Bab 1 - Assassin.

Bang

Bang

Sayup-sayup kedengaran bunyi tembakan. Seorang gadis berkerudung hitam mengelak setiap tembakan yang dilepaskan.

"Cepatlah!"

Sang gadis mengusik si pemuda yang menembak. Sang pemuda berambut putih mengeluh kasar sebelum meletakkan pistol di atas meja.

Ya, mereka berdua berada di bilik latihan. Berlatih untuk menajamkan fikiran. Sang pemuda duduk bersila manakala si gadis memeluk tubuh.

Kring!!

Serentak telefon mereka berdua berbunyi, manandakan ada panggilan masuk. Mereka berdua menjawab panggilan sambil berbalas jelingan.

"Hello?" Serentak mereka berdua bertanya, si gadis tersenyum herot mendengar ayat orang di sebelah sana. Sudah lama, dia tidak melihat darah. Kini peluangnya datang kembali!

"Baik, aku datang sekarang." Mereka berdua membalas serentak sebelum orang disana meletakkan panggilan.

"Macam mana?" Si gadis berkerudung menyoal, senyuman sinis menghiasi bibir. Tidak sabar mahu kembali ke dalam dunia kecilnya.

"Sabarlah. Ace tak cakap apa-apa lagi, pun." Si pemuda membalas, nada suaranya teruja. Sudah hampir 3 bulan mereka meninggalkan dunia kecil mereka. Rindu pula.

"Yelah, yelah. Khairul." Balas si gadis, dia menurunkan penutup kerudungnya menampakkan rambut hitamnya yang diikat ekor kuda.

Khairul Ahmad, si pemuda berambut putih menjeling sebelum bangun dari duduk dan berjalan keluar meninggalkan si gadis bersendirian.

"Daniela!" Jeritan seseorang menyentakkan si gadis kembali ke dunia realiti setelah berangan membunuh sasarannya. Jangan ditiru perkara ini tau!

Gadis berambut hitam, Daniela Arakawa memandang kosong sahabatnya yang termengah-mengah di hadapannya. Serupa macam nampak hantu!

"Kau nampak hantu ke?" Daniela menyoal, apabila melihat pernafasan sahabatnya kembali teratur.

"Bukan hantu tapi...,"

"Biar aku teka, Killua Zoldyck lagi?" Daniela menganggak apa yang akan diperkatakan oleh sahabatnya itu. Faham benar apa yang ada dalam fikiran sahabatnya itu.

"Hehe~" gadis berambut coklat tersengih kerang busuk. Melihat senyuman sahabatnya, Daniela mengeleng.

"Tak, aku tak akan beli buku tu." Tegas dia berkata. Wajah gadis berambut coklat berubah muram.

"Ala~ Nia belilah! Please!" Dia cuba memujuk sahabatnya untuk membelikannya buku manga bertajuk 'K: Lost Small World' yang tengah hangat di pasaran.

"Yelah." Akhirnya Daniela mengalah, gadis berambut coklat itu bersorak teruja. Bergegar rumah itu akibat jeritan Khaisara Ahmad, kakak Khairul.

"Balik nanti aku beli, tengoklah kalau buka aku beli." Daniela membalas tidak pasti, lagipun sudah hampir waktu tengah malam.

"Hm~!" Khaisara membalas sebelum Daniela berjalan keluar dari bilik tersebut. Sebaik dia keluar dari bilik latihan, kumpulannya dan kumpulan Khairul berada di depan pintu.

"Ada apa?" Daniela bertanya, saat semua orang memandangnya tajam. Dia mengiringkan kepala ke kiri tanda tidak faham.

"Jom, nanti lambat pulak!" Khairul menarik tangan Daniela. Serentak itu kedengaran siulan-siulan nakal dari ahli-ahli kumpulan mereka.

"Whatever." Serentak Daniela dan Khairul bersuara, jengkel. Seorang pemuda berambut biru kelabu, Lufti Kurogami menepuk tangan sebelum tersengih

"Apapun, selamat berjaya!" Ucapnya bersemangat. Khairul mengangguk sebelum menarik Daniela keluar dari rumah. Setelah beberapa meter berlari, Khairul melepaskan pegangan tangannya.

"Ace cakap jumpa kat sini kan?" Tanya Daniela, sebelum memandang sekeliling. Sebuah hutan yang berhampiran Kota Rogue. Hutan Blanche, satu-satunya hutan terpelihara di Kota Rogue.

Senang cerita, Kota Rogue ada dekat kerajaan Bintang. Selain kota Rogue ada kota Noble, kota Zillion dan kota Murasaki.

"Yo!" Seorang pemuda separuh abad duduk seperti seekor kelawar di atas pokok. Mata merah Daniela bertemu mata kuning si pemuda.

"Ace." Daniela bersuara setelah beberapa minit membalas renungan si pemuda bernama panggilan Ace.

"Tugas...? " Ujar Daniela teruja, mata merahnya bersinar teruja. Dunia kecil yang ditinggalkan akan dimasuki semula.

"Orait... nah." Ace membaling telefon bimbitnya kepada Khairul. Khairul menyambut sebelum membuka aplikasi papan nota. Hologram seorang pemuda berkaca mata muncul.

Daichi Mitsuo

Nama kepada pemuda terbabit, di bawahnya tertulis kesalahannya. Terlalu banyak dan ada yang tidak elok sehingga menyebabkan Khairul mengetap gigi geram.

"Jadi..?" Daniela menyoal apabila melihat Khairul kelihatan seperti mahu membaling telefon tersebut ke tanah.

"Aku akan bunuh dia... Semua kesalahan dia... sangat berat! Rasuah! Wei Rasuah! Aku akan bunuh dia." Khairul berkata tegas, tidak mahu mendengar bantahan. Fokusnya ialah pemuda tersebut perlu di keluarkan dari dunia yang kejam ini.

"Seperti yang dijangka dari Louve!" Suara seseorang yang sangat mereka kenali menjengah telinga.

Daniela memandang ke atas, seorang pemuda berambut putih beriris karamel,menatap mereka teruja sebelum melompat turun dari pokok.

"Syaz Al-Rayyan." Kata Ace sebelum sebilah pisau belati hampir mengenainya jika dia tidak melompat turun.

"Hey~! Ace..." Syaz bersuara dengan nada teruja. Sudah lama dia tidak bertemu dengan Ace. Kali terakhir lima bulan lepas.

"Hi..." Ace membalas tidak bersemangat. Walaupun mereka sudah lama tidak berjumpa, Ace tidak merindui Syaz kerana sifat lelaki itu yang menjengkelkannya.

"Akumu, jom pergi." Khairul setelah beberapa minit merangka strategi untuk menghapuskan Daichi. Cuma perlukan masa untuk melakukannya.

"Jom!" Daniela terus mengejar langkah Khakrul yang sudah bergerak dulu. Khairul menjelaskan rancangannya kepada Daniela sambil berjalan menuju ke arah tempat tinggal sasaran mereka.

"Dunia kecil yang penuh dengan darah, penyeksaan dan dendam. Mesti mereka dapat itu dari 10 tahun lepas." Ujar Syaz sambil memerhatikan mereka berdua yang semakin hilang dari pandangan.

Ya, dunia kecil yang mereka tinggal. Dunia kecil yang menemani mereka saat, yang lain meninggalkan mereka, hati kecil Syaz berbisik.

"Hilang orang tersayang, siapa je yang akan gembira?" Ace membalas datar, namun dia bersetuju dengan Syaz tentang itu. Dunia kecil yang sentiasa bersama kita walaupun ia sudah menjadi kenangan.

"Aku... pergi dulu." Ace meminta diri sebelum melompat ke atas pokok dan menghilang, dari pandangan kerana pokok-pokok yang menebal.

"Bye..," Syaz memandang Ace yang sudah hilang dari pandangan. Langit biru ditatap sebelum tersenyum kecil.

Esok, kami akan jadi senior, episod baru akan bermula. Buku lama sudah di tutup. Parut yang belum sembuh akan sembuh dengan sendirinya walaupun perit. Kelemahan akan menjadi kekuatan, cuma masa yang menentukan. Bisik hatinya.

"Syaz...," Suara seorang gadis membuat dia tersentak, segera dia menoleh ke belakang. Seorang gadis berambut putih paras bahu bermata biru, tersenyum manis.

"Zana." Syaz membalas lega. Zana menghulurkan sebuah buku bertajuk 'One Hope.' kepada Syaz.

"Aku dah habis baca, best!" Ujar Zana teruja. Buku 'One Hope' itu sangat best. Membuat dia berasa mahu membaca lagi.

"Hehe~ Jadi.. macam mana?" Syaz menyoal sebelum tersenyum kecil. Zana tersenyum kecil sebelum menepuk bahu Syaz.

"Esok... hari pertama sekolah kita untuk tahun yang kedua. Harap boleh naik kelaslah."

"Haha... betul tu."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top