s i x

Haeun's POV

Semasa kami berjalan ke arah pintu masuk, aku memegang kuat baju Taehyung seperti yang diarahkan. Pisau yang dipegang Taehyung dihala ke arah pintu. Tanganku menggigil kuat. Aku pasti ada sesuatu yang buruk di sebalik pintu itu.

"Bila aku buka je pintu ni, aku nak kau terus lari naik ke tingkat atas. Eo?" Arah Taehyung.

"Nae?" Aku hairan.

'Krekkk!'

Pintu dibuka. Nafasku tidak teratur. Genggaman tanganku yang menggenggam baju Taehyung semakin kuat. Wajah Taehyung kelihatan serius. Aku pasti ada sesuatu yang buruk dalam rumah ni.

"Kau baru balik?" Soal satu suara.

Jantungku hampir saja gugur. Aku memandang ke arah jendela yang berdekatan. Seorang yeoja tua memandang kami berdua dengan senyuman sinis yang terukir di bibirnya.

"Bukan masalah kau kalau aku dah balik ke belum." Balas Taehyung dengan dingin.

"Heh. Berani kau bercakap dengan omma kau macam tu kan?" Yeoja tua itu mula berjalan ke arah kami.

'Omma?' Aku terkejut.

"Lari Haeun." Ucap Taehyung dalam nada berbisik.

"Nak pergi mana?" Yeoja tua itu tersenyum sinis sekali lagi.

"Lari Haeun!" Jerit Taehyung.

Pantas aku berlari ke arah anak tangga. Semasa aku sedang berlari, tiba-tiba saja kakiku ditarik sehingga menyebabkan aku jatuh tersembam di atas lantai. Aku diheret.

Aku memandang ke arah orang yang telah menarikku. Ianya yeoja tua tadi. Jantungku berdegup kencang.

"Lepaskan dia!" Taehyung menghayunkan pisaunya itu ke arah yeoja tua itu.

Malang. Langsung tidak mengena pada yeoja itu. Disebabkan Taehyung sedang bergelut dengan yeoja tua itu, aku berasa mahu menolong Taehyung. Aku berjalan ke arah Taehyung.

"Pergi sekarang!" Tengking Taehyung.

"Tapi-"

"NOW!" Jerit Taehyung yang sedang menghalang yeoja tua itu.

Terus saja aku berlari sehingga aku tiba di tingkat atas. Aku masuk ke dalam bilik berdekatan. Dadaku naik turun kerana tidak cukup nafas. Takut. Air mataku mengalir.

Kenapa aku bersetuju untuk tolong Taehyung? Disebabkan persetujuan aku inilah yang membuatkan aku tersekat di antara dunia Taehyung.

'Haeun! Buka pintu ni!' Jerit Taehyung dari luar.

Segera aku membuka pintu. Taehyung masuk dan terus menutup pintu. Dia tercungap-cungap mencari nafas.

'Tok! Tok! Tok!'

'Kau takkan terlepas Taehyung!' Jerit yeoja tua itu dari luar.

"Tae... apa semua ni? Siapa dia? Kenapa awak perlu gunakan pisau tu?!" Soalku bertubi-tubi.

"Aku.. akan terangkan nanti." Taehyung terduduk lemah di hadapan pintu.

Author's POV

"Taehyung. Sudah hampir pukul 10 malam. Tolong benarkan saya balik." Rayu Haeun.

"Tak. Tak Boleh. Kau kena tunggu sehingga pukul 10." Kata Taehyung yang sedang duduk di hadapan jendela biliknya.

"Wae? Appa saya mungkin akan marah saya kalau saya balik lewat!" Haeun berkerut.

"Sebab.. omma aku akan berubah kepada asal selepas pukul 10." Jawab Taehyung lalu mengeluh.

"Nae? Omma awak?" Haeun terkejut.

"Ya. Dia sama macam aku. Cuma bad side dia akan kawal badan dia bila pukul 10 pagi. Dan pukul 10 malam, dia akan kembali ke normal." Jawab Taehyung.

Haeun terkejut mendengar penjelasan Taehyung.

"Sebab tu aku akan bawa pisau tu setiap kali nak pergi ke sekolah. Bila aku balik, dia akan cuba untuk bunuh aku." Jelas Taehyung.

"Kalau omma awak berubah semula pada pukul 10, mungkin awak pun sama." Haeun berundur.

"Ani. V hanya akan kawal badan aku selama 1 jam je. Dia akan mula kawal badan aku pada pukul 12 malam. Dan pada pukul 1 pagi, aku akan kembali normal." Kata Taehyung lalu memandang ke arah Haeun.

"Bagitau saya. Kenapa V bunuh appa awak?" Soal Haeun.

"Appa aku.. dia baik. Sangat baik. Disebabkan V cemburu dengan aku, dia bunuh appa aku." Jawab Taehyung.

"Haih. Saya dah agak." Haeun mengeluh.

Taehyung menilik jam di tangannya. Sudah jam 10. Taehyung berjalan ke arah pintu dan memulas tombol pintu perlahan-lahan.

"Taehyung-ah?"

Taehyung mengeluh lega apabila suara itu memanggilnya. Omma Taehyung sudah kembali kepada asal.

"Kajja. Aku kena kenalkan kau pada omma aku." Taehyung menghulurkan tangannya.

"Tap-"

"Ikut je lah." Taehyung terus saja menarik tangan Haeun.

Setibanya mereka berdua di tingkat bawah, Taehyung tersenyum lega apabila melihat ommanya sedang mengemas ruang tamu.

"Omma." Panggil Taehyung.

"Eo? Siapa yeoja ni?" Soal omma Taehyung.

"Erm dia ni..."

Taehyung menarik ommanya untuk berjauhan dengan Haeun. Haeun memandang mereka berdua dengan hairan. Seperti sedang membincangkan hal yang mustahak.

"Jadi kamu mahu tolong Taehyung?" Soal omma Taehyung.

"N-nae. Nae ireumeun Kwon Haeun imnida." Haeun menunduk hormat.

"Baguslah. Kamu mesti laparkan? Ahjuma akan masakkan sesuatu untuk makan malam kita bertiga." Ucap omma Taehyung.

skip

"Jadi, maksudnya V masih lagi tak kuat untuk ambil alih badan Taehyung?" Soal Haeun.

"Nae. Sebab tu V hanya boleh kawal badan Taehyung selama 1 jam. Kalau macam ahjuma ni.. haih. Hanya tunggu masa je 'dia' ambil alih badan ahjuma. Ahjuma tak dapat buat apa-apa." Omma Taehyung mengeluh.

"Saya simpati ahjuma." Haeun mengusap lembut tangan omma Taehyung.

'nae pi ttam nunmul, nae majimak-'

"Yeoboseyo?" Haeun menjawab panggilan telefon yang diterima olehnya.

"Wae? Haish. Arraseo." Haeun menamatkan panggilan telefon.

"Haih." Haeun mengeluh lalu menyimpan semula telefon bimbitnya ke dalam beg sekolahnya.

"Waeyo?" Soal Taehyung.

"Appa saya ada hal dekat Pyeongchang. Jadi tiada sesiapa dekat rumah saya. Appa suruh saya tidur di rumah Yeju." Haeun mengeluh sekali lagi.

"Kalau macam tu, tidur je dekat rumah ahjuma." Pelawa omma Taehyung.

"Nae?" Haeun dan Taehyung serentak terkejut.

"Omma. Omma tau kan yang keadaan tak mengizinkan sesiapa tinggal di rumah kita." Taehyung berkerut.

"Omma nak ke Haeun mati macam Hirae mati sebelum ni?" Soal Taehyung.

"M-mati?" Haeun memandang Taehyung.

"Haih. Hirae. Dia... yeochin aku. Tapi... dia mati atas kecuaian aku sendiri." Jawab Taehyung.

TBC

BOSAN AGAIN. Hope y'all enjoy! 사랑해! ♡

Vote: [✔]
Comment: [✔]

[ Hana_AlienV ]

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top