s e v e n
→Author's POV←
"Haih. Hirae. Dia... yeochin aku. Tapi... dia mati atas kecuaian aku sendiri." Jawab Taehyung.
"Mwo?!" Haeun terkejut.
"Hirae... dia mati disebabkan V. V terlampau cemburu sebab dia sangat suka pada Hirae. Tapi aku tak benarkan dia cintai Hirae."
"Jadi, sebagai balasan kerana aku menghalang V, dia bunuh Hirae."
"Kalau aku tak dapat Hirae, kau juga takkan dapat. Itulah kata-kata V yang omma aku dengar sebelum aku kembali kepada asal." Taehyung mengeluh.
Haeun semakin berasa takut pada Taehyung.
"Baliklah Haeun. Aku akan hantar kau sampai tempat perhentian bas dan kau... baliklah sendiri. Aku tak dapat teman kau balik sampai rumah kau sebab jam sudah pukul 11.07 malam." Taehyung menepuk bahu Haeun perlahan.
"Mianhae Taehyung-ah." Ucap omma Taehyung.
"Gwaenchana. Kajja Haeun-shi." Taehyung mula mencapai jaketnya.
"Annyeong ahjuma." Haeun menunduk 45° pada omma Taehyung.
"Berhati-hati." Ucap omma Taehyung.
Selepas mereka berdua keluar saja dari rumah usang itu, Taehyung dan Haeun segera berlari kerana tidak mahu membazir masa. Apabila jam sudah menunjukkan pukul 12, Haeun bakal berada di dalam bahaya.
→skip←
Setelah lama berlari, mereka tiba disebuah perhentian bas. Mereka berdua tercungap-cungap mencari nafas. Penat berlari.
"Gomawo Taehyung." Ucap Haeun yang masih tercungap-cungap.
"Aku terpaksa hantar kau sampai sini je. Jam dah pukul 11.36. Aku terpaksa pergi sekarang. Mian." Ucap Taehyung.
Belum sempat Taehyung ingin berlari, Haeun terlebih dahulu memegang tangan Taehyung. Taehyung memandang Haeun dengan pandangan hairan.
"Saya akan cuba tolong awak. Dan tentang Hirae... saya minta maaf." Ucap Haeun lalu mengeluh.
"Gwaenchana. Aku pasti Hirae akan tenang di sana." Taehyung tersenyum hambar.
"Boleh awak teman saya sekejap?" Soal Haeun.
"Tap-"
"Sekejap je." Haeun merayu.
"Arraseo." Taehyung mengeluh.
Mereka berdua duduk serentak di bangku perhentian bas itu. Haeun mula bersandar dan memandang langit. Begitu juga Taehyung.
"Kenapa kau nak aku temankan kau?" Soal Taehyung.
Sunyi. Tiada sahutan dari Haeun. Haeun hanya leka melihat bintang-bintang yang menghiasi langit malam.
"Taehyung..." Seru Haeun.
"Nae?" Taehyung menoleh ke arah Haeun.
"Kenapa awak pilih saya sedangkan chingu awak sendiri boleh tolong awak?" Soal Haeun tanpa memandang Taehyung.
"Haih. Mereka anggap aku ni hanya main-main. Tapi tak bagi Yoongi." Jawab Taehyung.
"Yoongi? Chingu awak yang rambut hitam tu?" Soal Haeun selepas menoleh ke arah Taehyung.
"Nae." Taehyung mengangguk.
"Apa maksud awak Yoongi tak anggap awak main-main?" Soal Haeun lagi.
"Yoongi... dia pernah nampak aku bercakap dengan V melalui cermin. Pada mulanya dia rasa takut dengan aku dan tak mahu dekat dengan aku lagi. Tapi, selepas aku terangkan segala-galanya pada dia, akhirnya dia faham. Dia juga berusaha untuk tolong aku." Jawab Taehyung menerangkan segala-galanya.
"Kenapa Yoongi berusaha nak tolong awak?" Haeun hairan.
"Sebab... dia juga sama dengan aku." Jawab Taehyung.
"Mwo?!" Haeun bertambah terkejut.
"Ya. Hidup Yoongi sebagai diri dia takkan lama sebab... Suga bakal ambil alih tubuh badan Yoongi. Aku simpati pada dia. Aku terhutang budi pada dia. Dia berusaha tolong aku supaya V tak dapat kawal badan aku." Air mata Taehyung mula mengalir.
"Suga? His other side?" Soal Haeun.
"Nae." Taehyung mengusap air matanya.
'Ding! Dong!'
Taehyung terkejut mendengar bunyi jam itu. Dia menilik jam di tangannya. Sudah jam 12! Haeun juga kelihatan terkejut.
"Lari Haeun. Lari!" Arah Taehyung.
Tanpa membuang masa, Haeun terus berlari meninggalkan Taehyung. Sempat juga dia menoleh ke arah Taehyung. Kelihatan Taehyung sudah jatuh terjelepuk di atas lantai perhentian bas itu.
Haeun berhenti. Kasihan pada Taehyung.
"Palli... lari." Taehyung semakin lemah.
Mata Taehyung mula berubah menjadi warna biru laut. Dia tersenyum sinis. Ya, kini V sudah pun mengawal dirinya. V perlahan-lahan berdiri semula dan memandang ke arah Haeun.
Haeun yang sedar akan hal itu terus berlari. V? V turut mengejar Haeun! Semakin ketakutan Haeun apabila melihat V mengejarnya.
"Yah! Berhenti!" Jerit V dengan lantang.
'Bukk!'
"Argh.." Haeun menahan sakit di kakinya akibat terjatuh.
Disebabkan V semakin dekat, Haeun mengambil keputusan untuk bersembunyi di dalam hutan yang berdekatan. Haeun berlari merempuh ranting-ranting kayu yang menhalang laluannya.
Rasa sakit diabaikan seketika. Dia mahu selamat. V pasti akan membunuh dirinya pula. Air mata Haeun mula mengalir kerana takut. Tibanya Haeun di satu pokok yang besar, Haeun bersembunyi di belakang pokok itu. Hembusan nafas kepenatan ditahan sebentar.
"Haeun-shi..."
"Mana awak?"
Haeun menekup mulutnya. Jika dia membuka mulut dan meraung, pasti dia berada di dalam bahaya.
"I see you girl."
Mata Haeun membulat.
→TBC←
Mohon komen 〒▽〒 author sedih ni. huhu. btw, jemput lhaa baca story baru author. Seokjin ff 〒▽〒 Hope y'all enjoy! 사랑해! ♡
Vote: [✔]
Comment: [✔]
[ Hana_AlienV ]
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top