Bab 14- "Lie is a twisted truth."
Khairul menunggu Daniela di bangku yang berhampiran dengan pokok sakura, dia memerhati daun-daun yang sudah layu itu gugur.
Tap
Tap
Tap
Dia menoleh ke belakang, saat mendengar bunyi derapan tapak kaki yang menghampirinya. Dia tersenyum kecil saat melihat orang itu ialah Daniela.
"Dani,"
"Jadi ada apa?"
Daniela menyoal sebelum duduk di sebelah Khairul. Khairul hanya menjongket bahu sebelum tangan kanannya naik, mengusap rambut hitam Daniela.
"Memori,kau. Ada ingat apa-apa tentang aku atau kejadian tahun lepas?"
"Sikit,"
"Oh...begitu." balas Khairul sebelum menyandarkan badannya ke bangku sambil menatap langit biru.
"Kenapa?"
"Nothing." balas Khairul sebelum bangun dan membersihkan debu dari bajunya, sebelum berjalan ke kelas. Daniela hanya memerhati pemuda itu melangkah sebelum menghela nafas perlahan.
'Jika, penipuan itu satu kebenaran yang diputar belitkan. Apa perasaan kau Khairul?
Aku dah banyak tipu kau, kenapa...kenapa kau masih nak tolong aku?'
Persoalan-persoalan tersebut menghantui fikiran Daniela sebelum satu suara yang sering muncul dikala dia runsing kedengaran,
"Dani...kau ok? "
"Aku nampak macam ok ke?" balas Daniela perlahan sebelum bangun dari duduk dan membersihkan debu dari bajunya. Mata merahnya menatap bayang-bayang seekor serigala yang halimunan kepada orang lain.
"Lia,"
"Yes, my lord? "
"Kau rasa apa yang aku buat ni betul ke?" soal Daniela sambil meraup muka. Fikirannya runsing!
Argh! Jika dia tidak hilangkan memorinya, ada kemungkinan dia sudah berada di bawah sana, mengikut jejak langkah Tuan Ryozo.
"Lie is a twisted truth, for both of us. " Lia berkata datar sebelum dia melompat ke bahu Daniela. Mata ungu bak anggurnya menatap mata merah Ruby milik Daniela.
"Twisted truth,huh? Ah...jika aku tidak hilangkan memori aku waktu itu. Aku pasti, aku sudah tidak akan berjumpa semula dengan mereka, betul tak?"
"Yeah,"
"Tapi...berbaloi ke? Kunci memori aku untuk selamatkan mereka?"
Daniela menyoal sekali lagi, dia berjalan menuju ke kelas bersama Lia, seekor serigala yang hanya boleh dilihat olehnya.
"Itu engkau yang tentukan, sama ada berbaloi atau tidak."
"...Entahlah, aku tak pasti."
"Engkau kena cari sendiri jawapannya, aku tak boleh tolong." Lia membalas perlahan sebelum melompat turun dari bahu Daniela dan terbang disebelahnya.
'Apa yang aku perlu katakan untuk menjelaskan kepadanya yang aku tahu siapa dirinya yang sebenar? Mungkin...aku perlu diam dan tidak menyebutkannya lagi.'
Daniela tersenyum nipis dan mengetuk pintu di hadapannya. Ah dia tidak sedar ketika mereka berbual, mereka sudah sampai di pintu kelas.
"Aku masuk." ucap Daniela sebelum menolak daun pintu, Khairul dan rakan-rakan sekelasnya menatapnya hairan.
"Bukan kau selalu awal ke?" soal ketua kelas, Tachihara Misaki. Pemuda itu yang duduk di meja tengah berhadapan dengan guru memandangnya.
"...Aku malas nak masuk awal hari ni," jawab Daniela sebelum berjalan ke mejanya, iaitu dibelakang Reo Hariq.
"Dani,"
"Hm?" Daniela mengumam sebelum duduk dikerusinya. Reo di hadapannya memusingkan kerusi dan menghadapnya.
"How are you?"
"Aku baik, terima kasih." jawab Daniela sebelum kepalanya berdenyut kuat. Jeritan kecil terlepas dari bibirnya. Memori disaat abang kembarnya mati di hadapannya, melayar diruang mata.
Seperti mengejek, Apa yang dia lakukan. Dia hanya berdiri di situ tanpa berbuat apa-apa. Suara itu kedengaran di cuping telinganya,
'Just kill the memories,'
□□□□
"Daniel! Hati-hati!"
Dia menjerit, memberi amaran sebelum berlari ke arah kembarnya yang sedang ketakutan. Daniel-kembarnya- memandangnya sebelum menjerit,
"Jangan kau datang ke sini, Daniela Aiman!" Langkah kakinya yang laju tadi bertukar perlahan.Dia bingung apa maksud kembarnya?
"Dia akan kawal engkau, kalau kau melangkah melepasi garisan itu," jelas Daniel sebelum memandang ke atas.
Nampaknya ini pengakhirannya, dia tersenyum sebelum menyatakan sesuatu kepada Daniela, yang berhasil membuat gadis berusia lima tahun itu mengalirkan air mata,
"Kalau aku mati, jangan lupakan aku dan teruskanlah hidup. Engkau ialah dia, hanya engkau yang boleh akhirinya jika 'itu' berlaku."
Selesai sahaja Daniel berbicara, batu-bata dan kayu-kayu yang roboh menimpa si kanak-kanak lelaki yang malang itu.
"DANIEL!" Gadis kecil yang melihat semuanya hanya mampu menjerit, persetankanlah anak tekaknya akan terkeluar sekalipun. Dia mahu abang kembarnya selamat.
"Ah...pemandangan yang menarik," Satu suara garau dari belakangnya membuatkan gadis kecil itu menoleh.
Seorang jejaka berambut hitam sewarna langit tengah malam bermata biru laut, menatapnya penuh simpati yang palsu.
"Firhan Rouge..."
"Selepas ini, kanak-kanak kecil yang akan kamu temui tiga minggu akan datang. Khairul Ahmad."
Gadis itu mengetap gigi, dia yang mulakan semuanya. Dia yang membuat satu-satunya ahli keluarganya yang tinggal, pergi.
Pergi meninggalkannya seorang diri, untuk menempuhi dunia yang kejam-tidak berperikemanusian-dan tidak adil ini.
□□□□□
"Daniela!" jeritan Reo di hadapannya dianggap angin lalu, serpihan memori yang terbuka dari kuncinya itu lebih penting.
"Urgh..."
"Kenapa Reo?" Daniela menyoal sambil mengurut keningnya, cuba mengurangkan pening kepala yang menyerang.
"Kau ok? Muka kau pucat,"
Daniela mengangguk perlahan sebelum mengambil sebotol air mineral dari begnya. Penutup dibuka sebelum diteguk.
Mata merah Reo menatapnya curiga, sebelum berpaling ke hadapan. Daniela menghela nafas lega, sudah terlepas beban untuk menipu Reo.
'Ah...mungkin aku perlukan rehat, seketika.' fikir Daniela sebelum memandang ke luar. Taman sakura itu dapat dilihat dari tempatnya duduk.
"Sakura..."
"Ah, maaf menganggu," suara garau yang sering bernada ceria menyapa pendengarannya. Daniela menoleh dan melihat Lufti berdiri di sebelahnya, bersama sebungkus roti.
"Tak menganggu langsung." jawab Daniela malas sebelum kembali menatap keluar, entah apa yang menarik di luar itu dari melihat muka sahabatnya yang masam mencuka.
"Ada apa?" Daniela menyoal, masih menatap ke arah luar. Tangan kirinya digunakan untuk menopang dagu, sesekali melirik ke arah Lufti di sebelahnya.
"Ia bukan salah kau, abang kau mati." suara Lufti yang sentiasa ceria dan kuat bertukar dingin dan perlahan. Bagai mengetahui apa yang Daniela sering katakan kepada dirinya setelah abangnya tiada.
"Ia bukan masalah kau." Daniela membalas kasar dengan nada yang perlahan. Tidak mahu rakan-rakan sekelasnya dengar.
"Baiklah, tapi...hati-hati dengan helang yang jinak. Ia mungkin jinak tapi ia masih ada sifat liarnya." pesan Lufti sebelum bangun dan menuju ke mejanya.
Daniela terdiam, otak lembabnya sedang memproses apa yang meluncur keluar dari mulut Lufti tadi.
'Hati-hati dengan helang yang jinak kerana ia masih ada sifat liarnya.'
Akhirnya setelah beberapa saat mencerna penyataan tersebut, Daniela menghantukkan kepalanya ke meja.
"Aku patut dah agak," Daniela menggumam perlahan sebelum mengeratkan penumbuknya.
"Lie is a twisted truth,"
Pada mereka yang tidak mengerti maksudnya, mereka bebas melakukan apa sahaja agar tidak dapat keluar dari syurga dunia.
Tapi bagi mereka yang mengerti maksudnya, hidup mereka seperti burung di dalam sangkar yang menginginkan kebebasan.
'Khairul...maafkan aku,'
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top