Bab 11 - Memori yang dikunci...

"Aku ingat dengan kuasa ni, aku boleh selamatkan orang tapi..." Serta merta dia teringat apa yang berlaku sebelas tahun lepas, ketika dia hilang kawalan terhadap kuasanya.

"Ah...I just want the pain to stop. When will it stop? " Dia menggumam sebelum mula melangkah mendekati susuk tubuh pemuda berambut putih yang menunggunya.

Topengnya dipakai,

Topeng yang sentiasa dipakainya tidak dapat dilihat oleh orang, cuma mereka yang mengenalinya dengan lebih mendalam akan melihat rupanya disebalik topeng.

"Khairul~!" Dia berkata sambil berlari anak kepada pemuda berambut putih seperti salju itu. Khairul menoleh dan tersenyum kecil.

'Ah..sudah tentu, topeng ini menjijikkan.'

"Daniela,"

Daniela tersengih sebelum menepuk bahu Khairul, yang sebenarnya dia tidak mengingati siapa sebenarnya pemuda itu.
Kawan? Partner? Atau...abang? Entahlah dia tiada jawapannya...

Dia sendiri hairan, mengapa dia tidak mengingati Khairul dan peristiwa yang berlaku pada tanggal 15 November. Dia hairan, mengapa dia boleh mengingati semua benda yang berlaku sebelum tanggal 15 November tapi...tidak ingat apa yang berlaku pada tanggal tersebut.

Dia koma selama sebulan lebih, jika tidak silap? Doktor sendiri pun hairan mengapa dia masih ingat namanya sendiri, ahli keluarganya dan rakan-rakannya. Padahal hentakan yang kepalanya terima sangat kuat, kerana hentakan itulah memorinya berantakan.

"Dani? Hello~bumi ke Dani?" tegur Khairul sambil menggoyangkan telapak tangannya dihadapan Daniela. Daniela yang hampir dibuai persoalan segera kembali ke alam nyata.

"Ya?"

"Kau ok tak?" Khairul memandang wajah Daniela dengan riak risau. Tangan kanannya diletakkan, di dahi si gadis.

'Tak panas.'

Daniela tersenyum nipis sebelum ketawa. Lucu melihat muka risau Khairul. Khairul mencebikkan bibir. Orang risau, boleh pula dia ketawa? Jahat!

"Hodohlah kau!" ujar Daniela sebelum ketawa sekali lagi. Aduh..habis senak perutnya akibat ketawa. Air matanya pun terkeluar sedikit.

"Tch, dah jom." ujar Khairul, merajuk. Tangan Daniela dipegang sebelum simbol bewarna biru laut muncul di bawah kaki mereka.

"Sekolah." gumamnya sebelum cahaya biru laut menyelebungi mereka. Beberapa minit kemudian, mereka sudah berada di kelas mereka.

Masih kosong, nampaknya mereka sampai awal. Ini minggu kedua mereka bersekolah. Mereka yang datang terlalu awal, kelas mula pukul 7.30 pagi. Mereka sampai pukul 6.50 pagi.

"Lapar.." Daniela mengusap perutnya yang tiba-tiba berbunyi. Khairul yang mendengar hanya mengelengkan kepala.

"Aku ada bawak roti. Nak ke?"

"Roti...? Nak,nak!" ujar Daniela bersama mata yang bersinar. Khairul ketawa kecil sebelum mengeluarkan roti dari poket tepi begnya.

"Nah." Khairul menghulurkan roti tersebut kepada Daniela. Daniela menyambut sebelum teringat sesuatu.

"Taman. Taman sakura..." ujarnya.

Khairul yang membelakangkan Daniela, tersentak. Dia sedang mengeluarkan roti ketika Daniela berkata. Pegangannya pada roti hampir terlepas, jika dia tidak mengenggam roti tersebut, kuat.

"Taman...?"

"Aku nak makan kat situ. Boleh kan?" Daniela memujuk. Dia sudah lama mahu ke taman sekolah yang ada pokok sakura itu.

"Uhm..."

Dia tahu yang Khairul terkejut dengan penyataannya tadi. Dia juga tahu yang Khairul baru pergi ke taman itu minggu lepas.

"Kalau macam tu tak apalah." ujar Daniela tanpa nada. Dia berura-ura mahu melangkah pergi ketika suara Khairul memecah hening.

"Jom. Aku tahu...Tuan pun rindu kan kau." ujar Khairul sebelum menghulurkan tangan kanannya kepada Daniela bersama senyuman nipis.

Serentak itu, kepala Daniela berdengung. Bayangan Khairul ketika kecil terlayar di ruang mata. Khairul yang sentiasa tahu apa yang perlu dilakukan untuk memujuknya.

Khairul yang sentiasa menerangi hari-harinya yang suram. Sentiasa tahu apa yang perlu dibuat untuk menenangkannya selepas dia melakukan pembunuhan.

Kepalanya masih berdengung, mahu sahaja dia menghempaskan kepalanya ke dinding.

"Dani...?" ujar Khairul hairan, melihat Daniela yang tiba-tiba diam. Tangan kanannya diangkat sebelum diletakkan di dahi gadis.

'Berpeluh sangat! Dani...apa yang kau fikir hah? '

"Haha... tak ada apa-apalah. Pening sikit je." Daniela menjawab seolah mengetahui persoalan apa yang berada di dalam kepala Khairul.

"Betul ni?"

"Yup!" Daniela membalas ceria, cuba berlawan dengan rasa yang mencucuk-cucuk pelipisnya. Khairul menatapnya curiga, sebelum menurunkan tangan kanannya.

"Apa kalian buat dekat sini?" soal Khaisara dari ambang pintu. Serentak Khairul dan Daniela memandang Khaisara dengan pandangan-bila kau sampai aku tak dengar- hairan. Mereka tidak mendengar langsung bunyi tapak kaki atau bunyi pintu terbuka.

"Oh, tu sebab-"

"Terdatang awal sangat~." Khairul memotong percakapan Daniela dengan selamba. Si gadis berambut hitam malam hampir sahaja mahu mengangkat kerusi,lalu menghempaskannya ke kepala pemuda berambut putih salju di hadapannya.

"Tch," Daniela berdecih sebelum memijak kaki Khairul dengan kaki kirinya. Hampir meraung Khairul dibuatnya! Dah pijak, di tekan lagi! Mahu tulangnya patah mungkin.

"Itttai!" raung Khairul dalam hati. Bibir bawahnya digigit, cuba menahan raungan dari terlepas. Daniela dah ketawa jahat dalam hati. Padan muka! Siapa suruh potong percakapan orang kan? Ha! Ambik kau!

"Nak tengok pokok sakura ke?" Soalan Khaisara membuatkan Khairul yang hampir meraung, mengangguk laju.

Daniela berhenti memijak kaki Khairul sebelum berjalan ke arah Khaisara. Senyuman jahil, dan pada matanya ada kilatan jenaka.

"Khai~Jom pergi makan~." ujar Daniela bersama suara manja. Mata merah bulat yang sudah sedia bulat, dibulatkan lagi. Sengaja mahu memujuk Khaisara untuk pergi bersamanya ke pokok sakura.

"Yelah, yelah." Akhirnya Khaisara mengalah. Dia sendiri tidak faham, mengapa dia boleh tewas dengan padangan manja Daniela. Padahal bila Khairul buat begitu, hentaman di kepala yang diterima.

Sungguh, seorang gadis bernama Daniela Arakawa mempunyai auranya yang tersendiri. Ceria dan bermisteri. Tidak banyak yang mereka tahu tentang Daniela -tidak itu penipuan- kerana gadis itu sentiasa menjauhkan diri.

"Yay!" Daniela bersorak gembira sebelum menarik tangan Khaisara. Dia tidak sabar mahu melihat pokok sakura yang sudah berada di taman itu secara misteri selepas pembunuhan Raja Ryozo.

"Khairul...tolong dapatkan memori Daniela semula." Suara itu dibuai angin namun Khairul mendengar dengan jelas setiap patah perkataan. Dia menoleh ke kiri dan kanan, memastikan hanya dia seorang yang berada di dalam kelas.

"Zaf...apa maksud kau? "

'Memori Daniela dikunci oleh seseorang, tuan muda harus mencari orang itu kalau mahu memorinya semula.'

Khairul mengangguk mendengar penjelasan Zaf sebelum menghela nafas pendek.

Itu kuncinya...Daniela bukan amnesia tapi...memorinya dikunci. Dia tahu siapa yang bertanggungjawab di atas penguncian memori Daniela.

Siapa lagi jika bukan...

Orang yang...mengajarnya berlawan,

Kuro.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top