Bab 10 - Ketakutan.

Semua orang ada ketakutan mereka yang tersendiri. Ada yang takut ditinggalkan seorang diri, ada yang takut gelap dan ramai orang takut untuk kehilangan orang yang tersayang.

"Ini ialah kisah yang kejam. Seorang gadis kecil dihalau dari istana yang megah, menjadi pembunuh upahan untuk meneruskan hidup. Berjumpa dengan sahabat lamanya...yang dalam diam ialah duri dalam daging."

Dia menutup buku yang dibacanya lalu diletakkan di atas meja. Dia bangun dari katil dan mula melangkah ke pintu.

"Permaisuri yang kehilangan takthanya." suatu suara yang tidak mahu dia dengar, menegur, menyebabkan langkahnya terhenti. Dia menoleh hanya untuk bertemu dengan iris bewarna biru langit.

"Shadow," Dia berkata sebelum kembali menyambung langkah namun, terhenti saat sebilah pisau dilempar ke arahnya.

Tentu sahaja kerana refleksnya cepat, dia dapat mengelak dengan menunduk sebelum pisau tersebut dapat menikamnya dari belakang.

Betul, betul seperti apa yang peribahasa itu kata, 'Musuh dalam selimut'.

"Heh," Shadow menyeringai sebelum meluru ke arah Daniela yang baru bangun dan membelakangkannya.

"Slow." Daniela segera memusingkan badannya bersama satu kaki terangkat. Tendangan 180° darjah. Shadow menahan dengan kedua-dua belah tangan.

Clap

Clap

Clap

Bunyi tepukan dari seberang bilik menyentakkan kedua-duanya. Segera Shadow melepaskan kaki Daniela, saat menyedari yang memberi tepukan itu ialah, Shu.

"Ah...tindakan refleks Daniela dah makin laju. Mesti sebab Shadow yang ajarkan~." ujar Shu sebelum berjalan ke arah Daniela dan Shadow.

"Yup." balas Daniela acuh-tak-acuh. Malas mahu melayan pemuda di hadapannya. Dia membalikkan tubuhnya, menghadap pintu. Langkah diambil namun terhenti sekali lagi kerana satu ucapan;

"You can't run from your fate, my lord."

Daniela menoleh dan bertemu dengan sepasang iris merah darah. Bibirnya mengukir seringai sinis sebelum berkata,

"Ya, aku tahu. Aku memang tidak boleh lari dari takdir aku tapi...aku boleh mengubahnya." ucap Daniela sebelum berlalu pergi. Tangan kanannya diangkat, seperti menyatakan dia akan kembali semula ke situ.

Sepasang mata merah darah hanya memandang susuk tubuh tersebut sehingga hilang di balik pintu. Nafas berat dilepaskan. Sungguh berani, gadis itu berkata sebegitu dengan senyuman sinis menghiasi bibirnya.

"Shad, kau pasti ini pilihan yang betul? Biarkan dia seorang diri...mana tahu, 'dia' akan terjumpa dengan Dani." ujarnya sebelum menatap sepasang mata biru langit yang menatapnya datar.

Shadow, siapa sahaja tidak mengenali assassin veteran itu. Assassin dengan bilangan pembunuhan yang tinggi. Namun dia sudah bersara. Ya,ya, kerana Shadow bersara kerana...

Dia mahu ada seseorang yang menggantikannya malah melepasinya sebagai seorang assassin bernama Kuro.

"Ah...adakah kau mempersoalkan tindakan ku? Tak akan kau lupa, setiap jangkaan aku sentiasa betul. 'Dia' tidak akan berjumpa Dani dalam masa terdekat ini." jawab Shadow datar, tanpa sebarang emosi.

Rambut hitamnya ditocang satu, mata biru langitnya sentiasa bersinar cerah. Dia memakai jaket bewarna kelabu kehijauan di dalamnya,dia memakai baju T-shirt bewarna jingga.

"Ya, ya. Jangkaan kau sentiasa betul, miss...Kuro." ujar Shu sebelum menundukkan badannya sedikit, tangan kirinya diletakkan di dada. Lagaknya bagai seorang pembantu yang mengajak si tuan untuk ke majlis.

"Tch. Jangan formal sangat boleh, Mr...Shiro." balas Shadow sebelum berjalan keluar dari bilik. Shu hanya ketawa kecil sebelum mengikuti Shadow.

□□□□

Apa yang kamu fikir jika orang yang kamu sayang menjadi musuh dalam selimut?

Marah?

Kecewa?

Sedih?

Atau...dendam?

"Aku cuma peduli tentang orang yang kuat sahaja dan...aku tidak akan peduli tentang orang yang lemah macam kau!" Suara itu bergema diseluruh pelosok ruang. Kanak-kanak lelaki di hadapannya menggigil, bagai mengetahui apa salahnya.

"Tapi...kakak," Kanak-kanak lelaki itu cuba untuk menjelaskan. Kakaknya-gadis-yang ketinggiannya mungkin 160 cm, menundukkan kepala. Ikut rasa hatinya mahu sahaja dia bakar, adik bongsunya.

"Pergi dari sini, sebelum aku bakar kau." balas si kakak, mata hijaunya sarat dengan emosi. Kanak-kanak lelaki itu hanya mengangguk laju sebelum, berlari anak ke biliknya.

Sungguh,

Apa salahnya? Dia tidak membuat apa-apa kesalahan pun! Dia hanya memanggil si kakak, kerana dia mahu meminta pertolongan si kakak. Ada satu soalan yang dia tidak faham.

"Sungguh menyusahkan."

Kalimat itu sering keluar dari si kakak, namun dia tidak faham. Apa yang menyusahkan? Adakah dia hanya boneka yang semasa cantik disayangi, semasa rosak dibenci?

Adakah itu nilai seorang kanak-kanak kecil di hadapan si kakak? Hatinya sentiasa bertanya;

Adakah aku ini hanya sebuah boneka?

Namun dia sedar. Si kakak berbuat begitu untuk melindunginya. Dia faham mengapa si kakak membencinya, ia kerana dia ialah seorang Naturalizer.

Ya, dia ialah Naturalizer. Seorang kanak-kanak dengan kelebihan membatalkan kuasa seseorang. Sebab itu si kakak membencinya.

"Tuan muda, apa boleh saya bantu? " suara itu sentiasa ada dengannya tidak kira apapun. Sebab itu dia tahu,

Dia bukan hybrid seperti kakaknya, dia bukan vampire seperti ibunya. Namun,dia sama seperti ayahnya, seekor werewolf.

Namun dia bukan werewolf yang biasa, dia ialah kelahiran semula...Raja Serigala yang mati ketika peperangan.

"Ah...aku tidak apa-apa. Terima kasih sahaja,uh...siapa engkau?"

"Zaf, tuan muda boleh panggil saya Zaf."

"Baiklah Zaf, terima kasih." ucap kanak-kanak itu sebelum membuka pintu biliknya lalu melangkah masuk dan menutup pintu di belakangnya dengan perlahan.

Menutup segala rahsia yang ada tentang Raja Serigala dan jelmaan seekor serigala bernama Zaf yang hanya boleh dilihat olehnya sahaja.

Dia akan berjumpa sesuatu-tidak seseorang, yang mengalami nasib yang sama sepertinya. Hanya mereka berdua...yang akan mengembalikan kemasyhuran Kerajaan Malam.

"Ini kisah mereka yang penuh liku, mereka tidak akan mengalah selagi mereka percaya apa yang mereka percaya. Mengalah? Itu sifat orang yang lemah. Orang yang kuat akan sentiasa berusaha."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top