t w o

Taehyung's POV

'Kau patut abaikan dia!'

'Masalah dia bukannya masalah kau!'

Aku menutup telingaku untuk mengabaikan suara itu. Aku dah tak tahan. Dia selalu menguasai diri aku!

'Biarkan dia terjerat dalam rancangan jahat Junhoe!'

'Kenapa kau tiba-tiba je ambil berat pasal orang lain?!'

'Dan kenapa dia?!'

"Diamlah!" Jeritku dengan kuat.

Aku membuka mataku yang tadinya dipejam. Seluruh pelajar di kelas ini memandangku pelik termasuklah Mrs. Han. Haeun memandangku sambil berkerut.

"Kamu ada masalah ke apabila saya terangkan tentang pelajaran hari ni, Taehyung?" Soal Mrs. Han sambil menyilangkan tangannya.

"Mungkin dia ada gangguan.. mental?" Junhoe tersenyum sinis.

"Hahahaha!" Satu kelas mentertawakan aku.

Haeun tidak lepas memandangku. Pandangan dia... aku bencikannya. Pandangan tu seolah-olah mengejek diriku. Aku menjeling Haeun lalu beredar dari kelas secepat mungkin.

Haeun's POV

Aku menoleh ke arah Taehyung yang tiba-tiba menjerit. Aku berkerut. Kenapa dia menjerit? Adakah dia membenci Mrs. Han? Sampai hati dia.

"Kamu ada masalah ke apabila saya terangkan tentang pelajaran hari ni, Taehyung?" Soal Mrs. Han sambil menyilangkan tangannya dan memandang ke arah Taehyung.

"Mungkin dia ada gangguan.. mental?" Junhoe tersenyum sinis.

"Hahahaha!" Satu kelas mentertawakan Taehyung.

Gangguan mental? Dia ada penyakit ke? Kenapa Junhoe tersenyum sinis? Kenapa semua pelajar mentertawakan Taehyung? Aku agak kasihan pada Taehyung. Aku kembali memandang Taehyung.

Aku tersentak apabila Taehyung menjelingku. Dia terus saja keluar dari kelas tanpa meminta izin Mrs. Han. Aku ada buat salah ke? Kenapa Taehyung tiba-tiba je menjerit? Akibat tawa pelajar lain masih tidak berhenti, aku berasa agak marah. Mereka tak patut mengejek Taehyung.

Sangkaan aku bahawa Junhoe seorang yang baik telah hilang begitu saja. Betul kata Taehyung. Aku patut menjauhkan diri dari Junhoe dan chingunya. Aku terhutang budi pada Taehyung kerana selamatkan aku dari Junhoe.

"Diamlah! Awak semua tak patut ketawakan Taehyung!" Tengkingku.

"Yah Haeun! Apa kau buat ni?!" Soal Yeju dalam nada berbisik.

"Why Haeun? Are you already fall in love with that guy?" Soal Junhoe lalu tersenyum sinis.

"Wuuu!" Seluruh pelajar di dalam kelas memandangku.

"A-anirago!" Pipiku mulai memerah seperti tomato.

"Then?" Soal Junhoe yang masih lagi dengan senyuman jahatnya itu.

"Mrs. Han, s-saya minta diri dulu!" Pintaku lalu berlari keluar.

"Haeun-shi!" Jerit Yeju dari dalam kelas.

skip

Aku berhenti berlari. Tak guna kau Junhoe. Kau dah malukan aku depan semua orang. Huh. Aku memandang sekeliling untuk mencari kelibat Taehyung. Dimana dia?

Apabila seorang yeoja ingin berjalan melintasiku, aku segera menghalang. Dia memandangku pelik.

"Mian. Erm, awak tau tak dekat mana tangga untuk ke rooftop dan laluan ke taman sekolah?" Soalku.

"Eo, tangga nak ke rooftop ada dekat hujung blok G dan laluan ke taman sekolah cuma ikut pokok bunga yang ada dekat sana tu." Jawab yeoja itu dengan mesranya.

"Gomawo! I'll remember you!" Ucapku lalu berlari meninggalkan yeoja itu.

Disebabkan tangga menuju ke rooftop paling hampir denganku, aku membuat keputusan untuk pergi ke rooftop dahulu. Selalunya di dalam drama, pasti seseorang itu akan pergi ke rooftop untuk menenangkan fikiran.

Setelah aku tiba di rooftop dalam keadaan tercungap-cungap, aku mengeluh kecewa. Tiada bayangan atau tanda-tanda Taehyung berada di sini.

Tempat terakhir untuk mencari Taehyung ialah taman sekolah. Aku segera berlari menuruni anak tangga untuk pergi ke taman sekolah pula.

Setelah 2 minit berlari, aku akhirnya berhenti. Aku agak terkejut kerana taman sekolah ini sungguh besar. Mana mungkin aku dapat mencari Taehyung? Terlampau banyak bunga berwarna kuning dan ungu.

"Neo eodiya?" Aku terduduk lemah kerana letih.

Buat penat saja aku mencari Taehyung. Aku berbaring di antara pokok bunga lavender dan pokok bunga ros kuning. Tiada kelibatnya dimana-mana. Aku letih. Sudahlah tidak mengalas perut dengan apa-apa makanan. Haih.

'Huks. Huks.'

Aku kembali duduk. Adakah aku salah dengar? Ada suara seseorang menangis bukan? Aku memandang kiri dan kanan untuk mencari kelibat suara orang menangis itu.

'Aku benci semua orang.'

Aku terus saja berdiri. Mataku dikecilkan sedikit untuk melihat dengan lebih jelas. Kemudian anak mataku terhenti pada bunga berwarna kuning diantara bunga lavender. Aku hairan. Mengapa bunga itu saja yang bergerak-gerak?

Aku teringat akan sesuatu.

'Yang rambut kuning macam pikachu tu-'

'Kim Taehyung.'

Aku tersenyum lebar. Gomawoyo Hoseok-shi! Aku terus saja berlari ke arah bunga kuning itu. Ternyata ianya Taehyung! Aku mengeluh lega. Aku terus saja duduk di sebelahnya.

Mataku sedikit membulat apabila melihat air mata Taehyung yang mengalir di pipinya. Pertama kali aku melihat seorang namja menangi- Okay aku tipu. Aku pernah melihat ramai namja menangis hanya kerana menonton filem Train To Busan.

"T-taehyung-shi. Neo gwaenchana?" Soalku.

"Pergi." Katanya dalam nada menahan marah.

"S-saya takkan pergi selagi awak tak cakap sama ada awak okay atau tak." Kataku memberontak.

"Aku okay. Sekarang pergi." Katanya.

"Geojitmal." Kataku sambil berkerut.

Aku takkan pergi selagi dia tak bagitau kenapa dia menjerit tadi. Takkan.

TBC

Huhu. So how about this part? bored right? i know -.- dsbbkn blom lgi smpai part yg gempak, so author buat je part ni dgn idea yg masuk. huhu. Hope y'all enjoy! 사랑해! ♡

Vote: [✔]
Comment: [✔]

[ Hana_AlienV ]

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top