Bab 13 - Fallen Flower in autumn.

Waktu rehat telah pun tiba. Semua pelajar berpusu-pusu keluar, hanya dua orang sahaja yang masih tinggal di dalam kelas.

"Khairul,"

"Hm?" Khairul hanya mengumam sebagai jawapan. Dia menoleh dan memandang wajah pemuda yang memanggilnya.

"Kau ada rasa benda ganjil tak? Tentang pengkhianat tu?" soal si pemuda berambut biru kehijauan. Dia duduk bersila di atas mejanya sambil memandang Khairul.

"Oh...tentang itu,"

"Pengkhianat tu ada kelebihan untuk membuat ilusi. Dia manipulasi minda dan mencipta ilusi yang nampak nyata. Cuma Naturalizer boleh batalkan kelebihan dia, yang sial tu."

France mengangguk sebelum membuka mulut untuk masuk ke topik yang sebenarnya,

"How is she? "

"Lebih baik dari sebelum ini." Khairul menjawab acuh tak acuh. Rambut putih saljunya beralun perlahan. Mata biru lautnya bertemu dengan mata biru kehijauan seperti Zamrud yang baru digilap.

"Ah...begitu ya. Baiklah, kalau ada apa-apa kau boleh minta pertolongan aku," ujar France sebelum melompat turun dari meja dan berjalan keluar.

Langkahnya terhenti seketika,

"Kau tahu apa yang terjadi sebenarnya dekat Daniela kan? "

"Kau diam!" balas Khairul tegas. France tersenyum sinis sebelum memulakan semula langkahnya. Pintu dibelakangnya ditutup perlahan, tanpa sebarang bunyi.

"Aku..."

"Tch, Kenapa..."

"Kenapa...aku lepaskan tangan dia?" gumam Khairul sebelum menghantukkan kepalanya ke meja. Argh! Dia kusut, kalau dia bakar orang yang kunci memori Daniela boleh? Biar mampus.

"Khairul~! Kau tak nak makan ke?" suara Daniela menyapa telinganya. Dia hanya mengumam sebelum mengangkat kepalanya dari meja.

"Kenapa?"

"Tak lapar." Khairul menjawab perlahan. Daniela mengiringkan kepala ke kanan, tidak mendengar apa yang digumam oleh Khairul.

"Tak lapar." jawab Khairul, kuat sedikit berbanding tadi. Dia bangun dari duduk dan mula berjalan keluar kelas.

Saat dia berselisih dengan Daniela, dia menyebut sesuatu;

"Jumpa aku dekat pohon sakura."

Daniela hanya mengangguk, sebelum memerhati Khairul yang berjalan pergi. Entah mengapa dia berasa tidak sedap hati, melihat pemuda itu melangkah pergi.

Tangan kanannya terangkat, cuba menahan langkah pemuda itu tapi pemuda itu sudah semakin menjauh saat tangan kanannya hampir menahannya, dan sudah berjalan keluar dari kelas.

'Apa perasaan ini? '

Daniela tidak faham, mengapa dadanya sakit ketika pemuda itu berjalan meninggalkannya? Dia tidak faham apa makna perasaan risau.

"Nah, dia akan baik-baik sahaja."

Daniela tidak menghiraukan perasaan tersebut dan kembali kepada tujuan di datang ke kelas, untuk mengambil dompetnya yang tertinggal.

Setelah mengambil dompetnya, dia lalu disebelah meja Khairul. Dia melihat cebisan kertas berada di situ tertulis;

Mari akhiri, apa yang engkau mulakan...Louve.

Spade.

Daniela berdecih sebelum berjalan keluar dari kelas. Dia pasti, Spade yang memulakan dahulu. Dia malas mahu memikirkan tentang Spade, lebih baik dia pergi makan! Boleh tenang sikit hati ini bukan?

Ah, itu hanya sementara ketika dia mendengar ada orang bergaduh di belakang sekolah. Dia sudah menganggak itu akan berlaku, mana pengetua atau guru disiplin ketika perkara ini berlaku?

"Oh Daniela, apa kau buat kat sini?" Satu suara dingin menyoal membuatkan Daniela menoleh ke belakang dan senyuman kecil terukir di bibirnya.

"Haikal~!" ujar Daniela tanpa menjawab soalan Haikal. Pemuda berambut coklat kopi dan bermata cyan.

"Kau tak jawab, soalan aku."

"Hm~ tertinggal dompet~." balas Daniela dengan suara cerianya yang biasa tapi Haikal tahu, itu penipuan.

"Kau nak pergi tengok pergaduhan tu ke, Haikal?"

Daniela menyoal dan mendapat anggukan daripada Haikal. Haikal Asmar merupakan salah seorang daripada pengawas yang memegang jawatan tinggi.

"Kau pulak, nak tengok jugak ke?"

"Nah~ I pass. Lebih baik aku makan," jawab Daniela sebelum mula melangkah. Tangan kirinya diangkat tanda selamat tinggal.

Haikal hanya mengangguk dan melihat gadis itu sehingga bayangnya hilang. Tanpa sedar dia mengeluh, entah mengapa ada sesuatu yang gadis itu sembunyikan.

Tapi...apa?

Daniela hanya menggumam satu lagu, sebelum dinyanyikan dengan perlahan. Langkahnya dilajukan, sampai di persimpangan menuju ke kantin. Dia membelok ke kiri.

Perlahan-lahan kakinya melangkah, jika dia tertangkap. Ada kemungkinan dia juga akan dipanggil ke bilik kaunseling.

"Haha~ Lama kita tidak berjumpa bukan, Louve. Ah bukan...Khairul Rizqi."

Dia mengintip dari balik pokok dan melihat Khairul dan Rouge sedang bertikam lidah. Ah...dia kenal. Mata Khairul yang selalunya datar bertukar tajam. Dia faham, pandangan itu penuh kebencian.

"Nama belakang aku ialah Ahmad, bukan Rizqi." Khairul membalas, tenang namun Daniela dapat merasakan ada sesuatu yang laju sedang bergerak ke arah Rouge.

'Kuasa dia cahaya, bukan bayang. Jadi bagaimana? ' Persoalan itu mengetuk fikiran Daniela saat melihat 'sesuatu' yang bergerak ke arah Rouge ialah bayang.

"Ha-ha-ARGH?!"

Rouge yang pada awalnya mahu ketawa, bertukar menjadi jeritan, saat bayang-bayang yang dimanipulasi oleh Khairul melilit kakinya dengan kuat.

Sebelum menyeretnya ke pokok lalu menghempaskannya. Dia dapat merasakan ada beberapa tulang yang patah.

"Kau cakap, nak selesaikan semua ni kan?"

"Jadi, aku akan selesaikan."

Habis sahaja Khairul berbicara, bayang-bayang tersebut naik ke atas, melawan daya graviti sambil membawa Rouge yang dililit. Sampai ke tinggian yang mampu membunuh, bayang-bayang itu berhenti.

Khairul menyentuh bayang-bayang tersebut lalu bayang-bayang tersebut pun hilang. Rouge menghela nafas lega, tidak menyedari akan sesuatu yang akan berlaku.

Rouge hampir bersorak saat dia terasa seperti ditarik ke bawah, segera dia menunduk. Dia tergamam, dia sedang jatuh ke tanah dengan laju!

Bila-bila masa sahaja dia boleh jatuh dan mati. Dia menutup mata dan...

Bumm!

Dia menghempas tanah dengan kuat, sehingga meninggalkan kawah. Khairul hanya tersenyum sebelum memetik jari, serta merta kawasan dan mayat Rouge hilang dari pandangan.

"Hm...masa untuk jumpa Dani." gumamnya sebelum mula berjalan ke taman sekolah.

Daniela tergamam, dia tidak menyangka yang Khairul boleh membunuh seperti itu. Ah...

'air yang tenang, jangan disangka ada buaya.' Itu sama seperti Khairul dan Lufti. Mereka berdua mungkin kelihatan seperti itu tapi mereka ada sesuatu yang disembunyikan.

"Ah...masa untuk jumpa dia,"

Tanpa mereka sedar, satu persatu daun pokok sakura itu mulai gugur. Gugurnya daun-daun pokok sakura itu ialah satu petanda yang mereka tidak jangkakan.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top