Bab 12- Pertemuan
Malam yang indah. Bintang-bintang menari-menari di bawah cahaya rembulan. Bulan yang hanya separa kelihatan,memancarkan cahayanya ke seluruh pelosok alam.
Sungguh dia tidak menyangka, tindakannya melarikan diri dari mahligai indah yang bisa disebut neraka, menemukannya dengan seseorang. Siapa sangka, kaki kecilnya membawa dia ke sebuah lorong yang terpencil di celah-celah bangunan di Kerajaan Hariq.
Dia lari dari kekejaman seorang manusia bernama ayah, kepalsuan seorang manusia bernama ibu. Mereka berdua hanya ingin mempergunakannya untuk rancangan 'terbesar' mereka. Dia hanya kanak-kanak berumur lima tahun, mana mungkin dia membantah arahan orang tuanya.
Dia berjalan dengan perlahan, tenaganya sudah habis dikerah ketika cuba melepaskan diri. Ah dia pasti... keesokan harinya, pasti semua rakyat gempar, Putera bongsu menghilangkan diri!
Dia memegang dinding yang berlumut dan berdebu, cuba menyeimbangkan dirinya dari terjatuh. Ya, walaupun dia rasa sudah cukup jauh tapi, pengawal-pengawal yang sial itu pasti akan menemukannya jika dia berhenti.
Dia cuba menggerakkan badan, ternyata badannya berasa lebih berat dari biasa kerana bajunya yang basah. Hujan juga turun bagai meraikan seorang putera yang berhasil melarikan diri dari neraka dunia.
Kakinya tersadung dan dia jatuh ke hadapan. Baju dan rambut putih saljunya yang sudah dicemari debu tidak dihiraukan. Dia cuba bangkit dan duduk bersandar pada dinding.
Tenaganya perlu dipulihkan, jika dia mahu melarikan diri lagi. Ah...mengapa dia memilih hari ini ya? Oh ya! Hari ini ialah hari...ulang tahun kakak sulungnya. Sudah tentu bonda dan ayahandanya sibuk mengurusi tetamu sementara si kakak sulung duduk di atas taktha, memerhati.
Sedang sibuk dia mengelamun. Sepasang tangan kasar mengusap lembut rambut putih saljunya yang kini dicemari kotoran. Hangat, sepasang tangan itu berasa hangat membuatkan dia terbuai.
"Nama beta, Ryozo Hariq. Selamat berkenalan,Prince of Glace Kingdom."
Dia mahu mendongak dan melihat wajah orang yang mengusap lembut rambut putih saljunya namun hatinya melarang.
"Nama saya Khairul. Khairul Ri-" Dia sempat berhenti sebelum menyebut nama keluarga ayahnya.
Sungguh, dia benci akan jenis manusia sebegitu! Hipokrit! Hanya kerana dia satu-satunya putera dan werewolf dalam keluarga. Hanya kerana rambutnya berlainan dari kanak-kanak yang lain. Hanya...kerana satu penipuan yang menyebabkan dia,berada di sini.
"Ah...kamu,putera bongsu. Bagaimana kamu berjaya melarikan diri?" tanya Raja Ryozo walaupun dia sudah tahu jawapannya. Dia faham, putera kecil di hadapannya ini kesakitan. Fizikal dan juga mental. Tapi dia tidak mengalah, lihatlah pada mata biru lautnya yang boleh membuat seseorang berasa tenang.
Mata itu penuh kepercayaan, bukannya ketakutan. Jika kanak-kanak biasanya, akan ketakutan namun putera itu berbeza. Ya, dia masih ketakutan tetapi...
Dia mengatasinya untuk mencari kakaknya yang dihalau keluar dari neraka itu.
"Jadi Khairul, mahu ikut aku pulang?" soal Raja Ryozo. Tidak perlu formal kerana dia tahu kanak-kanak itu juga, kanak-kanak biasa.
"Pulang...? Kemana?" soal Khairul sebelum mendongak. Mata biru lautnya memandang tepat mata ungu milik Ryozo. Seperti bertanya,
'Apa...maksud kamu? Mahu menghantarku kembali ke neraka itu?'
Raja Ryozo mengelengkan kepala, tidak. Tidak mungkin dia mahu memulangkan kanak-kanak yang sudah menderita fizikal dan mental ini. Ke istana yang dipanggil neraka oleh tubuh kecil itu.
Khairul membuka mulut untuk berbicara tapi...tiada sebarang suara pun yang keluar.
"Ryozo-san. Kita akan pergi mana?" Khairul bertanya. Kanak-kanak itu sudah selamat berada di dukungan Raja Ryozo. Raja Ryozo tersenyum kecil sebelum membisikkan sesuatu ke telinga Khairul.
Bisikan itu ibarat sebuah mantera. Kepalanya terasa berat, matanya pula berasa digam dengan gam. Akhirnya dia terlena kerana sihir tidur yang dikenakan ke atasnya.
"Oyasumi Khairul-kun." ujar Raja Ryozo. Dahi kanak-kanak lelaki didukungannya diusap lembut. Baju kebanggaan setiap generasi Kerajaan Glace tersarung di tubuh kecilnya.
Entah mengapa dia berasa hairan, mengapa putera kecil itu berlari seperti dikejar oleh sekumpulan anjing? Entahlah. Dia menjongket bahu sebelum simbol bewarna merah cair muncul di bawah telapak kakinya.
Dia sempat mendengari, suara-suara pengawal yang mencari Si kecil di dukungannya itu. Setelah itu, dia berada di hadapan sebuah istana. Dia melangkah masuk ke dalam.
Semua dayang dan pengawal yang bertugas menundukkan kepala mereka sedikit, saat Raja Ryozo melangkah.
"Tuanku," satu suara garau memanggil Raja Ryozo. Si raja menoleh dan mata ungunya bertemu dengan mata kuning si pembantu.
"Ya, Aqif?"
"Kau pergi mana? Penat aku cari!"
Pembantunya yang bernama Aqif Taufiq hampir sahaja membebel kerana sejak tadi raja itu tidak berada di istana, namun niatnya dikurungkan apabila melihat kanak-kanak kecil di dukungan Raja Ryozo.
Mata kuningnya merenung dan merenung pakaian yang dipakai oleh kanak-kanak tersebut. Mengapa dia terasa seperti pernah nampak baju tersebut?
Matanya membulat sebelum menatap mata ungu Raja Ryozo. Tidak mungkin, kanak-kanak tersebut ialah putera bongsu kerajaan Glace!
"Kau culik putera...Fakrul Rizqi ke?" soalnya tergagap-gagap.
Kerajaan Glace dan Kerajaan Ahmar sudah melakukan gencatan senjata. Jika mereka tahu yang, putera mereka berada di Kerajaan Ahmar. Mungkin gencatan senjata tersebut ditarik semula.
"Tak, tadi aku jumpa dia masa jalan-jalan tadi." Raja Ryozo menjawab tenang. Rambut putih salju Khairul yang terjuntai di dahi, diselitkan ke belakang telinga.
"Tapi...gencatan senjata akan terpengaruh ke?"
"Tidak."
"Baiklah."
Beberapa minggu kemudian, Khairul menukar namanya menjadi Khairul Ahmad. Dia menggunakan nama belakang ibunya sebelum berkahwin dengan ayahnya. Dia juga berjaya bertemu dengan kakaknya.
Khaisara,
Gadis itu sentiasa tersenyum walaupun dia melalui masa yang sukar. Ketika mereka berdua bertemu kembali, Khaisara memeluknya dengan erat sambil mengucapkan maaf.
Semua berlalu dengan baik selama beberapa minggu Khairul tinggal di Kerajaan Ahmar. Putera kembar Kerajaan Bintang juga turun padang untuk bermain dengan mereka.
Apa yang boleh berlaku bukan?
Semuanya berubah ketika Kerajaan Malam diserang. Setelah itu dia melihat seorang gadis berambut hitam sewarna malam, tinggal bersama mereka.
Gadis itu sentiasa berseorangan dan tidak mahu bermain dengan mereka walaupun sudah berkali-kali diajak.
Dia mendengar desas-desus bahawa gadis itu ialah satu-satunya yang terselamat daripada kemusnahan Kerajaan Malam.
Daniela Arakawa,
Gadis yang datang dan tinggal bersama mereka setelah kemusnahan Kerajaan Malam. Dia berasa ada sesuatu yang ganjil pada gadis itu,
"Daniela, Tuan panggil." ujar Khairul. Itu adalah kali pertama dia bercakap dengan gadis itu. Selalunya mereka hanya berbalas pandangan tanpa bersuara.
Dia sedar, gadis itu kehilangan rakan-rakan dan keluarganya dalam kemusnahan tersebut tapi dia tahu, dia tidak buta untuk melihat kilatan lega pada mata gadis itu.
'Apa yang dia legakan sangat? '
Persoalan itu menghantui Khairul sehingga sekarang. Walaupun sudah bertahun-tahun,dia masih ingat kilatan lega tersebut.
"Aku lega sebab...aku terlepas dari paksaan orang tua itu. Dia mahu aku membunuh, untuk kepuasannya." Itulah jawapan Daniela ketika ditanya.
Khairul mengiringkan kepalanya, dia tidak faham tapi suatu hari nanti dia akan faham.
□□□□
"Khairul!" panggilan itu tidak dihiraukan, dia sibuk mengelamun tentang Daniela. Dia masih tidak faham, apa yang dimaksudkan gadis itu ketika mereka diberikan tugas untuk kali yang pertama.
"Hanya orang yang tidak mengalah, akan berjaya."
Cikgu Adam yang memanggil Khairul, menahan geram. Patutlah. Patutlah ramai guru beritahunya yang Khairul sentiasa hilang fokus dalam kelas.
"Khairul Ahmad?!"
Khairul yang memandang keluar, hanya bergumam sebagai jawapan. Cikgu Adam menghela nafas sebelum bertanya,
"Apa yang berlaku sepuluh tahun lepas? Khairul Ahmad." arah Cikgu Adam, tanpa sedar. Luka yang belum sembuh, dirobek sekali lagi oleh pertanyaan yang sama.
"Kejatuhan kerajaan malam." jawab Khairul datar. Dia menoleh dan mata biru lautnya bertemu dengan mata merah darah Cikgu Adam.
'Menambah garam pada luka. Wow.'
"Ya, betul." kata Cikgu Adam tenang, padahal jantungnya terasa bagai dirobek keluar saat melihat pandangan tajam Khairul.
"Hm." Khairul hanya menggumam perlahan sebelum membuang pandangan ke luar tingkap sekali lagi. Tidak sedar ada seseorang yang menangkap kedinginan dalam suaranya.
'A scar that never fade huh? '
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top