tentang Daniela dan Khairul?" Lily menyoal perlahan, sesekali mata merahnya memandang sekeliling.
"Ia rahsia."
"Ala~ beritahulah..." Lily merengek sambil mengoncangkan lengan Lufti. Lufti hanya tersenyum licik, tidak menghiraukan rengekan Lily.
□□□□
"DANIELA ARAKAWA, CEPATLAH! CAKAP NAK BELAJAR MENARI!"
Suara itu bergema di seluruh pelosok ruang bawah tanah. Seorang pemuda yang berpangkat abang angkat kepada Shadow Alpha dan White Blue, mencekak pinggang di hadapan si gadis berambut hitam yang sedang asyik membaca buku bertajuk, 'Panduan menari.'
"Tch, malaslah Wan. Kau ajar Khairul jelah." balas Daniela sebelum menyambung pembacaan. Pemuda yang dipanggil Wan oleh Daniela tadi ialah Afwan, Afwan Aiman.
"Aku tak kira, kau malas atau apa. Jadi pasangan Khairul untuk langkah yang ni." arah Afwan tegas. Bibirnya mengukir senyuman licik, apalah yang dirancang oleh si Afwan ni?
"Dude, kau tahu kan yang aku tak pandai menari dan kau ingat aku nak sangat jadi partner si rambut putih tu dalam menari? Heh, tidak dalam seribu tahun!" balas Daniela malas, mata merahnya masih tak lepas memerhati bait-bait perkataan yang tertera di helaian kertas.
"Oh...kalau macam tu, aku bakarlah buku-buku kesayangan kau tu,"
"Jangan disentuh koleksi buku-buku antik aku!"
"Jadi...?" Afwan menyoal bersama buku lima yang sudah dibunyi-bunyikan. Daniela mengeluh kasar sebelum meletakkan bukunya di atas meja sebelum melangkah ke arah Afwan dan Khairul, malas.
"..."
"Good girl."
"Aku memang baik pun, terima kasih." balas Daniela sebelum mengikat panjangnya dengan getah rambut yang entah bila masa ada di dalam saku seluarnya.
"Baiklah sangat,"
"Sentiasa!" Daniela berkata semangat sebelum memeluk Khairul dari belakang, dagunya berada di bahu Khairul. tangannya pula sibuk bermain dengan rambut putih salju milik Khairul.
Khairul hanya membiarkan, makin ditegah makin dibuat nanti. Afwan di hadapan Khairul, mengeleng.
"Daniela, aku keluar kejap. Kau berlatihlah dengan Khairul," ujar Afwan sebelum melangkah keluar dari bilik dan menutup pintu dengan perlahan.
"Jom." ujar Khairul sebelum merungkaikan rangkulan Daniela. Tangan kiri dihulur, untuk mengajak Daniela menari. Daniela menyambut sebelum Khairul mula membuka langkah tariannya.
"Are you serious? Kau tahukan aku tak pandai menari." ujar Daniela geram, cuba mengikuti langkah Khairul yang semakin laju.
"Aku tahu,"
Mereka berdua mula menari tanpa diiringi alunan muzik. Beberapa kali juga Daniela tersalah langkah dan terpijak kaki Khairul.
Lufti yang kebetulan lalu di situ, hanya tersenyum nipis. Jam di tangan kanannya,ditatap sebelum mengeluh. Nampaknya dia terpaksa membatalkan niatnya mengacau Khairul dan Daniela.
"Tugas lagi ke?" Seorang gadis kecil yang ketinggiannya mungkin 140 cm. Berambut coklat keperangan, menyoal.
"Ya, aku pergi dulu. Kalau jumpa Afwan, cakap petang nanti aku nak bincang dengan dia," ujar Lufti sebelum mengusap lembut rambut si kecil. Kakinya melangkah laju, keluar dari ruangan tersebut.
□□□□
"Lufti lambat!" rengek abang kembarnya, Luqman Kurogami. Lufti hanya ketawa sebelum mengikuti langkah Luqman.
Mereka melangkah masuk ke dalam gudang yang nampak usang pada luaran tetapi di dalam? Ia seperti sebuah hotel! Sangat sesuai untuk dijadikan tempat persembunyian.
Mereka berdua terus melangkah sehingga sampai di hadapan sebuah bilik.
"Jadi?"
"Gunakan Pacification untuk tenangkan dia," Luqman memberi arahan. Lufti kenal sangat dengan sisi Luqman yang ini. Tiada apa yang boleh disembunyikan dari dirinya.
"Dan aku nak engkau gunakan Memoir untuk manipulasi ingatannya. Aku jaga engkau, engkau jaga aku." tambah Lufti sebelum memegang tombol pintu.
Dia dapat merasakan sesuatu yang kuat sedang menunggu di balik pintu. Entah mengapa dia rasa, seperti dia mengenali aura tersebut. Tombol dipulas dan dia melangkah masuk.
"Tachihara," Lufti berkata perlahan sebelum aura bewarna biru nipis menyelebungi tangan kanannya.
Tachihara yang dipanggil, menoleh ke arahnya. Dia yang berpakaian baju kulit yang agak lusuh. Rambut oren pekatnya kelihatan kusut dan di bawah mata hazelnya terlihat tanda tidak cukup tidur.
Dia duduk di tepi tingkap sambil memandang ke luar. Mata hazelnya menatap mata biru kelabu milik Lufti kosong.
"Kurogami."
Tachihara Misaki. Ketua kelas Black, mengapa dia berada di sini? Lufti mengeleng, tidak. Tidak mungkin kerana itu.
"Itu kenyataan. Engkau perlu terima, dia pengguna kuasa yang berbahaya." Suara Luqman dari belakang menyedarkannya dari dihantui kemungkinan tersebut.
"Berbahaya?" Lufti menyoal kembali sebelum berjalan ke arah Tachihara. Setiap langkah yang diambil, semakin tertekan atmosfera di situ.
"Tachihara, kau tak akan ingat ini. Maafkan aku," ucap Lufti sebelum memegang bahu Tachihara.
Dia dapat merasakan aura yang ganas sedang bergolak di dalam badan Tachihara. Aura birunya menyeliputi keseluruhan badan Tachihara dan mengawal aura yang ganas itu. Beberapa saat kemudian aura ganas Tachihara sudah bertenang dan Lufti bersandar di dinding, kepenatan. Tachihara menutup matanya, lelah kerana terpaksa bertahan dengan aura ganas itu sebentar tadi.
'Ah...sudah berapa lama aku tidak melakukan ini? Jika tidak silap...sudah lima tahun. Ah...kelebihan aku sudah mulai berkarat.' Lufti mengeluh sebelum memanggil Luqman.
Luqman melangkah masuk dan berjalan ke arah Lufti dan Tachihara.
Dia bertinggung di sebelah Tachihara sebelum tangan kirinya diletakkan di dahi Tachihara.
Aura bewarna ungu muncul seketika sebelum hilang. Nampaknya dia berjaya. "Ia tentang pacification Lufti," gumamnya perlahan sebelum bangun dan melangkah keluar.
Lufti hanya memandang kosong sebelum ikut bangun dan melangkah pergi.
"Selamat malam, Misaki-san." gumamnya sebelum menutup daun pintu perlahan.
"Luq, kenapa... kenapa kau nak jadikan dia ahli kita?"
"Ia kerana...dia tahu sesuatu tentang pengkhianat tu. Ini sahaja cara untuk lindungi dia,"
"Dengan manipulasi ingatan dia untuk anggap kita ni kawan baik dia? Wow, aku kagum." Lufti membalas dengan nada sarkastik. Tidak tertarik dengan penyataan Luqman yang dianggapnya palsu.
"Setiap rahsia perlu kekal rahsia, aku tahu apa maksud aku Blue Demon." balas Luqman sinis, membuatkan Lufti tersedak. Ah dia paling benci apabila kembarnya mengingatkan dirinya tentang status dirinya yang sebenar.
"...Aku tahu yang engkau tahu sesuatu tentang Khairul dan Daniela. Memori Daniela tiba-tiba hilang bila dia bangun dari koma sebulan. Itu kerja engkau ke?"
"Kelebihan aku ialah manipulasi memori, bukannya mengunci."
"Oh."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top